Berita pemergian pelakon yang pernah cemerlang dengan filem Kembali dan drama Kerana Cinta Saerah, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy pada hari ini diterima dengan hati reda oleh ahli keluarganya.
Anak lelaki tunggal kepada seniwati Allahyarhamah Azean Irdawaty itu meninggal dunia hari ini di sebuah hospital di Medan, Indonesia disebabkan penyakit asma.
Bercakap kepada portal Astro Awani, bapa Benjy iaitu Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashid terlebih dahulu mengesahkan pemergiannya menerusi respon balas di WhatsApp.
Tidak lama kemudian pada jam 2.21 petang, adik Benjy, Elza Irdalynna memuat naik ciapan untuk berterima kasih kepada semua pihak yang sudi memberikan sokongan dan berhati mulia terhadap arwah Benjy serta keluarga mereka selama ini.
“Kami sekeluarga ingin mengumumkan yang abang saya telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.
Ads
“Elza telah menerima panggilan daripada pihak penjara di Medan pagi tadi memberitahu berita yang Benjy tidak dapat bernafas akibat sakit tenat asma lebih kurang pukul 11 pagi waktu Malaysia. Benjy telah cuba dibawa ke rumah sakit di sana tetapi tidak sempat diselamatkan.
“Benjy telah lama mengalami penyakit kronik asma dan penyakit-penyakit paru-paru lain; serta telah masuk keluar hospital dengan kerap.
“Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara Medan mengebumikan jasad (Benjy) di sana. Urusan pengebumian akan dijalankan esok.
“Kami amat berterima kasih dan terharu di atas semua bantuan serta sokongan yang telah diberikan oleh setiap pihak selama ini. Harap maklum bahawa Benjy turut menghargai anda semua,” catat kenyataan rasmi tersebut.
Ads
It is with deepest sadness that we inform you of our beloved brother’s passing earlier today. Below is the official statement from our family. We thank you all for the kindness and support you have shown Ben and our family through the years. Al Fatihah.@inessukamakanpic.twitter.com/dYqSZsDimF
Elza menambah bahawa pemergian Benjy tiada kaitan dengan jangkitan Covid-19 atau apa-apa varian lain yang sedang menular di Indonesia. Keadaan kesihatan Benjy sememangnya telah merosot terutamanya pada tahun ini.
Elza turut memuat naik sekeping foto di antara Arwah Azean dan Benjy dengan kapsyen, “Keep Mama company now, Ben.”
Menerusi perkongsian tersebut, warganet termasuklah pelakon Redza Minhat dan Sharifah Amani tampil menghulurkan ucapan takziah mereka di samping berharap agar Elza sekeluarga tabah berdepan ujian kehilangan ahli keluarga yang mereka sayangi.
Terdahulu, Benjy menjalani hukuman penjara 11 tahun di Medan, Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup bahan terlarang pada tahun 2017.
Setelah mengikuti jejak langkah Allahyarhamah Azaen Irdawaty sebagai seorang pelakon berpotensi sejak usia kanak-kanak lagi, malah pernah bergelar Pelakon Lelaki Terbaik; perjalanan karier Benjy mulai merosot sejak sedekad lalu akibat kes penyalahgunaan bahan terlarang dari semasa ke semasa.
Perubahan perancangan sepanjang baki tahun 2020 dijangka berlaku kepada banyak sektor dan tidak ketinggalan ialah sektor pendidikan akibat dari virus pandemik COVID-19.
Baru sebentar tadi, menerusi sidang media yang disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin mengenai peperiksaan awam yang bakal berlangsung pada tahun ini akan ditunda hingga tarikh yang diberitahu.
Manakala, UPSR dan PT3 pada tahun 2020 akan dibatalkan.
Dalam sidang media itu, beliau turut memaklumkan hanya kelas yang akan menduduki peperiksaan sahaja akan dibuka. Namun, aspek kebersihan amat dititik beratkan sepanjang tempoh tersebut.
Tarikh SPM,SPMV ditunda ke suku tahun 2021
KPM turut mengumumkan bahawa tarikh SPM,SPMV (serta yang sewaktu dengannya) akan ditunda ke suku tahun 2021. Manakala peperiksaaan semester 2 STPM akan dibuat pada Ogos 2020 dan STAM serta STPM semester 3 akan ditunda ke suku akhir 2021.
Untuk peperiksaan UPSR dan PT3, Dr. Mohd Radzi memberitahu bahawa KPM telah membatalkan peperiksaan tersebut pada tahun ini.
Sumber : Astro Awani / Youtube
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut tentang promosi diskaun, jangan kata orang perempuan, lelaki pun ada kalanya terpedaya dengan jualan murah yang sering dianjurkan oleh beberapa jenama tak kiralah makanan, gajet atau pakaian.
Selalu kita baca tentang promosi Food & Beverages je kan? So, kali ini kami nak beritahu dekat korang bahawa Guardian telah pun mengadakan jualan penghabisan stok dengan harga serendah RM2.
Sedar atau tidak sikap rasis dan prejudis terhadap satu-satu bangsa dan agama masih wujud dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun dunia semakin maju namun masalah yang berakar umbi sejak dahulu lagi tidak ada kesudahannya. Apa yang boleh kita lakukan apabila berdepan dengan perkara sebegini adalah melawannya dengan penuh hemah.
Seperti insiden yang terjadi kepada pemilik kedai kek Thirty-One Fine Bakes yang terletak di Seventeen Mall, Petaling Jaya. Salah seorang pelanggan mengajukan soalan menerusi WhatsApp tentang bangsa pemilik kedai terbabit. Dalam jawapan balas, pihak kedai terbabit menerangkan yang mereka merupakan syarikat yang terdiri dari individu berbilang bangsa.
Apa yang mengejutkan adalah pertanyaan seterusnya dari pelanggan terbabit. Dengan angkuh dia berkata, “Saya tidak membeli apa-apa dari orang India. Sebab tu saya nak tahu. Kalau ada orang India di dalam syarikat anda sila beritahu. Hello?”
Terkejut dengan respon dari pelanggan tersebut, pihak kedai terbabit membalas dengan penuh berhemah namun cukup untuk membuka membuka mata dan menyedarkan. “Pendapat yang anda berikan adalah rasis dan kami tidak bertoleransi dengan perkara ini. Diskriminasi dan sikap rasis sudah lama berakar di negara ini dan kami bekerja untuk memastikan tiada ruang untuk isu seperti ini terjadi dalam persekitaran syarikat kami.
“Syarikat ini adalah tempat untuk individu berkembang secara peribadi dan juga profesional tanpa sebarang prejudis. Disebabkan kenyataan anda yang menjijikkan, kami tidak kesal menyatakan kami gembira untuk hilang pelanggan seperti anda.”
Kudos to the respond given! Sememangnya sikap menilai seseorang berdasarkan bangsa tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi kita yang hidup dalam msyarakat harmoni dan saling menghormati diantara satu sama lain.
***P/S – Sebagai individu yang tinggal di negara berbilang kaum dan agama, kita harus saling menghormati di antara satu sama lain. Sikap rasis hanya akan menjadi nanah yang merosakkan fabrik masyarakat. Sebagai orang muda, kita punya suara untuk meletakan titik noktah kepada isu ini.