Hangat baru-baru ini apabila video ringkas penyanyi rap popular MK K-Clique mengusik isterinya yang sedang memandu dikecam ramai. Hal ini berikutan dirinya dan isteri, Siti Hajar di dapati tidak memakai tali pinggang keledar (seatbelt) dengan betul ketika berada di dalam kereta.
Mengakui dirinya secara tidak sengaja mengabaikan keselamatan jalan raya, MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan secara rasmi memohon maaf menerusi perkongsian video di laman Instagramnya semalam.
“Pertama sekali, saya minta maaf kerana telah memberi contoh yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab selepas memuat naik video dua hari lalu iaitu memaparkan saya mengusik isteri ketika memandu tetapi kami tidak memakai tali pinggang keledar,” jelasnya.
MK turut menyatakan kekesalannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menegur tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.
Ads
“Terima kasih kepada yang menegur, saya tiada alasan sebab memang salah sendiri.
“Saya juga harap video ini kenjadi pengajaran dan kesedaran untuk saya menyedari kesilapan sendiri iaitu tidak lalai tentang keselamatan diri.
“Selain itu, saya juga berharap kita semua akan lebih peka sebelum memuat naik sebarang kandungan dalam akaun media sosial tanpa melukakan atau memberi contoh tidak baik.
MK terdahulu selamat mendirikan rumah tangganya dengan Siti Hajar pada 15 Jun lalu.
Ads
Pada masa yang sama, penyanyi lagu “Pulang” itu turut berharap keputusannya untuk memandu tanpa tali pinggang keledar bukanlah perkara yang diikuti orang ramai di masa hadapan kelak.
“Harap semua pihak tidak mengulangi kesilapan saya selain lebih berhati-hati menjaga keselamatan diri sendiri dan orang tersayang,” ujarnya lagi.
Sekadar info, MK sah bergelar suami kepada Siti Hajar pada 15 Jun lalu menerusi majlis akad nikah di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah berbulan rimas dengan rambut yang sudah tidak terurus, akhirnya kaum lelaki di Malaysia boleh menarik nafas lega apabila kerajaan akan membenarkan operasi kedai gunting rambut dan dandan rambut semula.
Dalam ucapan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, operasi semula akan dibenarkan mulai 10 Jun ini di seluruh negara.
Antara servis yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.
Namun, ada syarat-syarat SOP yang perlu dipatuhi oleh pengusaha kedai dan juga pengunjung.
“Bagi golongan berisiko iaitu individu berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan wajib dilakukan secara temu janji, tanpa kehadiran pengunjung daripada kumpulan usia lain.
“Bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun pula, ibu bapa dibenarkan hadir bersama tetapi perlu memakian pelitup muka dan apron pakai buang,” jelas beliau.
Jangan risau, kami juga tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan apron pakai buang tersebut?
Pengusaha kedai perlu menyediakan apron pakai buang yang selalu diikat pada leher semasa menggunting rambut berbeza bagi setiap pelanggan. Ia tidak boleh dikongsi beramai-ramai seperti biasa.
Bagi para pekerja pula, mereka wajib memakai pelindung muka, apron pakai buang dan sarung tangan pakai buang.
Selain daripada itu, korang juga perlu melihat tata cara pengusaha sekiranya mereka menjarakkan kerusi di kedai sekurang-kurangnya 2 meter bagi setiap pelanggan atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa kata silat ni sukan kampung? Silat merupakan seni mempertahankan diri buat orang melayu.
“Takkan hilang melayu di dunia,” pepatah melayu ini sangat kena apabila baru-baru ini silat berjaya disenaraikan di bawah kategori Representative List of the Intagible Cultural Heritage of Humanity oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Pengiktirafan yang diputuskan oleh 24 ahli jawatankuasa yang bermesyuarat terdiri daripada negara-negara anggota yang dipilih semasa sidang ke-14 Intergovernmental Committee for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage yang berlangsung di Bogota, Colombia bermula dari 9 hingga 14 Disember.
Pengiktirafan hari ini merupakan usaha pencalonan yang dihantar pada UNESCO pada 30 Mac 2018 yang mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri.
Pengiktirafan ini merupakan yang ketiga selepas Dondang Sayang dalam kategori yang sama pada persidangan sesi ke-13 di Port Louis, Mauritius pada tahun 2018.
Manakala Mak Yong merupakan yang pertama diiktiraf dalam Masterpieces of the Oral and Intangible Cultural Heritage of Humanity (Originally Proclaimed 2005) semasa persidangan sesi ke-3 jawatankuasa itu di Istanbul, Turki pada tahun 2008.
Dengan adanya pengiktirafan tersebut, ianya akan mengukuhkan lagi hubungan jaringan dengan kebanyakan negara anggota yang secara langsung akan membantu memudahkan Malaysia mengangkat lebih banyak pencalonan warisan kebudayaan tidak ketara di masa akan datang.
Malah seni silat ini diperkukuhkan lagi kedudukannya di mata dunia dengan pengiktirafan seni pencak silat dari Indonesia oleh UNESCO.
Di Malaysia, seni silat akan diperluaskan sebagai aktiviti kokurikulum secara berperingkat di sekolah manakal di universiti, ianya dicadangkan sebagai subjek pilihan dengan sistem kredit yang boleh dipindahkan.
So rugikan kalau orang melayu tidak mempelajari warisan seni pertahankan diri kita ni.
Sumber: Mirage News, Sinar Harian, Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, menegaskan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang tawaran menyanyi bagi mana-mana acara sekiranya bayaran yang ditawarkan tidak setimpal.
Menurut penyanyi lagu popular Abang Nak Tegur itu, penolakan tersebut bukan kerana dirinya sombong, tetapi untuk menjaga reputasi sebagai seorang penyanyi yang bermutu.
Selain itu, Aliff turut mendedahkan bahawa harga minimum untuk setiap persembahannya adalah RM15,000.
“Saya baru-baru ini mendapat tawaran untuk menyanyi di sebuah konsert. Namun, saya terpaksa menolak kerana suara saya terlalu sedap tetapi bayaran yang diberikan tidak setimpal.
“Ini saya nak beritahu, ‘rate’ atau harga saya minimum RM15,000. Ini serius, jangan ketawa. Kalau saya terima, macam tak berbaloi.
“Kita sudah bersiap cantik-cantik, bayaran pula sekadar RM2,000 atau RM3,000 memang tak berbaloi. Kalau macam itu tawarannya, lebih baik saya buat live di media sosial sahaja,” katanya.
Pada masa sama, pelantun lagu popular Bobo Dimana itu turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan pendedahan tersebut dipandang ringan atau dipertikai.
“Dengan nama Allah, awak semua ingat hina sangatkah saya tak boleh menyanyi? Ini cerita betul.
“Saya tolak tawaran itu bukan kerana menyombong. Sudahlah lokasi pun jauh, di Pulau Pinang, kemudian bayarannya sedikit. Tak bolehlah macam itu. Saya kena jaga reputasi saya,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!