
Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM150, sudah tiba masanya apabila mulai 1 Jun 2021 merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.

Kementerian Kewangan berkata, e-Belia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
Untuk info, Program eBelia ini bertujuan menggalakkan belia untuk melakukan transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia dalam negara bagi merancakkan kembali ekonomi negara yang tidak ketinggalan terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Tapi kalau rupanya kalau korang menebus ebelia ini di Shopee lagi untung kerana dapat ganjaran ekstra RM500!


Ini caranya:
1. Aktifkan dan sahkan akaun ShopeePay anda.
2.Tebus eBelia dalam bulan Jun dan dapat ganjaran.
3. Sebelum memohon, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya permohonan anda sah dan diterima:
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar di IPT
- Tidak tebus eBelia di mana-mana platform e-dompet lain.
- Sahkan kad pengenalan korang. Mudah bukan?


Jika permohonan korang sudah lulus, sila gunakan sebelum 31 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web shopee.com.my.
Dah dapat RM500 jangan lupa belanja penulis tau…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berkesan Tapi Bahaya Untuk Kesihatan, Ubat Nyamuk ‘Viral’ Boleh Akibat Kanser

Nyamuk lebih pantas untuk membiak dan bertindak mengigit ketika cuaca sepanas sekarang kerana ketiadaan hujan lebat yang mengganggu aktivitinya. Sudah tentu, semua orang perlu melakukan langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan di sekeliling rumah agar ia tidak membiak.
But we can just do so much. Pada waktu malam semasa kita sedang lena tidur, nyamuklah yang akan menemani di katil.

Macam orang dahulu, mereka hanya menggunakan lingkaran ubat nyamuk sahaja kerana ia akan mengeluarkan bau asap yang kuat sehingga dapat mematikan dan menghalang nyamuk.
Salah satu barangan di Shopee mempunyai fungsi yang sama seperti lingkaran ubat nyamuk kecoh diperkatakan baru-baru ini. Namun, produk ini tidak mengeluarkan bau yang kuat seperti ubat nyamuk biasa. Pantas ia menjadi pilihan kebanyakkan daripada rakyat Malaysia. Ia juga dijual dengan harga serendah RM1 bagi setiap pembelian, ia terdiri daripada 30 batang pembakar penghalau nyamuk.
Tapi awas ya, baru-baru ini Public Health Malaysia mendedahkan ubat nyamuk seperti itu sebenarnya bahaya digunakan. Tambahan lagi, produk yang dibawa daripada negara China itu TIDAK BERDAFTAR dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP)

“Jangan berani untuk gunakan produk tidak berdaftar secara sesuka hati kerana ia mungkin mengandungi bahan beracun yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan khususnya kanak kanak,”

Sumber : Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Malaysia Harumkan Nama Negara! Iman Mohamad Afif Raih Anugerah Pelajar Terbaik Di University of Manchester

Baru-baru ini, pelajar bernama Iman Mohamad Afif berjaya mencipta sejarah membanggakan buat dirinya apabila dinobat sebagai ‘Best Student of the Year’ bagi program pengajian Sarjana Kejuruteraan (MEng) dalam bidang Kejuruteraan Kimia Tenaga dan Alam Sekitar.
Menerusi sebuah perkongsian oleh Facebook MARA London & Ireland, penganugerahan ini turut melengkapkan kejayaan Iman dalam merangkul ‘Fourth Year Course Prize’ iaitu tanda pengiktirafan atas prestasi luar biasa.
Dalam pada itu, beliau juga berjaya menamatkan pengajiannya dengan Kepujian Kelas Pertama, membuktikan satu pencapaian yang bukan mudah dicapai terutama dalam bidang mencabar seperti kejuruteraan kimia dengan fokus tenaga dan alam sekitar.
BACA: Bukan Sekadar Angka! Graduan Akaun UiTM Ini Pernah Cipta Nama Di Pentas Dunia Melalui Seni Tari
BACA: Beauty With Brains! Graduan UPSI Dinobat Sebagai Penerima Anugerah Siswi Cemerlang PSWM 2025

Selain cemerlang di bilik kuliah, pelajar tajaan MARA dan bekas penuntut Kolej MARA Banting ini turut menunjukkan kehebatan dalaman melalui kejayaannya dalam pertandingan Manchester Intellectual Debate 2024 (Kategori Bahasa Inggeris) apabila menggondol gelaran juara dan menyemarakkan nama kolej serta negara.
Sementara itu, bagi pihak MARA dalam perkongsian yang sama menyifatkan kejayaan ini sebagai simbol harapan kepada generasi pelajar muda bahawa impian besar boleh dicapai melalui usaha gigih, sokongan yang tepat, dan keseimbangan antara akademik dan kepimpinan.
BACA: Harumkan Nama Malaysia! Dua Pelajar Melayu Genggam ‘Double Master’ Di University of Ohio!
BACA: “Akademik Nombor 1” Farhan Asri Berjaya Tamat Pengajian, Seru Generasi Muda Hargai Ilmu
“Syabas dan tahniah kepada Iman Mohamad Afif. Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi contoh teladan kepada pelajar lain,” tulisnya.
Walau apapun, melalui kejayaan yang diperoleh, nama Iman kini terpahat sebagai salah seorang pelajar Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Tahniah kami ucapkan!
Sumber: FB MARA London & Ireland
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
YAM Tunku Abdul Rahman Cemerlang Naib Juara Pro-Am GT World Challenge Asia 2025 Di Beijing

YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menutup musim GT World Challenge Asia 2025 dengan penuh bergaya apabila baginda berjaya muncul naib juara keseluruhan kategori Pro-Am pada pusingan akhir yang berlangsung di Beijing, China.
Aksi Cemerlang Di Beijing
Dua jentera Johor Motorsports Racing (JMR), iaitu Chevrolet Corvette Z06 GT3.R, menghadiahkan podium berganda buat pasukan di litar baharu Beijing Street. Dalam aksi penuh mendebarkan itu, Tunku Abdul Rahman bergandingan dengan Ben Green menamatkan perlumbaan akhir di tempat kedua, sekaligus mengesahkan kedudukan sebagai naib juara Pro-Am dan ketiga keseluruhan GT World Challenge Asia 2025.


Pasangan satu lagi, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Alexander Sims, menamatkan saingan di tempat kelima, memastikan JMR terus unggul sebagai antara pasukan paling konsisten sepanjang musim.
Prestasi Konsisten
Menurut JMR dalam satu kenyataan rasmi, dua jentera Corvette Z06 GT3.R mempamerkan prestasi yang sangat konsisten sepanjang hujung minggu perlumbaan di Beijing. Dalam perlumbaan pembukaan, Alexander Sims bersama Tunku Abu Bakar yang memandu Corvette #66 menamatkan saingan di tempat kedua, manakala Tunku Abdul Rahman dan Green menamatkan di kedudukan keenam selepas menerima penalti hentian pit.
Perlumbaan akhir diwarnai dengan kehadiran kereta keselamatan yang mengawal sebahagian besar aksi. Walaupun begitu, Ben Green dan Tunku Abdul Rahman berjaya menoktahkan saingan di tempat kedua, sekali gus mengesahkan gelaran naib juara Pro-Am dan tempat ketiga keseluruhan musim. Sementara itu, Sims dan Tunku Abu Bakar menutup perlumbaan dengan kedudukan kelima.


Reaksi Tunku Abdul Rahman & JMR
“Perasaan saya bercampur baur ketika ini. Saya memang ingin menang, kami mempunyai peluang dan begitu hampir, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana sebahagian besar perlumbaan berada di bawah kawalan kereta keselamatan. Namun begitu, saya amat bersyukur dengan pasukan,” ujar Tunku Abdul Rahman selepas perlumbaan.
“Ini merupakan tahun pertama kami dengan Corvette dan pasukan melakukan tugas yang cemerlang. Satu penghormatan dapat bekerjasama dengan mereka. Hari ini bukan hari kami, tetapi kami telah menunjukkan kemampuan sebenar dan itu patut dibanggakan,” jelas baginda.


Tunku Abu Bakar turut berkongsi pandangan beliau mengenai prestasi pasukan pada musim ini. “Tahun 2025 merupakan musim yang mencabar buat diri saya. Bagaimanapun, saya tetap gembira dapat menamatkan perlumbaan dengan baik dan meraih beberapa podium dalam perlumbaan terakhir. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan saya menantikan musim akan datang,” katanya.
Asian Le Mans
Dengan tirai musim GT World Challenge Asia 2025 dilabuhkan, tumpuan Johor Motorsports Racing kini beralih kepada siri Asian Le Mans yang dijadual membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang pada 13 hingga 14 Disember ini. Pasukan dijangka menurunkan barisan pelumba dan jentera baharu bagi meneruskan momentum cemerlang mereka di pentas perlumbaan Asia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

