Sekarang musim durian. Banyak post di wall juga bercerita mengenai keenakan raja buah ini. Ada macam-macam jenis malah asal viral mengatakan ada buah murah, berebut orang beratur.

Tapi di sebalik itu, baca pandangan dari Dr. Ezairy M.Sallih ini tentang durian.

Boleh ke makan banyak-banyak, tak takut demam ke? Menurut Dr Ezairy lagi, durian mengandungi kalori yang agak tinggi kalau diambil berlebih-lebihan. Dalam satu biji durian saja mengandungi hampir 1000 ke 2000 kalori, kalau diambil dalam kadar yang normal pun jumlah kalorinya mencecah antara 500-700 kalori.

Apabila sejumlah kalori besar  diambil dalam waktu yang singkat, ia akan memberi beban kepada jantung dan menyebabkan jantung kita perlu bekerja lebih kuat, tekanan darah juga boleh meningkat. Sebab itulah bagi individu yang mempunyai darah tinggi, boleh makan durian tetapi berpada-pada.

IKLAN

TAHUKAH! 1 Biji Durian Mengandungi 1000-2000 Kalori, Jika Makan Lebih Jantung Perlu “BEKERJA” Lebih Laju

TAHUKAH! 1 Biji Durian Mengandungi 1000-2000 Kalori, Jika Makan Lebih Jantung Perlu “BEKERJA” Lebih Laju
Keenakan buah durian memang tiada tandingannya kerana rasanya amat luar biasa

Baca juga fakta tentang durian ini. Boleh ke dimakan banyak-banyak?

IKLAN
  1. Pertama, makan durian tak salah. Semua kita boleh dan tak ada masalah nak makan durian. Boleh.
  2. Anak-anak kecil selalu merengek nak durian, si ibu selalu pesan tak boleh makan banyak, nanti badan panas. Demam susah. Betul ke?
  3. Di musim-musim buah-buahan tempatan ini adalah satu kerugian jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak menggunakan peluangnya. Maka itu, makanlah selagi mampu.
  4. Persoalannya, sebanyak mana dan benarkah ia boleh mengundang pelbagai penyakit? Jangan disalahkan pengambilan durian. Ia tak pernah salah.
  5. Setiap makanan yang kita ambil perlu berkadaran dan tidak berlebih lebihan.
  6. Lebih baik kan jika kita sahut seruan nabi, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kalau tak mampu, apabila rasa kenyang saja, berhenti. Mudah kan?
  7. Makan durian pun sama, makan ikut kadaran biasa. Kalau seorang boleh makan sampai sepuluh biji itu mungkin lain cerita. Ia sangat luar biasa. Cukuplah sekadar makan, bukan berlebih lebihan. Apa pun makanan tak elok jika diambil berlebihan dari kadaran normal.
  8. Ramai masyarakat kita dimomokkan dengan pantang larang yang tidak sepatutnya. Tak boleh itu, tak boleh ini. Masalahnya bukan dilarang tapi berpada-pada.

IKLAN

 

.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI