Yeay, berita baik untuk anak-anak yang rindukan ibu bapa.
Sebentar tadi individu yang paling dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan mengenai sama ada tempoh kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan atau tidak, telah mengumumkan berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila mengumumkan PKPB digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan orang ramai melakukan rentas negeri untuk bertemu ibu bapa yang sudah hampir tiga bulan tidak dijengah.
Ads
Bukan saja membenarkan rentas negeri dilakukan tetapi semua aktiviti di rumah ibadat iaitu bersolat lima waktu, solat Jumaat sudah dibenarkan termasuk perniagaan pasar malam dan lain lagi dibenarkan dibuka kembali untuk rakyat Malaysia. Masa yang sama, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh menyambut aidiladha di kampung selepas tidak dibenarkan rentas negeri pada sambutan aidilfitri yang masih berbaki beberapa hari ini.
Ads
Alhamdulillah. Kata orang terlepas aidilfitri tak mengapa, asal dapat balik raya hajikan. Orang Pantai Timur pasti antara yang paling gembira mendengar berita ini kerana sambutan aidiladha di sana sangat meriah.
Ads
So korang, mulai 10 Jun ini, nak ke sana atau ke sini, pergilah termasuk pergi bercuti di dalam Malaysia seperti dibenarkan oleh pihak kerajaan sebentar tadi. Yang tak boleh terbang ke luar negara sahaja.
Bola sepak itu sepatutnya menjadi sukan yang menyatukan. Contoh terbaik tengok sahaja apa yang berlaku sepanjang kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia yang lalu.
Rata-rata banyak pihak cukup skeptikal dengan kemampuan serta tahap keselamatan gara-gara hooliganism melampau di negara Rusia. Namun, sepanjang kejohanan berlangsung boleh dikatakan tiada insiden besar melibatkan pergaduhan atau keganasan dilaporkan.
Begitu juga dari segi penyatuan negara yang bertanding. Croatia dan Belgium menyambut pemain-pemain mereka bagaikan wira kerana berjaya membawa pasukan mereka melakukan yang terbaik.
Tetapi berbeza situasinya di Asia Tenggara terutama melibatkan perseteruan antara negara kita, Malaysia dan Indonesia yang sering terpalit dengan segala macam insiden atau kontroversi.
Siapa masih ingat insiden pemain negara yang terpaksa dibawa menaiki kenderaan berperisai barracuda ke stadium di Jakarta dahulu? Dan kejadian pemain kita dilontar objek semasa kejohanan AFF U19 (di mana kita dinobatkan JUARA) yang berlaku beberapa minggu yang lalu.
Dan yang terbaru insiden lebih mendukacitakan berlaku sekali lagi. Kali ini di kejohanan AFF bawah 16 tahun, juga menyaksikan Indonesia menjadi tuan rumah.
Penyokong Indonesia juga kelihatan bertindak ‘menterbalikkan’ bendera Malaysia.
Pada perlawanan antara skuad muda negara bertemu dengan Thailand di Surabaya malam tadi, ramai penyokong Indonesia telah turut serta hadir menyaksikannya. Namun apa yang mengcewakan ialah tindakan melampau penyokong tuan rumah yang menghina nama negara dengan menyanyikan chant berbunyi ‘Malaysia itu an**ng’.
Malah, penyokong tuan rumah juga turut menyasarkan pemain negara, Amirul Ashrafiq dengan chant yang sama. Amirul sebelum ini telah memohon maaf secara terbuka berikutan insidennya menggunakan bendera Poland (yang disangkanya bendera Indonesia) di dalam sebuah posting IG stories.
Kesilapan daripada anak muda yang baru berusia 15 tahun ini menyebabkan ramai penyokong Indonesia tidak puas hati dan menuduhnya menghina bendera Indonesia. Mungkin apa yang membuakkan kemarahan mereka ialah kesilapan lebih kurang sama juga berlaku ketika Sukan Sea 2017 lalu.
Berikutan kejadian semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan kenyataan media dan menghantar surat bantahan kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tentang insiden yang berlaku.
Surat dari Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam tersebut turut menyatakan bahawa FAM bersependapat dengan tokoh bolasepak negara, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang juga mantan Presiden FAM melahirkan rasa terkilan terhadap insiden tersebut.
FAM menggesa tahap keselamatan terhadap skuad B-16 kebangsaan lebih terjamin dan berharap agar insiden sama berlaku pada perlawanan seterusnya bertemu Brunei, Jumaat ini.
Demi memastikan keselamatan mereka lagi, FAM juga bertindak menghantar Exco FAM, ACP Md Dali Wahid yang merupakan pegawai tinggi PDRM ke Surabaya pada esok bagi membuat penilaian terhadap langkah-langkah keselamatan yang dilakukan oleh tuan rumah.
Penyokong Malaysia di Twitter khususnya melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku. Ramai yang turut menggesa Kementerian Belia dan Sukan serta FAM melakukan tindakan sewajarnya bagi memastikan ia tidak akan membahayakan pemain negara.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Twitter turut menggesa agar FAM perlu bertegas dalam hal ini. Jelasnya lagi, penyokong kita dahulu didapati bersalah dan didenda dengan cukup tegas di atas kesalahan chant yang sama.
Diharapkan kejadian sama tidak akan terus berulang sekaligus mengelakkan ketegangan hubungan antara dua belah penyokong bola sepak di Malaysia dan Indonesia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat si kaki traveller, sebuah syarikat penerbangan tambang murah baharu yang dikenali sebagai MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dijangka akan dilancarkan di negara ini tidak lama lagi.
Penubuhan syarikat penerbangan ini khabarnya bakal mencetuskan persaingan harga yang agresif dan mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia Group Bhd.
Menurut The Edge, syarikat itu sebelum ini didaftarkan sebagai Z9 Elite Sdn Bhd telah diberikan kelulusan bersyarat untuk Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Lesen ini sah selama 12 bulan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.
ASL membolehkan pemegang lesen menjalanan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual seperti Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia.
Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah dijangka memulakan penerbangan lewat bulan ini menggunakan pesawat berenjin turboprop bagi laluan domestik jarak dekat seperti Subang ke Pulau Pangkor.
Menurut Free Malaysia Today, SKS Airways bakal memulakan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor bulan ini. Syarikat penerbangan ini dimiliki oleh Kumpulan SKS yang berpangkalan di Johor dan diasaskan oleh ahli perniagaan Alan Sim See Kiong.
Wah, selepas ini lebih banyaklah pilihan yang korang boleh buat untuk membeli tiket penerbangan tambang murah bagi menyenangkan lagi urusan percutian ke seluruh negara. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam kemelut politik yang melanda negara hari ini, Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK); Yang Berbahagia Khairy Jamaluddin menjadi antara individu pertama yang mengesahkan pemberian surat peletakan jawatan oleh Kabinet kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi hantaran di Instagram Story, beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sekali lagi telah memberi kepercayaan untuknya berkhidmat demi negara. Sambil itu, beliau berharap agar Malaysia akan terus makmur dengan izin-Nya selepas ini.
Turut melakukan pengesahan menerusi media sosial ialah Menteri Kanan Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.
It has been an honour and a privilege to serve our beloved country and her people. May Allah SWT bless us all.
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) August 16, 2021
Terdahulu hari ini, Khairy telah memuat naik dua rakaman video versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi menzahirkan penghargaan beliau kepada rakyat Malaysia serta pihak yang telah membantunya selama memegang mandat.
“Saya mengambil peluang di sini untuk memohon maaf kepada sesiapa yang ada pengalaman buruk dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sejak dilancarkan kerajaan.
“Namun, saya berjanji akan terus lagi belajar, menambah baik dan berjuang untuk keadaan lebih sempurna selepas ini,” luah beliau. Sepanjang video tersebut, Khairy, 45 tidak berselindung daripada isu-isu berkaitan PICK selama ia dilangsungkan pada tahun ini.
Persoalannya, apakah nasib program imunisasi Covid-19 kita semua selepas ini?
Khairy memberi jaminan bahawa tugas pengagihan dos vaksin kepada rakyat akan diteruskan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) yang menyasarkan 50 peratus orang dewasa di Malaysia lengkap diberikan dua dos suntikan pada akhir bulan Ogos.
Beliau turut menyentuh mengenai nasib program imunisasi melibatkan remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun yang akan dimaklumkan pada minggu hadapan.
Selain itu, Institut Perubatan di Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan menerbitkan laporan mengenai tahap antibodi individu pasca vaksinasi tidak lama lagi. Ini memandangkan spekulasi penambahan dos vaksin dari dua kepada tiga dos hangat diperkatakan kebelakangan ini setelah beberapa negara melakukannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!