Kemeriahan musim baharu Premier League (Liga Perdana) semakin terasa apabila ia bakal dibuka secara rasmi pada hujung minggu ini secara meriah di acara Astro BizOne Watch Party.
Sempena ulang tahun ke-30 Astro, detik istimewa ini diraikan bersama para penonton yang terus setia memberikan sokongan sepanjang tiga dekad perjalanan Astro. Lebih menarik, sambutan kali ini turut dimeriahkan dengan kembalinya aksi Liga Perdana Inggeris yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak.
Lebih daripada sekadar menonton perlawanan bola sepak secara langsung, Astro BizOne Watch Party meneruskan tradisi musim lalu apabila mengumpulkan peminat bersama-sama dalam satu ruang untuk bersorak, menantikan debaran dan meraikan pasukan pilihan mereka bersama komuniti bola sepak.
Ya, anda boleh je menonton perlawanan Liga Perdana di rumah secara best.
Namun apabila gol kemenangan masuk pada minit ke-90 dan satu kedai ‘meletup’ dengan sorakan? Itulah pengalaman berbeza yang anda boleh perolehi di Astro BizOne Watch Party.
Menerusi Astro BizOne Watch Party juga, peminat sukan boleh berkumpul di lokasi terpilih untuk menyaksikan aksi secara live sambil menikmati suasana match night yang memang susah nak dapat kalau tengok dari sofa sendiri.
Bertempat di Park Avenue Resorts World Genting pada 22 hingga 23 Ogos hujung minggu ini, ia bakal menyaksikan dua pertarungan menarik bagi membuka tirai musim Liga Perdana 2025/2026 di antara Manchester United dan Hull City serta Man City dan Bournemouth.
Mampukah Manchester United Buktikan Kredibiliti?
Meski debaran musim Liga Perdana 2026-2027 masih berbaki kira-kira empat hari lagi sebelum perlawanan pembukaan antara Manchester United dan Hull City berlangsung, tidak dinafikan Manchester United kini sedikit dihimpit isu moral pasukan setelah mereka berdepan kekalahan pra-musim 2-4 kepada kelab AC Milan.
Dalam perlawanan yang berlangsung baru-baru ini tu, jelas pasukan kendalian Michael Carrick itu longgar dalam kawalan bahagian tengah dan sayap kirinya; sekaligus merobek konsistensi pasukan.
Isu tersebut perlu segera diselesaikan menjelang perlawanan menentang Hull City sekiranya mereka ingin memulakan musim secara rasmi dengan langkah kanan.
Adakah anda rasakan Manchester United mampu membuktikan kredibiliti legasi mereka? Jom sama-sama kita lepak di Park Avenue, Resorts World Genting pada 22 Ogos (Sabtu) jam 7.30 malam.
Hari Kedua Di Astro BizOne Party
Debaran Liga Perdana akan diteruskan pada hari perlawanan kedua, Ahad ini menerusi persaingan antara Man City menentang Bournemouth.
Bakal berlangsung pada jam 9 malam, tekanan tentunya berada di atas bahu pengurus baharu Man City, Enzo Maresca yang mengambil alih tampik penguruan tertinggi kelab tersebut daripada Pep Guardiola.
Walaupun gagal memenangi gelaran Liga Perdana untuk dua musim berturut-turut selepas berada di momentum teratas dan memenangi gelaran tersebut selama empat musim berturut (dari musim 2020-2021 hingga musim 2023-2024); Man City masih menjadi kelab tumpuan yang memberikan saingan paling sengit kepada yang lain.
Tidak asing dengan Liga Inggeris, Maresca pernah menjulang trofi Liga Persidangan UEFA dan Piala Dunia Kelab 2025 sebelum meninggalkan kelab berkenaan pada pertengah musim lalu (Januari 2026). Kini, giliran beliau untuk memulakan tugas membawa Man City menuju kemuncak bermula dengan saingan menentang Bournemouth, Ahad ini.
Biarpun Man City tampil sedikit ‘tempang’ pada awal musim ini tanpa kelibat Rodrigo Hernández Cascante atau Rodri yang sah akan berpindah ke kelab Barcelona, Maresca masih boleh menarik nafas lega dengan kemasukan pemain tengah Elliot Anderson dari kelab Nottingham Forest.
Untuk melihat sama ada Maresca mampu mengendalikan skuad Man City untuk memenangi perlawanan pertama mereka pada musim baharu ini, jangan lupakan ‘date’ kita di Park Avenue, Resorts World Genting pada 23 Ogos (Ahad) jam 9.00 malam.
Semangat Cintakan Gaya Hidup Aktif
Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung hujung minggu ini bukan hanya meraikan kemeriahan acara sukan di hadapan skrin gergasi yang menyiarkan siaran langsung. Bahkan, ia mewakili semangat anak muda di Malaysia yang cintakan gaya hidup aktif dalam suasana yang selamat dan menghiburkan.
Tambah menarik, Astro turut menawarkan hadiah-hadiah menarik yang boleh dimenangi oleh penyokong bertuah bagi menghidupkan suasana di setiap lokasi itu.
Park Avenue, Resorts World Genting
Jangan lupa untuk memakai jersi pasukan yang korang sokong bersama dengan ahli geng yang lain dan alami tayangan siaran langsung dengan lebih bertenaga. Pastinya, pertembungan Manchester United – Hull City (22 Ogos, Sabtu) pada 7.30 malam serta Man City – Bournemouth (23 Ogos, Ahad) pada 9.00 malam bakal menjadi acara yang penuh dramatik untuk dikongsi oleh semua peminat bola sepak di Astro BizOne Watch Party.
Baru-baru ini, tiga lagi anggota kumpulan K-Pop terkenal, Seventeen iaitu Seungkwan, Dino dan Mingyu diumumkan bakal memulakan khidmat ketenteraan wajib di Korea Selatan. Seungkwan dan Dino dijadualkan menyertai pancaragam tentera darat pada Oktober, manakala Mingyu akan menjalani khidmat alternatif bermula September ini.
Menurut Pledis Entertainment menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan di Weverse, Mingyu akan memulakan khidmat alternatif pada 10 September ini, manakala Seungkwan dan Dino pula melaporkan diri untuk menyertai pancaragam tentera pada 26 Oktober.
“Seungkwan dan Dino dijadualkan mendaftar dalam pancaragam tentera darat pada 26 Oktober,” jelas agensi berkenaan mengenai tarikh pendaftaran kedua-dua anggota tersebut.
“Ketiga-tiga anggota tidak dapat menyertai aktiviti Seventeen selepas memulakan khidmat ketenteraan masing-masing, namun mereka akan terus berhubung dengan CARAT (peminat Seventeen) menerusi pelbagai kandungan yang telah disediakan lebih awal,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, ketiga-tiga anggota berkenaan dijangka meneruskan segala aktiviti rasmi yang telah ditetapkan sebelum tarikh masing-masing melaporkan diri. Pihak agensi turut memaklumkan bahawa tiada acara rasmi khas akan diadakan pada hari mereka memulakan khidmat ketenteraan.
Perkembangan tersebut hadir susulan kewajipan khidmat ketenteraan di Korea Selatan yang mewajibkan kebanyakan lelaki yang memenuhi syarat untuk menjalani perkhidmatan berkenaan. Situasi ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap jadual dan aktiviti kumpulan K-Pop yang mempunyai beberapa anggota lelaki warga Korea.
Bagi memastikan hubungan bersama peminat tidak terputus sepanjang tempoh tersebut, Seventeen akan terus berkongsi pelbagai kandungan yang telah dirancang dan disediakan lebih awal. Langkah itu dijangka dapat memberikan peluang kepada CARAT untuk terus mengikuti perkembangan kumpulan berkenaan walaupun ketiga-tiga anggota terbabit tidak dapat menyertai aktiviti secara langsung.
Sementara itu, Pledis Entertainment turut memohon agar peminat terus memberikan sokongan kepada Mingyu, Seungkwan dan Dino sepanjang mereka melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ketiga-tiga anggota Seventeen itu dijangka kembali meneruskan aktiviti bersama kumpulan selepas selesai menjalani khidmat masing-masing dalam keadaan sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dia merupakan seorang wanita yang menjadi inspirasi kepada masyarakat di Malaysia. Mula menggegarkan negara menerusi keputusan 17 A1 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004, pemilik nama Nur Amalina Che Bakri menjadi perhatian ramai.
Bukan sahaja dek kepandaiannya dalam pelajaran, bahkan ketrampilan dalam bersuara tentang satu-satu isu menonjolkan sifat kepimpinan yang ada di dalam dirinya.
Terbaharu dalam perkongsian satu hantaran di laman Instagramnya, Dr Amalina ada berkongsi tentang sikap manusia yang suka mempertikaikan apa sahaja perkara yang hendak dilakukan oleh orang lain.
Menurutnya, “Semasa saya memutuskan untuk mengambil 17 mata pelajaran untuk SPM (bersamaan dengan GCSE), seseorang di sekolah berkata saya gila dan saya tidak akan dapat melakukannya.
“Ketika saya memulakan perjalanan saya untuk melanjutkan pelajaran di UK, seseorang di internet berkata saya akan tidak berjaya bahkan bakal gagal. Ketika saya memutuskan untuk membuat pengajian Master semasa tahun F1 / F2 (housemanship), saya diberitahu F1/F2 susah dan bagaimana hendak saya menyelesaikan Master saya di Cambridge.
“Ketika saya memulakan latihan pembedahan/tempat tinggal saya di lokasi impian saya (London), seseorang di media sosial berkata, bagus pilihan kerjaya saya tetapi mereka mula mempertikaikan bila pula saya akan bernikah dan memiliki bayi sendiri.
“Semasa saya memulakan PhD dan mengikuti program persaingan penyelidikan yang kompetitif. Seseorang di media sosial berkata, apa gunanya memiliki semua ijazah itu, tidak ada yang boleh dibanggakan, lagipun PhD bukan boleh dibawa ke kubur.”
Itulah kata-kata yang diterima oleh Dr Amalina Che Bakri di setiap fasa dalam kehidupannya. Biarpun setinggi mana kejayaan yang ditempa pasti ada sahaja suara-suara sumbang yang akan menjadi anasir negatif.
Membidas semua kata-kata yang pernah dilemparkan kepadanya, dia menasihatkan kepada semua individu yang pernah melalui perkara yang sama agar kekal dengan niat masing-masing dan buktikan kepada mereka yang anda boleh berjaya.
Salurkan negativiti itu supaya berubah menjadi aura positif dan ambil kata-kata itu sebagai cabaran untuk memotivasikan diri agar bekerja lebih keras. Bangga dengan diri anda dan apa yang telah anda capai. “You do you,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyelaras bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa kemalangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi tadi.
Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar menyifatkan insiden menyayat hati itu sebagai satu pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati di jalan raya dan tidak terburu-buru mengejar destinasi.
“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” katanya.
Beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa, dan mendoakan mereka diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan berat itu.
“Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar,” katanya lagi.
Difahamkan, kemalangan berlaku apabila sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik, menyebabkan bas berkenaan terbalik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!