Bekas atlet kebangsaan bola tampar Indonesia, Aprilio Perkasa Manganang dikhabarkan telahpun menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan, Claudia Cvanrhyn pada 10 Disember lalu.
Biarpun Aprilio, 30 tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya, dia telahpun memuat naik beberapa hantaran di Instagram yang menampakkanya dalam persalinan sut satin berbunga biru dengan isterinya yang cantik mengenakan gaun serba putih.
Aprilio Perkasa ManganangClaudia Cvanrhyn
Dia turut menyelitkan kapsyen berbunyi, “Terberkatilah today (Berkatilah hari ini) dan, “Bebas” siap dengan emoji tertawa.
Pada majlis yang berlangsung di Sutanraja Hotel Manado dekat Sulawesi Utara itu, Aprilio dan isteri juga menunjukkan cincin pernikahan mereka sambil tersenyum gembira.
Rata-rata warganet Indonesia mengucapkan tahniah, gembira dengan berita ini dan mendoakan pasangan tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Apa yang menjadikan perkahwinan ini topik utama dalam kalangan portal berita di Indonesia adalah kerana Aprilio tidak menunggu lama untuk berkahwin setelah menukar jantina dari wanita kepada lelaki secara rasminya pada Mac, tahun lalu.
Sebelum proses menukar jantina itu, Aprilio telah menjalani kehidupan normal sebagai seorang atlet kebangsaan wanita yang disegani dan dikenali dengan nama Aprilia Santini Manganang.
Ads
Keputusan untuk menukar jantina sudah lama difikirkannya memandangkan dia mengalami kondisi kesihatan yang dinamakan sebagai Hipospadia. Ia merupakan kecacatan bahagian kelamin seorang bayi lelaki sewaktu dilahirkan di mana lubang kencing (meatus) tidak berada di hujung zakar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar petang ini di Grup Pantai Dalam Community, tular sekeping gambar menunjukkan sekumpulan pelajar sekolah menengah menunjukkan di tangan mereka sudah dikenakan gelang tangan berwarna pink iaitu merujuk kepada individu yang berada di bawah pengawasan PUS Covid-19.
Dapat dilihat sekumpulan pelajar ini menunjukkan mereka sudah mengenakan gelang pink yang memberi makna perlu menjalani kuarantin selama dua minggu di dalam rumah dan hanya perlu berkurung di dalam bilik tanpa bertemu ahli keluarga lain.
Masa yang sama, dengan lebih 30 ribu ahli di dalam grup berkenaan, ada ahli-ahlinya yang bertanya benarkah ada pelajar sekolah menengah di komuniti tersebut positif COVID-19?
Dalam beberapa WhatsApp yang beredar di grup berkenaan, ada dakwaan pelajar kelas 5 Inovatif sudah diminta menjalani pemeriksaan swab hari ini dan kemudian dipakaikan gelang berwarna pink tersebut.
Malah dimaklumkan juga, pelajar berkenaan tinggal di flat kawasan perumahan berkenaan dan sebuah klinik di komuniti tersebut juga sudah sudah disanitasi kerana dikunjungi oleh pelajar berkenaan sebelum dirujuk ke PPUM kerana gejala-gejala dijangkiti COVID-19 ada pada pelajar berkenaan.
Sebagai sebuah grup komuniti dihuni ramai orang Melayu, Pantai Dalam sememangnya amat terkenal sebagai syurga makanan yang enak malah banyak restoran di kawasan ini tular di media sosial antara yang agak enak masakannya dan dicari individu “pemburu” makanan sedap.
Apa pun kita doakan jika benar ada pelajar dijangkiti, semoga semuanya cepat sembuh dan jika ia tidak benar, tidak perlu rasa panik. Apa yang penting jaga penjarakan sosial, sentiasa memakai mask dan sentiasa basuh tangan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengikut statistik pada 2005-2015,seramai 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf telah didaftarkan.
Dalam satu perbandingan statistik pada 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan ibu muda hamil tanpa nikah yang menjalani pemeriksaan adalah seramai 3694 dengan purata 300 kes setiap bulan. Andai dipecahkan ke angka lebih kecil 10 kes sehari kelahiran anak luar nikah ini.
Ini bermakna tanpa sedar jumlah remaja yang melakukan kesilapan ini agak tinggi dan kita mengharapkan mereka yang terjebak melakukan kesilapan ini sudah bertaubat.
Dalam pada itu, perkongsian seorang doktor di twitternya, Muhamad Ashraf yang berkongsi pengalamannya menyambut kelahiran bayi dilahirkan oleh ibunya, remaja berusia 13 tahun mengundang sebak.
Azabnya Ketika meneran, di mana remaja ini menangis kesakitan kerana ini pengalaman kali pertamanya. Malah ketika saat menyusu juga sukar kerana putting remaja berkenaan masih lagi kecil. Lebih menyedihkan, keluarga remaja berkenaan bertanya dalam “nada gembira” bagaimana keadaan bayi berkenaan selepas dilahirkan anaknya.
Kita sebagai remaja, jadikan kisah orang lain sebagai pengajaran dan pedoman. Kreditt : Twitter :@MuhammadAshraff
Ikuti tweet ditulisnya.
Netizen zahirkan simpati
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini, satu berita duka untuk umat Islam. Biar beribu bantahan diadakan sejak Disember tahun lalu tetapi ternyata Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat berjaya memindahkan pusat pentadbirannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang dianggap sebagai kota suci umat Islam.
Jadual perasmiannya dilakukan hari ini biar dibantah oleh banyak negara khususnya beragama Islam kerana Baitulmaqdis adalah milik orang Islam. Mengiktiraf Israel menduduki tanah suci ini samalah seperti tindakannya merampas hak orang Palestin yang sudah lama menetap di sini.
Isu pemindahan ibu kota ini bermula dari Presiden Donald Trump yang menyatakan sokongan dan sejak itu, Isreal langsung tidak mempedulikan bantahan dari negara-negara yang menolak tindakannya itu.
Difahamkan, 33 buah negara dengan 86 perwakilan menyatakan akan hadir ke majlis ini. Namun paling mengejutkan, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang begitu kuat menyokong menyatakan tidak akan menghadiri upacara perasmian ini dan hanya menghantar wakilnya sahaja iaitu Duta Negara iaitu David Friedman selain beberapa orang wakil. Trump hanya akan menyaksikannya melalui saluran televisyen.
Akibat janji politik untuk menang sebagai Presiden US, Trump janji iktiraf keinginan Isreal mahu ke Baitulmuqaddis dan ia tercapai hari ini biar dikecam seluruh dunia
Malaysia pernah mengadakan bantahan tahun lalu bagi menyelamatkan Baitulmuqaddis dari dijadikan ibu kota Isreal
Akhbar Times Of Israel mengesahkan antara 12 negara dari Benua Afrika yang akan hadir ialah Angola, Cameroon, Republik Demokratik Congo, Republik Congo, Ethopia, Kenya, Nigeria, Rwanda, Sudan Selatan, Zambia dan Tanzania.
Negara lain dari Amerika Latin ialah Paraguay, Guatemala, Republik Dominica, El-Salvador, Honduras, Peru dan Panama. Malah difahamkan, Paraguay dan Guatemala antara dua negara lain yang akan memindahkan pejabat kedutaan mereka ke Baitulmaqdis dalam masa terdekat. Turut menyatakan sokongan ialah Austria, selain Myammar , Filipina, Thailand dan Vietnam
Di sebalik sebahagian hadir, beberapa buah negara besar seperti China, Russia, Argentina, India, Kanada, Australia, Jerman termasuk Malaysia tidak menghadiri majlis ini dan memboikotnya.
Apa anak muda kena tahu tentang peristiwa dianggap menghina umat Islam ini?
Kedutaan lama Israel di Juruselem
Masjid Al-Aqsa kota suci umat Islam ketiga selepas Makkah dan Madinah
Baitulmaqdis adalah tempat suci ketiga umat Islam, selepas Makkah dan Madinah.
Di situ jugalah tempat Rasulullah SAW melalui proses israk dan mikraj. Di sini juga Baginda menjadi Imam kepada para Nabi pada malam tersebut. D sini juga banyak fadhilat apabila bersolat di Masjid Al-Quds.
Di Baitulmuqaddis juga merupakan kiblat pertama umat Islam dalam sejarah solat.
Mengikut sejarah dunia, sesiapa yang menguasai Baitulmaqdis, dia akan menguasai dunia. Antara hujahnya, jika dilihat dalam rentetan sejarah, Baitulmaqdis dibuka seawal peperangan antara Nabi Daud a.s bersama Talut melawan Raja Jalut. Kisah agung ini dirakamkan dalam surah al-Baqarah. Dan akhirnya kemenangan milik Nabi Daud dan Talut, dan itulah pembukaan pertama Baitulmaqdis.
Selepas penawanan itu, kita tahu, keturunan Nabi Daud dan Talut menguasai dunia, yang mana lahirlah Nabi Sulaiman a.s yang memerintah manusia, jin dan haiwan. Selepas tempoh masa berlalu, Rom pula menawan Baitulmaqdis, lalu Rom yang menguasai dunia sehingga zaman kelahiran Rasulullah.
Kemudian Baitulmaqdis kali kedua dibuka oleh Saidina Umar, tidak lama kemudian, Islam pula menguasai 2/3 dunia. Namun peristiwa selepas itu, berlaku pula penawanan baitulmaqdis oleh tentera Salib pada tahun 1099, namun pembukaan ketiga baitulmaqdis berjaya dibuat oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi pada tahun 1187.
Dan hari ini, Israel berjaya menawan Baitulmaqdis (sebenarnya seawal tahun 1917 di bawah proksi empayar British), maka Israel berusaha untuk menguasai dunia. Mohon Allah jauhkan segalanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!