
Senario pelajar dihukum atas kesalahan yang dilakukan adalah perkara biasa dalam aspek mendidik. Kesalahan yang biasa pelajar lakukan antaranya, masalah disiplin diri, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, nakal dan bermacam-macam lagi.
Namun, tular di media sosial tindakan beberapa pelajar di negara jiran kita yang dipercayai melanggar peraturan sekolah agama mengundang padah apabila telefon bimbit mereka dibakar guru. Video kejadian tersebut telah dikongsi oleh Fakta Indo di laman Instagram. Garang betul cikgu!
Kejadian yang berlaku di Indonesia ini, memperlihatkan kelibat dua orang guru wanita dilihat mencampak beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong berapi disaksikan pelajar yang sedang berkumpul. Difahamkan guru tersebut berbuat demikian berikutan beberapa orang pelajar melanggar peraturan membawa telefon bimbit ke sekolah berasrama itu.
Pada mulanya guru ini telah menyita kesemua telefon pelajar yang berjaya dirampas. Selepas itu, para guru bertindak untuk membakar telefon bimbit yang dirampas agar dijadikan pengajaran buat para pelajar.
Hmm….sayangnya kalau bakar Iphone 13 Pro Max tu….Apa pendapat korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Fakta Indo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penjawat Awam ‘Masyuk’ Dapat Duit Raya, Ayah Ibu Yang Bersara Turut Sama

Saban tahun, musim perayaan Hari Raya Aidilfitri amat dinanti-nantikan oleh penjawat awam di seluruh negara dek kerana bantuan khas kewangan yang bakal diserahkan oleh kerajaan.
Biarpun ekonomi dikatakan sedikit suram akibat pandemik Covid-19, tahun 2021 tidak terkecuali daripada pemberian tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, pihak kerajaan bersetuju memberikan ‘duit raya’ sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Buat golongan ibu bapa kita yang bergelar pesara kerajaan pula, bantuan RM250 akan disalurkan.
Kedua-dua pemberian kepada kira-kita dua juta rakyat Malaysia ini adalah demi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam berkhidmat kepada rakyat terutamanya semasa negara berdepan tempoh yang mencabar ini.
Ia akan mula diagihkan seiring dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Pembayaran awal ini dilakukan agar rakyat dapat melakukan persediaan secukupnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 13 Mei ini.
Disamping itu, ia juga dilihat sebagai pemangkin semangat buat penjawat awam untuk terus memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka sebelum cuti perayaan dan pada bulan-bulan seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fakta Mengejutkan! Belia Paling Ramai Terlibat Rasuah & Jenayah Ini Meningkat Di Kalangan Wanita

Beberapa hari lalu, dalam program Walk Stop Talk : Six Hours Quarter Million Massages, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan dari 2013 sehingga Mei lepas, seramai 2,238 orang atau 55.2% pesalah laku rasuah terdiri daripada belia.
Katanya, beliau turut memandang serius jenayah rasuah di kalangan wanita kerana statistik SPRM menunjukkan dari 2012 sehingga Januari lepas, sebanyak 700 kertas siasatan dibuka, 453 ditangkap bagi membantu siasatan rasuah dan 183 dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.
“Perkara ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.”
Namun masa yang sama, trend salah laku rasuah di kalangan belia semakin menurun, menunjukkan semakin ramai rakyat sedar akibat daripada salah laku itu.


Timbalan Perdana Menteri itu berkata, walaupun tidak mempunyai statistik tepat, namun beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumlah kes bagi 5 tahun sebelum ini menurun berbanding sebelumnya.
“Ini bermakna belia kita semakin terdedah dan memahami masalah dan anomaliti,” katanya selepas menyaksikan penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada SPRM bagi penganjuran program “Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages” di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyuarakan kerisauannya terhadap jumlah pesalah laku belia yang tetap melebihI separuh daripada jumlah keseluruhan pesalah rasuah.
Dr Wan Azizah berkata, dari 2013 sehingga Mei lepas, seramai 2,238 orang atau 55.2% pesalah laku rasuah terdiri daripada belia.
“Perkara ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang.”
Katanya, beliau turut memandang serius jenayah rasuah di kalangan wanita kerana statistik SPRM menunjukkan dari 2012 sehingga Januari lepas, sebanyak 700 kertas siasatan dibuka, 453 ditangkap bagi membantu siasatan rasuah dan 183 dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.
Tegasnya, sejarah dunia menunjukkan jenayah rasuah menyebabkan kejatuhan beberapa kerajaan hebat dan Malaysia juga hampir menghadapi situasi sama.
“Bagaimanapun, dengan kekuatan suara keramat, kebangkitan rakyat Malaysia (pada PRU14) mengubah landskap ini.”

Dr Wan Azizah berkata, kini tiba masanya semua rakyat memainkan peranan bersama untuk membina semula negara dan beliau percaya Malaysia baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan akan lebih membangun seiring pembangunan insaniah rakyatnya.
Program “Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages” dianjurkan serentak hari ini di seluruh negara bagi menyebar luas mesej pencegahan rasuah kepada masyarakat umum.
Program anjuran SPRM dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diadakan bagi mendapatkan suku juta tandatangan masyarakat menentang jenayah rasuah untuk dijadikan penanda aras bagi mendapatkan pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records.
Seramai 1,000 peserta, termasuk pegawai SPRM dan warga pendidik dari 27 kampus IPGM bergerak serentak ke 262 lokasi di seluruh negara mulai 9 pagi sehingga 3 petang untuk bersemuka dengan masyarakat dan mengedarkan 250,000 risalah yang mengandungi maklumat berkaitan anti-rasuah selama 6 jam.
“Inilah penzahiran kehendak hati suara mahasiswa yang ingin mengajak rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk bangkit bersama menolak rasuah dan salah guna kuasa,” kata Dr Wan Azizah.
Dalam pada itu, sekitar tahun lalu, hasil kajian Institut Integriti Malaysia (Integriti) baru-baru ini mendapati generasi muda, khususnya mahasiswa masih cetek pengetahuan mereka mengenai rasuah, malah sepertiga daripada mereka tidak menganggap perbuatan memberi “hadiah” sebagai kesalahan.
Presiden Integriti, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata ia membimbangkan dan menunjukkan perlunya penilaian semula pendidikan.
“Kita khuatir mahasiswa yang mempunyai pandangan seperti hasil kajian itu terpengaruh dengan ‘role model’ yang salah,” katanya.
Kajian melibatkan 402 pelajar melibatkan 33.1% dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia (47.5%), Universiti Teknologi MARA (15.9%) dan selebihnya dari universiti lain, mendapati golongan ini tidak menganggap beberapa perkara umum yang dikenali sebagai rasuah sebagai kesalahan.
Ia dijalankan untuk menilai persepsi dan kefahaman mahasiswa masa kini mengenai rasuah di Malaysia sebagai usaha memahami pemikiran generasi pemimpin akan datang.
Kajian itu mendapati 35.8% responden menyatakan perbuatan penerimaan hadiah dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberikan bukan kesalahan rasuah.
Sementara itu, 28.1% lagi menganggap tidak salah mengambil harta atau barangan pejabat seperti “thumb drive” dan dakwat mesin pencetak, alat tulis dan lain-lain untuk kegunaan peribadi.
Sebanyak 37.3% pula beranggapan tuntutan palsu bagi tugas luar adalah tidak salah, contohnya mengemukakan bil penginapan walaupun pihak penganjur sudah menyediakannya.
Anis berkata, 20.6% responden tidak melihat isu untuk seseorang terlibat dalam proses pelantikan ahli keluarga untuk mengisi jawatan kosong di sesebuah jabatan.
Menurutnya, hasil kajian itu jika dijadikan kayu ukur, memerlukan semakan semula nilai dan apa yang disemai di kalangan mereka.
“Mereka seperti orang yang berjaya melalui jalan yang salah,” katanya yang khuatir kerana golongan ini akan memasuki alam pekerjaan, seterusnya menjadi pemimpin.
Beliau mempersoalkan bagaimana hasil kajian dari golongan bukan mahasiswa, jika hasil kajian daripada mereka yang terpelajar begitu mengecewakan.
“Penemuan hasil kajian ini tidak harus dipandang remeh dan perlu diberi perhatian sewajarnya,” kata beliau.
Sumber :- FMT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suspek Kes Tembak KLIA Psiko? TikToker Titip Nasihat Buat Wanita Berhati-hati Pilih Pasangan

KES tembak pengawal peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini mengejutkan ramai. Mensasarkan isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah, lelaki berusia 38 tahun yang menjadi suspek kes berkenaan akhirnya berjaya dicekup.
Warganet sempat ‘selidik’ dan mendapati pasangan itu membuat hantaran yang cukup manis biarpun didakwa sedang di ambang penceraian.
Justeru itu, TikToker yang banyak mengulas kes jenayah dikenali sebagai Faizal Murad berkongsi peringatan buat wanita berhati-hati memilih pasangan terutama lelaki psiko agar perkara yang menimpa isteri suspek dan pengawal peribadinya dapat dihindari.

Menerusi akaun Facebook Farah Cie Alharamain, lelaki itu mendapati pasangan berkenaan tampak bahagia.
“Jika meneliti akaun tersebut banyak hantaran menunjukkan mereka sweet and loving couple. Banyak video-video dan gambar di Makkah.

“SAYA KEEP SCROLLING KERANA INGIN TAHU KENAPA DALAM TEMPOH SANGAT SINGKAT LELAKI ITU BOLEH BERUBAH MENJADI GANAS HINGGA SANGGUP CUBA MENEMBAK ISTERINYA.
“MEMANG NAMPAK NOTHING WRONG,” KATANYA.
Faizal turut menunjukkan beberapa hantaran yang memaparkan mangsa dan suspek berbuka puasa di Makkah,melawati Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan dan membuat permohonan visa.

Bahkan sebuah hantaran yang dibuat beberapa jam sebelum suspek ditangkap. Sebuah video bertarikh 24 Januari 2024 dimuat naik menerusi akaun berkenaan menunjukkan suami isteri itu hendak menunaikan solat di dalam sebuah bilik.
“Hari ini pula, tiba-tiba ada satu hantaran dimuat naik menerusi akaun tersebut yang menunjukkan mereka sweet couple.Timbul persoalan bagaimana video berkenaan dimuat naik sedangkan si isteri sudah hampir ditembak suami sendiri.
“SAYA MENCARI DAN AKHIRNYA MENDAPAT JAWAPAN. RUPANNYA AKAUN FACEBOOK ISTERI SUSPEK FARAH CIE ALHARAMAIN TELAH DIGODAM OLEH SESEORANG SEJAK 19 FEBRUARI 2024.
“Maksudnya ada orang lain post. Siapa sebenarnya yang hack akaun itu hingga tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku?” ulas Faizal.
Akaun Digodam
Berkongsi tangkap layar pengakuan isteri suspek bahawa akaun berkenaan digodam. Beliau juga menunjukkan suspek telah memberi komen pada hantaran-hantaran berkenaan namun semuanya seolah-olah dipercayai telah dibalas oleh dirinya sendiri.
“Jika benarlah akaun ini digodam oleh suspek, memang ia sangat psiko.
Dalam pada itu, Faizal mengingatkan wanita agar berhati-hati, terutama yang ‘memiliki’ lelaki psiko sebagai teman atau pasangan yang telah menggodam akaun laman sosial agar bertindak.
“BERJAGA-JAGA, BUAT LAPORAN POLIS JIKA AKAUN LAMAN SOSIAL ANDA DIGODAM. MEREKA MUNGKIN BOLEH MELAKUKAN PERKARA-PERKARA DI LUAR JANGKAAN SEPERTI KES-KES SEBELUM INI,” UJARNYA.
LANGKAH MELAPORKAN LAMAN SOSIAL DIGODAM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencadangkan pemilik akaun membuat laporan kepada pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
1-Bagi kes penggodaman, orang ramai disaran membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan.
2-Siasatan ke atas aduan penggodaman adalah di bawah bidang kuasa PDRM dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Jenayah Komputer 1997.
3-Anda digalakkan untuk membuat laporan kepada pengendali laman blog atau web tersebut untuk memaklumkan perkara ini.
4-Kebanyakan laman-laman web menyediakan kemudahan membuat laporan penyalahgunaan termasuk untuk kesalahan penggodaman.
5-Antara langkah yang boleh dilakukan termasuklah memadam akaun terlibat atau disetkan semula kata laluan yang baru dan lebih selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Faizal Murad, SKMM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

