
Tidak dinafikan aplikasi waze sangat memudahkan urusan perjalanan ‘atas jalan raya’ sebab korang nak pergi mana pun, tak perlu pening kalau tak tahu jalan, tanya saja pada Mr. Waze semua boleh settle.

Terbaru, aplikasi navigasi yang popular digunakan rakyat Malaysia iaitu Waze ini telah melancarkan ciri baharu bagi pengguna setia mereka.

Waze telah menambah data mengenai anggaran harga tol pada aplikasi mereka yang membantu pengguna mengurangkan masalah kebimbangan tentang bayaran tol yang dikenakan.

Dengan ciri tambahan ini, pengguna membuat carian arah perjalanan ke sesuatu destinasi turut akan melihat paparan harga anggaran tol yang terlibat untuk perjalanan berkaitan.
Harga anggaran tol yang dipaparkan adalah berdasarkan daripada info yang dikongsi komuniti Waze. Menerusi ciri baharu ini, pemandu boleh membuat perancangan dengan lebih baik untuk memilih perjalanan yang diingini.
Pengguna kini boleh mengemaskini aplikasi Waze sekarang.
Baguskan, so tak ada alasan lagi untuk korang tak cukup kredit dalam kad touch n go!
Sumber: MalayMail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laptop Slow Macam Siput? Ikut Cara Lelaki Ini Selesaikan Masalah Tanpa Perlu Hantar Kedai

Apa perasan korang bila tengah buat kerja tapi laptop atau PC slow gila-gila? Mesti rasa nak baling je kan komputer tu? Tapi memikirkan diri ni bukan orang kaya, so kena la selalu sabar dan reda.
Masalahnya, sampai mana je tahap kesabaran korang tu? Takkan nak biarkan selamanya slow?
Tak perlu susah-susah hantar repair dekat kedai, apa kata korang cuba dulu cara yang bro ni share di akaun twitter miliknya.

Sekali sekala, please defrag hard drive or optimize garbage collection on SSD, will help with file cache and optimize space

Tolong jangan main laptop atas katil. Laptop tu tak ada fresh air nak regulate thermals for component laptop. Punca rosak motherboard


Make sure uninstall semua display driver guna Display Driver Uninstaller

Yang halang korang dari dapat performance gains dari beli RAM tambahan tu adalah processor, graphic processing unit dan hard drive

Alternatively, daripada korang beli laptop, or korang dah ada laptop tapi underpec, korang build la dekstop instead

After a couple of years, itu sebab laptop ni tak kiralah how careful you are bila using it, akan ada satu point korang kena service juga

Kalau dah ada cara yang tak perlu guna duit banyak, kenapa tak kita cuba kan?
Sumber: matthensem
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Al Fatihah] Lebih 30 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Kewartawanan, Raja Nurfatimah Mawar Meninggal Dunia
![[Al Fatihah] Lebih 30 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Kewartawanan, Raja Nurfatimah Mawar Meninggal Dunia 25 [Al Fatihah] Lebih 30 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Kewartawanan, Raja Nurfatimah Mawar Meninggal Dunia](https://cdn.remaja.my/2025/06/Feature-Image-Raja-Nurfatimah-Mawar.jpg.webp)
Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), Raja Nurfatimah Mawar Mohamed menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sungai Long, Kajang pada hari Ahad selepas mengadu sakit dan sukar bernafas.
Allahyarham, 49 dibawa ke Hospital Kajang selepas meninggal dunia kira-kira jam 2 petang untuk proses bedah siasat dan dijangka akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Terengganu, Terengganu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Haji Kadir Pasir Panjang.
Pemergian Allahyarham cukup dirasai dalam kalangan warga dunia kewartawanan tempatan yang pernah bekerjasama dengan beliau yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang tersebut.
![[Al Fatihah] Lebih 30 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Kewartawanan, Raja Nurfatimah Mawar Meninggal Dunia 26 [Al Fatihah] Lebih 30 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Kewartawanan, Raja Nurfatimah Mawar Meninggal Dunia](https://cdn.remaja.my/2025/06/Raja-Nurfatimah-2.jpg.webp)
Memulakan kerjaya sebagai seorang wartawan sambilan Berita Harian di Biro BH Kuala Terengganu ketika berusia 18 tahun, beliau kemudiannya meneruskan minatnya apabila menerima tawaran sebagai wartawan Harian Metro.
Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam dunia kewartawanan, Allahyarham pernah bertugas di bawah unit-unit berbeza termasukalh unit berita, jenayah dan hiburan di Harian Metro serta Berita Harian.
Namun, rata-rata mengenali Allahyarham secara lebih dekat apabila beliau berkhidmat sebagai seorang wartawan hiburan di mana banyak temubual eksklusif berjaya direalisasikan di bawah penyelarasan beliau.
Antaranya termasuklah temubual bersama sahabat rapatnya yang juga merupakan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan temubual mengenai penderitaan penyanyi veteran, Sahara Yaacob yang mengejutkan peminat tempatan.
Allahyarham juga merupakan salah seorang figura yang bertanggungjawab dalam menjayakan acara Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian yang cukup dinanti-nantikan pada setiap edisi.
Berbekalkan minat dan dedikasi beliau terhadap dunia kewartawanan, Allahyarham menempa kejayaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Filem Malaysia (AKIFMA) 2017 apabila membawa pulang Anugerah Penulis Pojok Terbaik. Ia dimenanginya menerusi artikel dalam ruangan Desas Desus akhbar Berita Harian berjudul Beginikah Perilaku Penggiat Seni.
SUMBER: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anna Jobling Munculkan Diri Dalam Klip Video Rossa, Peminat ‘Ship’ Gandingan Bersama Omar Daniel Pula

Nama Dato’ Sri Rossa tidak lagi memerlukan pengenalan dalam kalangan pendengar muzik di Malaysia. Apa sahaja buah tangan terbaru yang hadir daripada penyanyi berusia 44 tahun ini pasti akan melekat di hati peminat. Terbaru, Rossa kini sedang hangat mempromosikan lagu berjudul Bertengkar Manis hasil nyanyian bersama Barsena Bestandhi.
Klip video Bertengkar Manis arahan Prialangga ini sudahpun mencatatkan lebih daripada 100,000 tontonan selepas lima hari dilancarkan di akaun YouTube Rossa Official.
Ia merupakan sebahagian daripada lagu yang dimuatkan bagi album terbaru Dato’ Sri Rossa berjudul Another Journey : The Beginning yang menemui peminatnya pada bulan Februari lalu.
Menariknya, ia juga menampilkan pelakon jelita yang semakin memahat nama baik di Malaysia mahupun Indonesia, Anna Jobling!
ARTIKEL BERKAITAN: Jadual 2023 Anna Jobling Sudah Penuh! Bakal Muncul Di Indonesia Setelah Menang Hatrik Di ABPBH-35 – REMAJA
“Kami Akan Selalu Catch Up”
Tidak ramai yang serba tahu mengenai persabahatan yang rupa-rupanya sudah lama terjalin di antara Anna dan Dato’ Sri Rossa. Disebabkan sudah saling mengenali, idea kemunculan Anna dalam klip video Bertengkar Manis ini mudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

“Saya memang sudah berkawan lama dengan Dato’ Sri Rossa. Setiap kali saya berkunjung ke Jakarta atau apabila Dato’ Sri Rossa hadir di Kuala Lumpur, kami akan selalu cuba luangkan masa untuk berjumpa dan saling bertukar khabar.
“Jadi untuk projek kali ini, saya benar-benar teruja memandangkan ia adalah kali pertama saya dapat bekerja dengan beliau untuk peluncuran lagunya,” kata Anna yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama Syurga Itu Bukan Mudah terbitan Astro.
Kongsinya lagi, penggambaran klip video Bertengkar Manis itu dilakukan di Jakarta sahaja dan peluang itu tidak boleh dilepaskan oleh Anna begitu sahaja biarpun jadual kerjanya padat.
“Nama Dato’ Sri Rossa itu sangat besar dan saya sendiri tahu betapa evergreen lagu-lagu yang pernah beliau sampaikan. Sudah banyak generasi yang amat menyukai dengan lagu beliau termasuklah saya sendiri,” ujarnya.
Segalanya Profesional Saja
Menerusi klip video ini, Anna tampil bergandingan dengan seorang pendatang baharu lagi kacak dalam dunia seni Indonesia, Omar Daniel. Biarpun baharu, Omar pantas menyambar populariti di sana sehinggakan jumlah pengikutnya di Instagram telahpun mencecah 907,000 orang!

Tidak kurang juga para peminat Anna sendiri yang menyenangi gandingan finalis pencarian Dewi Remaja 2018/19 itu dengan Omar yang mereka ungkapkan sebagai sepadan.

Komen empunya badan sendiri?
“Ini merupakan kali pertama saya bertemu Omar dan ia merupakan kerjasama yang menjadi! Saya tahu Omar ialah seorang pelakon baharu yang terkenal terutamanya di Jakarta sekarang.
“Soal peminat ship kami berdua, saya memandangnya sebagai satu tanggungjawab yang perlu saya lunaskan sebagai pelakon. Setiap kali saya berjumpa atau bekerjasama (bersama gandingan pelakon lelaki berbeza), tentunya chemistry yang terjalin pun berbeza-beza.”

“Jadi untuk klip video (bersama Omar) kali ini, Anna hanya lakukan yang terbaik untuk pastikan wujud chemistry di antara kami berdua sewaktu penggambaran,” kata Anna sekaligus menepis sebarang gosip yang mungkin muncul.
Bagi korang yang belum menonton klip video Bertengkar Manis nyanyian Dato’ Sri Rossa featuring Barsena Bestandhi, klip pautan di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

