Terhad Bulan Puasa & Raya, Marrybrown Tawar Menu Rendang Dan Nangka. Patut Cuba!

Share

Setiap kali tibanya musim Ramadan dan perayaan, kita pastinya akan ‘dimanjakan’ dengan seleksi menu baru untuk dicuba untuk tempoh masa terhad.

Terbaru, rangkaian Restoran Makanan Segera Halal Tempatan yang terbesar, Marrybrown tidak ketinggalan untuk memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya yang mengetengahkan masakan Rendang dan juga makanan tempatan lain.

ARTIKEL BERKAITAN : Pernah Ditolak Pinjaman Konon Tak Bertahan Lama, Marrybrown Kini Miliki 500 Restoran Di Seluruh Dunia

Namanya pun tempoh masa terhad, menu ini hanya tersedia secara eksklusif di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya di semua cawangan Marrybrown mulai hari ini sehingga stok masih ada!

Marrybrown memperkenalkan sajian tradisi masakan melayu iaitu Rendang sebagai salah satu menu Riang Ramadan Raya yang menjadi sebahagian daripada matlamat mereka untuk memberikan “tarikan tersendiri” kepada para pelanggan seperti Double Rendang Ayam Burger dan Pai Nangka.

Pada masa yang sama juga Marrybrown membawa kembali menu kegemaran seperti Nasi Rendang Ayam dan Meriah Bucket MB, yang pastinya akan mengukir senyuman kepada semua yang mencubanya.

Memang Best boleh menikmati Double Rendang Ayam Burger yang tersedia dengan dua keping patti ayam yang disalut kuah Rendang dengan rempah ratusnya. Korang boleh memilih Double Rendang Ayam Burger Combo yang tersedia dengan kentang goreng sederhana dan satu minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM17.90.

Bagi korang yang gemar makanan ala tradisional boleh memilih Nasi Rendang Ayam Combo yang juga tersedia dengan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM15.90.

Kedua-dua sajian Double Rendang Ayam Burger dan Nasi Rendang Ayam, boleh dipilih dalam Riang Rendang Meal. Set yang tersedia ini lengkap dengan Double Rendang Ayam Burger, Nasi Rendang Ayam, MB BBQ Potato Chips, dan minuman Fanta Strawberry, dengan harga yang bermula dari RM29.90.

Paling special untuk koleksi menu kali ini di Marrybrown bagi penulis ialah Pai Nangka yang boleh dipesan dengan mana-mana set, berharga RM3.50.

Set juadah bersama keluarga pula, boleh memilih Meriah Bucket MB yang tersedia dengan 6 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM49.90, dan Meriah Bucket MB 9 ketul ayam dengan harga yang bermula dari RM63.90. Juga tersedia dengan cheesy wedges

, dua paket MB BBQ Chips, dan satu botol 1.5L Fanta Strawberry.

Wah, menarik bukan?

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada Marrybrown, Aplikasi Marrybrown, promosi dan servis penghantaran. Facebook: Marrybrown Malaysia

BACA LAGI : 4 Lagi Koleksi Edisi Terhad Musim Cuti, ‘Self Reward’ Agar Wajah Glowing – REMAJA


IKLAN