Jaguh beregu campuran negara, Toh Ee Wei dan Chen Tang Jie baru-baru ini sekali lagi meraih perhatian peminat sukan tempatan apabila berjaya mencipta sejarah tersendiri di Anugerah Sukan Negara (ASN) 2025 selepas dinobatkan sebagai Olahragawati dan Olahragawan Kebangsaan.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Majlis Sukan Negara, pasangan badminton negara itu menjadi beregu campuran pertama pernah menerima pengiktirafan berprestij berkenaan sepanjang penganjuran anugerah tersebut.

Kejayaan diraih Tang Jie dan Ee Wei hadir selepas mereka mempamerkan aksi cukup konsisten sepanjang musim lalu termasuk merangkul beberapa gelaran dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai antara gandingan terbaik dunia ketika ini.

Toh Ee Wei, Chen Tang Jie Lakar Sejarah, Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan Toh Ee Wei, Chen Tang Jie Lakar Sejarah, Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan

Ads

Pada masa yang sama, pencapaian mereka turut dianggap sebagai simbol kebangkitan semula acara beregu campuran negara yang kembali menjadi pencabar utama di pentas antarabangsa selepas beberapa tahun berdepan prestasi tidak menentu.

Dalam kategori paralimpik pula, atlet berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi dipilih sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan hasil pencapaian cemerlangnya di Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia selain turut menghadiahkan pingat emas buat Malaysia pada Sukan Para ASEAN menerusi acara ujian masa individu lelaki C1-C2.

Sementara itu, atlet para renang negara, Lim Carmen berjaya membawa pulang gelaran Olahragawati Paralimpik Kebangsaan selepas mengatasi saingan daripada Jariah Zakaria dan Parameswary Kashinathan.

Ads

Toh Ee Wei, Chen Tang Jie Lakar Sejarah, Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan Toh Ee Wei, Chen Tang Jie Lakar Sejarah, Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati Kebangsaan

Untuk info, semua pemenang bagi kategori Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta kategori paralimpik masing-masing menerima piala, piala iringan, sijil penghargaan dan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 sebagai simbol penghargaan terhadap pencapaian mereka.

Ads

Selain kategori utama, ASN 2025 turut mempertandingkan beberapa kategori lain termasuk Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan serta Anugerah Khas bagi meraikan individu dan pasukan yang mengharumkan nama negara di pentas sukan.

Sumber: FB Majlis Sukan Negara

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads