Inai, henna ataupun dalam perkataan Arab, Hina yang bermaksud Ubat bukanlah sejenis tumbuhan yang janggal dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Selain dijadikan sebagai perhiasan diri terutamanya untuk kaum perempuan di jari, telapak tangan dan rambut, sejarah penggunaan pokok inai masih menjadi perdebatan sama ada ia berasal dari India atau bumi Arab terutamanya Mesir.
Apa juga jawapan buat persoalan tersebut, penggunaan inai di jari kita tidak lagi tertakluk buat si pengantin sahaja. Ramai yang mula menggantikan penggunaan pengilat kuku atau pewarna kuku dengan inai dengan lambakan produk baharu berasaskan bahan organik yang boleh dibawa sembahyang.
Baru-baru ini, tular video membabitkan pasangan suami isteri popular, Haris Ismail dan Neelofa yang menunjukkan betapa mesranya mereka sewaktu Haris menolong mewarnakan kuku isterinya menggunakan inai.
Haa, selain mampu menerbitkan rasa mesra dan ‘sweet’ sebegitu antara pasangan, inai juga mempunyai beberapa kelebihan lain yang terarah kepada bidang perubatan; bukannya kecantikan semata-mata.
1) Daun inai mengandungi asid henotanik yang bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Asid henotanik inilah yang menyebabkan warna merah timbul secara semulajadi apabila kulit disapu inai.
2) Daun inai merupakan agen penyejuk jika disapukan pada kulit. Sebagai contoh, pada bahagian kaki.
3) Daunnya yang masih segar juga boleh direbus dan airnya itu boleh diminum bagi menyembuhkan sakit perut.
4) Sekiranya korang mengalami luka seperti bisul, gatal-gatal, penyakit kulit, melepuh atau sengal-sengal tulang, ia boleh digunakan untuk melegakan luka dengan pantas.
5) Bukan hanya daun inai saja yang mempunyai kelebihan tetapi juga kulit pokok inai itu sendiri. Ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak serta penyakit cirit-birit.
Terus terasa nak tanam pokok inai di rumah kita kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang K-Pop sensasi, Jennie BLACKPINK baru-baru ini mencuri perhatian apabila rasmi tampil sebagai duta global bagi jenama kacamata ikonik, Ray-Ban serta Ray-Ban Meta. Pelantikan ini sekaligus mengukuhkan lagi statusnya sebagai antara figura fesyen dan budaya pop paling berpengaruh.
Sebagai ahli kumpulan terkenal BLACKPINK, Jennie bukan sahaja dikenali menerusi bakat nyanyian dan rap, malah turut mencipta impak besar dalam dunia fesyen serta gaya hidup. Personaliti beliau yang berani bereksperimen dengan gaya menjadikan beliau pilihan tepat untuk mewakili identiti jenama Ray-Ban yang sinonim dengan ekspresi diri dan inovasi.
Menerusi satu kenyataan, Jennie atau nama sebenarnya Jennie Kim (30) berkata, kerjasama ini terasa sangat semula jadi sejak awal lagi kerana nilai yang dibawa jenama tersebut selari dengan prinsip dirinya.
“Bagi saya, keyakinan bukanlah sesuatu yang lantang, ia datang daripada rasa selesa dengan diri sendiri dan mengekspresikan siapa diri kita dengan cara yang tenang,” katanya.
Di samping itu, Jennie turut menyifatkan Ray-Ban sebagai jenama yang mempunyai aura ringkas tetapi ekspresif, selain mudah digayakan dalam kehidupan seharian. Malah, beliau mengakui gemar dengan item fesyen yang boleh menjadi sebahagian daripada identiti harian seseorang.
“Saya sukakan item yang sentiasa bersama anda setiap hari dan menjadi sebahagian daripada mood anda. Kolaborasi ini memang sangat sesuai dengan diri saya,” tambahnya lagi.
Pada masa yang sama, kerjasama ini secara tidak langsung mencerminkan pertembungan antara gaya klasik dan inovasi masa depan sesuatu yang cukup sinonim dengan imej Jennie sebagai ikon fesyen moden.
Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Jennie terus mencuri tumpuan peminat apabila memberi bayangan bakal membuat kemunculan semula solo pada tahun ini selepas memuat naik teaser di studio rakaman, sekaligus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat mengenai projek muzik baharu yang mungkin dilancarkan dalam masa terdekat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perancangan awal organisasi pertandingan ratu cantik Miss World untuk menobatkan juaranya yang ke-70 pada 16 Disember lalu tidak kesampaian setelah kluster COVID-19 melanda para peserta serta kru penganjur.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan bagaimana wakil Malaysia iaitu Dr. Lavanya Sivaji turut menjadi salah seorang mangsa yang disahkan positif hanya beberapa hari sebelum acara akhir Miss World dilangsungkan secara langsung dari San Juan, Puerto Rico.
Menurut organisasi tersebut, mereka mencapai kata sepakat untuk menunda acara akhir tersebut sehingga bulan Mac kelak. Kesemua peserta telah dihantar pulang ke negara masing-masing setelah mereka disahkan selamat serta sihat sepenuhnya pada Disember lalu. Lantas, timbul persoalan tentang nasib 97 wakil pertandingan Miss World 2021 dan bagaimana mereka ingin memilih juaranya.
Sesudah penantian selama sebulan, akhirnya pihak organisasi hari ini telah mengumumkan 40 orang wakil yang disenaraikan sebagai Top 40 dan layak untuk meneruskan perjuangan bagi merebut gelaran Miss World. 15 daripada mereka terlebih dahulu telahpun menempah slot setelah masing-masing memenangi cabaran peringkat ‘preliminary’. Mereka termasuklah :
Palesa Mofele (Botswana)
Audrey Monkam (Cameroon)
Olivia Yacé (Cote d’Ivoire)
Rehemia Muthamia (England)
Manasi Varnasi (India)
Sharon Obara (Kenya)
Karolina Vidales (Mexico)
Burte-Ujin Anu (Mongolia)
Namrata Shrestha (Nepal)
Sheynnis Palacios (Nicaragua)
Bethania Borba (Paraguay)
Tracy Maureen Perez (Philippines)
Shudufadzo Musida (South Africa)
Shree Saini (United States)
Alejandra Conde (Venezuela)
25 lagi peserta lain yang menjadi pilihan juri telahpun diumumkan dan mereka ialah (mengikut abjad negara) :
TAHNIAH REMAJA ucapkan kepada Dr Lavanya Sivaji yang menjadi sebahagian daripada wakil yang layak ke peringkat Top 40. Menariknya, wakil pertama Somalia berhijab, Khadija Omar juga tersenarai.
Catat Dr Lavanya menerusi hantaran di Instagram Story, beliau berkata, “Malaysia secara rasminya telah menyertai peringkat suku akhir, Top 40 Miss World menerusi pilihan juri. Saya amat gembira dan bersyukur. Puerto Rico, here we come.”
Turut gembira apabila mendapat tahu mengenai perkhabaran ini ialah Miss World Malaysia 2019 iaitu Alexis Sue-Ann yang mengucapkan tahniah kepada Dr Lavanya. “Sudah agak lama saya tidak mengikuti sebarang perkembangan dunia ratu cantik, namun kini adalah masa untuk kita memberikan perhatian kepadanya semula, Top 40 baby! Tahniah Lavanya.”
Wakil Miss World Malaysia 2018 Larissa Ping, Miss Globe Malaysia 2021 Malveen Kaur dan Miss Grand Malaysia 2021 Lishalliny Kanaran tumpang berbangga dengan pencapaian Malaysia pada kali ini dan memberikan sokongan mereka sepenuhnya.
*
Kini, 39 wakil termasuk Dr Lavanya dijangka akan kembali ke San Juan, Puerto Rico pada 12 Mac 2022 untuk bersama-sama wakil tuan rumah, Aryam Diaz dan menyertai pentas akhir Miss World 2021.
Ia dijadualkan berlangsung di Jose Miguel Agrelot Coliseum pada 16 Mac 2022 pada jam 8 malam waktu tempatan di sana. Selain itu, sebuah acara istimewa yang dinamakan sebagai ‘A Beauty with A Purpose’ turut akan dilangsungkan sehari selepas juara dinobatkan. Dan akhirnya, kesemua peserta bakal terbang pulang ke negara masing-masing pada 18 Mac 2022.
REMAJA pasti rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan agar Dr Lavanya mampu beraksi dengan cemerlang di pentas Miss World 2021 kelak. Dengan kredibiliti, personaliti dan kecantikan yang dimilikinya, tidak mustahil wakil Malaysia itu mampu melangkah lebih jauh dari peringkat Top 40.
P.S : Teringin nak lihat Dr Lavanya menyarungkan gaun berwarna kuning. Yellow looks so good on her!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi pandemik yang melanda negara membuatkan masyarakat menjadi paranoid apabila keluar dari rumah kerana bimbang dijangkiti virus berbahaya COVID-19. Justeru itu, sebaik sahaja sampai di rumah, kita digalakkan untuk terus membersihkan diri.
Menggunakan produk mandian yang tepat adalah penting untuk memastikan diri sentiasa bersih dan dilindungi daripada segala bakteria. Justeru itu, Good Virtues Co. memperkenalkan rangkaian produk shower cream anti-bacterial dan hand sanitiser yang korang boleh jadikan ‘teman baik’ sepanjang tempoh pandemik ini.
Tampil dengan tiga varian seperti Anti-Bacterial & Hydrating Shower Cream, Anti-Bacterial & Soothing Shower Cream dan Anti-Bacterial & Refreshing Shower Cream, ia terbukti berkesan untuk mengembalikan kesegaran kulit sepanjang hari.
Paling penting, produk-produk dari Good Virtues Co. ini adalah bebas daripada SLES, ALES, parabens dan pewarna tiruan. Sudah tentunya ianya halal dan suci untuk digunakan seisi keluarga. Ia juga dapat membunuh kuman dan bakteria sehinga 99.9%.
Tidak hanya itu, produk rangkaian ini juga lengkap dengan kebaikan minyak benih hitam organik atau lebih dikenali sebagai Habbatus Sauda, iaitu bahan aktif utama untuk menyuburkan wajah, rambut dan tubuh badan si pemakai.
Bagi penjagaan di luar rumah pula, pastikan korang sentiasa menggunakan hand sanitizer untuk kebersihan sepanjang masa. Good Virtus Co. juga menampilkan dua produk penjagaan diri sepanjang musim pandemik, iaitu hand sanitizer dan mist spray sanitizer.
Bahan utama dalam hand sanitizer ini adalah alkohol kerana ia dapat membunuh kuman dan mengentikan virus. Oleh sebab itu, World Health Organization (WHO) menyarankan agar masyarakat menggunakan hand sanitizer dengan konsentrasi 60% alkohol.
Gel sanitizers dari Good Virtues Co. ini mengandungi kandungan alkohol sebanyak 70% dari plat semulajadi dan ‘sugarcane molasses’. Paling utama, ia dapat membunuh 99.9% peratus bakteria, tidak melekit & tidak mengeringkan kulit walaupun seharian memakainya.
Sama seperti gel sanitizers, produk spray sanitizers ini turut dihasilkan daripada plat semula jadi dan ‘sugarcane molasses’, malah ia mengandungi kandungan alkohol sebanyak 75%.
Kesemua produk anti-bakteria ini dijamin 100% halal dan walaupun ia untuk membasmi kuman, namun produk-produk ini tidak berbau disinfektan dan masih memberikan 99% perlindungan daripada kuman bakteria.
Ha, berbaloi kan? Dengan harga mampu milik, korang boleh dapatkan produk-produk ini di kedai-kedai berhampiran. Untuk maklumat lanjut, layari www.goodvirtuesco.com layari Facebook Good Virtues Co. dan instagram goodvirtuesco bagi mengikuti informasi terkini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...