Tapak tangan dan kaki yang berpeluh biasanya berlaku apabila kita merasa tertekan, mengalami gangguan emosi, atau selepas bersenam.
Tetapi tidak normal jika korang mengalami peluh berlebihan pada bahagian tersebut walaupun tidak melakukan aktiviti berat atau sedang tertekan. Keadaan ini sudah mengganggu aktiviti harian sehingga menyebabkan berasa malu dan enggan bersalaman kerana tangan mereka berpeluh.
Inilah yang kerap terjadi apabila seseorang itu menghidap penyakit peluh yang berlebihan ataupun Hiperhidrosis. Hiperhidrosis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi. Ramai yang kurang kesedaran mengenai penyakit ini, namun percayalah jika anda ataupun orang di sekeliling anda yang menghidapi penyakit ini, maka ia amat membebankan.
Apakah rawatan terbaik untuk penyakit Hiperhidrosis?
Ads
Menurut Pakar Perubatan dan Estetik Dr. Bob John, penyakit hiperhidrosis ini terbahagi kepada dua iaitu ‘primary hyperhidrosis’ dan ‘secondary hyperhidrosis.’ Selalunya pesakit di bawah kelompok primary berpunca dari masalah saraf dan secondary berpunca dari penyakit lain contohnya obesiti, kanser, thyroid dan lain-lain lagi. Antara rawatan yang boleh merawat penyakit ini adalah:
Antipeluh topikal
Antipeluh adalah astringen yang mengurangkan kadar pengeluaran peluh oleh kelenjar ekrin dan apokrin. Ubat ini mengandungi bahan kimia yang berupaya untuk menghalang peluh dan mengurangkan kadar berpeluh.
Ads
Hasilnya memuaskan terutamanya untuk pesakit yang mempunyai masalah perpeluhan yang banyak di ketiak. Caranya, sapukan sebelum tidur di kawasan yang terlibat atau yang diperlukan setelah kawasan tersebut dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu. Kemudian dibiarkan semalaman sebelum ia dibasuh atau dicuci pada pagi yang berikutnya. Ia memerlukan penggunaan setiap hari untuk 7 hingga 10 hari terawal berturut-turut, Kemudian sekali seminggu untuk mengekalkannya. Kesan sampingan adalah kekeringan yang boleh diatasi dengan mengurangkan kekerapan penggunaan.
Iontophoresis
Iontophoresis merupakah satu proses yang menggunakan sebuah alat untuk mengalirkan tenaga elektrik menerusi lapisan kulit menggunakan air paip sebagai media dan sering dilakukan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit yang teruk atau mempunyai luka dan kepada mereka yang mempunyai masalah degupan jantung (cardiac arrthymias). Selalunya ia mengambil masa lebih kurang 20 minit setiap 2 atau 3 hari. Selepas itu setiap sesi rawatan boleh dijalankan setiap 2 minggu. Kontraindikasi kepada rawatan ini ialah termasuk perempuan yang mengandung, Kesan dari rawatan boleh menyebabkan rasa berdenyut seketika dan iritasi pada kulit.
Inisiatif pembedahan dijalankan selepas semua langkah-langkah yang lain telah gagal dan selepas berunding dengan pakar bedah. Pembedahan khusus yang dikenali sebagai ‘simpatektomi’ merupakan satu pembedahan kecil yang memusnahkan sebahagian daripada bekalan saraf kepada kelenjar peluh pada kulit. Pakar bedah akan membuat pembelahan kecil di bawah ketiak dan memasukkan instrumen endoskopik khas ke dalam dada. Tahap atau paras sekatan pada saraf adalah berbeza mengikut jenis hiperhidrosis. Kesan sampingan yang paling kerap selepas pembedahan adalah perpeluhan yang banyak terutamanya di bahagian bawah dada, belakang badan, di kawasan abdomen (perut), paha dan kaki.
Jadi jika korang alami masalah ini, adalah disyorkan untuk berbincang dengan doktor untuk menilai punca khususnya dan merancang cara pengurusan yang sesuai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah jerawat bukan saja hanya di bahagian wajah, malah ia juga boleh muncul di anggota badan seperti dada dan bahagian belakang badan.
Ternyata kewujudan jerawat jenis ini lebih tidak boleh dipandang ringan walaupun ia agak ‘tersembunyi’. Majoriti gadis memiliki jerawat di bahagian belakang badan daripada usia belasan tahun dan awal 20 ‘an.
Faktor hormon untuk gadis dalam lingkungan umur subur menjadi punca utama. Selain itu, faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
Baru-baru ini seorang doktor berkongsi 4 makanan terbaik yang mampu ‘hapus’ jerawat dekat badan korang tu. Paling penting ‘ubat’ ini natural dan semulajadi.
Sumber : Twitter Dr Irma
Menurut Dr. Irma Shida melalui perkongsian di laman Twitternya untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bebas jerawat kita perlu menjaga pemakanan.
Jadi 4 makanan yang boleh hilangkan jerawat ialah:
Sumber Gambar : Twitter Dr. Irma
Menurut beliau, ubi keledek akan bertukar menjadi vitamin A selepas dimakan. Untuk info, vitamin A ini boleh buat kulit jadi kurang pedih dan bersihkan liang pori yang tersumbat sebab radikal bebas. Bila liang pori dah bersih, jerawat pun susah nak tumbuh.
Sumber Gambar : Twitter Dr. Irma
Zinc yang terkandung dalam labu mampu mengawal pengeluaran minyak so tak adalah jerawat cepat naik dekat badan.
Sumber Gambar: Twitter Dr. Irma
Bila kulit terdedah pada sinaran UV, skin barrier akan jadi lagi rosak. Bila skin barrier rosak, bakteria yang buat jerawat tu tumbuh in the first place lagi senang nak tembus kulit. So, jerawat pun akan lagi cepat naik.
Sumber Gambar : Twitter Dr. Irma
Doktor Irma juga sempat menasihatkan agar mengunakan sabun berasaskan buah betik. Hal ini kerana liang pori yang bebas sel kulit mati susah ditumbuhi jerawat.
“Kalau you rasa macam badan tiba-tiba je ada jerawat, I cadangkan you guna produk lembut dekat kulit dan boleh sental sel kulit mati macam sabun betik.”
So korang yang ada masalah badan berjerawat boleh la cuba nasihat dari doktor ini. Tak salah pun cuba sebab semua tumbuhan ini bebas bahan kimia.
Sumber : Twitter Dr Irma
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tersenarai sebagai antara 10 individu paling kaya di dunia, kini pengasas Facebook atau sekarang dikenali sebagai Meta tidak lagi berada di kedudukan itu.
Sejak awal bulan Februari 2022, perusahaan milik Mark Zuckerberg dikatakan terkesan dari segi nilai syarikat dan hal ini menyebabkan sahamnya jatuh mendadak selepas Facebook mencatatkan penurunan hanya 1 juta pengguna aktif harian.
Terdapat pelbagai spekulasi yang dibuat, ia mungkin kerana penambahan perbelanjaan Meta dalam kajian dan pembangunan metamesta yang agak tinggi, sekali gus menyebabkan harga saham jatuh dari hari demi hari. Hal ini membawa kepada nilai kekayaan Zuckerberg turut menurun.
Mark Zuckerberg mempunyai pegangan sebanyak 14.2 peratus pada syarikat Meta dan sebelum ini dia menduduki 10 tangga teatas manusia paling kaya di dunia. Namun begitu, disebabkan hal ini nilai kekayaan Mark Zuckerberg turut menurun dan kini hanya menduduki tangga ke-12 dengan nilai kekayaan sebanyak $83.1 bilion.
Menurut Forbes, Zuckerberg mengalami kerugian hampir $30 bilion disebabkan oleh penurunan mendadak dalam saham Meta. Saham Meta kehilangan lebih daripada satu perempat daripada nilainya apabila pelabur menimbang koleksi angka kewangan yang meresahkan yang diperincikan oleh syarikat itu dalam laporan pendapatan suku tahunan. Penjualan itu menghapuskan $230 bilion dalam nilai pasaran Meta.
Inilah yang dikatakan kekayaan itu ada turun naiknya. Tapi walau bagaimanapun dia tetap menjadi antara individu yang terkaya di dunia kan. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kemenangan pingat pertama pemain badminton negara, Lee Zii Jia di Sukan Olimpik pada malam tadi menerusi perlawanan penentuan pingat gangsa acara perseorangan lelaki, sekali gus telah membuatkan rakyat Malaysia bangga.
Terbaharu, tular semula temu bual pemain tersebut dipercayai pada tahun 2022 bersama seorang wartawan yang mengajukan soalan tentang khabar angin berkemungkinan beliau akan bermain untuk negara lain.
Bagaimanapun, atlet tanah air berusia 26 tahun itu tetap dengan pendiriannya akan terus mewakili Malaysia walau apa pun yang berlaku.
“Ketika saya menghantar surat peletakan jawatan itu, saya sudah bersedia dengan perkara yang paling teruk akan berlaku iaitu selama dua tahun tidak akan bersaing dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.
“Tapi saya tak pernah terfikir untuk tukar kerakyatan atau main untuk negara lain. Tak pernah. Tak kira apa yang berlaku, saya tetap akan wakili Malaysia,” jelasnya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet terharu mendengar kenyataan juara All England 2021 itu.
“Walaupun dia terasa dan sedih sangat fasal berita yang buat dia down, tapi dia tetap bagi medal to Malaysia. Thank youu so much LZJ,” komen seorang netizen.
“I’m proud of Lee Zii Jia. Thank you for everything… terima kasih mewakili Malaysia,” komen lagi seorang pengguna.
Semalam menyaksikan, kemenangan Zii Jia yang menghadiahkan pingat kedua Sukan Olimpik Paris 2024 untuk Malaysia selepas beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik memenangi pingat sulung buat kontinjen negara, pada 4 Ogos.
Terdahulu, pada tahun 2022, Lee Zii Jia menghantar surat pelatakan jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dikatakan tidak tahan dengan tekanan yang diterimanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.