Sukan elektronik atau e-sukan kian mendapat perkembangan positif bukan sahaja di luar negara bahkan di dalam negara!
Jikalau dulu, bermain permainan video di komputer atau konsol PlayStation dan Xbox dalam kalangan anak muda sering kali dikaitkan dengan aktiviti membuang masa, namun sekarang dunia sudah berubah.
Kemajuan industri yang lebih terarah kepada sukan elektronik membuka peluang kepada remaja mempertaruhkan bakat mereka dalam permainan video popular seperti Dota 2, Mobile Legends dan juga PUBG.
Baru-Baru ini, pasukan e-sukan PUBG Mobile Malaysia, Yoodo Gank dinobatkan sebagai juara dalam Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020.
Yoodo Gank yang terdiri daripada 4 orang pemuda iaitu Abdul Aziz Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (ManParang), Muhammad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) membawa pulang $30 ribu (~RM128 ribu) selaku juara.
Ads
Yoodo Gank atau sinonim dengan gelaran The One and Onleh dalam kalangan peminatnya dinobatkan sebagai terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan Asia Tenggara selepas berjaya mengumpul 284 mata dalam 15 pusingan yang dipertandingkan.
Selain wang kemenangan di tempat pertama itu, Yoodo Gank turut mendapat hadiah wang tunai tambahan kira-kira RM44,000 menerusi kemenangan Anugerah Pasukan Paling Popular di Malaysia, kutipan Chicken Dinner (mata kemenangan) sebanyak lima kali dan Anugerah Pemain Terbaik.
Ads
Mereka turut menewaskan jaguh dunia, Bigetron Red Aliens (Indonesia) yang sekadar selesa di tempat kedua. Sementara itu dua lagi pasukan Malaysia, Team Secret MY dan Bigetron AROV masing-masing menduduki ke-lima dan ke-12 dalam kejohanan itu.
PMPL SEA berlangsung selama tiga hari, melibatkat 16 pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM640,000 secara keseluruhan.
Ads
Difahamkan, Yoodo Gank sebelum ini dikenali sebagai pasukan Gank FTY, namun selepas kejayaan mengungguli PMNC di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall tahun 2018, pasukan terbabit mendapat langganan percuma plan Yoodo selama setahun.
Dengan kejuaraan ini Yoodo Gank bakal beraksi di Liga Dunia PUBG Mobile bersama dengan King of Gamers manakala Bigetron RA dan Team Secret sudah layak sebelum ini.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut merakamkan ucapan tahniah melalui laman Twitter rasminya. Reezal berkata, kejayaan Yoodo Gank itu dilihat sebagai satu langkah positif untuk meraih lebih banyak pencapaian pada masa akan datang.
Congratulations team Malaysia Yoodo GANK for officially claiming your spot as the SEA Champions for the PMPL SEA Finals 2020 Season 1.
For the first time ever a Malaysian team has won a PUBGM tournament on the SEA level.
Sejak kebelakangan ini, ramai yang melepaskan ‘gian’ untuk pergi bercuti dengan melawat Pulau Langkawi selepas kerajaan memilih pulau lagenda berkenaan dalam projek rintis bagi program Gelembung Pelancongan untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September lepas.
Foto Via Kosmo
Terbaru, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo memaklumkan bahawa sebuah hotel terkemuka di pulau berkenaan terpaksa menghentikan operasinya buat seketika selepas 59 pekerjanya disahkan positif COVID-19.
Malah beliau memaklumkan, jumlah mereka yang positif itu dikesan susulan ujian saringan COVID-19 ke atas 249 pekerja hotel serta anggota keluarga mereka.
“Mereka yang positif ini ada yang kuarantin diri di rumah, asrama pekerja dan juga PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata pihak pengurusan hotel bersetuju untuk menutup sementara operasi hotel terbabit secara sukarela demi keselamatan orang ramai, sekali gus mengekang penularan virus itu.
Melalui laporan BERNAMA lagi, hasil siasatan mendapati penularan jangkitan yang berlaku di hotel itu berpunca daripada kalangan penduduk tempatan dan bukannya melibatkan pelancong. Penularan jangkitan itu ialah di bawah kluster tempat kerja yang dikenali Dah Teluk Nibung.
Apapun, penulis harap korang yang melancong dan melawat ke Pulau Langkawi tu sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Ke korang batalkan je perancangan tapi hotel dan tiket penerbangan dah bayar…???huhuhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi.
Oleh itu, kerajaan menggalakkan untuk para pekerja terutama yang berada di kawasan zon merah untuk membuat ujian saringan (swab test) COVID-19.
Arahan membabitkan sejuta pekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor itu dibuat berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja pejabat termasuk sembilan kluster dari tempat kerja di Selangor yang dilaporkan.
Lakukan ujian saringan Covid-19
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, ia selepas Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso diperluaskan kepada semua pencarum di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Swab test COVID-19 ini boleh dijalankan melalui kaedah Subsidi Saringan Prihatin dengan kos hendaklah dibayar oleh majikan terlebih dahulu. Hanya saringan melalui panel perkhidmatan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO.
Soalan-soalan Lazim (FAQ) mengenai Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO sempena perluasan capaian saringan program tersebut kepada pencarum di negeri-negeri yang melaksanakan PKPB bermula esok, 22 Oktober 2020. pic.twitter.com/uXHcb8z7y9
Terdapat dua cara iaitu sama ada guna kaedah Janji Temu dengan Panel Perkhdimatan PERKESO atau Subsidi Saringan Prihatin (PSP).
Jika mahu guna kaedah Janji Temu, majikan perlu menghubungi panel perkhidmatan PERKESO
Majikan boleh menjalankan ujian saringan untuk pekerja melalui panel perkhidmatan yang dilantik oleh PERKESO dengan membuat janji temu untuk saringan. Majikan perlu mengemukakan Lampiran 1 yang lengkap dan menetapkan janji temu saringan bersama panel perkhidmatan melalui https://shop.doctor2u.my/perkeso-booking.
Saringan tanpa janji temu tidak akan diterima. Saringan melalui panel perkhidmatan ini adalah PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh PERKESO. Direktori Panel Perkhidmatan yang didapati di Portal PSP.
Untuk kaedah Subsidi Saringan Prihatin, majikan perlu bayar dahulu kemudian boleh membuat tuntutan di PERKESO. Subsidi yang ditanggung PERKESO adalah maksimum RM150 seorang.
PSP Perkeso ini terbuka kepada pekerja asing dan tempatan dalam semua sektor dan industri. Pencarum yang pernah menjalani saringan PSP sebelum ini boleh menjalani saringan semula selaras dengan pengumuman yang telah dibuat.
Semoga info ini dapat membantu korang semua….
Sumber: PERKESO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan sikap memandang rendah dengan musibah yang berlaku, setakat ini negara Indonesia telah mencatatkan 38,277 kes dengan angka kematian seramai 2,134 dan kes aktif sebanyak 21,612 dijangkiti COVID-19.
.
Terbaru,hospital di Indonesia terpaksa mempertingkatkan kawalan di rumah mayat selepas banyak kes sanak saudara melarikan mayat mangsa COVID-19 kerana mahu mengadakan upacara pengebumian mengikut tuntutan agama mereka sendiri.
Pihak polis berkata, di bawah peraturan baharu di negara itu, mangsa korban COVID-19 mestilah dibalut dengan plastik dan dikebumikan dengan segera untuk mengelakkan penularan virus daripada berlaku.
.
Malah media juga melaporkan, gara-gara terlampau berani membuka keranda mayat pesakit COVID-19 dan memandikan jenazah, seramai 15 penduduk di sebuah kampung di Sidoarja, Indonesia telah disahkan dijangkiti sehingga menyebabkan kematian baharu.
Indonesia menetapkan peraturan bahawa keranda pesakit COVID-19 tidak boleh dibuka dan pengebumian yang dilakukan pekerja kesihatan yang memakai pakaian khas tidak boleh melebihi tempoh empat jam.
Jurucakap polis tempatan iaitu Ibrahim Tompo berkata, mereka merampas mayat yang sudah siap sedia untuk dikebumikan mengikut protokol virus secara paksa.
“Sekurang-kurangnya 33 individu ditahan dan mereka berdepan tujuh tahun penjara kerana melanggar peraturan kuarantin kesihatan.
“Bagi mengatasi masalah sama berulang, pihak berkuasa Makassar meletakkan lebih banyak kakitangan untuk mengawal hospital tempatan,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, khabar angin menyatakan beberapa mayat turut dijadualkan akan dikebumikan segera walaupun meninggal dunia kerana penyakit tiada kaitan dengan COVID-19 lebih memburukkan keadaan.
Ish, dorang ni masih tak faham lagi ke berapa bahayanya pendemik Covid-19 ni....