
Berdiri pada ketinggian 184cm, kelebihan fizikal yang ada pada wakil Miss Supranational Malaysia 2025, Eshwin Kaur nyata memberi tuah kepada apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori ‘Supra Model of the Year’ bagi rantau Asia/Oceania.
Berlangsung di Nowy Sącz, Poland sempena pertandingan ratu cantik Miss Supranational 2025 pada minggu ini, Eshwin merupakan salah seorang daripada 66 orang wakil negara yang bertanding dalam acara ‘SupraModel’; salah satu aktiviti (sub-contest
) yang dianjurkan pada minggu ratu cantik (pageant week).Model berusia 24 tahun ini bukanlah asing dalam bidang peragaan. Dengan memperolehi tunjuk ajar daripada mentor peragaan dan dunia ratu cantik, Nizam Jalil; Eshwin berjaya membentuk identitinya sendiri sewaktu beraksi di pentas peragaan semalam.
66 peserta di bahagikan mengikut lima rantau utama iaitu Asia/Oceania, Afrika, Amerika, Caribbean dan Eropah. Hanya dua peserta dari setiap kumpulan ini yang meneruskan saingan sebelum hanya seorang juara kumpulan dipilih.
Eshwin yang menyarungkan gaun rekaan Freda Creation diumumkan sebagai peserta Top 2 bagi rantau Asia/Oceania bersama wakil Filipina, Tarah Valencia.
Namun, tuah berpihak kepada Eshwin apabila kredibilitinya dalam memperagakan busana fesyen serta aura yang terpancar sepanjang aksinya di pentas berkenaan membolehkan Eshwin mengenepikan saingan Tarah dan diumumkan sebagai juara rantau berkenaan.
Selain Malaysia, juara lain daripada rantau berbeza terdiri daripada Zambia (Afrika), Brazil (Amerika), Curacao (Caribbean) dan Jerman (Eropah).
Dalam pada itu, malam kemuncak Miss Supranational ke-16 ini bakal dilangsungkan pada 27 Jun 2025. Pada malam itu juga, salah seorang daripada lima juara ‘SupraModel’ ini akan diumumkan sebagai ‘Supra Model of the Year’ dan secara automatik menempah kedudukan Top 24.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.