Hanya mereka yang pernah gigih untuk menurunkan berat badan sahaja yang tahu macam mana azabnya nak membakar lemak dalam badan ni. Tiap tahun mesti azam sama nak kurus tapi bila akhir tahun sama je atau mungkin bertambah beratnya.huhu
Namun begitu, jangan cepat putus asa.
Tapi kita selalu membaca kisah kejayaan individu yang berjaya kurangkan berat badan masing-masing. So, sempena masih mood azam baru di tahun 2021 kami kongsikan sebuah kisah benar (hehe) kejayaan penurunan berat serta menu yang korang boleh try.
Baca perkongsiannya, moga bermanfaaat buat semua terutama yang ingin kekalkan gaya hidup sihat. Jom kita ambil inspirasi daripada rahsia kurus wanita ini.
Sumber Gambar : June Ed
Pengguna Facebook yang bernama June Ed, wanita ini berjaya turunkan berat badan sebanyak 6 kg dengan hanya mengamalkan diet suku-suku separuh mengikut bilangan pengambilan kalori yang sebenar.
Hampir 30hari saya amal DSSS. Bagi kawan-kawan yang tercari menu untuk start, ni saya kongsi sedikit menu saya.
By the way, dalam diet saya, saya tak pernah tinggal nasi, cuma saya selang sehari baru makan nasi. Saya maintain minum air putih 2L dan kurangkan minum manis. Bukan cut off terus gula
Menu makanan yang di ambil ketika diet suku-suku separuh.
Cauliflower & isi ayam di goreng dgn 1 sudu minyak masak. Tambahan lobak, garlic, hirisan cili merah, telur 1biji dan daun sup. Salt n pepper. Cara makan saya balut dalam salad dan makan
Ads
Isi Udang, carrot, cili merah, daun sup dan telur. Salt n pepper sebagai rencah. Saya bakar pakai tin muffin.
Sekeping Roti gandum. Telur 2 biji, Suku keping cheesedale di siat, cili, salt n pepper. Saya bakar pakai tin muffin.
Ayam black pepper, kentang, cendawan saya panggang sekali sumbat je dlm oven Salt, pepper, bawang Holland dan Garlic, carrot, cili merah.
Ni org kata eat clean. Dlm seminggu 3 kali je eat clean. Kalau hari2 saya tak sanggup
Ads
Ayam panggang rosemary, lada hitam tumbuk dgn cendawan shitake.
Ayam masak halia, cendawan goreng & sayur bayam.
Ayam panggang rosemary, serbuk cili, paprika, salt n pepper.
So guys, kalau nak diet tu pilihlah diet yang sihat dan tidak memudaratkan. Bukan tak boleh makan langsung, minimakan pengambilan makanan kan lebih baik. Jangan sebab nak kurus cepat, korang yang merana di kemudian hari.
Masalah sukar untuk tidur memang selalu dihadapi oleh orang muda dan disebabkan oleh itu, mereka sering ‘berjaga’ malam dan bila sudah awal pagi barulah mata rasa mengantok.
Siapa yang pernah mengalami masalah tidur mesti faham akan situasi ini. Betul tak? Sebenarnya tidak elok jika korang ubah waktu tidur yang seharusnya dilakukan pada malam hari dan bukannya waktu siang.
Namun awas ya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru tadi menyatakan bahawa sukar tidur malam dan empat simptom ini antaranya kesan buruk yang dialami bekas pesakit COVID-19. Empat kesan yang dialami ialah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, batuk dan kegelisahan yang kerap.
Ia bukan sahaja dialami oleh orang yang lebih tua namun mereka yang masih muda. Situasi itu terjadi disebabkan tahap ketepuan oksigen mengalami penurunan sehingga mengganggu sistem pernafasan.
Beliau berkata simptom itu dikenali sebagai Sindrom Pasca Covid, seperti yang dinyatakan dalam garis panduan mengenai “Long COVID” oleh The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom pada 18 Dis lepas.
Katanya, sindrom itu merupakan keadaan bekas pesakit COVID-19 yang masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih, dan gejala berkenaan tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif.
“Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit COVID-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya, bagaimanapun terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Pasca Covid,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit daripada kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit itu mengalami sindrom berkenaan.
Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit dan fungsi tubuh yang terlibat.
Tegas Ketua Pengarah Kesihatan itu, ianya penting bagi mengekalkan tahap kesihatan bekas pesakit COVID-19 pada tahap terbaik dan mengurangkan sebarang komplikasi jangka panjang yang boleh mengurangkan kualiti hidup serta produktiviti seseorang.
Atas sebab itu, penting bagi bekas pesakit untuk terus memantau keadaan kesihatan mereka selain digalakkan melakukan latihan pernafasan melalui aktiviti seperti yoga atau meditasi. Mengubah tabiat pemakanan juga boleh membantu selain membataskan pergerakan terutamanya pada bulan pertama selepas disahkan bebas Covid-19.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita sedia maklum, sebelum bertemu bulan Ramadan pasti kita akan menempuh satu malam mulia iaitu malam Nisfu Syaaban.
Nisfu Syaaban jatuh pada malam ini dari waktu Maghrib sebentar tadi hinggalah sebelum Maghrib esok dan ia mempunyai banyak kelebihan.
Nisfu bermaksud separuh (Nisf); oleh itu Nisfu Syaaban yang jatuh pada malam ke-15 bermaksud separuh daripada bulan Syaban.
Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Nisfu Syaaban merupakan detik di mana buku catatan amalan Muslimin dan Muslimat selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan baharu.
Kelebihan ini ada disebut menerusi beberapa hadis sahih.
Antaranya adalah daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.”
Lalu, sewajarnya umat Islam mengutip peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah.
1. Terus Berdoa
Sebuah hadis dari Abu Bakar r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
“Rahmat Allah S.W.T. turun ke bumi pada malam nisfu Syaaban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa syirik dan orang yang dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan)” HR al-Baihaqi
Tidak ada doa khusus yang diturunkan Baginda SAW untuk dibaca pada malam ini. Oleh itu, bacalah apa jua doa dan mintalah sebanyak-banyaknya pemintaan terutama keampunan daripada Allah SWT.
2. Banyakkan Syahadah
Kalimah syahadah adalah kalimah yang paling mulia. Kalimah ini seeloknya dibaca pada bila-bila masa terutama pada malam nisfu Syaaban.
3.Banyakkan Istighfar
Kita juga dituntut memperbanyakkan membaca istighfar untuk memohon pengampunan daripada Allah SAW. Itu kerana pada malam ini, Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hambanya kecuali dosa syirik. Hidupkan malam Nisfu Syaaban dengan solat sunat dan beristigfar.
4. Solat sunat terutama Qiamulail
Menurut Riwayat al-Hasan, para sahabat Nabi Muhammad SAW pernah menyampaikan kepadanya akan keutamaan solat nisfu Syaaban.
“Barang siapa yang mendirikan solat sunat di malam nisfu Syaaban maka Allah SWT akan memandangnya sebanyak 70 kali. Dan setiap pandangan Allah akan mengabulkan 70 keperluannya. Adapun pandangan paling dekat adalah pengampunannya.”
Hari ini, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA akan diumumkan. Berdebarrnyaaa….
Bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapat tahu keputusan berjaya memasuki university mana adalah debaran paling havoc. Ini kerana dengan penerimaan ke universiti yang dipohon, ia adalah satu tiket melangkah ke alam remaja yang menyeronokkan.
Buat lepasan SPM 2020, korang boleh semak keputusan permohonan kemasukan universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma, serta Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan memaklumkan, pemohon boleh semak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari di sini : SEMAK
Bagi yang berjaya, penulis ucapkan selamat menikmati keseronokan menjadi siswa dan siswazah, bagi yang belum berjaya mendapatkan tempat ke IPTA. Jangan kecewa dan putus harapan…boleh buat permohonan rayuan okay!
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.