Sumber Foto: Reuters

Situasi kes Covid-19 yang dikaitkan dengan syarikat Top Glove nampaknya masih belum surut setelah ia mencatatkan sebanyak 5,450 kes di kalangan pekerjanya dan dikenali sebagai kluster Teratai.

Baru semalam, syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove didakwa memecat seorang pekerja asing setelah dia mendedahkan keadaan sebenar kediaman pekerja Top Glove yang tidak mengikut SOP.

Dalam laporan oleh rakan media di Reuters itu, pekerja berusia 27 tahun itu dikatakan telah mengambil dua keping gambar yang menunjukkan keadaan pekerja kilang yang sedang bersesak tanpa jarak semeter di antara mereka. Gambar itu kemudiannya dihantar kepada pertubuhan hak pekerja di Nepal; yang kemudiannya melaporkan kepada kerajaan Malaysia.

Walaupun pihak Nepal tidak mendedahkan siapakah gerangan pekerja yang membuat laporan itu, seorang pekerja Top Glove yang dikenali sebagai Yubaraj telah mendedahkan kepada Reuters bahawa syarikat tersebut telah menamatkan perkhidmatannya kerana perbuatan tersebut.

*

IKLAN

Hari ini, satu lagi berita mendukacitakan tiba ke pengetahuan media apabila seorang pengawal keselamatan di kilang Top Glove dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, Sabtu lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Yam Narayan Chaudhary Tharu merupakan seorang warganegara Nepal dan pernah berkhidmat di sebuah kilang yang terletak di Meru Klang. Menurut laporan BFM, kira-kira tiga minggu lalu, mangsa yang berusia 29 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan namun dilaporkan meinggal dunia hujung minggu lalu.

Setelah berita tersebut disahkan, Top Glove mengeluarkan kenyataan akan menghulurkan bayaran pampasan kepada waris mangsa sebagai tanda mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh keluarga mendiang.

IKLAN

*

Laporan kematian seperti inilah yang perlu kita ambil secara serius. Ia mengingatkan kita supaya jangan sesuka hati berada di tempat yang sesak dengan orang ramai sekiranya tiada keperluan. Kita tidak tahu sekiranya ada di antara mereka yang telah dijangkiti.

Semalam, REMAJA ada melaporkan mengenai kenaikan jumlah trafik di beberapa kawasan tarikan pelancong selepas kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri.

IKLAN

[FOTO] “Tak Takut Ke?” – Trafik Sesak Di Genting Highlands Petanda Rakyat Sakan Bercuti – REMAJA

*

Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI