
Membawa lesen memandu dan melekat ‘roadtax’ adalah perkara yang paling penting untuk pemandu kenderaan di Malaysia kerana dengan adanya dokumen ini, kita bebas untuk memandu ke mana sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN : Cecah RM1500, Ini Senarai Harga Terkini Lesen Memandu Bagi Tahun 2022
Namun, selaras dengan kemodenan, rakyat Malaysia dah tak perlu membawa dokumen fizikal ini lagi! Ini kerana dokumen berkenaan boleh diperoleh secara dalam talian menerusi sebuah aplikasi khas.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, aplikasi berkenaan sudah siap dibangunkan JPJ dan sedang menunggu ‘lampu hijau’ daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, untuk pelaksanaannya.
Difahamkan, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi telefon pintar dan ia memaparkan lesen pemandu secara digital.
Menerusi langkah pendigitalan ini juga, pihak penguat kuasa seperti anggota polis dan JPJ akan dibekalkan dengan peranti khas, untuk melakukan melakukan pemeriksaan atau semakan ke atas lesen memandu digital ini.

Peranti khas itu akan mengimbas kod bar yang tertera pada lesen memandu digital berkenaan, yang dapat menentusahkan sama ada lesen memandu digital berkenaan tulen atau sebaliknya
Tak Perlu Lekat ‘Roadtax’ Dan Bawa Lesen
Terbaru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bermula hari ini, pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.
Inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia

Pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia
Bagusnya, JPJ ke arah pendigitalan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tubuh Lebam-Lebam Sebelum Temui Ajal” Perkongsian Ibu Dakwa Anak Didera Pengasuh Jadi Viral

Hari ini media sosial dikejutkan dengan pendedahan dan dakwaan seorang ibu atas nama fbnya, Noyu Mohamad yang mendakwa anak lelakinya meninggal selepas diletakkan di rumah pengasuh.
Kronologi kisahnya bermula dari dia mula menghantar dua orang anaknya dan bermula dari detik itulah, tubuh anaknya mulai terdapat kesan lebam. Bila ditanya, pengasuh ini mempunyai jawapan tersendiri.
Ternyata perkongsiannya ini mendapat share sebanyak 25 k dan menjadi viral di media sosial.
Baca kronologi kisahnya.
Pengasuh Pembunuh Puaka!!
Akak mempunyai 2 orang anak bernama Ryu dan Yuki. Akak ni orang berniaga online dari rumah, suami pula rakan kongsi sebuah kantin di UiTM jengka. Oleh kerana ekonomi suami dan akak yang tak berapa bagus, akak pun terpaksa mencari kerja. Cari punya cari maka dapat ler kerja Japanese speaker customer service bagi sebuah syarikat penerbangan.
Akak mula bekerja pada 12 March 2018. Oleh kerana tidak tahu dan pertama kali mencari pengasuh jadi kami mencari di faceboook iaitu Kelab pengasuh Selangor dan Kuala Lumpur. Yang paling dekat adalah seorang pengasuh yang bernama Norhafizah Laily Tajuddin (Fiza) di Puncak Perdana.
Akak dan suami melawat dulu rumah Norhafizah dan mendapati beliau ada 3 orang anak yang masih kecil berumur 4 tahun ,2 tahun dan setahun kesemua lelaki. Anak lelaki akak pula Ryu berumur 3 tahun dan baby Yuki 10 bulan. Oleh kerana dia ada anak2 kecil, keadaan rumah masa tu pun bersih {maybe dia dah kemas siap siap sebelum kami datang nak kenal} dan tambahan pula dia bercakap dengan lemah lembut, jadi akak rasa dia adalah calon sesuai.


Pada 16hb March 2018 akak mula tinggalkan anak anak bawah jagaan Norhafizah. Cerita bermula pada 19hb March di mana akak mula perasan ada lebam2 pada Yuki dan Fiza bagi alasan Yuki terjatuh dan lengannya biru sbb diheret oleh budak- budak yang tengah main. Akak yang baru balik dan PENAT BEKERJA tidak mengesyaki apa2. Mungkin TIDAK BOLEH BERFIKIR secara logik kerana terlalu penat.
Pada 22 March pula ada kesan lebam pada pinggang Ryu dan Fiza mengatakan Ryu bergaduh dengan anak-anaknya. Akak tanya samada dia ada pukul anak akak tetapi dia menafikan dengan bersumpah dia tak buat perkara yang macam tu dan berjanji akan lebih berhati2 menjaga anak akak. Akak tanya lagi, Betul ke tak da pukul atau tangan budak2 ni? Sebab Ryu citer Fiza pukul dia. Fiza jawab,”Alah kak,time depa bising2 rebut mainan tu ,mmglah. marah pun takat marah anak, pukul pun gitu2 bagi takut je, xda la sampai nak mendera”
Pada akhir-akhir bulan March, Fiza mengambil lagi 2 org anak asuhan,adik beradik yang berumur 2 tahun bernama Adam dan setahun bernama Aira. Tanpa beritahu kat akak sepatah pun.Sedangkan dia TAHU masa akak cari pengasuh, mmg akak cari yang tak da jaga anak orang lain.Akak dah mula risau kerana ramai sangat, bila akak bertanya kepada Fiza, dia kata tak da masalah, boleh uruskan lagipun dia mmg xada bt apa yang lain dan itu saja mata pencariannya. Jadi akak masih percaya lagipun kalau akak hantar nursery keadaan pun sama juga.
Pada 20hb April ada kesan lebam di dahi Yuki dan perut Ryu. Fiza minta maaf kepada akak katanya terjatuh sofa dan Ryu pula bergaduh dgn Adam {anak parent satu lagi} ketika tu dia tengah solat. Jadi pada malam tu saya mula mencari baby sitter yang lain. Pada 23hb April pula ada kesan lebam di tengkuk kiri kanan dan kemaluan Yuki. Fiza kata dia sental daki Yuki terlalu kuat dan tinggal bekas.Takkanlah baby punya leher berdaki kut…Hati saya dah mula ragu2 dan mula mengesyaki yang bukan-bukan.


Pada 25hb April akak mintak adik lelaki akak mengambil Ryu dan Yuki kerana akak masih di tempat kerja dan mungkin terlambat sikit dari hari biasa. Biasanya 4.30 ptg habis kerja akak terus pergi ambil anak-anak. Adik akak bagi salam, tengok pintu memang terbuka dan TERNAMPAK FIZA PUAKA DENGAN SEBELAH TANGAN MENYENTAP LENGGAN BABY AIRA yang berumur setahun (iaitu adik kpd Adam, anak asuhan parent yang lain) DAN MENGHERETNYA dari depan pintu ke tengah ruang tamu.
Sejak hari itu akak tidak lagi meletakkan anak akak dengan Fiza dan adik ipar akak tolong menjaga anak akan buat sementara waktu. Yang peliknya Fiza tak bertanya sepatah pun kenapa akak tak letak anak akak dengannya dah. Akak minta no contact n fb Mak Aira, tapi Fiza tak bagi. Akak bercadang untuk menghubungi Mak Aira untuk bagitau kejadian anaknya diheret. Akak juga nak melaporkan kepada pihak polis kesan2 lebam anak akak sepanjang penjagaannya. Sesambil tu akak jenguk2 jugak Taska Atau babysitter atau Bibik sana sini.
Malang sekali, kedua – dua anak akak telah mula demam2 pada 26hb April 2018. Akak bawa anak-anak ke klinik. Akak teringat, sebelum akak keluarkan anak-anak dari jagaan Fiza, Fiza ada tanya Akak.. “Eh kak…Yuki ni mmg jenis kejap2 demam ya?’(Rupanya dia dah prepare diri siap2 supaya senang nak salahkan kita kalu anak tak sihat..padahal blakang aku lemau kau balun budak2 ni semua. Pandai ko blakon tnya tu ni) Anak akak kalau ada tak sihat je, akak akn ambil cuti dan takkan letak kat dia, sbb tahu ramai anak lain lagi dalam rmh tu.
Akak perasan, sejak akak letak anak- anak dibawah jagaan Fiza, anak-anak kerap panas badan on off, makin kurus dan muka start nampak pipi cengkung. Bila ditanya anak –anak makan tak? Dia jawab anak- anak makan banyak. Sedangkan setiap kali dah ambil, anak-anak makan mcm lahap kelaparan. Yuki ,akak bekalkan breastmilk, bila kita check tengok breastmilk bekal freeze tak bergerak, tanya kenapa? Fiza jawab, Yuki tak nak minum, dia nak minum air kosong je. Baby kut lagi…takkan taknak susu kan?


Pada 5hb May 2018 Yuki dan Ryu demam lagi dan dimasukan ke KPJ Selangor. Pada 13 MAY Yuki meninggal dunia di KPJ Selangor, sedih dan pilu hati akak hanya tuhan saja yang tahu. Akak whatsaap kat Fiza pada 14MAY jam 2:26ptg ,bagi gambar Yuki dah meninggal,gambar jenazah,tanpa apa2 komen,nak tengok reaksi Fiza, dia buka whatsapp jam 3ptg,hari yang sama,online,blue tick,tapi dia boleh buat tak tau!!! Lps 5 jam baru dia reply{reply wasap ya,bkn call} tanpa rasa terkejut atau rasa sedih {anak asuhan kan..anak- anak pun panggil dia dgn panggilan MAK} Nak tahu apa wasap reply dia? “Innalillahiwainnailahiroji’un Takziah kak…Semoga Yuki ditempatkan di syurga adnin”…..akak berdebar dan speechless…..hati rasa remuk.
Lps tu Akak dah mula suspect yang dia mmg dah tau perbuatan yang dia rahsiakan dari kami tu, sesuatu yang MMG KEJAM dan DILUARJANGKAAN parents.Dengan kesan kesan lebam di badan anak-anak asuhan semua tu. Sebab tak puashati, Akak post dalam FB di beberapa kelab pengasuh untuk nak dapatkan nombor mak Aira, dan akhirnya dapat juga. Ramai parents yang bertanyakan dekat Akak apa yang terjadi dan kenapa pengasuh tu tak nak bagi nombor mak aira.
Selepas akak post di Fb Kelab pengasuh,ramai parent di area yang sama, yang nak letak anak di bawah jagaan Fiza,tetapi tak tahu perangai sebenar Fiza, {Asal Fb Fiza : FIEZA NHL, then lps Yuki Meninggal dia punya Fb : NHL LONG.Dan Lps dah dapat warning dari JKM, jangan buat lagi babysitter sbb dah ada 2 report polis atas dia,dia buka lagi iklan cari anak asuhan bawah FB : MAK LONG }.
Even Yuki dah meninggal pun,even JKM dan penguatkuasa dah dtg rumah dia,bagi warning pun, Fiza masih berleluasa buat iklan cari anak asuhan dgn guna fake FB dgn no telefon yang berlainan. Buat setakat ni Akak dah selamatkan 3 parents yang mmg dah berhubung dan dah pergi jumpa Fiza untuk letak ank.Ada parent yang dah pergi bagitahu akak, dahi anak dia yang bongsu , yang umur setahun tu bengkak biru, lebam, bila ditanya knp? Fiza jawab sambil senyum2 dan gosok2 dahi anaknya ..”Oooo…ni nyamuk gigit”. Sah lah anak- anak dia pun mmg mangsa tangan dia. Fiza bebas tanpa sebarang hukuman. Sampai bila benda ni nak berlarutan??sampai anak- anak orang lain jadi mangsa ???
Dapat je nombor mak Aira pada 18hb May akak terus hubungi dia dan sangat sangat terkejut kerana info mak aira kesan lebam tu mmg sama dgn anak-anak dia iaitu Adam dan Aira. Alasan juga adalah sama, JATUH SOFA , GADUH ANTARA BUDAK BUDAK,SAH SAH ANAK-ANAK KAMI KENA DERA!! RASA SESAK NAFAS MCM NAK PENGSAN, akak bagi anak akak pada PUAKA untuk menjaganya!! Pada esoknya 19hb May 2018 suami akak dan mak Aira terus buat report di IPD Shah Alam. Akak tak boleh pergi sebab Ryu masih dalam wad masa tu. 20hb May Ryu dari KPJ Selangor dipindahkan ke Hospital Shah Alam kerana kes polis mesti pada hospital kerajaan.
Pihak polis ada melawat ,ambil statement dan ambil gambar semua yang jadi mangsa tangan Fiza. Baby Aira dan abangnya Adam pun ditahan di wad yang sama untuk check up dan siasatan kerana takut terjadi nasib macam arwah anak akak, Yuki. Tetapi masalahnya menurut IO kes ini susah nak dibuktikan. Akak ni tak tahu nak kata apa masa tu, dah la pilu, putus harapan dibuatnya. Akak pelik gak sebab orang dah jadi abu pun boleh dikesan pembunuhnya, yang dalam tong drum pun lagi boleh dicari. Mungkin kes ni tak high profile kut.Ye lah, sapa lah akak ni kan???? Tapi masa tu akak tawakal je dulu, biar anak akak yang sorang ni, Ryu ni betul2 sihat, akak panjat turun naik mana-mana pejabat atau jabatan yang sudi dengar , hulur tangan dan tolong orang2 yang anak- anak senasib dengan akak.
Bila Ryu dah keluar wad ramai yang suruh viralkan, tapi akak dan suami mmg tengah sangat down. Memang rasa putus asa… sebabnya ibarat serah anak untuk DIKORBANKAN!! Harapkan baby sitter, Baby sitter BERPUAKA!!
Ryu pulak sampai sekarang terpaksa dirawat dan bawah treatment di klinik psikiatri Hospital Shah Alam… sebab asyik mengigau, tingkah laku tak normal, dan paling sedih sekali dia asyik tanya ADIK MANA MOMMY!! ADIK MANA???!KENAPA MOMMY TINGGAL ADIK YUKI KAT HOSPITAL!!!BAGI BALIK ADIK YUKI!
Akak berusaha untuk move on ,nak nangis lepaskan rindu ingat kat Yuki, terpaksa tahan-tahan…takut Ryu nampak.Sbb Doc Pskiatri Ryu dah pesan…if mother not happy..Ryu boleh rasa. Sedangkan kita nak bagi Ryu sihat dari trauma yang dia tengah alami.
Nak dijadikan cerita (ALLAH MAHA KAYA) kami terjumpa seseorang yang mengenali Fiza ni.. ‘Fiza ni memang suka GONCANG BUDAK KAK, DIA PANAS BARAN, ANAK DIA PUN DIA GONCANG, DIA NI KAKI BOMOH, LAKI DIA PUN DIA BAGI MINUM AIR KENCING, ETC ETC’ Akak tanya dia, “Mana adik tau?”Dia ckp, ” Lar kak.. dia goncang anak dia yang baby tu depan kami. Supaya diam.Perasan tak kak, anak dia yang sulung tu tak boleh bercakap elok lagi,padahal dah umur Ryu. entah apa dia dah buat kat anak-anak dia . Anak orang lain lagi lah kak.Yang kes bagi laki dia minum air kencing tu dia sendiri yang cerita kat saya.Supaya laki dia tunduk kat dia.Sbb tu depan saya pun dia tengking tengking marah laki dia”
Lemah rasa satu badan bila Akak dengar citer ni. ALLAH saja yang tau…Menitik air mata terbayang kesakitan yang anak-anak dah alami akibat perbuatan Fiza….. SAH LAH FIZA NI MMG PERANGAI PUAKA DAN SUKA PUKUL BUDAK!
Bila akak gugel akak baru tau yang baby, bila digoncang tidak semuanya on da spot dapat kesannya, tetapi dalam tempoh masa beberapa hari atau bulan yang boleh menyebabkan kematian .
Orang macam Fiza ni tak boleh dibiarkan merayap dalam kelompok masyarakat. Patut diletakkan dalam penjara!! Genap 100hari Yuki meninggal , semua info pasal Fiza, siapa Fiza yang sebenar, semuanya datang dengan sendirinya.
Akak berharap dengan berkongsi apa yang akak dah alami ni, mendapat sokongan dan pertolongan dari netizen agar anak akak Yuki dapat PEMBELAAN dan KEADILAN.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Mohon Maaf…” 8 Poin Penting Dalam Ucapan PERTAMA Tun M Kamu Perlu Tahu

Ucapan sulung Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad pada petang tadi telah diikuti rapat oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ini merupakan perucapan pertama beliau setelah kesemua parti politik utama di Malaysia mengadakan sidang media sepanjang 2 hari yang lepas.

Dalam ucapan Tun M tersebut, beliau menjelaskan mengapa beliau meletakkan jawatan kelmarin, beliau menolok UMNO sebagai parti memerintah dan permohonan maaf oleh beliau sebanyak 2 kali kepada semua rakyat Malaysia.
01
Ingin Mohon Maaf
‘Pertama sekali, izinkan saya untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik yang kucar-kacir ini menimbulkan keresahan di kalangan tuan-tuan dan puan-puan.”
02
Gila Kuasa
“Terdapat juga tuduhan yang berkata saya tidak berniat untuk melepas jawatan. Jadi saya meletak jawatan kerana saya tidak melihat jawatan itu adalah matlamat saya.”
03
Fungsi Kuasa
“Bagi saya, kuasa dan kedudukan adalah satu alat untuk mencapai objektif untuk kebaikan negara.
“Kerana itu saya meletak jawatan kerana saya lihat (sekarang) bagi orang politik, yang penting (bagi mereka) adalah parti mana yang memerintah. Sebenarnya saya telah meletak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat untuk menentukan siapakah yang akan menggantikan saya.”
04
Tetapi Akan Kembali
“Jika benar saya masih disokong, saya akan kembali.
“Jika tidak (disokong) saya akan terima siapa saja yang dipilih. Pertukaran kepimpinan itu memang ada. Hanya saya berpendapat apabila saya disokong oleh kedua-dua pihak, saya melihat masa untuk saya letak jawatan belum tiba.”
05
Jika UMNO Jadi Kerajaan..
“Parti saya BERSATU putuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan. Ahli komponen lain juga keluar (dari Pakatan Harapan). Perlakuan ini memaksa kerajaan sekarang gugur.
“Jika BERSATU menyokong PAS dan UMNO, UMNO yang akan menjadi majoriti kerajaan kerana ia parti terbesar.”
06
Okay Jika Ahli UMNO Masuk Parti Lain, Bukannya..
“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar dan sertai parti lain. Tetapi jika UMNO sertai kerajaan baru ini sebagai parti UMNO, saya terpaksa letak jawatan (kerana tidak bersetuju).”
07
Sekali Lagi Mohon Maaf
“Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Saya pohon maaf jika perletakan jawatan saya adalah salah.
“Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan disokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanya lakukan sesuatu untuk kebaikan negara.”
08
Tidak Memihak Sesiapa
“Jika dibenarkan, saya ingin adakan pemerintahan yang tidak memihak pada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara saja yang akan diutamakan. Saya berdoa saya diberi petunjuk dalam usaha ini.”

REMAJA pasti ramai yang sedang musykil dan gusar dengan keadaan politik negara sekarang. Tambahan pula apabila keadaan sedang dalam keadaan yang tidak stabil dari segi kewangan, kesihatan dan ekonomi.
Apapun, kita doakan agar kemelut ini dapat diselesaikan DEMI KEBAIKAN NEGARA DAN RAKYAT. Bukan hanya untuk menjaga kepentingan POLITIK dan AGENDA PERIBADI PEMIMPIN.
Ingatlah, seluruh dunia sedang memerhati.
Tiada Istilah Ini Dalam Perlembagaan, Apa Sebenarnya Maksud PM ‘Interim’?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selebriti Popular Tumpang Gembira Dengan Berita Royal Baby Megan Markle & Prince Harry

Kisah ‘Royal Family’ sememangnya sentiasa mendapat liputan yang cukup sensasi daripada pelbagai media terutamanya keluarga diraja British yang dikepalai oleh Queen Elizabeth II.
Walau apa jua orang memperkatakan tentang mereka namun hakikatnya berita tentang Royal Family sentiasa menjadi bualan ramai dan tular di laman media sosial. Dan semalam Kensington Palace telah mengumumkan berita yang cukup menggembirakan keluarga diraja ini dan juga seluruh rakyat Great Britain.
Menerusi Instagram rasmi Kensinton Palace, mereka mengumumkan berita kehamilan isteri Prince Harry iaitu Megan Markle. Pasangan yang berkahwin pada awal tahun ini di beritakan cukup gembira dengan berita ini dan turut berkongsi kebahagian ini bersama rakyat jelata.
BACA: Tiara Ratu Elizabeth Dipinjam Sekali Lagi, Kali Ini Kepada Princess Eugenie
Menurut pengumuman di Instagram tersebut, ‘the royal baby’ dijangka akan dilahirkan pada bulan Mac 2019. Pasangan yang memegang gelaran Duke dan Duchess of Sussex ini turut melahirkan rasa penghargaan kepada sokongan daripada masyarakat pelbagai lapisan di seluruh dunia yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Kedua-dua mereka kini berada di Australia di atas lawatan rasmi ke negara tersebut. Berita kehamilan ini turut mendapat reaksi daripada selebriti-selebriti terkenal seperti Ellen DeGeneres, Andy Lee, Lily Allen, Bec Judd dan ramai lagi.



Rata-rata memang cukup teruja dengan berita ini dan tidak kurang juga yang berjenaka sambil mengucapkan tahniah.

Is it gonna be baby boy or baby girl? Hiks!
Tahniah Prince Harry & Megan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

