Jika kita kebiasaannya suka membelai kucing peliharaan, lain pula kisahnya dengan seorang remaja lelaki di Bukit Panjang, Singapura ini apabila dirinya terkantoi memperlakukan seekor kucing dengan tindakan berbaur seksual.
Menurut laporan portal Mothership semalam, perbuatan remaja yang menyerupai seks di luar tabii itu telahpun dirakam oleh litar kamera tertutup yang ada di luar bangunan sebuah flat jenis HBD di sana.
Beberapa imej seterusnya bersifat sensitif dan memaparkan aksi penderaan terhadap binatang.
Dia dilihat melondehkan seluar, memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bertindak tidak senonoh terhadap kucing berkenaan dari bahagian belakang.
Kucing berkenaan jelas cuba meloloskan diri daripada rangkulan remaja terbabit namun dia terus mengangkat haiwan tidak bersalah itu sebelum meneruskan perbuatan terkutuk.
Klip yang dirakam pada 8 April sekitar jam 1.51 tengah malam ini kini telahpun tular terutamanya dalam kalangan warganet di Singapura yang mengutuk perbuatan remaja tersebut.
Ads
Pada 10 April lalu, pemilik kucing berwarna kelabu kehitaman yang dikenali sebagai Ismul menerusi hantaran di Instagram berkata beliau telahpun melaporkan kes ini kepada pihak polis Singapura. Malangnya, polis berkata tidak banyak tindakan susulan yang boleh mereka lakukan.
Justeru, Ismul sedang cuba mendapatkan pembelaan terhadap nasib kucing peliharaannya menerusi badan berkuasa lain yang relevan dalam kes-kes penderaan haiwan.
Lapornya kepada Mothership, kucing tersebut masih hidup namun menunjukkan tanda-tanda trauma susulan insiden terbabit terutamanya sekiranya ia diangkat dan dipikul.
Dalam pada itu, Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) Singapura meluahkan rasa bimbangnya berhubung insiden ini. Ia menyeru agar pihak berkuasa menyiasat isu ini dengan segera memandangkan bukti paparan litar kamera tertutup sudahpun tular dan berada dalam tangan.
Ads
“Negara Singapura ialah sebuah kawasan yang dikongsi bersama oleh manusia dan komuniti haiwan. Mereka juga layak untuk dilayan dengan penuh bermaruah dan mendapat jaminan untuk hidup secara selamat dalam komuniti ini,” catatnya.
CWS juga berharap agar lebih banyak subjek pendidikan yang berfokuskan kepada penjagaan haiwan peliharaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh pemilik haiwan peliharaan serta komuniti secara amnya dalam kurikulum sekolah.
Ish ish, tak ada masalah dicari masalah. Geramnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak semua remaja zaman sekarang memilih pekerjaan seperti yang diperkatakan oleh netizen.
Memiliki paras rupa yang elok adalah satu kelebihan bagi seseorang insan, boleh dijadikan ‘pemberian’ ini sebagai satu kerjaya. Namun bukan pada remaja lelaki berusia 20 tahun ini, Nur Haadi Abdul Rani apabila memilih menjadi seorang pengawal keselamatan di usia muda.
Baru-baru remaja ini menjadi perhatian warganet apabila penampilan menarik dan aktif menggunakan aplikasi TikTok, Haadi tular kerana terlihat segak dan tampan walaupun mengenakan pakaian pengawal keselamatan.
Mesra dengan dengan panggilan Haadi , pemuda ini tak malu untuk pamerkan perkerjaannya walaupun sering dipandang rendah dan diperlekeh oleh segelintir masyarakat. Meskipun masih muda, namun dia kelihatan sangat matang dan gembira semasa menjalankan tugas.
Menurut laporan Mstar, Haadi yang berasal dari Terengganu ini memaklumkan dia bangga apabila video yang dimuat naik mendapat perhatian kerana dapat berkongsi bagaimana kerjanya sebagai pengawal keselamatan kepada umum.
“Saya rasa bangga sangat. Mungkin sebelum ini ada segelintir individu yang pandang remeh kerja ini. Saya buat video sebab nak tunjuk situasi pekerjaan saya.”
“Mungkin ada yang malu dengan kerja ini. Tapi bagi saya tak perlu malu nak kerja sebagai pengawal keselamatan.”
“Alhamdulillah, lepas saya buat video, ramai anak muda mesej saya dan tanya mengenai pekerjaan ini. Ramai yang minat sebenarnya,” katanya
Hokay, orang dari negeri lain jangan terasa ya. Hikz.
Kalau selama ini kita sangka masak lemak cili api yang menjadi makanan tradisi negeri tersebut punca gemuk atau lemak berkumpul di jantung, rupanya anggapan itu salah.
Sebaliknya bahan-bahan yang ada ketika proses memasak itu adalah makanan sihat lagi menyihatkan terutama santan, kunyit hidup, cili padi dan lain-lain lagi mengandungi khasiat yang sangat baik untuk tubuh.
Moralnya, rugi kalau tak makan masak lemak cili api dan lebih rugi kalau tak berjodoh dengan orang Nismilan yang memang handal memasak masakan tersebut. So bagi, korang yang belum berjodoh tu, lekas cari jodoh dari negeri ini ya. Haha.
Korang bacalah perkongsian dibuat oleh Dr Norman Norawi di page fbnya mengenai khasiat makanan masak lemak cili api ini.
Hari ini berbicara tentang makanan kegemaran saya!!
Berita baik untuk orang Negeri Sembilan.!!
Jangan risau makan masak lomak cili api…
Santan bukan punca kolestrol tinggi dan menyebabkan sakit jantung.
Santan kelapa sangat sihat dan mempunyai bahan 'rantaian trigliserida sederhana' / medium chain triglyceride (MCT) iaitu ASID LAURIK yang sangat baik untuk kesihatan jantung dan juga membantu menurunkan berat badan.
Kunyit hidup yang digunakan dalam masakan ini juga mempunyai anti oksidan KURKUMIN yang boleh mencegah pelbagai penyakit dan kanser…
Cili Api pula mempunyai anti oksidan CAPSAICIN yang bersifat anti keradangan dan juga kaya dengan Vitamin C & Vitamin A.
Cerita buli seakan tidak pernah selesai di negara ini. Bukan hanya di sekolah tetapi di institusi pengajian tinggi turut terjadi hingga membawa kepada kematian. Walau banyak didedahkan di media sosial tetapi rasa takut pada pembuli tidak pernah habis.
Semalam seorang abang, Azrul Fikri telah memuat naik kisah adiknya, Afiq Fikri yang dipukul 7 orang rakan di pusat tahfiz hingga organ hatinya cedera dan organ limpanya hancur dan berada di zon merah selepas dibuli.
Akibat dihempas ke lantai oleh pembuli, organ hati cedera dan limpanya hancur
Malah kes ini sudah pun menjadi kes polis di mana 7 orang pelajar sudah ditahan. Isu pusat tahfiz yang pada awalnya dilihat untuk melahirkan hafiz dan hafizah seakan bertukar menjadi “sekolah samseng” bagi ibu bapa yang tidak dapat mengawal anak masing-masing kerana ramai berfikiran bila masuk ke pusat tahfiz anak akan jadi baik.
Walau tidak semua berperangai begitu tetapi ibu bapa harus membetulkan pemikiran sendiri andai tidak mampu mengawal anak-anak, jangan dihantar ke pusat tahfiz kerana masih ramai yang datang untuk belajar agama.
Baca perkongsian Azrul Fikri.
Assalamualaikum, adik saya Afiq Fikri, hari ni hari jadinya (11/3), seorang pelajar tahfiz di salah sebuah Pusat tahfiz di tanjung karang, telah dibuli & dipukul oleh pelajar tahfiz lain, dan telah mengakibatkan organ hati nya cedera serta organ limpa hancur, ketika di zon merah, doktor memberitahu kemungkinan organ limpa akan dibuang dan akan menyebabkan sistem imunisasi badan tidak akan berfungsi (mudah terkena penyakit), Afiq berkata pada saya yang dia telah dipukul lebih kurang 5 hingga 7 orang. Ketika badannya mulai lemah, mereka mengangkat Afiq dan hempas ke lantai. Pihak keluarga telah meminta rakaman cctv, tetapi pihak tahfiz mengatakan yang cctv mereka rosak, report polis telah dibuat. Mohon bantuan rakan rakan , supaya doakan Afiq sembuh seperti sedia kala. Amin
Edit info : Bukan Afiq sahaja yang di pukul, ada lagi 3 orang rakan afiq, turut sama di pukul, cuma kecederaan pada Afiq sangat teruk sehingga di tahan wad, yang bertanya siapa yang memukul, ada gambar mereka di bawah, mereka pelajar senior tahfiz tersebut, saya mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan dan beri kata kata semangat pada Afiq.
***** – 7 pelajar terbabit telah di tangkap dan di bawa ke ipd Selangor
– penjaga/ibu bapa pelajar terbabit memohon keluarga kami untuk menarik report, pihak keluarga kami menolak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.