Zaman sekarang ni siapa je yang tak suka beli online. Selain mudah dan cepat, harga yang ditawarkan pun kadang kala lebih murah berbanding yang ada di pasaran.
Disebabkan itu lebih ramai individu yang memilih untuk membeli-belah secara online. Namun begitu, ada juga kebarangkalian untuk korang ditipu.
Seperti apa yang dikongsi oleh lelaki ini, Faiz Zarizi menceritakan tentang pengalamannya yang hampir menjadi mangsa scammer.
Ikuti perkongsian daripada lelaki ini.
Taktik terbaru scammer
Kisah ini bermula apabila Faiz ternampak iklan di Shopee, TV Haier 65 inci Smart Android dijual dengan harga RM1499.17 iaitu separuh daripada harga yang ditawarkan di kedai. Dengan penuh rasa excited, lelaki ini pun terus beli walaupun dia tahu bahawa seller tersebut baru create account 9 hari yang lalu, tiada customer feedback atau rating produk. Faiz berfikiran positif dan menganggap seller ni nak buat clearance stock. Siapa cepat, dia dapat.
Keesokkan harinya, dia mendapat Whatsapp daripada seller dan diberitahu barang sudah siap dibungkus dan ready to ship. Tapi sebelum tu, dia nak verify terlebih dulu. Seller tersebut mengatakan bahawa Faiz akan dapat satu SMS verification code dari Shopee dan dia perlu memberi code itu kepada seller.
Ads
Macam real, sebab lelaki sejurus selepas itu, lelaki ini terus mendapat SMS dari Shopee, nombor 63360 tu. Nasib baik, dia tidak bagi sebab sepanjang bershopping di Shopee, tak pernah pula request seller macam ni.
Cepat-cepat refund
Disebabkan dah ada transaction tolak daripada kad kredit, Faiz mengambil tindakan untuk refund. Di Shopee, mereka mempunyai sistem di mana selagi customer belum menerima barang untuk satu tempoh masa tertentu, selagi itu mereka tidak akan release pembayaran kepada seller. Korang ada masa untuk request/return kalau barang tak sampai atau rosak.
Untuk pengetahuan korang yang mungkin tak tahu lagi, biasanya kita akan dapat SMS verification code dari Shopee untuk request tukar password atau kali pertama kita loginnew browser.
Ads
Bayangkan macam mana kalau dia bagi verification code itu tadi, seller tersebut boleh hijack akaun lepas tu klik ‘order received’ dan Shopee pun akan release payment ke akaun mereka. Tak pun, mereka boleh ambil details kad kredit kita. Seram kan?
Apa-apa pun, tindakan lelaki ini telah pun menghubungi Shopee untuk melaporkan kes sedemikian agar tidak terjadi kepada orang lain, lagi-lagi untuk mereka yang first time user. Aduan telah pun dibuat oleh pihak Shopee dan mereka pun dah remove seller tersebut.
Berikut adalah kenyataan media yang dilampirkan oleh pihak mereka.
Ads
Shopee memandang berat perkara ini dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang aktiviti penipuan di platform kami. Akaun penipu ini telah diharam secara kekal dan ditutup dalam masa 24 jam.
Kami telah menetapkan dasar Jaminan Shopee untuk melindungi kepentingan pembeli dan memastikan transaksi dilaksanakan dengan selamat. Menerusi cara ini, pembayaran kepada penjual ditahan sehingga pembeli mengesahkan mereka telah menerima pesanan sewajarnya dalam keadaan baik.
Jika pembeli tidak membatalkan pesanan dan menerima produk yang dibeli, pembeli tetap akan menerima wang kembali (jika ditipu) kerana perlindungan Jaminan Shopee. Apa yang penting, pembeli hendaklah sempurnakan transisi menerusi Shopee saja dan bukannya melalui cara lain.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna Shopee yang gigih membongkar operasi penipuan tersebut demi manfaat dan keselamatan pembelian pengguna yang lain.
* * * * *
Anyway gaiss, kalau korang nak beli secara online pastikan lebih alert dan berhati-hati. Kalau rasa ada yang tak kena, baik korang siasat atau tanya pada kawan-kawan yang lebih tahu.
Seller tersebut dikatakan sudah create akaun baru. Jadi, berhati-hati la ya sebelum terkena.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malang tidak berbau dan sebagai pengguna dan pemilik kenderaan pada masa kini pengunaan dashcam merupakan salah satu kelengkapan yang harus ada untuk tujuan pemantauan.
Tapi sebagai pengguna konvensional amat sukar untuk kita tahu yang manakah benar-benar berkualiti dan baik untuk digunakan. Bagi memudahkan kita sebagai pengguna memilih dashcam terbaik. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
PENILAIAN SKOR
Baru-baru ini, MIROS telah mengeluarkan senarai 40 dashcam terbaik yang telah dinilai berdasarkan skor di atas beberapa faktor. Mereka telah melakukan penilaian berdasarkan tiga faktor yang diambil kira untuk fasa awalan iaitu ciri asas, ciri termaju dan ciri bandtuan pemanduan.
Menerusi senarai ini kita dapat lihat sebanyak lima dashcam menerima pengiktirafan lima bintang dengan tiga daripadanya dari jenama 70mai.
Walau bagaimanapun selain tiga faktor yang dinyatakan tidak ada penjelasan lanjut bagaimana penilaian dibuat. Namun kredibiliti yang dibawa oleh agensi seperti MIROS memang cukup dipercayai.
Anda juga boleh mempertimbangkan beberapa kriteria mengikut kesesuaian masing-masing. Sebagai contoh jika anda ingin dashcam yang menggunakan bateri lithium atau super kapasitor sebagai perbandingan. Ataupun ciri sokongan sambungan penstoran cloud yang lebih baik.
Berikut merupakan top 5 dari senarai harga setiap dashcam yang disenaraikan oleh MIROS dan link Shopee untuk rujukan anda. Jadi pilihlah yang terbaik dan ingat harga bukanlah penentu segala!
Tidak dinafikan pada masa kini terdapat banyak sekali pilihan dashcam di pasaran. Setiap satu hadir dengan tawaran tersendiri dengan spesifikasi yang cukup canggih. Ini senarai lengkap.
Dashcam ini selain mampu merakamkan apa yang berlaku jika berlaku kemalangan ia juga memberikan banyak kelebihan kepada pengguna. Salah satunya memudahkan untuk membuat laporan polis atau melakukan tuntutan insurans.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Olahan artikel dari Maskulin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teringat dulu, memori telefon selalu penuh gara-gara list lagu-lagu favourite. Siapa macam ni?
Tetapi zaman sudah berubah dimana sejak internet sudah mula ditawarkan lebih murah, pengguna mula beralih arah kepada aplikasi penstriman muzik.
Spotify, aplikasi muzik paling sohor kini apabila dimuat turun lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Aplikasi yang diasaskan Daniel Ek dan Martin Lorentzon dari Sweden itu merupakan platform muzik digital yang memuatkan lebih sejuta lagu tempatan dan luar negara.
Perkhidmatan ini mempunyai beberapa ciri yang mana turut diikuti oleh perkhidmatan penstriman muzik yang lain. Namun, ada ciri yang belum diikuti oleh Spotify, iaitu sokongan bacaan lirik lagu di platform.
Sejak November lalu, Spotify ada mengesahkan bahawa ia menguji lirik masa nyata (real-time) yang diselaraskan dengan muzik di beberapa negara terpilih. Kini, nampaknya akan mula menyambungnya bermula 30 Jun di 26 negara termasuk Malaysia.
Manakala 25 negara lain yang akan menerima sokongan ini termasuklah Argentina, Brazil, Colombia, Chile, Mexico, Peru, Bolivia, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, Guatemala, Honduras, India, Nicaragua, Panama, Paraguay, El Salvador, Uruguay, Vietnam, Philippines, Indonesia, Thailand, Taiwan, Singapore dan Hong Kong.
Wah seronok la peminat spotify ni dah boleh karok lagu kegemaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malang tidak berbau dan trauma kemalangan jalan raya bukan mudah untuk dilupakan begitu saja. Walaupun hanya berlaku untuk beberapa saat, impak dari segi fizikal dan mental boleh berbekas untuk bertahun-tahun lamanya.
Lagi-lagi ia melibatkan nyawa orang yang kita sayang, tapi mungkin kehilangan nyawa ini dapat dikurangkan apabila Google bakal melancarkan aplikasi Personal Safety.
Terbaru, Google menawarkan aplikasi yang secara automatik memanggil perkhidmatan kecemasan sekiranya terlibat kemalangan di jalan raya, menurut laman web XDA Developers. Menarik kan?
Personal Safety juga dapat mengesan pelanggaran kereta dan akan bertanya sama ada penggguna terlibat dalam kemalangan. Sekiranya berlaku, ia segera memindahkan lokasi kereta dan boleh menghubungi nombor kenalan atau nombor kecemasan yang dipilih sendiri oleh pengguna. So korang boleh la set nombor keluarga terdekat siap-siap pada aplikasi ini. Tapi kan fungsi aplikasi Personal Safety ni lebih kurang juga dengan pengesan kemalangan yang terdapat pada versi Apple Watch yang terkini.
Google Aplikasi Kesan Kemalangan Kereta Sumber: XDA Developers
Tapi yang tak syoknya, aplikasi ini dijangka hanya ada pada telefon Pixel 4 dan 4 XL yang bakal dilancarkan pada 15 Oktober ini untuk keluaran Amerika Syarikat. Korang doa-doa la moga Google mempertimbangkan untuk melepaskan aplikasi ini pada sistem operasi mudah alih Android dan diberikan untuk semua pengguna telefon pintar.
Moga aplikasi ini dapat la kadar kemalangan di jalanraya di Malaysia ni kan. Tapi apa yang paling penting ialah sikap dan cara pemanduan kita juga.