Tatabahasa bahasa Melayu sesungguhnya amat unik dan menarik. Antara yang menarik untuk dikongsi pada kali ini ialah ragam ayat pasif untuk kata kerja transitif berimbuhan “ter-”.

Penutur bahasa Melayu lazimnya menguasai kemahiran untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Sebagai contoh:

Jenis Ayat123
Ayat aktifSaya belum membaca novel itu.Kamu telah membaca novel itu?Dia tidak membaca novel itu.
Ayat PasifNovel itu belum saya baca.Novel itu telah kamu baca?Novel itu tidak dibaca olehnya.

Perbezaan tentang ayat pasif diri pertama, diri kedua dan diri ketiga juga dikuasai oleh kebanyakan penutur bahasa Melayu walaupun kesilapan umum seperti “Novel itu belum dibaca oleh saya,” “Novel itu telah dibaca oleh kamu” dan “Novel itu tidak dia baca sering dilakukan”.

Banyak penutur bahasa Melayu sering keliru apabila kata kerja transitif aktif digunakan dalam ayat aktif berimbuhan “ter-”.
Sebenarnya, kata kerja transitif berimbuhan “ter-” amat penting dan mendukung pelbagai maksud dan penggunaan.
Contohnya,

IKLAN
  1. Saya tertelan pil tidur itu kerana tidak membaca label ubat dengan teliti.

(Maksud tertelan: tidak sengaja menelan)

  1. Kamu terangkat almari yang berat itu tanpa bantuan sesiapa?

(maksud terangkat: berupaya untuk mengangkat)

IKLAN

Jika diperhatikan, kata kerja transitif berimbuhan “ter-” ini memang berasal daripada kata kerja transitif berimbuhan “meN-”. Sebagai contoh, tertelan dan terangkat dalam ayat 1 dan 2 di atas boleh digantikan dengan menelan dan mengangkat. Walau bagaimanapun, makna keseluruhan ayat akan berubah walaupun masih gramatis. Kesilapan sering berlaku apabila ayat 1 dan 2 dipasifkan.

IKLAN
Ayat aktif
  1. Saya tertelan pil tidur itu kerana tidak membaca label ubat dengan teliti.
  1. Kamu terangkat almari yang berat itu tanpa bantuan sesiapa?
Ayat pasif yang salah1a. Pil tidur itu saya telan kerana tidak membaca label ubat dengan telitinya.2a. Almari yang berat itu kamu angkat tanpa bantuan sesiapa?
1b. Pil tidur itu saya tertelan kerana tidak membaca label ubat dengan teliti.2b. Almari yang berat itu kamu terangkat tanpa bantuan sesiapa?
Ayat pasif yang tepat1c. Pil tidur itu tertelan oleh saya kerana tidak membaca label ubat dengan teliti.2c. Almari yang berat itu terangkat oleh kamu tanpa bantuan sesiapa?

Ayat 1a dan 2a gramatis tetapi makna khusus “tidak sengaja” dan “berupaya” dalam imbuhan “ter-” sudah hilang. Oleh sebab itu ayat 1a dan 2a bukan ayat pasif untuk ayat aktif 1 dan 2. Ayat 1b dan 2b pula menyalahi hukum tatabahasa. Oleh itu, untuk ayat aktif dengan kata kerja transitif berimbuhan “ter-”, struktur ayat pasifnya, baik ayat pasif diri pertama, diri kedua atau diri ketiga semuanya sama sahaja, misalnya tertelan oleh saya dan terangkat oleh kamu.

Kesimpulannya, kita boleh menggunakan ayat seperti “Novel yang tebal itu terbaca oleh saya”.

Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Alex Leong Jun Wei

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI