Alhamdulillah! Walau berdepan pelbagai ujian termasuk baru-baru ini pihaknya boleh dihukum denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika meneruskannya misi bantuan di Semporna, Sabah namun jiwa untuk berbakti kepada masyarakat tak pernah pudar.
Terbaru, Ustaz Ebit Lew memuat naik perkongsian dirinya membantu seorang pelajar pintar yang menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran disebabkan keadaan kewangan keluarga yang tidak mengizinkan.
Allahuakbar, mulianya hati Ustaz. Ya pedulilah dengan kata-kata orang, janji Allah tahu apa Ustaz lakukan. Ya teruskan usahamu Ustaz Ebit Lew, kami sentiasa menyokong.
Ads
Bacalah perkongsiannya. Memang menusuk hati.
Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.
Ads
Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).
Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.
Ads
Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yer
Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan. Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah..-ebitlew
Semalam negara dikejutkan dengan kes kemalangan maut melibatkan seorang doktor perubatan dari Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai, Dr Nooranisah Mohd Razali, 31 tahun apabila kenderaan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia terbabas di Kilometer Kampung Renok Baru, Gua Musang. Beliau menemui ajal di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan yang terbabas.
Lebih menyayat hati, bayinya berusia 9 bulan, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi turut menemui ajal di Hospital Gua Musang akibat kecederaan dalaman. Turut cedera dalam kemalangan ini termasuk pemandu van Mohd Lazim Abdullah, 6, Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38, Syahirah Muhamad Razali, 20, Dr Norazam Mohamad, 34, Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29, Dr Suzuanhafizan Omar, 32 dan Dr Hazirah Sazali, 33 yang dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Van dari Hospital Kuala Krai ini dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak COVID-19.
Kenderaan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia ini terbabas di Kilometer Kampung Renok Baru, Gua Musang ketika dalam perjalanan dari Hospital Kuala Krai ke Hospital Gua Musang
Di sebalik kisahnya, ternyata sahabat handai kepada arwah yang mengenalinya berkongsi kisah mengenai dirinya.
Dalam satu catatan fb yang ditulis oleh Ummi Abibah ternyata arwah seorang yang amat baik.
Pernah tanya kak Nisa, bila masa dia berehat memandangkan zaman tu dia masih HO. Berulang alik dari hospital Ipoh, lepas kerja gerak ke Seri Iskandar untuk usrah, meeting dan gerak kerja yang lain. Rumah aku merupakan rumah kedua dia untuk transit.
Dia kata kat dunia ni tempat untuk kita bekerja. Bekerja untuk diri kita, bekerja untuk ummah semampu yang kita boleh. Nanti di syurga rehatlah sepuas mana yang kita nak.
Orang yang tidurnya sedikit dan banyak berfikir tentang ummah. Kerap kali terjaga malam dan nampak kak Nisa tengah qiamullail. Kalau aku tak ada kes oncall malam tu dia akan ajak qiam sekali. Dhuha tak pernah tinggal, dan akan senyum walaupun aku masak makanan terlebih masin.
Selamat berehat di sisi Tuhan kak Nisa & baby Yusuf. Berehat sepuas-puasnya. Semangat kak nisa masih ada dalam perjuangan kita. Semoga ganjaran syahid untuk Kak Nisa.
Al Fatihah untuk Nooranisah Bt Mohd Razali.
Dr Nooranisah Bt Mohd Razali dan anaknya, Yusof maut dalam kemalangan ini
Sementara itu seorang lagi rakan sekerjanya Dr Rabiatul Aida turut berkongsi kenangan.
Hari ni mama oncall di dewan bedah. Serba tak kena jadinya apabila menerima berita rakan sekerja meninggal dunia pagi tadi.
Sangat2 sayu hati ni bila mendapat berita kematian arwah akibat kemalangan yang melibatkan van hospital semasa dalam perjalanan untuk melaksanakan tugas.
Tambah sedih lagi apabila dapat berita bayi arwah turut mengikut ibunya ke ‘sana’.
Menitis air mata terkenangkan arwah dan bayi beliau.
Team doktor2 dari HSIP ke Hospital Gua Musang atas urusan rasmi. Kes2 pembedahan bakal dibuat di sana bagi mengurangkan kes di sini berikutan musim wabak COVID19 ni di mana hospital kami turut menjadi pusat bagi kes2 COVID19. Staff2 yang terlibat adalah dari hospital kami dengan rotation berada di sana selama seminggu dan jarak antara dua hospital ni bukannya dekat tau.. lebih kurang 120km.
Ada yang mempertikaikan kenapa arwah turut membawa bayi beliau. Hmmm.. dalam memikul amanah sebagai seorang doktor yang perlu merawat pesakit, arwah juga tidak boleh melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Itulah doktor. Kami akur, kami menurut perintah walaupun ada bebanan yang tertanggung demi bangsa demi negara.
Ini tanggungjawab kami.
Tanggungjawab anda?
Kami tak minta lebih, kami hanya minta anda duduk diam diam saja di rumah.. Bantu kami dengan berada di rumah supaya pengorbanan kami Tak sia sia.
Jika mama yang ditugaskan ke sana minggu ni, mesti mama pun turut berada dalam van tersebut.
Betul lah, ajal dan maut tak terduga.
Salam takziah buat keluarga arwah Dr Nooranisah Mohd Razali.
Berita baik buat individu yang telah menerima suntikan pertama vaksin atau sepenuhnya, korang diberikan tawaran istimewa untuk mendapatkan promosi atau diskaun oleh beberapa restoran terkenal di Malaysia.
Berikut merupakan antara promosi yang korang boleh tebus sebaik sahaja menyelasaikan tanggungjawab menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
Individu yang telah menerima suntikan vaksin akan memperoleh baucar RM10 melalui aplikasi myBurgerLab di Google Play atau App Store. Caranya, download aplikasi tersebut dan daftar akaun, muat naik screenshot maklumat vaksin MySejahtera korang dan baucar tersebut akan diberikan melalui aplikasi itu.
Bermula 1 Jun 2021, korang boleh menebus semangkuk Tau Fu Fah di Bean Jr dengan hanya menunjukkan bukti status vaksin korang di cawangan mereka. Jangan risau, tawaran ini tidak mempunyai expired date, korang boleh tebus pada bila-bila masa selepas menerima suntikan vaksin.
Dapatkan potongan 15 peratus untuk satu resit dengan pembelian Llaollao di cawangan mereka. Cara menebus, tunjukkan status vaksin di aplikasi MySejahtera dan promosi ini berlangsung bermula 26 Mei hingga 31 Ogos 2021.
Untuk menyokong individu yang telah menerima vaksin, Jibril menawarkan menu salted egg butter chicken secara percuma yang juga boleh ditebus di MONA by JIBRIL. Tunjukkan sahaja status vaksin korang di aplikasi MySejahtera atau pun kad vaksin.
Dengan enam cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, korang boleh menebus minuman Wintermelon Chrysanthemum setelah menerima suntikan vaksin. Seperti biasa, tunjukkan bukti status di MySejahtera. Tawaran ini hanya tertakluk kepada 10,000 cawan pertama sahaja. Siapa cepat dia dapat!
Menawarkan pembelian mille crepe cakes beli 1 percuma 1 di cawangan Vanilla Crepe di Paradigm Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, SS15, IOI City Mall, and Mid Valley. Tawaran ini tiada had masa, asalkan korang menunjukkan bukti melalui status di aplikasi MySejahtera.
Dapatkan minuman percuma di Soyya di cawangan The Gardens Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, and Berjaya Times Square. Tunjukkan bukti menerusi aplikasi MySejahtera atau pun kad vaksin, promosi ini sah selama 10 hari mengikut tarikh vaksin korang.
Dapatkan minuman dengan potongan harga sebanyak 50 peratus di The Brew Café dengan menunjukkan bukti vaksinasi korang. Tawaran terhad sehingga 30 Jun ini, namun menerusi kenyataan mereka di Instagram, bagi individu yang belum mendapatkan giliran suntikan vaksin, tawaran lain akan dibuka pada masa akan datang.
Ha, apa lagi siapa yang dah dapat suntikan pertama vaksin boleh terus tebus di cawangan-cawangan tersebut. Tapi, tawaran terhad kepada satu tuntutan bagi seorang individu ya. Jangan pula dua tiga kali korang pergi tebus di kedai yang sama. Hiks!
Al-Fatihah untuk arwah Amin Faiz Nohani, pelajar dari Universiti Putra Malaysia yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya semalam di Kilometer 224 Lebuhraya Plus arah ke Kuala Lumpur susur Pedas Linggi ketika dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke kampus bagi menyiapkan tugasan tahun akhir.
Apa yang menyayat hati, arwah sempat memuat turun di ig storinya beberaja jam sebelum kemalangan bahawa dirinya sudah dua kali berhenti dan tertidur di tepi lebuhraya akibat terlalu mengantuk (microsleep).
Di sebalik rakan dan pensyarah menyifatkan anak muda ini seorang yang baik, meghormati rakan, berbakat menyanyi dan lain lagi, tentu sebahagian dari kita ingin tahu apa dimaksudkan dengan microsleep dan apa langkah mudah mengatasi microsleep ini.
REMAJA kongsikan petikan artikel ditulis oleh Asyikin Md Isa dalam page Hello Doktor mengenai microsleep.
Pernah tak anda mengalami situasi; anda sedang memandu dan anda hilang tumpuan, atau mungkin anda terlelap. Apabila tersedar, kenderaan anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah? Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.
Apa itu ‘microsleep’?
Ia merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat. Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.
Kebiasaannya individu yang mengalaminya tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur. Masalah microsleep ini mendatangkan bahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.
Simptom
Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana anda mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya. Namun antara simptomnya adalah seperti:
Lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat.
Pandangan kosong, fikiran menerawang jauh.
Terjatuh sesuatu yang dipegang.
Kepala terlentuk.
Mata lambat berkedip.
Terkejut atau tersentak secara tiba-tiba (body jerk).
Sukar untuk mengingati apa yang berlaku 1 atau 2 minit lepas.
Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.
Tanda amaran
Terdapat beberapa perkara yang anda lakukan ketika anda bakal menghadapi masalah microsleep adalah:
Tidak mampu atau terlalu sukar untuk memastikan mata sentiasa terbuka.
Menguap berlebihan atau kerap.
Tersentak secara tiba-tiba.
Mata berkelip lebih kerap dari biasa.
Tanda amaran ketika memandu:
Memandu keluar dari laluan atau lorong tanpa anda sedari dan secara berbahaya.
Berulang kali menguap.
Terlepas jalan keluar.
Kelopak mata memberat.
Apakah puncanya?
Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya. Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama. Apabila kita dalam keadaan mengantuk, sebahagian otak kita sebenarnya mula tertidur walaupun secara fizikalnya kita masih terjaga namun hakikatnya otak kita tidak berfungsi sepenuhnya.
Langkah pencegahan
Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.
Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:
Elakkan pengambilan kafein dan alkohol terutama jika anda sudah letih.
Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio.
Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan.
Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.
Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.
Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu. Sumber : Hello Doktor
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!