Anak ketiga kepada pelakon terkenal, Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi, Maria Danisha Hakim yang kini berusia 17 tahun baru-baru ini boleh berbangga dengan usahanya apabila meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.
Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon (49) menerusi media sosial berkongsi momen bermakna itu ketika menghadiri acara ihtifal di sekolah Maria Danisha.
Lebih membanggakan, gadis cantik manis itu turut menerima Anugerah Modal Insan dari pihak sekolah.
Ads
Tidak henti menitipkan kesyukuran, Norman pada masa yang sama berharap anak perempuan keduanya itu memastikan momentum kecemerlangan diteruskan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia tahun hadapan.
Kredit: Norman Hakim
“Dengan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, Papa, Mama, Mummy dan Abah berterima kasih kepada-NYA kerana mengurniakan kami dengan kejayaan yang indah ini”
“Kami mendoakan agar kamu terus konsisten dan istiqamah dalam mengekalkan kecemerlangan, seterusnya memuncak kejayaan yang lebih cemerlang untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anda pada penghujung tahun 2025, insyaAllah”
“Tetap rendah hati, kekal fokus dan teruskan usaha untuk yang terbaik. Anda telah membanggakan kami semua. Alhamdulillah!” ujarnya menerusi Instagram.
Sekadar info, selain Maria Danisha, Norman memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Abby Abadi iaitu Mohd Danish Hakim (22) yang merupakan huffaz al-Quran dan Marissa Dania Hakim (20).
Selepas berpisah pada tahun 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim (11) Muhammad Dikhriz Hakim (9) dan Mikayla Delisha Hakim kini berusia 6 tahun.
Tahniah kami ucapkan pada Maria Danisha! Semoga meraih kecemerlangan lagi pada masa akan datang!
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Single terbaru Nabil Razali bukan hanya berjaya menambat hati peminat, malah ramai selebriti turut membuat cover lagu tersebut dengan versi mereka sendiri.
Terbaru, selebriti kelahiran Korea, Hyan Byul turut menyanyikan lagu Peluang Kedua ini dan apa yang lebih istimewa adalah dia menukar bahagian korus lagu ini dalam versi Korea.
Sebagai remaja, korang mesti lagi suka ‘stalker’ perkembangan fesyen menerusi perkongsian di internet betul tak?
Tapi korang tahu tak, Mek Kembang Cotton baru-baru ini ada menganjurkan #MEKKEMBANGCOTTONFASHIONSHOW2020, mempamerkan koleksi persalinan kolabrasi dari beberapa nama besar tanah air dan rata-rata harga mampu milik!
Seperti biasa punyalah banyak seleksi persalinan raya yang dipertontonkan. Namun, Mek Kembang Cotton masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional, tidak juga memasukkan elemen moden agar boleh digunakan pada bila dan di mana sahaja.
Koleksi pertunjukan kali ini memperlihatkan 4 konsep koleksi yang berbeza iaitu Mek Kembang Cotton x Miedy Daniel, Koleksi Hari Raya Aidilfitri 2020, koleksi plus size dan juga tak ketinggalan koleksi busana pengantin.
Mek Kembang Cotton x Miedy Daniel tampilkan konsep ‘Less is More’ yang merupakan design yang simple yang boleh digayakan untuk event yang besar. Untuk design ni perlu pelanggan hanya perlu tunggu masa 24 jam sahaja selepas menempah baju. Design yang dibuat adalah design luar dari signature Mek Kembang Cotton tetapi masih lagi menggunakan material dari Mek Kembang Cotton.
Untuk koleksi Mek Kembang Cotton 2020, jenama ini memilih pelakon manis, Ruhanis sebagai Muse kerana Ruhainis memiliki perwatakan yang sesuai dengan keluaran pada tahun ini iaitu sweet and feminine. Patut la motif baju-baju ini bercorak bunga dan pastel.
Untuk koleksi plus size pula, Mek Kembang Cotton menyediakan service tempahan supaya
orang yang berbadan besar pun boleh menggayakan baju menggunakan material cotton.
Bukan hanya design yang sedia ada, korang boleh juga membuat pelbagai design untuk plus size yang korang gemari.
Menariknya, pertunjukkan fesyen ini juga mempersembahkan koleksi busana pengantin. Untuk info, Ini merupakan kali pertama Mek Kembang Cotton buat Fashion Show untuk
Bridal walaupun suda mengambil tempahan untuk Bridal pada 2019. Harga pula korang jangan risau sebabnya ia sangat berbaloi dan mampu milik iaitu bermula dari RM550 termasuk veil dan tudung. Murah kan beb!
Mana satu pilihan hati, raya kan dah nak dekat ? Jika korang berminat untuk memiliki koleksi Mek Kembang Cotton ini boleh la jenguk website atau terus je ke kedai dorang di Bangi!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi satu perkongsian di TikTok miliknya, pelakon filem popular Papadom itu tampil berkongsi videonya yang menukar gaya rambut dari panjang ke pendek.
“New hair, new vibe,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet berkenaan penampilan rambut baharunya itu.
Rata-rata pengguna memuji rambut baharunya yang dilihat lebih kemas dan terurus selain nampak segar dan sudah tentunya kelihatan awet muda.
“Wah, look fresh and younger with short hair,” komen seorang pengguna.
“Tak makan di usia eh orang cakap?” komen pengguna lain.
“Awak cantik rambut pendek macam ini babe,” tulis pengguna lain.
“Baru sesuai. Nampak terurus sikit,” komen lagi peminatnya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga komen yang merindui untuk melihat pelakon filem seram Nyiang Rapik itu untuk kembali mewarnai layar skrin penonton.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.