Jika sebelum ini, drama popular terbitan Primeworks di saluran TV3 akan dimuat naik di YouTube untuk tontonan semua.
Sama ada korang terlepas tonton atau pun ingin mengulangi semula, drama-drama mereka pasti ada di situ.
Pada pertengahan tahun ini, mereka memperkenalkan kolaborasi bersama platform iQIYI kepada penonton yang ingin menonton drama viral, 7 Hari Mencintaiku 2 secara online. Inisiatif ini diikuti dengan drama Kampung People 2, baru-baru ini juga di iQIYI.
(Dari Kiri) Hati Yang Tersakiti dan Lelaki Lingkungan Cinta.
Justeru, dengan kemunculan beberapa drama yang sedang hangat ditayangkan sekarang seperti Lelaki Lingkungan Cinta (lakonan Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Aniq Suhair, Cik B, Imran Aqil) serta drama Hati Yang Tersakiti (lakonan Ramy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana), ramai yang tercari-cari siaran episod baru secara online – baik di YouTube mahupun di iQIYI.
Ads
Tapi tak jumpa! Haihh pelik..
“Pelik kan Mona? Tak ada..”.
Rupa-rupanya, Primeworks Studio dan platform penstriman video, Viu telahpun menandatangani kerjasama perkongsian kandungan. Ini bermakna, dua buah drama Melayu tersebut kini boleh ditonton hanya di Viu.
Drama 15 episod, Hati Yang Tersakiti mula ditayangkan di Viu secara percuma dari 15 Oktober hingga 10 November ini. Manakala drama 13 episod, Lelaki Lingkungan Cinta ditayangkan di OTT Viu bermula 21 Oktober lalu.
Ads
*
Secara ringkas, jom lihat sipnopsis dua buah drama yang sedang trending ini.
Ads
Babak dalam Lelaki Lingkungan Cinta.
Lelaki Lingkungan Cinta mengisahkan tentang pasangan remaja Adib (Naim) dan Esya (Shasha) yang berkahwin ketika masih belajar di kolej.
Walaupun Esya pada mulanya tidak pasti untuk meneruskannya atau tidak, Adib yang terkenal dengan sikap nakalnya itu berjaya menyakinkan Esya bahawa dia akan mengubah sikapnya. Zamri (Ismail) mencemburui hubungan itu dan mula menyebarkan khabar angin sehingga Adib mempersoalkan isterinya.
Hati Yang Tersakiti.
Sementara itu, Hati Yang Tersakiti mengisahkan tentang hubungan rumah tangga Mona (Nad Zainal) daan Haris (Remy Ishak) yang mula dilanda masalah setelah sahabat baik Mona, Farah (Mimi Lana) yang baru bercerai menumpang tinggal di rumah pasangan itu.
So, mana satu drama yang lebih korang gemari?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suratan rezeki, jodoh dan ajal maut itu adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Laman sosial media terutamanya menjadi antara platform utama untuk mencari jodoh pada zaman ini.
Ada di antara kita yang selalu terfikirkan soal jodoh yang tidak jua berkunjung tiba. Lagi fikir, lagilah pening! Seharusnya, kita perbanyakkan doa kepada Allah dan yakin bahawa jodoh yang bakal tiba nanti adalah individu yang terbaik untuk kita.
Bagi lima orang personaliti popular ini, rezeki mereka untuk mengikat pertalian cinta dengan jodoh masing-masing telahpun tertulis rapi bermula di media sosial.
Priyanka Chopra Dan Nick Jonas
Bila ditanya bagaimana titik pertemuan royal couple Priyanka Chopra dan Nick Jonas, Priyanka kata Nick yang mulakan langkah. Nick membuat langkah pertama dengan DM twitter Priyanka. Dia sent mesej pertama pada bulan September 2016, dan Priyanka membalas mesej dan memintanya untuk menghantar SMS kepadanya. Dan begitulah dia mendapat nombornya.
Baim Wong Dan Paula Verhoeven
Pasangan Baim Wong dan Paula Verhoeven yang juga bertemu di media sosial. Keduanya-dua mereka mengakui kenal melalui akaun Instagram. Bermula dari Baim Wong mengirimkan direct message (DM) ke Paula. Dari DM tersebut bertaut pada pertemuan dan akhirnya, mereka yakin meneruskan hungan yang serius ke jinjang perkahwinan.
Kini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan bahagia menyelami alam perkahwinan.
Mira Filzah Dan Wan Emir
Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir diijabkabul pada 3 September 2020. Menurut laporan media hiburan tempatan, Mira Filzah pernah mengakui mereka mula berkenalan dan berhubungan melalui mesej di Twitter.
Malah suaminya, Wan Emir turut mengakui beliau tidak berputus asa cuba memikat pelakon drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ itu di media sosial hingga berjaya ke jinjang pelamin. Mengetahui perkara itu, warga maya tidak membuang masa ‘menyelidik’ akaun Twitter Wan Emir dan mencari setiap balasan ciapan pemuda itu terhadap Mira Filzah.
Hasil carian, warga maya mendapati Wan Emir mula ‘mencuba nasib’ sejak 2016 apabila membalas soalan Mira tentang Greece.
Mandy Moore Dan Taylor Goldsmith
Mandy Moore bertemu dengan suaminya pemuzik Taylor Goldsmith melalui Instagram. Ceritanya Mandy Moore merupakan peminat kumpulan Goldsmith, mengambil gambar album dan post di Instagram. Siapa sangka Taylor melihatnya dan mengirim nota kepada Mandy.
Sarah Hyland Dan Wells Adams
Bintang Modern Family bertemu dengan pasangannya Wells Adams di Twitter pada tahun 2017. Kata Sarah, Well sendiri yang DM-nya. Mereka DM, pesanan teks, voice memo dan FaceTime sebelum kedua-duanya bertemu secara realiti dan keluar date.
Tahniah kami ucapkan kepada semua pasangan dan semoga hubungan berkekalan hingga ke akhir nyawa..!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea The World of The Married sekali lagi mencatatkan rekod apabila berjaya mendapat jumlah tontonan tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana drama dalam sejarah rangkaian stesen TV di Korea.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod terbaru drama hit ini mendapat penilaian purata sebanyak 24.33% di seluruh negara, sekali gus memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 23.78%, yang pernah dicapai dalam episod akhir drama JTBC pada tahun lalu, iaitu Sky Castle.
Satu-satunya rangkaian TV yang pernah mendapat penarafan lebih tinggi daripada drama The World of The Married adalah program realiti hit TV Chosun, ‘Mister Trot’ yang mencapai rating sebanyak 35.7% pada bulan Mac lalu.
Dengan hanya berbaki empat episod terakhir, adakah The World of The Married mampu memecahkan rekodnya sendiri dengan mendapat rating yang lebih tinggi dalam dua minggu terakhir ini?
Sama-sama kita nantikan. Kami pun dah tak sabar nak lihat apa kesudahan drama ‘berhantu’ ini. Hiks!
Ini memang impian setiap orangkan. Bila kaya korang bebas untuk beli apa saja. Time tu pantang iPhone keluarkan telefon bimbit terkini, korang mesti jadi orang pertama membelinya, hikz!
Hokaylah, tentu korang nak tahukan siapa remaja sebaya korang yang ada banyak duit. Pada usia di saat kebanyakan dari kita masih bersekolah, sesetengahnya sudah bergelar jutawan. Ada atas usaha sendiri dan kebanyakan mereka mempunyai pendapatan dari dunia seni yang diceburi tetapi ada juga selebihnya dari warisan atuk nenek.
Berikut ini 10 remaja yang nama mereka pernah tersenarai sebagai terkaya di dunia suatu ketika dahulu. Tapi kini masing-masing semuanya sudah meningkat usia malah ada dah kahwin pun.
India Rose
Mungkin remaja terkaya dunia ini berbeza sedikit kerana dia memperoleh pendapatan dari warisan datuknya, seorang pengusaha video porno iaitu Paul Ramond.
Pada usianya 18 tahun, India Rose sudah mengumpul kekayaan pada nilai 75 juta pounds atau 91.1 juta dollar US pada tahun 2010. Terkini, dia dilaporkan memiliki lebih 500 juta dollar US dan menjadi keluarga terkaya di Inggeris.
Justin Bieber
Tak sahkan kalau tak kenal Justin Bieber. Semasa remaja dahulu, saat usianya 16 tahun pendapatannya mencecah 53 juta dollar US tetapi sudah bertambah menjadi lebih 200 juta US. Pendapatannya terus bertambah dari masa ke semasa dan kini dia sudah pun jadi suami kepada Hailey Baldwin.
Miley Cyrus
Ada bebagai cerita sensasi mengenai Miley Cyrus terutama ketika putus cinta dahulu dengan Liam. Tapi nyata jodoh mereka kuat dan dia kini hidup bahagia bersama suami tercinta, Liam Hermworth.
Nak tahu tak, dia memulakan kariernya bermula pada usia 9 tahun. Bekas bintang Disney ini bukan saja jadi penyanyi tetapi berbagai program tv. Tak hairanlah pada usianya 18 tahun dahulu, asetnya bernilai 48 juta dollar US. Tapi kini dia senarai kerana mencapai lebih 160 juta dollar US.
Nick Jonas
Menjadi anggota yang paling terkenal dari boy band popular The Jonas Brothers, membuatkan Nick Jonas tampil sebagai salah seorang bintang remaja yang mampu memiliki kekayaan besar dalam usia remaja. Di usia 19 tahun pada tahun 2010, hartanya sudah mencapai 12.5 juta dollar US. Selain aktif muzik, Nick Jonas juga berlakon filem.
Tapi korang, dia bukan remaja lagi dah ya sebab dah pun berkahwin dengan Priyanka Chopra. Tapi hartanya terus bertimbun-timbun.
Sumber foto :GERARD JULIEN
Emma Watson
Salah seorang remaja yang pernah masuk list remaja paling kaya di dunia adalah artis cantik Emma Watson yang namanya dikenali dunia selepas filem Harry Porter meletup.
Selepas berlakon 6 dari 8 filem mengenai ahli sihir ini, pada tahun 2009 iaitu pada usia Emma 19 tahun ketika itu, pendapatannya mencapai 12 juta pounds atau sebanyak 14.5 dollar US. Kini, kekayaannya mencapai 60 juta dollar US dan terus bertambah dari masa ke semasa.
Taylor Lautner
Bintang terkenal yang melakonkan watak sebagai Jacob dalam filem meletup The Twilight Saga, Taylor Lautner bermula pada usianya 16 tahun. Tiga tahun kemudian, pada usia 19 tahun kekayaannya sudah mencapai 8.5 juta dollar US
Di tahun yang sama, Taylor mendapat bayaran sebanyak 7.5 juta dollar US selepas membintangi film ‘Abduction’ (2011). Kini, kekayaannya sudah mencapai 40 juta dollar AS dan lebih dari itu.
7)Angus Turner Jones
Pernah melakonkan drama komedi, Two and Half Men, nama Agnus Turnes Jones memang tak asing lagi. Banyak membintangi program tv dan sejumlah filem, pada usianya 17 dahulu, kekayaannya mencapai 7.8 juta dollar US. Kini pada usianya 23 tahun, nilainya sudah lebih dari dinyatakan.
Ianthe Fullagar
Nama Ianthe Fullagar mungkin sangat asing bagi penggemar filem Hollywood. Ini kerana Ianthe Fullagar bukan siapa-siapa pun. Dia memang bukan artis dan usahawan tapi namanya tersenarai sebagai remaja paling kaya di dunia selepas memenangi jack pot sebanyak 7 juta pounds atau bersaman 8.5 juta dollar US.
Korang jangan tiru eh sebab judi nie haram!!
Selena Gomez
Penyanyi lagu Come and Get It ini cukup dikenali. Malah ramai bersimpati padanya kerana terpaksa masuk menjalani rawatan pemulihan selepas alami tekanan selepas putus dengan Justin Bieber.
Tapi just nak share, pada usianya 19 tahun iaitu pada tahun 2011 dahulu, kekayaannya sudah terkumpul sebanyak 5.5 juta dollar US. Hartanya lebih bertambah sekarang mengikut pertambahan usianya kerana namaya cukup dikenali di dunia Hollywood.
Jaden Smith
Berada di tangga terakhir senarai 10 remaja terkaya di dunia dahulu ialah Jaden Smith. Anak kepada aktor Hollywood ternama, Will Smith bukan alasan Jaden goyang kaki.
Pada usianya 13 tahun dahulu,remaja ini sudah tersenarai memiliki 5 juta US dollar kerana kemampuannya berlakon filem dan rap. Tapi kini hartanya bertambah dari masa ke semasa.
So korang, kalau ada banyak duit nak buat apa?
.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!