Sumber Foto : BERNAMA

 

Menerusi satu helaian rasmi yang dimuatnaik ke platform media sosial, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad telah mengumumkan perletakan jawatannya daripada kabinet yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia hadir selepas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletak jawatan, Selasa lalu,

Biarpun berterima kasih kepada Perdana Menteri di atas peluang untuk berkhidmat di dalam Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Noraini akur dengan keputusan parti.

Catat kenyataan rasmi Ahli Parlimen Parit Sulong itu, “Berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawattan sebagai menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketikan Parlimen bersidang.

IKLAN

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas.” Menariknya, perutusan tersebut tidak menyentuh golongan tenaga pengajar dan pelajar.

[Terbaru] Menteri Pengajian Tinggi Letak Jawatan Serta-Merta

IKLAN

Perletakan jawatan secara tiba-tiba ini sekaligus menyaksikan adanya kekosongan yang perlu diisi di posisi penting tersebut. Tambahan pula dengan keadaan pandemik semasa yang memerlukan para pelajar dan kakitangan prauniversiti serta universiti untuk berusaha dengan lebih gigih lagi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Tinjauan di laman Twitter menyaksikan respon yang bercampur baur. Ada yang terkejut beliau sanggup membuat keputusan demikian demi parti yang diwakilinya. Tidak kurang juga yang merasakan keputusan ini membiarkan para pelajar lebih terpinggir manakala sebahagian lagi tidak sabar menantikan siapakah penggantinya.

IKLAN

Persoalannya, siapakah yang paling layak menggalas jawatan ini? Buat masa ini, tentulah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mansor Othman yang akan memangkunya. Adakah beliau akan menjawat sebagai Menteri? Sama-sama kita nantikan.

Sementara itu, bekas Menteri Pengajian Tinggi sebelum ini yang pernah meletakkan jawatannya awal tahun 2020, Dr Maszlee Malik mengucapkan tahniah kepada Noraini. Adakah ucapan tahniah itu disebabkan keberaniaan beliau untuk melepaskan jawatan ataupun di atas sumbangan beliau selama memegang jawatan? Hhm.. you tell us.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI