Kalau korang tiba-tiba rasa dada jadi sesak, seram sejuk dan badan menggeletar, hati-hati guys kerana mungkin korang sedang berhadapan dengan masalah panic/anxiety attack.
ARTIKEL BERKAITAN : Rasa Takut & Berdebar Secara Tiba-Tiba, Doktor Ini Jelas Korang Mungkin Mengalami Panic Attack
Malah, nama pelakon, Maya Karin menjadi perhatian ramai selepas mengalami serangan panik di atas pentas Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) 2022 di Encore, Melaka, baru-baru ini.
Menjelaskan situasi itu, Maya mendedahkan pengalaman dilanda panic attack ketika menyampaikan trofi Pelakon Lelaki Terbaik bersama rakan pelakon, Faizal Hussein.
Melalui akaun rasmi Facebook Public Health Malaysia, memuat naik sebuah posting susulan tindakan yang dilakukan oleh Maya ketika berdepan detik cemas ketika diserang panic attack.
Laman tersebut telah memuji tindakan Maya yang dilihat berjaya tangani masalah tersebut dengan baik.
Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik tersebut dapat di lihat mengalami serangan panik apabila berada di atas pentas. Mujur, Maya ditemani oleh Faizal Hussein yang juga menjadi penyelamat keadaan yang membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.
Menggunakan teknik grounding
Menurut Public Health Malaysia, kasut yang dilepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing) kerana ini adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.
Penjelasan di sebalik ini adalah, proses ini membolehkan anda mengenal pasti objek di sekeliling anda serta membantu otak anda mengenal pasti di mana anda berada.
Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana keberadaan diri anda dan berasa lebih dalam kawalan keadaan.
Hanya mereka yang mengalami masalah ini sahaja yang benar-benar memahami situasi yang dialami kelmarin kerana, jika tidak ditangan dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan kemungkinan boleh menyebabkan pesakit pitam.
“You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik.”
Mungkin ramai yang menganggap situasi ini adalah hal biasa saja, namun sebenarnya jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, ia mungkin mengancam diri sendiri.
BACA : K-Drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ Ajar Butterfly Hug Untuk Kesihatan Mental
Sumber : Facebook Public Health Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.