Nama Loh Kean Yew mekar kebelakangan ini dek kecemerlangannya mewakili Singapura. Dia juga mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama negara itu yang memenangi acara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia BWF pada 2021
Loh yang kini merupakan pemain badminton nombor satu Singapura telah dinobatkan sebagai Olahragawan Terbaik Singapura 2022 dalam majlis Anugerah Sukan Singapura (SSA), yang berlangsung di Marina Bay Sands, kelmarin.
Seiring dengan kemenangannya, pemain nombor 3 dunia itu membawa pulang sebuah piala iringan dan wang tunai berjumlah S$10’000.00.
Jejaka berusia 25 tahun ini dalam satu hantaran di Instagramnya menyatakan rasa terharu apabila diberikan anugera tersebut. “Malam tadi, saya telah diberi penghormatan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sukan Singapura dengan anugerah Olahragawan Terbaik 2022. Saya sangat berterima kasih atas pengiktirafan ini dan sangat gembira untuk semua orang yang menerima anugerah.
“Apa yang lebih istimewa ialah kehadiran ibu bapa saya di Anugerah Sukan Singapura untuk berkongsi detik gembira ini dengan saya. Terima kasih ayah dan ibu atas pengorbanan dan sokongan anda, anugerah ini saya dedikasikan untuk anda,” tulisnya panjang.
Ads
Anugerah Sukan Singapura bertujuan mengiktiraf pencapaian atlet dan memberi penghormatan kepada mereka atas pencapaian sepanjang tahun. SSA, yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura dan Sport Singapore dengan sokongan Tote Board, kembali diadakan selepas ditiadakan selama setahun apabila pandemik Covid-19 melanda dunia.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pemain Singapura yang kian menyinar ini pada asalnya merupakan rakyat Malaysia. Loh Kean Yew dilahirkan di Pulau Pinang dan pernah berlatih di bawah Pertubuhan Badminton Pulau Pinang sebelum dia berhijrah ke Singapura pada 2010 ketika berusia 13 tahun.
Dia yang mendapat biasiswa untuk berlatih selama empat tahun di Sekolah Sukan Singapura kemudiannya menjadi sebahagian daripada atlet negara itu dan memilih untuk menjadi warganegara Singapura. Walaupun kini bergelar atlet Singapura, Malaysia masih lagi menjadi kampung halaman untuk pemain badminton ini.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata Thailand yang dikenali sebagai ‘The Land of Smiles,’ menerima 28 juta pelawat antarabangsa tahun lepas.
Pelawat asing ini membelanjakan sejumlah 1.2 trilion baht (kira-kira RM161.52 bilion). Lima warga asing utama yang melawat Thailand terdiri daripada rakyat Malaysia (4.56 juta), China (3.51 juta), Korea Selatan (1.65 juta), India (1.62 juta) dan Rusia (1.48 juta).
“Purata 112,807 pelancong memasuki Thailand setiap hari, dengan lima pelancong asing teratas terdiri daripada warga Malaysia (123,540), diikuti China (101,003), Rusia (52,893), Korea Selatan (41,830), dan India (39,630),” menurutnya dalam dalam satu kenyataan.
Wow… agaknya kalau min pergi Thailand sekarang mesti tidak akan homesick kan sebab ramai sangat rakyat Malaysia di sana? Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, Bio-essence memperkenal Bio-Water Toning Water dengan kolaborasi bersama kumpulan yang sedang meningkat naik Dolla, yang mampu menyuntik tenaga segar dan dinamik ke dalam jenama ini.
Dolla yang terkenal dengan muzik pop mencerminkan keyakinan dan sentiasa segar persis Bio-Water Toning Water yang menjanjikan kulit kekal cerah, segar dan lembap.
Melalui kerjasama ini juga Dolla dan Bio-essence berharap ia dapat memberi inspirasi kepada peminat dan para pengguna untuk sentiasa yakin dengan kecantikan semulajadi dan mampu memiliki kulit yang sihat.
Dolla yang juga hadir di acara pelancaran Bio-Water Toning Water di IOI City Mall pada 6 Julai lalu juga sempat meluangkan masa bersama peminat mereka, iDolla dengan bermain beberapa permainan di atas pentas.
Untuk pengetahuan, Dolla juga bakal mengadakan konsert sulungnya pada 3 Ogos ini yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur dan antara tips daripada Dolla untuk sentiasa Watch Me Glow dan nampak fresh and hydrated walaupun sentiasa sibuk dengan aktiviti adalah dengan menggunakan Bio-Water Toning Water tau!
Sekadar info, Bio-Water Toning Water ini merupakan formula terbaru mengandungi Bio Energy Complex, yang membantu memperbaiki dan menyegarkan kulit dengan meningkatkan penyerapan oksigen, memberikan keaktifan dan tenaga kepada kulit.
Jadi, kalau anda nak sentiasa nampak segar macam Dolla, bolehlah cuba tips yang mudah yang dikongsi mereka tu!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelumba negara, Adam Norrodin akan membuat penampilan sulung dalam saingan Moto2 bersama pasukan Petronas Sprinta Racing sebagai pengganti Jake Dixon pada perlumbaan Grand Prix (GP) Britain hujung minggu ini.
Penunggang berusia 23 tahun yang kini bertanding Kejohanan CEV FIM dan menduduki tangga kelima dalam Moto2 selepas meraih tiga podium, akan menjadi pengganti pelumba Britain itu di Litar Silverstone.
Dixon mengosongkan tempatnya susulan dinaikkan ke kelas perdana bersama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing menggantikan Cal Crutchlow, yang dipanggil bagi menggantikan Maverick Vinales dalam pasukan Yamaha.
Crutchlow sendiri dibawa masuk pada pertengahan musim sebagai pengganti pelumba Itali, Franco Morbidelli, yang semakin pulih daripada pembedahan lutut kiri pada hujung Jun lalu.
Adam membuat penampilan sulung dalam saingan Moto3 pada 2016 bersama pasukan yang ketika itu dikenali sebagai SIC Racing Team selama tiga musim, berjaya merangkul tujuh kedudukan 10 teratas, termasuk tangga kelima pada GP Argentina 2018 selain mencatat pusingan terpantas di GP Malaysia pada 2017.
“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apa yang saya rasa untuk kembali menyertai kejuaraan dunia di Silverstone, tetapi saya amat gembira dan tidak sabar untuk beraksi. Ia satu penghormatan besar. Saya akan cuba melakukan sebaik mungkin dan saya amat teruja untuk beraksi dalam saingan Moto2 di GP Britain,” kata pelumba remaja itu.
Apa-apa pun tahniah dan selamat berjaya kami ucapkan kepada Adam Norrodin. Semoga beliau dapat melakukan yang terbaik buat negara Malaysia.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.