Patutlah Yuna sendiri mencadangkan kolaborasi terbaru bersama jenama tudung tempatan, Putri N. Rex. Yuna berbangga dengan produk keluaran Malaysia.
Jika ingin disenaraikan selebriti kelahiran Malaysia yang telah berjaya membanggakan nama negara di pentas antarabangsa, tidak sah sekiranya pemilik nama Yunalis binti Mat Zara’ai atau Yuna tidak berada dalam kelompok tersebut.
Sedari kemunculannya dalam persada muzik tempatan sekitar tahun 2008 dengan album EP pertamanya, Yuna tidak menoleh ke belakang dan terus memacu momentum untuk mengejar impian agar muziknya dikenali oleh seramai mungkin pendengar dari serta dunia.
Satu persatu projek nukilan Yuna seperti Decorate (2010), Yuna (2012 – dan kegemaran peribadi penulis), Nocturnal (2013), Chapters (2016) dan Rouge (2019) telah mengecapi pencapaian yang membanggakan baik di Malaysia mahupun di luar negara.
Dengan kesemua itu dalam genggaman Yuna, wanita berusia 34 tahun itu tidak sama sekali melupakan Malaysia sebaliknya terus-menerus cuba untuk mengeksplorasi kaedah berkesan bagi membuatkan Malaysia semakin dikenali ramai.
Dalam sesi pengenalan koleksi hijab baharunya bersama jenama Putri N. Rex pada hari ini, Yuna menegaskan bahawa dia tidak sesekali cuba untuk menyembunyikan asal-usulnya.
“Dalam apa jua projek yang saya lakukan, saya akan cuba menitipkan nilai Asia Tenggara terutamanya Malaysia di dalamnya.
Ads
“Saya bangga, malah terang-terangan membawa identiti diri saya. This is who I am and this is where I came from.”
“Saya rasakan penting untuk menggunakan apa-apa peluang yang ada untuk memastikan nama Malaysia bersinar di luar sana.
“Projek album Rogue sebagai contoh adalah projek yang banyak menerapkan nilai tempatan. Dalam single pertamanya, Forevermore sebagai contoh, saya masukkan elemen muzik Melayu dan seni syair.
“Kalau ikutkan, saya boleh saja memilih jalan mudah dan rakamkan klip video Forevermore di Los Angeles (tempat Yuna bertapak sebelum pandemik COVID-19). Tetapi saya dan suami merasakan tidak logik untuk kami merakamkannya di sana.
“Saya inginkan muzik saya kedengaran dan kelihatan autentik dan ‘real’. Jadi kami pun mencari lokasi menarik di sekitar Malaysia seperti di Perlis dan di sekitar Lembah Klang. Bukan hanya peminat saya di Malaysia menghargai usaha ini.
Ads
“Malah sehingga ke hari ini, ada warga asing yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang lokasi dalam klip video tersebut. They like the lake, the paddy field,” jelas Yuna dalam sesi secara maya itu.
Kalau korang masih ingat, Yuna juga menerapkan kelainan dengan memilih Aquaria Kuala Lumpur sebagai lokasi persembahan Yuna LIVE Concert pada 3 Disember, tahun lalu.
Tambahnya, usaha di luar kotak seperti ini akan menarik minat orang luar untuk melihat identiti Malaysia kita yang berlainan daripada negara jiran.
“Sudah lama saya tidak berkolaborasi dengan jenama lokal. Kali ini, tiba peluang untuk saya mengeluarkan koleksi bersama jenama hijab kegemaran saya ini.
“Putri N. Rex lah yang telah banyak memberi sokongan kepada saya sejak awal kemunculan. Mereka jugalah yang menaja hijab untuk acara nikah dan perkahwinan saya dulu.”
Koleksi hijab ini bakal dilancarkan pada 25 Mac ini.
Durian merupakan antara buah kegemaran masyarakat Malaysia kerana bila tiba sahaja musim durian, maka ramailah individu yang berkongsi foto di media sosial. Bila buka saja Facebook atau Instagram, penuh timeline dengan gambar orang makan durian. Hiks!
Selain daripada buahnya yang sedap di makan, durian juga enak jika dihidangkan menjadi menu lain seperti pulut durian, pengat durian, cendol durian, durian crepe dan banyak lagi.
Kali ini Remaja nak kongsikan dengan korang antara 10 tempat jual cendol durian paling best di sekitar Lembah Klang.
Let’s check this out!
1. Cendol Durian, Seksyen 24 Shah alam
2. Cendol Durian Borhan, Kuala Selangor
3. Durian King TTDI, Kuala Lumpur
4. Cendol Durian, Kampung Baru KL
5. Durian SS2, Petaling Jaya
6. Markonah Food & Co., Seksyen 7 Shah Alam
7. Khan Cendol, Taman Melawati KL
8. Go Lokal Hut, Putrajaya
9. Cendol Abang Din, Seksyen 7 Shah Alam
10. Cendol Durian Mel’s Corner, Batu Caves
Terliur pula bila melihat senarai cendol durian yang ada ni. Namun begitu, sebelum korang menikmati keenakan cendol tersebut, adalah lebih baik sekiranya korang menyediakan wang yang cukup dan tidak terkejut bila mendengar harganya. Hehe!
Dulu, ramai hijabi mengelak daripada memakai tudung bawal.
Kononnya nampak ‘kampung’ lah, tak ada stail lah..
Tetapi semua itu sudah berubah kerana trend bawal sudah melakukan comeback kebelakangan ini. Salah satu jenama tudung yang membawa perubahan kepada trend stail tersebut ialah hos dan personaliti, Ameera Zaini yang berbangga dengan stail tersebut sejak kecil.
“Saya mula memakai tudung pun dengan bawal, dan saya berbangga dengan identiti hijabi di Malaysia yang selesa dengan bawal,” katanya ketika pelancaran koleksi Ameera Zaini AZPrint Euphoria.
Sebenarnya, tudung bawal tak semestinya bermaksud boring. Kalau pandai dan rajin menggayakannya, cantik je sis! Jom tengok 5 stail berbeza yang Ameera cuba dengan tudung koleksi barunya ini.
01
Twist Tepi
Kod: Hazel
Lipat tiga segi dan pinkan ke inner scarf. Lebihkan bahagian kiri, tarik bahagian kanan ke belakang dan pintalkan seperti ponytail.
02
Flowy
Kod: Crimson
Bagi yang lebih berani, pinkan saja tudung bawal ke inner scarf korang. Done!
03
Tarik Belakang & Cantum
Kod: Black
Stail ini lebih complicated sedikit berbanding yang lain. Seperti yang korang boleh lihat, tarik bahagian kanan ke tepi dan pinkan secara kemas. Kuncinya adalah kekemasan lipatan di tepi.
04
The Best
Kod: Bisque
Macam biasa, pinkan saja di tengah dan ikat ke belakang!
Inilah stail yang menjadi kegemaran REMAJA pada hari ini. Sama saja seperti memakai tudung bawal, tetapi ikatkan bahagian tepi tudung ke arah kiri. Kemudian sembunyikan kesan ikatan di dalam. Voila!
Hanya dalam tempoh 2 hari sahaja, video muzik sulung untuk lagu nyanyian usahawan sensasi, Cik Epal telahpun mencatat lebih daripada 290,000 tontonan.
Lirik lagu berjudul Cukup Sampai Sini itu ditulis sendiri oleh Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud berdasarkan kisah hubungan rumah tanggannya sendiri. Manakala lagunya merupakan hasil ciptaan Ippo Hafiz.
Meninjau ke ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat Cik Epal benar-benar dapat menghayati luahan hati beliau sebagai bekas isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.
Turut mencuri tumpuan penonton adalah pemilihan hero dalam video tersebut iaitu Aniq Suhair.
Aniq Suhair.
Setelah lebih dari setahun meminggirkan diri daripada terlibat dalam mana-mana projek lakonan, Aniq ketika dihubungi REMAJA berkata beliau terbuka hati untuk kembali masuk ke set disebabkan tempoh penggambaran yang pendek.
Kongsi finalis Hero Remaja 2020 itu juga, dia sudahpun mengenali Cik Epal sebelum kisah rumah tangganya mendapat liputan seluruh Malaysia.
“Kami sudah berkawan lama. Malah semasa menunaikan Umrah pun, kami dalam kelompok jemaah sama dari Malaysia.”
“Beliau mempelawa saya menjadi cameo sebagai hero dalam video muzik ini. Saya terima pun kerana saya rindu untuk berada di set penggambaran walaupun berada di sana untuk sehari sahaja,” ujarnya yang kini sibuk dengan urusan peribadi serta keluarga.
“Cik Epal seorang yang happy-go-lucky namun tetap profesional di set. Langsung tidak ‘diva’ membuatkan semuanya berjalan dengan lancar.
“Cik Epal sudah jelas dengan konsep dan jalan cerita penggambaran. Kru-kru pun berikan kerjasama yang baik dengan perancangan teliti. Seronoklah shooting dengan beliau.”
Pelakon Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah itu juga merasakan ramai akan meminat video muzik itu kerana ia mudah menyentuh perasaan terutamanya golongan wanita yang pernah berdepan episod kekecewaan perhubungan.
“Lagu ini memang sesuai dengan mereka yang broken atau pernah bergelut dalam perhubungan mereka sendiri. Ada yang dah putus asa untuk teruskan hubungan tersebut kerana kadangkala, pasangan berdepan dengan macam-macam jenis ujian.
“Sesetengah dapat bertahan, sesetengah pula mungkin tidak mampu berdepan ujian tersebut. Jadi saya hayati lagu ini untuk ditujukan kepada pendengar serta penonton yang ingin tahu luahan Cik Epal,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Aniq masih ingin fokus terhadap projek-projek di luar bidang perfileman. Namun beliau menegaskan dirinya belum melupakan kerjaya sebagai pelakon dan berhasrat menerima tawaran lakonan pada masa hadapan.
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.