Pelakon dan juga usahawan, Amar Asyaraf menzahirkan kesyukuran apabila isteri tercintanya, Farhana Yusof, selamat melahirkan puteri sulung mereka, Sabtu lalu.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu menerusi hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Perkongsian tersebut dilihat Amar sedang berswafoto bersama cahaya matanya itu yang diberi nama Ammara Fateema.
“Alhamdulillah Syukur pada Allah SWT, Allah Maha Baik. Untuk pengetahuan rakan-rakan pada 25 Mac, bersamaan dengan 3 Ramadan yang lepas, telah lahirnya anak perempuan saya Ammara Fateema binti Amar Asyraf.
“Semoga jadi anak yang soleh dan baik, asbab bapak dan mummy masuk Syurga Insya-Allah. Terima kasih Mummy. ‘I Love you So Much’ lillahitaala,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut menumpang gembira dan mendoakan agar bayi tersebut sentiasa di bawah lindunganNya.
Ads
Bukan itu sahaja, isterinya turut meninggalkan komen pada hantaran suami tersayangnya itu. Dia menzahirkan penghargaan buat Amar yang tidak lekang menemani sepanjang berada di hospital.
“Menangis lihat gambar ini… terima kasih sayang teman saya sepanjang dalam dewan pembedahan dan korbankan tangan awak sekali,” tulisnya.
Difahamkan itu kelahiran anak pertama untuk perkahwinan ketiganya.
Ads
Sekadar informasi, Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya, Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dan mempunyai dua cahaya mata, Muhammad Taufik dan Ammara Dian.
Pada Oktober 2019, Amar membuat pendedahan berkahwin kali kedua dengan Vivy Jeffry, beberapa tahun sebelum itu.
Kemudian media melaporkan pengesahan lafaz cerai talak tiga dibuat Amar pada 4 November 2019 terhadap Vivy menemui titik noktah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, situasi terkini menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru meletakkan jawatan Perdana Menteri semalam telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.
Pertama sekali, istilah PM Interim ini tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan. Lantas ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan PM Interim? Adakah Tun M masih Perdana Menteri Malaysia?
Definisi mudah kepada PM Interim adalah ketua kerajaan yang masih menjalankan tugas sama seperti seorang Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam Perkara 43 Perlembagaan TETAPI untuk tempoh waktu sementara, seperti yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perlantikan ini juga terjadi kerana Tun M masih memiliki kepercayaan politik di Parlimen. Beliau sedang menjalankan tugas sebagai caretaker sementara kerana pengurusan pentadbiran negara masih perlu diisi sebelum tarikh angkat sumpah Perdana Menteri terbaru ditetapkan.
Persoalannya, adakah Perdana Menteri kelapan Malaysia itu masih mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara ataupun ia akan digantikan dengan figura baru?
Dalam pada itu, dengan perletakan jawatan Perdana Menteri semalam, secara automatiknya, jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan setiausaha politik turut terhenti sama berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan.
Maka, seluruh kabinet dan ahli-ahlinya sedang tergantung daripada fungsi masing-masing. Namun, pentadbiran kerajaan tetap berjalan seperti biasa.
Setiap kali tengok filem Inggeris, terutama melibatkan perkahwinan dalam tamannya, saat itulah bagi yang masih bujang memasang angan dan impian besar untuk berkahwin cara begitu.
Tak kisahlah kita kerja apa, gaji banyak mana tetapi semua orang selalu terfikir, berkahwin sekali saja kan. Jadi semuanya mesti nampak sempurna kerana itu impian setiap yang masih bujang.
Rasa teruja tu lebih bila penyanyi Yuna dan pasangannya Adam memilih tema taman sebagai majlis perkahwinan mereka yang berlatar belakangkan pelamin indah dengan bunga segar, pemandangan indah dan tampak serba sempurna. Kalau tak sama pun, dapat iras-iras pun ok kata orang. Namun sebelum korang berniat berkahwin out door, fahami dulu, apa situasi yang perlu korang hadapi bila memilih perkahwinan out door. Apa lebih dan kurangnya berbanding melakukan perkahwinan in door atau dalam dewan yang sudah biasa dibuat ramai pengantin.
Dekorasi majlis kahwin Yuna dan Adam mendapat pujian ramaiPerkahwinan dalam taman menjadi impian ramai pasangan kerana dilihat lebih romantik
Menurut Pakar Bunga Negara, Azmi Mohd Azmy Osman yang kini berada di Italy atas urusan kerja berkata, memilih perkahwinan out door sememangnya memberikan impak besar terutama dari segi dekorasi kerana kelainan ditonjolkan.
“Ada beberapa situasi yang kena faham. Pertamanya kos wedding out door agak tinggi kerana pereka perlu membina platform iaitu tapak wedding, persediaan dekorasi yang agak rumit, kerja lebih renyah tetapi masa yang sama perlukan kreativiti luar biasa berbanding mengadakan dalam dewan yang sudah siap sepenuhnya dan hanya perlu dirias sahaja.
“Masa yang sama, out door memang cantik tetapi keadaan cuaca dalam negara adalah aspek penting. Cuaca terlampau panas dan musim hujan bukan satu pilihan kerana ia boleh merosakkan “mood” dan juga dekorasi.
“Begitu juga budget. Permulaan kos untuk dekorasi sebuah pelamin yang simple bermula dari RM10,000 ke atas. Belum lagi kos jemputan tetamu, makanan, pengangkutan, punca air dan sebagainya. Sekurangnya, perlu ada RM70,000 duit dalam tangan kerana kos itu dikira sebagai anggran sahaja,”katanya memaklumkan, tema pakaian juga memainkan aspek penting seperti pemilihan baju yang agak nipis dan sesuai dengan cuaca. Kain songket yang jadi kebanggaan tradisional agak panas kainnya. Pengantin boleh jadi tidak selesa kalau menggayakannya,” katanya.
Dalam pada itu, Azmy menjelaskan, kos jemputan tetamu dengan penyediaan makanan biasanya mengambil kos agak tinggi.
“Jika kita memilih katering terkemuka, satu kepala bermula dari RM70 ke atas. Kalau melibatkan tetamu kenamaan, selain protokol kos makan boleh cecah ratus bagi satu kepala. Kalau bagi penyediaan makanan yang baru hendak meningkat nama, mungkin boleh dapat dalam RM25 tapi biasanya jarang berlaku. Jadi kiralah kosnya yang perlu dikeluarkan jika kita menjemput ramai tetamu,”katanya yang tak menafikan, wedding dalam taman adalah impian kebanyakan orang kerana perkahwinan in door adalah biasa bagi dalam negara.
Bagaimana pun Azmy berkata, pemilihan dalam dewan, hotel dan sebagainya boleh dipertimbangkan bagi mereka yang tidak kisah dan mahu semuanya nampak sempurna.
Dekorasi dalam dewan yang penuh dengan kemewahan
Sementara itu bagi perkahwinan dalam dewan, selain ia biasa bagi kebanyakan masyarakat lakukan, kos akan meninggal tinggi jika menggunakan bunga segar, pelamin VVIP dan lain-lain faktor.
“Kalau dalam dewan, semuanya boleh dikontrol. Maksudnya dari aspek fotografi, video, penyediaan makanan, penyediaan dekorasi, jumlah tetamu dan banyak lagi tanpa sebarang masalah kerana asasnya sudah kukuh iaitu dewan yang sedia ada,” kata Azmy yang kini menjalin kerjasama dengan pengubah dekorasi terkenal dunia, Preston Bailey yang diiktiraf sebagai The Best Wedding Designer bagi ramai artis Hollywood yang mendapatkan sentuhannya bagi projek School Of Floral Design yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia.
“Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pakar bunga negara yang begitu hebat. Jalinan hubungan bersama-sama pakar terbaik dunia membolehkan segala idea, pengalaman, teknologi dan dikongsi bersama-sama. Mungkin tidak ramai yang mampu untuk ke luar negara menimba ilmu dan mencari pengalaman di sana.
Azmi mendapatkan kerjasama dari The Best Wedding Designer, Preston Bailey untuk Kursus School Of Floral Design yang pertama di iktiraf oleh kerajaan dan peringkat dunia
Dengan wujudnya SCHOOL OF FLORAL DESIGN di Kolej Polytech, Mara Bangi, membolehkan anak-anak muda menimba ilmu secara bersistemetik di mana segala kepakaran bertaraf dunia akan dipelajari.
“Sistem pembelajaran ini dikawal selia oleh Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Pendidikan Teknologi & Vokasional TVET. Dia ia merupakan kursus Foral Designing yang pertama di dunia yang di iktiraf oleh kerajaan. Kursus ini bukan sahaja mempelajari teknik asas dekorasi malah, pelbagai aspek pengurusan, pengajian seni bina turut terkandung di dalam silibus pembelajaran,” katanya ketika dihubungi di Italy.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara sulung Raise The Star Malaysia (RTSM) musim pertama, Didie Shazry membuat keputusan menyentuh hati apabila memilih untuk menghadiahkan separuh daripada ganjaran RM30,000 yang dimenanginya kepada kakak sulungnya, Asniza Norsita.
Bagi Didie, kakaknya yang kini berusia 33 tahun bukan sekadar seorang kakak, malah insan istimewa yang sanggup mengorbankan masa remajanya demi membesarkan adik-beradik selepas perceraian ibu bapa mereka.
“Separuh daripada wang kemenangan saya akan beri kepada kakak saya dan selebihnya saya akan menggunakan untuk berkarya.
“Saya berasakan kakak memang selayaknya mendapatkan wang kemenangan ini. Ceritanya dulu sewaktu umur sembilan tahun, ibu bapa saya bercerai. Masing-masing bawa haluan sendiri.
“Kakak baru berusia 16 tahun sanggup berhenti sekolah sebagai pengorbanan supaya adik-adik yang lain dapat bersekolah,” katanya kepada Remaja.
Anak kelima daripada tujuh beradik itu turut mendedahkan, hadiah tersebut akan diberikan sebagai kejutan tanpa pengetahuan kakaknya.
“Saya tidak memberitahu dia mahu membahagikan wang kemenangan bersama. Ini merupakan satu kejutan buat kakak.
“Memang sudah berniat mahu berkongsi wang kemenangan ini. Dia memang layak mendapatkan apa yang saya terima ini. Pada malam ini (Ahad), kakak hadir melihat saya di pentas akhir.
“Di minggu separuh akhir pun dia sanggup datang dari Sabah untuk lihat saya membuat persembahan,” ujarnya.
Menurut Didie, kakak sulungnya itu juga sanggup berhenti sekolah ketika Tingkatan Empat demi memastikan adik-adik lain dapat bersekolah kerana keadaan keluarga yang tidak berkemampuan.
Didie juga berkongsi bahawa kehidupannya pernah berubah apabila dibesarkan oleh keluarga angkat yang membuka jalan untuknya mengenali dunia muzik.
“Saya tinggal dengan kakak sejak usia sembilan tahun hingga 12 tahun. Selepas itu saya diambil sebagai anak angkat oleh arwah abah angkat saya dan dialah yang banyak mengajar saya tentang muzik.
“Saya hidup dengan keluarga angkat sampai Tingkatan Empat kerana bapa angkat meninggal dunia dan kemudiannya tinggal semula dengan kakak sehinggalah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di Perak,” katanya lagi.
Semalam, Didie diumumkan sebagai juara RTSM musim pertama sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!