Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut dan nampak remeh tapi jangan terkejut kalau dikatakan mungkin ramai remaja di luar sana yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak. Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari.
Juga disebut mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Perkara Yang Diperlukan Mandi Wajib
1. Keluar sperma atau air mani
2. Hubungan seksual (Persetubuhan)
3. Terhenti keluarnya darah haid
4. Terhenti keluarnya darah nifas
5. Melahirkan
6. Meninggal Dunia
Ads
Langkah Dan Cara Mandi Wajib
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
Ads
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
VIDEO CARA MANDI WAJIB YANG RINGKAS
Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mandi wajib yang ringkas.
Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat buat semua remaja diluar sana. Ingat ye kalau mandi wajib tak betul semua ibadah yang dilakukan juga tidak sah.
Wallahu’alam
Sumber : Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anna Hursey buktikan dia lebih hebat daripada rakan sebaya.
Walaupun bergelar atlet termuda yang bertanding di kejohanan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast Australia, Anna Hursey ternyata bukan lawan mudah.
Pada usia 11 tahun, dia pada awalnya kelihatan malu berdepan dengan penonton antarabangsa di gelanggang ping pong. Namun, Anna membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuknya mewakili Wales dalam perlawanan bertaraf dunia.
Hari ini, pasukan ping pong wanita Wales berdepan dengan pasukan Sri Lanka. Dibantu dengan sorakan padu para penyokong, Anna yang berhadapan dengan Manikku Badu ketinggalan 2-0 di belakang.
Namun apabila memasuki set penentuan, penonton di arena ping pong itu merasa gelisah dan tidak boleh duduk diam apabila Anna mempamerkan permainan yang cukup bagus. Dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda ingin mengaku kalah walaupun ketinggalan lalu memenangi set tersebut dengan skor 12-10!
Memasuki set seterusnya, Anna semakin padu melakukan serangan namun akhirnya tumpas kepada Manikku yang jauh lebih berpengalaman. Iyalah, Manikku pernah bertanding dua kali sebelum ini di Sukan Komanwel. Sudah tentu dia hebat.
Namun semangat juang yang ditunjukkan Anna mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh stadium. Malah, pengulas acara tersebut juga menyatakan dia berbangga dengan remaja perempuan tersebut.
Setelah media antarabangsa ‘menyelidik’ latar belakang pemain tersebut, rupa-rupanya Anna menceburi sukan ping pong seawal usia 5 tahun ketika dia mengikuti ibu-bapanya bercuti di China.
Anna kemudiannya mengambil keputusan untuk belajar dan berlatih ping pong di Harbin China.
Dia akan berlatih sehingga 30 jam seminggu dan gembira melakukan latihan intensif itu walaupun ia sukar. Sehinggakan jurulatihnya perlu memaksa Anna untuk kadangkala melupakan ping pong untuk seketika dan keluar bermain seperti kanak-kanak yang lain.
Hasil usaha keras tersebut, Anna telah memenangi kejohanan terbuka Welsh bawah 18 tahun pada usia 9 tahun.
Walaupun di luar gelanggang dia bersifat pemalu, namun apabila diberi bat ping pong, Anna nyata tidak boleh dipandang rendah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini pernah menjadi kontroversi apabila jenama pakaian dalam tersohor Victoria’s Secret merekrut model transgender bernama Valentina Sampaio.
Kini, VS membuat satu lagi kejutan apabila menggaji bintang dan pelakon siri Netflix, ‘Never Have I Ever’ muncul sebagai duta dan model lelaki pertama jenama seluar dalam dari Amerika Syarikat ini.
Jenama yang hanya menggunakan model wanita dalam setiap pertunjukan fesyen dan kempen menandatangani Darrent Barnet sebagai duta dalam koleksi ‘Gender Free’. Koleksi fesyen, yang termasuk dalam barisan Pink dari Victoria’s Secret, terdiri daripada seluar pendek, t-shirt, sweater, cermin mata hitam, dan pelbagai barangan lain.
Pelakon kacak berusia 30 tahun itu bukan sahaja akan mempromosikan koleksi baharu ini malah turut menyertai pelbagai aktiviti syarikat.
Ini fakta tentang model dan duta baru Victoria’s Secret yang kacak ini.
Kagumi Bakat Leonardo DiCaprio
Darren meminati bidang lakonan sudah lama. Seorang yang dikaguminya selama ini ialah pemenang Anugerah Akademi Leonardo DiCaprio dan berharap dapat menjelmakan beberapa cirinya. Pelakon lain yang dia kagumi termasuk Johnny Depp dan Will Smith.
Bangga Berdarah Asia
Ibu Darren adalah orang Jepun dan dia sangat berbangga dengan keturunan Asianya. Malah, watak Darren meneruskan asal ‘Never I Ever’ yang sepatutnya berkulit putih. Walau bagaimanapun, apabila producer mengetahui bahawa Darren adalah orang Jepun, mereka juga membuat Paxton separuh Jepun.
Fasih Dengan 4 Bahasa
Diafasih berbahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Jepun. Darren berkata, “Dialek telah menjadi obsesi saya sejak saya boleh bercakap. Saya suka menyamar sebagai pelakon dan orang yang saya dengar di jalanan. ”
Seorang Pemuzik
Berlakon bukanlah satu-satunya bakat yang dimiliki Darren Barnet. Dia benar-benar seorang yang sentiasa kreatif dan gemar mencuba sesuatu yang baru. Dia juga seorang pemuzik berbakat yang suka menulis dan membuat lagu. Kini kerjaya lakonannya semakin meningkat, dia mungkin tidak mempunyai banyak masa untuk memberi tumpuan kepada bidang muzik.
Wah, no wonder lah patutlah VS pilih Darren Barnet sebagai duta mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuba check balance akaun bank korang bila akhir bulan. Agak-agaknya masih ada duit lebih atau belum cukup hujung bulan duit dah kering kontang?
Jangan kata mak anak tiga, yang si bujang ni pun rasa hazabnya la wey kalau nak tunggu gaji bulan berikutnya.
Persoalannya di sini, adakah jumlah gaji yang diterima tidak mencukupi atau lifestyle mereka yang tak kena gaya dengan gaji?
Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), definisi gaji untuk ‘hidup’ ialah pendapatan minimum yang diperlukan oleh sebuah isi rumah untuk turut serta dalam masyarakat, peluang pembangunan peribadi dan keluarga, selain bebas daripada tekanan kewangan yang teruk.
Jadi, tak ada la isu gaji cukup-cukup makan yang kadang-kadang korang pun terpaksa ikat perut atau mintak advance dekat orang lain.
Gambar hiasan: waterski.com.my
Tambah BNM lagi, kira-kira 27% isi rumah di Kuala Lumpur sekarang ni hidup di bawah ‘gaji untuk hidup’ dan kebanyakannya adalah daripada lepasan sekolah menengah dengan pekerjaan berkemahiran rendah atau sederhana.
Masyarakat kita sekarang menilai standard kehidupan minimum adalah lebih daripada sekadar mampu membeli barangan keperluan, malah termasuk penyertaan sosial dan jaminan kewangan.
Pendek kata, macam ada duit lebih untuk korang have fun juga la. Hujung minggu keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dan boleh juga asingkan duit untuk simpanan.
Tapi apa yang berlaku hari ini?
“Gaji untuk hidup adalah lebih tinggi daripada gaji minimum berkanun kerana ia secara dasarnya berasaskan kos kehidupan.”
Untuk mereka yang hidup di Kuala Lumpur, BNM menganggarkan seorang dewasa bujang perlu memperoleh RM2,700 sebulan untuk menyewa bilik, makan di luar, memasak sekali skala dan menggunakan pengangkutan awam.
Gambar hiasan: freemalaysiatoday,.com
Hm, setuju tak?
Dalam keadaan ekonomi sekarang ni kami rasa ada betulnya juga. Masuk toilet pun kena charge 50 sen, ada lagi ke benda yang free dekat dunia ni?
Apa-apa pun, yang penting kalau kita ikhlas bekerja insyaAllah rezeki tu selalu je ada. Betul tak?