Minggu lalu viral kisah kelapa sawit dan buluh selepas dikatakan Menteri Industri Utama, Teresa Kok meminta agar kebun kelapa sawit digantikan dengan tanaman buluh.
Ramai memberikan pandangan seolah-olah mahu “menyalahkan”kenyataan Menteri terbabit sehinggakan hari ini Teresa Kok membuat satu sidang akhbar menjelaskan isu berkenaan. Menurutnya, penggantian tanaman itu adalah satu alternatif kerana harga minyak sawit Malaysia telah jatuh dengan agak teruk pada tahun lepas. Ini sekali gus menjejaskan pendapatan ramai pekebun kecil.
Masa yang sama, menurut Teresa Kok, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menasihati rakyat, malahan termasuklah kementeriannya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman. Perdana Menteri menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji penanaman jenis tanaman yang lain.
Buluh, nanas dan kelapa yang disebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.
Tanaman sawit mengalami kejatuhan sejak dulu lagi kerana timbulnya boikot
Di sebalik isu sawit atau buluh ini, tulisan Khairil Hafidz Khairuddin di fbnya semalam ada sesuatu yang wajar diberi perhatian kerana tanaman buluh ini sebenarnya mempunyai potensi yang amat tinggi di masa depan.
Baca penulisannya dan kenapa ada sebab kenapa kita wajar membuat pilihan.
“…SAWIT ke BULUH?…”
Tahun lepas sewaktu mencari ladang sawit dengan keluasan lebih 20 k ekar (request dr public listed co), terima satu demand dari China pasal supply buluh.
Ads
Buluh? Nak buat apa? Rakit ke? Lemang ke?
Aku memang tak pernah tahu pasal buluh untuk industri. Lepas tu dibagi spec pula jenis tanah, suhu dan lain-lain untuk saiz keluasan 3000 ekar.
Gila ar! Banyaknya nak buat rakit! Itu apa yang aku fikirkan.
Sekali baru aku dijelaskan…
Nak buat Chopstick je.Baru aku tengok semula profile syarikat yang demand tu. One of the biggest chopstick manufacture in China.
Bukan takat chopstick, side business dia yang lain siap ada herb, alfalfa, dried aprikot etc. Aku pun mula fikir secara rasional dan cari tanah serta spec yang diminta.
Ads
Yes! Jumpa total 4000 ekar lebih atas 2 penama di kawasan Kota Marudu (bantuan dari rakan yang bekerja di Pejabat Tanah).
Urusan pun bermula dan seperti mana situasi urus projek kelapa sawit, sama juga dengan buluh. Banyak sangat orang yang mengaku merekalah yang dilantik empunya tanah (hati² jika 1st time berurusan tanah di Sabah).
But, as far concern. Tak pernah lagi aku kena tipu dari segi duit, cuma buang masa dan spend sikit untuk belanja air kopi mereka je. Memang ada!
Tapi hasil dari apa yang dibuat, aku di lorong temui ‘permata’ yang dicari.
Dari mereka yang bergelar ‘broker kampung’ ni jugalah aku temui pemilik-pemilik tanah yang bersaiz besar di Sabah ni.
Aku melihat sendiri setiap geran tanah yang ada pada mereka. Mungkin rezeki aku pada waktu itu sebab aku represent public listed co (one of biggest palm oil player in Malaysia). Kalau aku bagi tau stock number, sah-sah korang boleh detect company tu.
Ads
Aku jumpa owner yang ada tanah sawit dari 1000 ekar hingga 60,000 ekar keluasan tanahnya, juga ada tanah balak FMU 650k ekar. Wow! hebat giler orang Sabah?
Fyi, aku paling tak suka bab property dalam catatan pelaburan. But, tahun lepas, itulah hasil yang diperolehi, kaki melangkah masuk ke bidang yang tak suka (sebab banyak dokumen)?
Dalam banyak² list tanah yang ada. Yang aku paling suka adalah tanah berkeluasan 313 ekar untuk ternakan di Beaufort (siap ada kandang kambing, kerbau, rusa serta beberapa buah kolam ikan). Motif nak jual, sebab owner ni terlalu banyak tanah. FMU di atas pun tanah dia. Tak masuk property panas dia sekitar KK Harbour dan Sepanggar.
Dan tanah² kat tempat tinggi di Kundasang, Kokol, Lawa Mandau serta sekitar mmg banyak. Ramai nak jual dan ramai juga yang nak beli…nak urus segala pertukaran status dan dokumen pun…bulih bah?
Pasal buluh tadi, abaikan sahaja bicara orang politik, jika kau mulakan tanam buluh sekarang, 2 tahun lagi dah boleh dapat hasil dan hasil dan hasil.
Aku izinkan korang share post ni pada kawan² yang nak cari hot property for industry mahupun tourism spot especially area Sabah… berhenti membawang, grab peluang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang nak sambut tahun baru sambil ditemani kenderaan baru? Sekarang semuanya bakal jadi kenyataan!
Semalam, Honda telah mengeluarkan satu model baru Honda City Hatchback menarik bagi mengantikan model Honda Jazz yang tidak lagi ditawarkan di pasaran Asia Tenggara.
Menerusi laman web rasmi Honda, sekeping foto teaser telah pun didedahkan dengan menampilkan bahagian sudut bumper depan dengan lampu LED vertikal. Cun habis guys!
Model hatchback ini ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan enjin petrol tiga varian iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V. Honda Malaysia juga bakal memperkenalkan model hatchback dikuasakan enjin petrol elektrik i-MMD, e:HEV RS hibrid sekitar pada awal tahun hadapan.
Harga-harga yang diumumkan oleh pihak Honda Malaysia adalah harga kenderaan atas jalan tanpa insurans termasuk rebat cukai jualan dan perkhidmatan (SST), waranti mileage tanpa had selama lima tahun dan 5 kali kos buruh percuma untuk servis.
Manakala untuk model e:HEV RS hibrid pula, Honda Malaysia memberikan waranti selama lapan tahun, mileage tanpa had untuk bateri lithium-ionnya.
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CARETA
Untuk info, model Honda Jazz terakhir yang dibuat di Malaysia telah meninggalkan kilang pengeluaran pada pertengahan Oktober lalu.
Bagi ketiga-tiga varian petrol, model hatchback ini dikuasakan dengan 1.5-Liter DOHC i-VTEC 4-Silinder yang menghasilkan 119hp, 145Nm tork, dipadankan dengan kotak gear CVT automatik dan menggunakan pacuan roda hadapan (front wheel drive / FWD).
Manakala untuk varian hibrid pula, ia dikuasakan dengan unit rangkaian kuasa hibird i-MMD yang mempunyai enjin 1.5 liter i-VTEC kitaran-Atkinson 96hp dan 127 Nm tork, serta dua motor elektrik iaitu generator motor unit (MGU).
Teknologi MGU berfungsi sebagai motor penghidup dan pengecas semula bateri hibrid, bersama satu lagi motor utama yang digelar sebagai Traction Motor.
Pasal warna, jangan risau kerana ia didatangkan dengan lima pilihan warna, Ignite Red serta Meteorite Grey Metallic sebagai warna baharu dan Platinum White, Crystal Black Pearl dan Lunar Silver Metallic sama seperti ditawarkan pada model City Sedan.
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK CARETA
Memetik laporan Paultan.org, pihak Honda Malaysia telah menerima kira-kira lebih 2,000 tempahan sejak tempahan untuk model hatchback ini dibuka kepada orang ramai pada awal November lepas.
Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang model Honda City Hatchback ini, bolehlah melawat mana-mana cawangan pusat pameran dan jual berhampiran anda dalam masa terdekat atau layari laman web rasmi Honda Malaysia di sini.
Sumber : Honda , Paultan.org
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Riuh baru-baru ini di media sosial apabila tular video seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang mirip dengan selebriti dan penyanyi tanah air, Alif Satar.
Klip pendek penyegerakan bibir (lip sync) yang dilakonkan gadis tersebut bukan sahaja meraih hampir 4 juta penonton namun turut berjaya mencuri perhatian tuan badan sendiri iaitu Alif Satar.
Tangkap layar seorang gadis bertudung yang tular dek kerana persamaan rupa paras dengan penyanyi Alif Satar.
Menjenguk ke media sosial selebriti tersebut, beliau kelihatan gembira dapat berjumpa gadis tersebut di sebuah restoran. Turut terhibur apabila Alif Satar membuat pelbagai reaksi muka sambil diikuti oleh gadis tersebut. Sungguh saling tak tumpah!
Tangkap layar video perkongsian Alif di media sosialnya ketika bertemu gadis tersebut di sebuah restoran.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti warganet turut terpaku akan persamaan rupa mereka berdua. Ada juga turut berkata posisi susunan gigi, pipi serta dagu gadis tersebut sama seperti penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku tersebut.
“Akhirnya bertemu juga kembar terpisah ni. Alif Satar dan Baa Satar,” komen seorang pengguna.
“Mana satu Alif Satar ni?!,” ujar seorang pengguna.
“Akhirnya adik beradik yang sudah lama terpisah berjumpa kembali,” seloroh peminatnya yang lain.
Sehingga kini, hantaran klip video singkat itu berjaya meraih hampir 700 ribu tontonan dan 375,200 tanda suka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas tentang pembukaan semula destinasi pelancongan Pulau Tioman dan Genting Highlands, kini nampaknya rakyat Malaysia terpaksa menyimpan dulu niat ke sana kerana khabarnya gelembung pelancongan domestik itu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim berkata ia susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan, serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.
Hanya penduduk Pahang sahaja dibenarkan berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri ini dengan mengikut SOP ketat yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya korang sudah membuah tempahan, boleh terus hubungi pengusaha pelancongan untuk tindakan lanjut, sama ada ditangguhkan atau sebagainya.
Bercakap tentang pelaksanaan SOP, antara yang dikenakan adalah pengunjung ke Pulau Tioman mesti lengkap dua dos vaksin dan mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 sebelum menaiki feri.
Hm, nampaknya nak tak nak korang kena tunggulah keputusan kebenaran rentas negeri sebelum nak ke Pulau Tioman dan Genting Highlands ya.
Michelle Yeoh dinobatkan sebagai Tokoh Perfileman Asia BIFF 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon perfileman Asia yang terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.