Peluang menghiasi papan iklan di kota besar New York merupakan impian bagi setiap individu ternama kerana rata-rata masyarakat dunia mengetahui betapa meriahnya tempat tumpuan pelancong itu.
Selepas kejayaan anak tempatan, Yuna, Layla Sania dan kumpulan Dolla, kini pelantun suara ‘Nang’, wajah Iman Troye pula menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York menerusi kempen EQUAL, 35 senarai playlist tempatan yang mewakili artis dari lebih 50 negara dikategorikan.
Iman melahirkan rasa bangga menjadi wakil Malaysia dan Singapura menerusi kempen EQUAL oleh penstriman digital Spotify. Rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan gadis ini dengan mengucapkan tahniah kepadanya.
Ads
Ads
Ads
Penyanyi remaja berusia 19 tahun ini baru sahaja melancarkan single terbarunya ‘Nang’ dan muzik video lagu itu meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta dalam masa hanya enam hari ditayangkan.
Grasshopper Cup menjadi bukti jelas kebangkitan luar biasa pemain skuasy negara ini di pentas dunia apabila beliau melonjak ke ranking kelima dunia pencapaian terbaik dalam kariernya setakat ini.
Nama S Sivasangari terus mencipta momentum luar biasa di pentas antarabangsa apabila melonjak ke ranking kelima dunia, pencapaian terbaik dalam kariernya setakat ini. Lonjakan itu hadir selepas kejayaan penuh dramatik menjuarai Piala Grasshopper 2026 di Zurich, Switzerland.
Apa yang menjadikan kemenangan ini lebih ‘berat’ bukan sekadar trofi, tetapi cara dia mendapatkannya.
Dalam aksi final menentang pemain Jepun, Satomi Watanabe, Sivasangari mempamerkan mentaliti juara sebenar. Selepas mendahului set pertama, dia kemudian ketinggalan 1-2 sebelum bangkit semula untuk menutup perlawanan dengan kemenangan 3-2. Aksi selama 62 minit itu bukan sekadar pertarungan fizikal, tapi juga ujian mental yang jelas memihak kepada pemain Malaysia itu.
Lebih menarik, hubungan antara kedua-dua pemain bukan biasa-biasa. Mereka sudah saling mengenali sejak usia sembilan tahun, membesar dalam gelanggang yang sama dan kekal sebagai kawan baik di luar court. Jadi setiap pertemuan bukan sekadar perlawanan, tetapi penuh emosi dan sejarah tersendiri.
Rekod Dominasi Kukuh Dalam Grasshopper Cup
Menurut Sivasangari, perlawanan seperti ini sentiasa sukar, namun dalam masa sama cukup bermakna untuk melihat bagaimana kedua-duanya berkembang hingga ke tahap tertinggi dunia.
Kemenangan ini juga mengukuhkan dominasi beliau ke atas Satomi dengan rekod tujuh kemenangan daripada lapan pertemuan satu statistik yang jelas menunjukkan konsistensi dan kelebihan dari segi pengalaman serta composure di saat genting.
Apa yang ramai mungkin terlepas pandang, kejayaan ini datang hanya sehari selepas dia mengharungi satu lagi perlawanan epik di separuh akhir. Menentang pemain nombor tiga dunia dari Mesir, Amina Orfi, Sivasangari dipaksa bermain sehingga 81 minit sebelum akhirnya menang dalam lima set.
Daripada segi fizikal, dua perlawanan panjang dalam tempoh 24 jam boleh ‘hancurkan’ mana-mana atlet. Tapi Sivasangari bukan sekadar bertahan, dia menang kedua-duanya dengan gaya yang cukup meyakinkan.
Mentaliti Juara Jadi Kunci Kejayaan
Di Instagram, perkongsiannya ringkas tapi cukup menggambarkan perjalanan minggu tersebut di Zurich. Dia menyifatkan ia sebagai minggu yang istimewa, penuh perjuangan dalam setiap perlawanan, serta mengakui sokongan keluarga, pasukan dan penaja sebagai tulang belakang kejayaannya.
Apa yang jelas sekarang, Sivasangari bukan lagi sekadar wakil Malaysia di pentas dunia dia kini legit contender dalam skuasy wanita antarabangsa.
Dengan momentum, mentaliti dan prestasi seperti ini, bukan mustahil ranking lebih tinggi sedang menunggu. Kejayaanini bukan sekadar kemenangan, tetapi satu isyarat jelas bahawa beliau kini berada dalam kelompok elit dunia.
Sumber : Harian Metro, Instagram sivasangari_
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambutan luar biasa daripada puluhan ribu penonton yang hadir pada Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi ternyata memberi impak cukup kuat kepada ahli band tersebut.
Chris Martin, penyanyi utama, menyatakan bahawa mereka tidak pernah menyedari sebegitu ramai peminat mereka di Malaysia yang sudah sekian lama menantikan konsert mereka.
“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal. Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia,” katanya.
Seperti yang diramalkan, hujan mulai turun beberapa minit setelah kumpulan itu menyelesaikan lagu pertama. Walaupun begitu, penonton tetap bertahan tanpa berganjak, merelakan diri dibasahi hujan yang turun.
“Terima kasih kerana sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi kami, dan menyayangi kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” komennya.
Kesetiaan penonton selama ini terbalas apabila Coldplay, yang turut dianggotai oleh Johny Buckland, Guy Berryman, dan Will Champion, memberikan pengalaman konsert yang sangat memukau.
Disajikan dengan persembahan yang penuh warna dan prop yang menarik. Bahkan, beberapa sesi letupan bunga api di udara turut memeriahkan lagi persembahan mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Zul Ariffin baru-baru ini memohon maaf kepada orang ramai berikutan kontroversi sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang merokok sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga media sosial.
Menurut Zul atau pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin (40), beliau tidak berniat untuk mempromosi apatah lagi mengajak khalayak ramai melakukan tabiat tidak sihat itu serta mengakui perbuatan tersebut sememangnya tidak wajar dicontohi.
Zul ketika ditemui pihak media selepas majlis tayangan perdana filem ‘The Furious: Pertaruhan Maruah’ di Kuala Lumpur berkata, beliau menerima setiap teguran yang disampaikan secara baik malah menganggap perkara tersebut sebagai satu pengajaran buat dirinya.
“Saya nak ambil kesempatan untuk mohon maaf kepada semua yang tegur saya secara baik mengenai tabiat buruk itu sepanjang saya menggunakan media sosial. Kepada pihak KKM juga saya mohon maaf atas kandungan tersebut dan saya berjanji perkara sama tidak akan berulang lagi,” katanya.
Pada masa yang sama, pelakon filem ‘Tarung: Unforgiven’ tersebut bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada individu yang menurutnya sengaja menunggang isu dan meninggalkan komen melampau di media sosial. Jelasnya, setiap komen negatif yang dilemparkan sebenarnya lebih menggambarkan peribadi individu tersebut dan bukannya dirinya.
“Apa yang berlaku ketika itu hanyalah satu tabiat buruk yang saya sendiri tidak pernah berniat untuk menggalakkan atau mempromosikannya kepada orang ramai. Ketika itu saya cuma duduk menikmati angin, minum kopi dan secara spontan minta dirakam kerana suasana sangat cantik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Zul mencuri perhatian selepas memuat naik video memaparkan dirinya sedang merokok menerima pelbagai reaksi warga media sosial termasuk komen daripada akaun tular Public Health Malaysia (PHM) yang mengucapkan tahniah kepada pelakon itu kerana sudah mempromosikan tabiat berkenaan kepada umum.
Untuk perkembangan terkini, Zul Ariffin bakal tampil dalam filem ‘The Furious: Pertaruhan Maruah’ yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Mei ini. Antara barisan pelakon yang turut membintangi filem tersebut termasuk Sky Iskandar, Ikmal Amry, Marisa Yasmin dan Zamarul Hisham.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!