Pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan memperuntuk elaun solekan anak perempuan kesayangannya, Aaisyah Dhia Rania sebanyak RM250, pada setiap minggu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di platform TikTok miliknya, Rozita yang lebih disapa atau Che Ta memaklumkan pada awalnya dia hanya meletakkan sebanyak RM100 seminggu kepada Aaisyah untuk membeli alat solek yang diinginkan.
Bagaimanapun, jumlah elaun mingguan sebanyak itu telah dinaikkan kepada RM250 seminggu selepas melihat anaknya sukar untuk memilih alat solek yang kerana harganya yang mahal.
“Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okey mommy naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah.
Ads
“Dapat apa RM100? Dah pusing setengah jam tak dapat apa. Jom mommy tambah lagi RM150 jadi RM250,” kata Che Ta.
Selepas jumlah elaunnya telah dinaikkan menjadi RM250 seminggu, Aaisyah kelihatan gembira dan sempat mengucapkan terima kasih dan sayang kepada ibunya tercintanya.
Ads
“Thank you mommy. I love you,” ucap Aaisyah.
Gelagat dua beranak itu membeli alat-alat solek telah meraih perhatian pengikutnya dalam TikTok apabila masing-masing berasa terhibur, malah menyifatkan Aaisyah sebagai seorang kanak-kanak yang beruntung.
Ads
Sekadar informasi, Aaisyah merupakan cahaya mata hasil perkongsian hidup Che Ta dengan Zain Saidin selepas mereka mendirikan rumah tangga pada tanggal 11 Disember 2013.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Catatan jumlah kes baharu COVID-19 yang amat luar biasa pada hari ini nyata telah membuka mata ramai pihak mengenai perlunya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara total di Malaysia terutamanya di negeri Selangor.
Daripada sejumlah 6075 kes baharu pada hari ini, Selangor telah mencatatkan sebanyak 2,251 kes diikuti oleh negeri kedua tertinggi iaitu Johor (699 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (660 kes), Kedah (445 kes), Kelantan (442 kes) dan negeri-negeri lain. Tiada sebuah negeri pun yang terlepas daripada mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 pada hari ini.
Pada 19 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,075 kes
Pecahan setiap negeri:
Selangor : 2,251 kes
Sabah : 160 kes
Johor : 699 kes
WP KL : 660 kes
Sarawak : 323 kes
Pulau Pinang : 183 kes
Negeri Sembilan : 189 kes
Lalu menerusi muat naik ke Instagram Majalah Remaja sebentar tadi, rata-rata warganet yang tergolong dalam kalangan anak muda menyokong sepenuhnya perlaksanaan total lockdown terutamanya di Selangor.
Ujar @__msaraa__, ia perlu demi memudahkan urusan pelajar untuk kembali ke sekolah dan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara fizikal.
“Kami pelajar ini pun nak kelas fizikal. Ingat suka ke online kadang-kadang internet terputus, lepas tu ada problem dengan laptop? Tak larat dah nak kelas online.”
@tirqh pun berpendapat ia wajar kerana kita perlu sedar akan tugasan berat yang sedang dipikul oleh para barisan hadapan terutamanya di pusat kesihatan sekiranya jumlah kes baharu meningkat secara konsisten selepas ini. “Ekonomi boleh bina balik, takkan nyawa pula yang jadi taruhan?”
Sekiranya pengguna yang dikenali sebagai @nrlndiah_ inginkan lapangan terbang dan pusat membeli-belah untuk ditutup sepenuhnya agar jumlah kes dapat dikurangkan, @martina_maii juga bersetuju. “Selagi tak buat lockdown sepenuhnya, selagi itulah ada orang yang suka sangat merayau dan melanggar SOP.”
Sementara itu, ramai juga yang keliru dan tertanya-tanya dari manakah jumlah kes baharu Covid-19 datang sedangkan aktiviti merentas negeri dan daerah telah disekat sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri, tempoh hari.
Apapun, REMAJA turut bersetuju bahawa perlaksnaan PKP sepenuhnya ini wajib dilaksanakan secepat mungkin demi masa hadapan keselamatan serta tahap kesihatan rakyat Malaysia.
Statistik sudahpun menunjukkan peningkatan jumlah kes yang meningkat secara konsisten. Apa lagi bukti dan wadah yang ditunggu sebelum keputusan itu boleh diambil?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi memastikan privasi dan keselamatan para pelanggan mereka terjamin selepas ini, platform e-dagang popular, Shopee tidak lagi mendedahkan nombor telefon pada bungkusan Air Waybills, J&T Express dan Ninja Van mulai 21 Oktober lalu.
Sebaliknya, servis kurier terbabit akan mendapatkan nombor telefon pelanggan menerusi sistem untuk dihubungi, sekiranya perlu.
Selepas ini, butiran peribadi yang akan tertera pada bungkusan penghantaran barangan yang korang beli hanyalah nama, alamat dan poskokd saja. Secara tidak langsung, gangguan seperti scammer tidak bertanggungjawab seperti yang selalu dilaporkan di media sosial selama ini dapat dikurangkan.
Sebagai contoh sebelum ini, pelanggan yang terlupa untuk memadamkan atau membuang kertas pelekat pada bungkusan penghantaran kemungkinan berdepan risiko gangguan biarpun bungkusan berkenaan telahpun dibuangkan ke dalam tong sampah
Jangan terkejut jika ada suspek yang sanggup menyelongkar tong sampah terutamanya di kawsan awam untuk mendapatkan butiran peribadi pelanggan secara rawak demi agenda tersendiri seperti melakukan ‘panggilan kecemasan’ atau untuk menyamar sebagai pekerja syarikat penghantar lalu tiba di rumah kenalan atau ahli keluarga mangsa.
Suspek kemudian cuba mendapatkan bayaran daripada ahli keluarga mangsa dengan alasan yang dipesan masih belum dibayar.
Oleh itu, inisiatif terbaru oleh Shopee ini punya impak positif walaupun ia nampak seperti perubahan kecil saja. Apapun, Shopee masih akan meminta nombor telefon pelanggan mereka setiap kali pembelian dibuat demi memastikan barangan selamat tiba di destinasi. Cuma kali ini, ia tidak lagi berada di atas bungkusan kecuali sekiranya penghantaran adalah melalui Pos Laju atau City Link Express AWB.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik yang mana negara ini memiliki Sembilan kerajaan negeri yang dipayungi oleh kuasa seorang Sultan. Setiap lima tahun, Sembilan Sultan ini akan bergilir-gilir menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Mungkin ada dari kita mengenali putera-putera Sultan di Malaysia yang telah dinamakan sebagai putera mahkota, kecuali negeri Perak yang mana negeri tersebut memiliki sistem penggiliran takhta yang unik. Anak lelaki sulung kepada Sultan Perak tidak semestinya bakal mewarisi takhta disebabkan sistem penggiliran di antara keluarga-keluarga Diraja negeri Perak.
Dalam artikel ini penulis ingin berkongsi wajah puteri kepada beberapa sultan di Malaysia.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah (PAHANG)
Kini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merupakan Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-16. Tengku Puteri Iman Afzan merupakan puteri sulung Baginda sultan.
Bersama adinda Puteri-Puteri Pahang yang lain ketika majlis perkahwinan
Berusia 29 tahun, baginda telah berkahwin pada 4 Ogos 2018 dengan pasangannya, dari kerabat Pahang, Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Aktif dalam aktiviti sukarelawan, baginda merupakan seorang pejuang dalam isu kesihatan mental dan baginda merupakan penaung antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin (TERENGGANU)
Baginda merupakan cahayamata sulung kepada pasangan Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Nurzahirah. Berusia 25 tahun, Tengku Nadhirah Zaharah diputerakan pada 18 Disember 1996 dan baginda memiliki tiga orang adinda iaitu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mu’az dan Tengku Fatimatiz Zahra. Anggun seperti bondanya, Tengku Nadhirah kerap bersama bondanya menyantuni rakyat jelata dalam sebarang acara yang diadakan.
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail (JOHOR)
Merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah. Baginda mempunyai enam orang adik-beradik. Diputerikan pada 8 April 1986, Tunku Aminah sudah berkahwin dengan Dato’ Muhammad Dennis Abdullah dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Layla Sofiah.
YAM Tunku Tun Aminah bersama suami, Dato Muhammad Dennis Abdullah
Baginda merupakan seorang yang menggemari dunia fesyen, pada tahun 2016 baginda telah berkolaboratif bersama pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie dalam menghasilkan koleksi istimewa Tunku Tun Aminah x Jovian Mandagie. Koleksi tersebut menampilkan rekaan baju kurung dan baju kebaya.
Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (PERAK)
.
Berusia 9 tahun, Raja Nazira Safya merupakan puteri tunggal pasangan Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Tuanku Zara Salim. Diputerikan pada 2 Ogos 2011, baginda mempunyai seorang kekanda lelaki iaitu Raja Azlan Muzzaffar Shah yang merupakan Raja Kechil Besar Perak. Ketika ini baginda masih lagi berada di alam persekolahan sekolah rendah. Wajahnya yang comel saling tidak tumpah mewarisi kecantikan bonda baginda.
Yang Amat Mulia Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah (SELANGOR)
Sosok wanita anggun berusia 48 tahun ini bukanlah asing bagi rakyat Malaysia khususnya, baginda sangat aktif dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar. Baginda banyak mengilhamkan kerja-kerja yang mendidik masyarakat untuk sentiasa memberi manfaat kepada orang sekeliling dan juga alam sekitar. Sebagai contoh, baginda memulakan kempen #zerofoodwastege pada tahun 2016 dengan menggesa hotel dan juga restoran untuk tidak membuang makanan lebihan sebaliknya mendermakannya kepada badan kebajikan seperti Kechara Soup Kitchen untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Merupakan anakanda kedua kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, baginda memiliki seorang kekanda yang bernama YAM Tengku Zerafina dan juga adinda, DYTM Tengku Amir Shah yang merupakan Raja Muda Selangor.
***P/S- Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan Keluarga DiRaja Malaysia yang bukan sahaja menjadi penaung rakyat bahkan aktif dalam isu rakyat.