Tak boleh bayangkan bagaimana orang ramai boleh hidup dan hidu busuk.
Tempatnya dah cantik tapi memang ‘potong’ mood jika berbau busuk dan mungkin membuatkan sesetengah orang tidak mahu ke situ. Malah mengundang masalah kesihatan.
Namun begitu, ada individu yang sanggup mencabar diri berkunjung ke tempat berbau busuk bagi mencipta memori melihat keindahan di sana.
1. Mumbai, India
Bandar Mumbai, India ( Foto Via Pexels)
DERIA bau anda akan diuji di Mumbai, India. Bandar itu bukan sahaja menghidangkan suasana sibuk, malah pengunjung akan mual dengan baunya yang sangat ‘memabukkan’.
Di pusat bandar itu, orang-orang kaya akan memenuhi bar mewah, manakala mereka yang miskin berkerumun di kawasan setinggan. Di situ terletaknya gerai-gerai kecil di tepi jalan yang menjual pelbagai makanan.
Udaranya juga tebal dengan bau rempah India seperti kayu manis, buah pelaga dan cengkih.
Bukan itu sahaja, ia dikeruhkan lagi dengan asap ekzos kenderaan, jalan raya sesak, bau hanyir air bertakung dari longkang, timbunan sayur-sayuran membusuk dan bau najis lembu.
Ia diburukkan lagi dengan bau badan warga Mumbai yang berkeringat ketika berjualan dalam cuaca panas tropika.
Ads
2. Laguna Colorada, Bolivia
Laguna Colorada, Bolivia (Foto Via Pexels)
LAGUN berwarna merah pekat di barat daya Altiplano di Bolivia itu mempunyai pemandangan yang cukup menakjubkan. Lagun berlatarbelakangkan gunung berapi berwarna coklat gelap itu sering dikunjungi oleh burung flamingo.
Walaupun menyajikan pemandangan cantik, namun bau Laguna Colorada tidak sepadan dengan keindahannya. Bau busuk belerang dari gunung berapi berlegar di sekeliling tempat itu. Gunung itu juga berbahaya jika mahu merakam gambar dari dekat.
3. Fes, Maghribi
KOLAM-KOLAM takungan yang merendam kulit haiwan menyebabkan bandar Fes berbau busuk.(Foto Via Pexels)
BANDAR Fes di Maghribi turut tersenarai sebagai tempat paling busuk di dunia. Hal ini kerana, di Fes terletaknya Chouara Tannery iaitu pusat penyamakkan kulit haiwan tertua yang dilakukan secara tradisional.
Kolam-kolam takungan yang merendam kulit-kulit haiwan itu mengeluarkan bau sangat kuat.
Antara bahan yang digunakan adalah najis burung merpati yang bertindak sebagai ammonia untuk membersihkan kulit tersebut.
Ads
Oleh itu, tidak hairanlah kawasan tersebut berbau sangat busuk. Namun, Fes tetap menjadi tarikan pelancong kerana keunikan memproses kulit haiwan untuk dijadikan pelbagai produk seperti beg tangan dan baju.
4. Pulau Seal, Afrika Selatan
PULAU Seal menjadi ‘rumah’ kepada 60,000 anjing laut.
MENJADI ‘rumah’ kepada 60,000 anjing laut, tidak menghairankan jika pulau kecil di luar pantai Teluk False iaitu berhampiran Cape Town, Afrika Selatan ini mengeluarkan bau tidak menyenangkan hidung.
Bau busuk daging, ikan dan najis 60,000 anjing laut itu sangat meloyakan. Namun, ramai pengunjung ke pulau tersebut untuk melihat kumpulan anjing laut yang comel.
5. Gunung berapi Ijen, Indonesia
PENGUNJUNG yang datang ke sini akan menghidu bau tengik di kawasan sekitar ketika kepulan wap kuning keluar dari lombong sulfur yang beroperasi di sekitar tasik gunung berapi tersebut.
Ads
Gunung berapi Ijen mempunyai tasik kawah berasid firus dengan keluasan 1 kilometer. Tasik atau danau ini merupakan lokasi perlombongan belerang.
Keadaan itu membuatkan kita berfikir sejenak bagaimana pekerja-pekerja melombong ketulan sulfur yang berbau seperti telur busuk itu.
Bukan sahaja berdepan bau busuk, asapnya juga boleh melarutkan gigi. Namun, mereka tiada pilihan dan perlu melakukan pekerjaan tersebut demi menyara kehidupan.
Baru-baru ini makanan kulit ayam menjadi viral kembali apabila sebuah restoran makanan segera popular menawarkan menu terbaharu mereka yang sememangnya menjadi kegemaran ramai.
Sebelum ini, kalau nak makan kulit ayam goreng ranggup selalunya kita beli di pasar malam sahaja, tetapi kini ia telah dikomersilkan oleh restoran makanan segera popular itu.
Namun begitu, rasanya kita semua sudah sedia maklum bahawa pengambilan kulit ayam terlalu banyak adalah tidak bagus untuk kesihatan kerana ia mempunyai lemak. Pendek kata, jika mengambil secara berlebihan mungkin akan memudaratkan kesihatan korang, lebih-lebih lagi kepada anak kecil.
Resipi kulit ayam goreng ini sebenarnya boleh diolah dan ia telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Puan Diera. Jelas wanita itu, anak-anaknya setiap hari nak makan kulit ayam dan hasil daripada video TikTok dia berjaya menginovasi resipi kulit ayam goreng menggunakan telur ayam.
Ayam juga kan. Hiks!
Jom kita lihat resipi yang telah dikongsi di laman Facebook Masak Apa Hari Ni..
Bahan-bahan:
– Telur
– Lada hitam
– Garam
– Pati ayam
– Air sedikit
(Gaulkan semua bahan di atas)
Cara menyediakan:
1. Gorengkan telur di atas kuali leper. Pastikan goreng telur senipis yang mungkin
2. Terbalikkan telur yang dimasak itu
3. Kemudian, gaul telur yang digoreng dengan tepung Bestari (atau lain-lain yang sesuai). Selepas itu, potong telur itu untuk dijadikan bentuk kulit ayam. Celup di tepung, celup di air dan kemudiannya celup di tepung semula
4. Setelah selesai goreng dengan minyak panas dan siap!
Katanya rasa makanan ini sebiji macam kulit ayam goreng. Jadi, korang bolehlah cuba buat sendiri di rumah okay.
Selepas hujan, mungkin korang pernah perasan terdapat kesan lelehan hitam yang muncul pada badan kereta, terutama di bahagian bawah cermin atau pada bahagian pintu.
Lelehan hitam ini bukan sahaja menjejaskan penampilan kereta, malah ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan cat jika tidak ditangani dengan baik.
Punca-Punca Kesan Lelehan Air
Kotoran dan Debu: Air hujan membawa kotoran dan debu dari udara dan jalan raya. Apabila air mengalir di sepanjang permukaan kereta, ia meninggalkan kesan kotoran tersebut.
Debunga dan Sisa Tanaman: Di kawasan yang banyak tumbuhan, debunga dan sisa daripada tanaman boleh menyebabkan lelehan hitam apabila bercampur dengan air hujan.
Pencemaran Udara: Zarah-zarah pencemaran daripada kenderaan dan industri melekat pada permukaan kereta dan larut dalam air hujan, menyebabkan garis-garis hitam.
Produk Pembersihan Kereta: Produk pembersihan kereta yang tidak dibilas dengan sempurna boleh meninggalkan kesan yang kelihatan selepas hujan.
Cara Mengatasi dan Mencegah Kesan Lelehan Air
Cuci Kereta Secara Berkala: Basuh kereta anda dengan sabun khas yang dapat menghilangkan kotoran dan debu dengan lebih efektif. Ini membantu mencegah kotoran yang boleh menyebabkan lelehan hitam.
Gunakan Pelindung Cat: Gunakan wax atau coating cat untuk mengurangkan kotoran melekat pada permukaan kereta. Produk ini membentuk lapisan pelindung yang menjadikan permukaan kereta licin dan kurang terdedah kepada kotoran.
Cuci Selepas Hujan: Jika boleh, cuci kereta selepas hujan untuk menghilangkan kotoran dan debu sebelum ia mengering dan meninggalkan kesan yang berpanjangan.
Lap Kereta dengan Kain Mikro: Lap kereta dengan kain microfiber selepas hujan untuk mengelap sisa-sisa air hujan dan kotoran sebelum ia meninggalkan kesan.
Gunakan Air Bebas Mineral: Jika mencuci kereta sendiri, gunakan air yang bebas mineral (distilled water) untuk mengelakkan kesan titisan air yang mengandungi mineral yang boleh meninggalkan kesan.
Kesan lelehan air adalah masalah yang biasa dihadapi oleh pemilik kereta, terutamanya mereka yang memiliki kereta berwarna terang. Dengan penjagaan yang betul dan langkah-langkah pencegahan yang tepat, anda boleh menjaga kereta anda agar tetap bersih dan kelihatan baru.
Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalui kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.
Sumber Gambar : Reuters
Pakaian kucing atau mengayakan kucing bukan satu perkara yang pelik malah tinjauan penulis mendapati ada je yang bijak membuat ‘duit’ dengan hobi ini.
Seorang bekas guru di Bogor, Indonesia sanggup meninggalkan bidang pendidikan untuk menceburi bidang fesyen dan menjadi pereka fesyen untuk si ‘bulus’ peliharaannya ini.
Sumber Gambar : reuters
Itulah yang dilakukan oleh Fredi Lugina Priadi, seorang lelaki yang berusia 39 tahun. Sebelum ini dia pernah menceburi pelbagai jenis perniagaan namun menjadi pereka fesyen bagi si bulus lagi menguntungkan.
Menurut laporan Reuters, pelbagai jenis pakaian buat si comel bulus itu untuk digayakan. Antaranya pakaian seragam, super hero seperti Thor dan juga pakaian tradisional islam.
Fredi berkata, pada mulanya idea itu datang daripada saudaranya yang mencintai kucing dan dia menganggap idea itu pelik namun apa yang terjadi sebaliknya kerana permintaan terhadap pakaian kucing agak tinggi.
Selain itu, Fredi memperoleh anggaran RM870 sebulan bagi menjual sekurang-kurangnya empat helai sehari setelah hampir tiga tahun menjalani perniagaan tersebut.
Meskipun ia kelihatan comel, namun ada juga segelintir warganet memberi komen yang negatif mengatakan ia sesuatu yang agak kejam, namun ia tidak mematahkan semangat Fredi untuk terus berusaha dalam memajukan perniagaanya.
Menarik juga, so korang yang nak mula berniaga boleh la ‘ceduk’ idea dari Fredi ini.
Lee Kwang Soo MC perkahwinan Shin Min Ah dan Kim Woo Bin mencuri perhatian peminat, mencerminkan persahabatan erat serta momen paling dinanti industri hiburan Korea.