Berita

Ujian Diagnostik Khas Jadi Syarat Kemasukan Murid 6 Tahun Ke Tahun Satu Mulai 2027

Share

Terbaru, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa hanya murid yang melepasi ujian saringan diagnostik khas akan layak memasuki Tahun Satu seawal usia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027.

Memetik laporan Berita Harian, pelaksanaan dasar itu bertujuan memastikan kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan lebih awal benar-benar bersedia dari segi perkembangan diri, sekaligus mengelakkan sebarang tekanan terhadap murid pada peringkat awal pendidikan.

Menurut Fadhlina, ibu bapa yang berhasrat memasukkan anak ke Tahun Satu pada usia enam tahun perlu mendaftarkan anak mereka terlebih dahulu untuk menduduki ujian diagnostik khas yang pelaksanaannya akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.

BACA: Reformasi Pendidikan Negara Perkenal Sistem Penilaian Baru Untuk Murid Tahun 4 & Tingkatan 3

BACA: Kerajaan Selaras Umur Kemasukan Sekolah Bermula 2027: Prasekolah 5 Tahun, Darjah Satu 6 Tahun

Pada masa yang sama, mengulas kebimbangan segelintir pihak, beliau menegaskan bahawa dasar berkenaan bukan suatu keperluan wajib, sebaliknya ditawarkan sebagai pilihan kepada ibu bapa, manakala kanak-kanak lain masih boleh memasuki Tahun Satu pada usia tujuh tahun seperti amalan sedia ada.

“Pertama, (ibu bapa) jangan panik, itu paling penting, kena bertenang dan melihat ini sebagai suatu pembaharuan dalam sistem pendidikan. Ia bukan asing di negara lain yang sudah melaksanakannya. Sebab itulah, kita memulakannya dengan tidak wajib dan ia adalah pilihan,” katanya.

BACA: KPT Ambil Alih Tingkatan Enam & Matrikulasi Bermula 2026, Status Prauniversiti Berubah

BACA: Pendidikan Percuma OKU IPTA: Langkah Berani & Inklusif Kerajaan Demi Masa Depan Lebih Adil

“Walaupun pilihan, kita tidak memberikan kebebasan kepada ibu bapa begitu saja, ia datang dengan kebersediaan anak dan paling penting sokongan pada peringkat Kementerian Pendidikan (KPM) yang kita namakan sebagai ujian diagnostik,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, walaupun ia bersifat pilihan, ibu bapa tidak diberikan kebebasan sepenuhnya kerana kemasukan murid enam tahun perlu disokong melalui ujian diagnostik yang menilai kebersediaan kanak-kanak dari aspek psikoemosi, tahap kemahiran serta keupayaan mengikuti pembelajaran di kelas Tahun Satu.

Sementara itu, pelaksanaan dasar itu bertujuan mengenal pasti sama ada kanak-kanak benar-benar bersedia untuk memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun. Ibu bapa yang bersetuju perlu memberi komitmen dengan memastikan anak menduduki ujian berkenaan, manakala ibu bapa yang tidak bersetuju boleh memilih laluan biasa dengan kemasukan ke

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE