Daiyan Trisha antara selebriti tempatan yang mekar namanya dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa. Kelibatnya menjadi tumpuan jadi tidak hairanlah dia kerap dipilih untuk menjadi wajah wakilan jenama.
Terbaharu, pelakon dan penyanyi yang kini popular menerusi siri W Two World yang disiarkan di platfrm Viu ini tampil bak puteri dalam persalinan jenama terkenal Jovian Mandagie Couture
Sudah lama rasanya tidak melihat selebriti menggayakan rekaan couture khas dari pereka Datuk Jovian Mandagie, pasti ramai peminat fesyen yang rindu untuk melihat idea kreatifnya. Apabila Daiyan tampil menggayakan busana rekaan jemari emas Jovian, ternyata ia memukau pandangan.
Ads
Dalam hantaran di instagramnya, Daiyan meluah rasa, “Terima kasih kepada abang saya Jovian Mandagie dan pasukannya kerana menghasilkan helaian couture yang sangat menawan ini istimewa untuk saya.
“Gaun ini memiliki perincian yang rumit, lapisan yang halus dan banyak jam yang diambil untuk menghasilkannya. Saya sangat menghargai dan menyukainya.”
Ads
Gaun couture yang direka dalam potongan duyung itu diserlahkan rapi dengan perincian lisu yang diserikan dengan perletakan batuan diamante mewah berkilat. Ropol ‘larger than life’ pada bahagian bahu pula mencipta gaya dramatik.
Tidak cukup busana yang indah tanpa aksesori di badan. Melangkapkan gaya wanita versatil ini, dia menggayakan perhiasan kemas berupa rantai leher dan anting-anting berbentuk tear drop daripada jenama terkemuka, Chopard.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu plagiat dalam industri fesyen tempatan bukan lagi satu isu yang baru.
Saban tahun, ada sahaja dakwaan yang dilontarkan oleh mana-mana pereka fesyen; baik yang baharu atau yang sudah lama bertapak dalam industri ini; terhadap jenama fesyen lain yang seakan ‘menciplak’ idea rekaan demi kepentingan peribadi mereka.
Lebih-lebih lagi pada musim perayaan seperti Aidilfitri, tentu kita akan terdengar mengenai isu ciplak rekaan dek keghairahan jenama-jenama fesyen untuk mencari keuntungan.
Terbaru, pempengaruh terkenal Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan pengasas jenama baju Melayu, El Azman yang mengusahakan jenama Elrah Exclusive kerana seakan mahu mengelakkan diri daripada berbincang mengenai isu ini.
Tyra Kamaruzzaman.
Tyra yang juga merupakan isteri kepada pereka fesyen, Emran Rijal semalam menerusi entri di Instagram berkata, jenama Elrah Exclusive telahpun mencedok idea rekaan kain samping yang pernah dikeluarkan oleh Emri Vision milik suaminya.
Hadir dengan bukti visual agar warganet boleh meneliti sendiri persamaan antara dua kain samping tersebut, Tyra berkata rekaan samping Emri Vision merupakan rekaan turun-temurun oleh keluarga suaminya sejak tahun 1890.
Malah, rekaan samping itu juga memiliki sijil pengesahan di bawa Akta Hak Cipta 1987 dan sebelum ini tidak pernah dilihat pada mana-mana rekaan jenama lain.
“Untuk majlis akad nikah kami, Emran telah menjejaki semula rekaan tersebut untuk dijadikan samping nikah, tentunya dalam warna kegemarannya, ia telah dihasilkan penuh teliti menggunakan teknik tenun.
“Malangnya tahun ini, ada sebuah jenama besar yang telah meniru rekaan ini dan lebih menyedihkan, mereka 100 peratus menirunya sehingga ke pemilihan warna.
“Ketandusan idea adalah perkara biasa bila mencipta rekaan, kebetulan terinspirasi daripada motif sama juga perkara biasa. TAPI untuk meniru 100 peratus dari segi rekaan hingga ke warna samping, ini bukan satu kebetulan lagi. Ini adalah satu bentuk plagiat,” tegas Tyra.
Rekaan Samping Emran Rijal Untuk Koleksi Raya Emri Vision 2025 “Nostalgia”
Rekaan Samping El Azman Untuk Koleksi Raya Elrah Exclusive 2025 Yang Dipakai Oleh Khairy Jamaluddin
El Azman Tak Habis-Habis Beri Alasan?
Isu tersebut kongsi Tyra telah cuba untuk diselesaikan oleh pihak mereka secara tertutup atas dasar enggan memperbesarkannya.
Bagaimanpun, mesej-mesej yang dihantar oleh Emran kepada El Azman dibalas dengan pelbagai jenis alasan dan menampakkan usahawan jenama baju Melayu itu seolah-olah ingin lari dari isu ini.
“Emran sudah cuba untuk berhubung dengan pemilik (Elrah Exclusive) tetapi dia sering memberi bermacam-macam alasan untuk mengelak daripada bertemu,” catat Tyra sambil memuat naik beberapa tangkap layar perbualan mesej di antara Emran dan El Azman.
Sesudah meminta nombor telefon Emran, El Azman kelihatan seakan melengah-lengahkan usaha Emran tadi dengan mendakwa dirinya selalu berada di luar negara.
Pengasas dan pemilik Elrah Exclusive, El Azman.
“El Azman, bila nak balas mesej suami saya? Anda merupakan seorang pemilik jenama yang dikenali. Saya pasti anda mempunyai etika berniaga sejati,” kata Tyra.
Tinjauan REMAJA kepada akaun Instagram El Azman mendapati beliau belum memberikan respon terhadap dakwaan Tyra dan Emran. Sebaliknya, beliau sibuk terlibat dalam aktiviti mempromosikan koleksi baju Melayu Elrah Exclusive tahun ini dengan menaiki kenderaan mewah McLaren Senna.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat hari ini lebih percaya kepada rawatan alternatif, malah ada juga yang sanggup jumpa bomoh berbanding mendapatkan nasihat daripada doktor.
Ya mungkin ada yang berpendapat mereka sekadar ingin mencari inisiatif lain untuk merawat penyakit tapi korang sedar tak kalau tersalah pilih kaedah rawatan, ia boleh menjadi lebih teruk?
Lambakan produk-produk yang kononnya dikatakan boleh mencegah atau merawat penyakit kronik ini semakin membimbangkan pakar perubatan kerana kesahihannya masih belum terbukti dan mungkin hanya akan lebih memudaratkan.
Seperti apa yang telah dilakukan oleh Dr. Rafidah Abdullah, dia sedar akan tanggungjawabnya kepada orang ramai. Jadi, kalau ada mana-mana produk yang melanggar etika, memang dia akan menentang habis-habisan.
Berikut dinyatakan senarai 20 jenis penyakit yang tidak boleh disebut oleh jurujual sama sekali.
1. Penyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/kerosakan jantung
3. Kencing manis/Diabetes
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk kering
7. Asma/Lelah
8. Pekak
9. Ketagihan dadah
10. Sakit mental
11. Kemandulan
12. Frigiditi
13. Lemah fungsi seks
14. Penyakit venerus
15. Kelemahan urat saraf berkaitan perhubungan seks
16. Darah tinggi
17. Kanser
18. Kusta
19. Hernia
20. Penyakit mata
Dr. Rafidah juga memohon kepada semua individu ternama, terutamanya di Instagram supaya patuh kepada akta ini kerana bimbang jika ada makcik/pakcik di kampung yang mungkin naif tentang perkara-perkara seperti ini.
Kalau nak iklankan penyakit, perlu dapat kelulusan iklan perkhidmatan perubatan. Kena ada nombor KKLIU dan tak boleh suka-suka hati letak penyakit di iklan tersebut.
Sebenarnya korang boleh report kepada Sistem Pengurusan Aduan Awan (SISPAA) jika terdapat iklan yang overclaim seperti anti-kanser, darah tinggi dan lain-lain.
Komuniti dunia fesyen dan seni kenal benar dengan susuk tubuh dan gaya Iris Apfel. Wanita yang beru sahaja menyambut ulang tahun ke-100 ini nampaknya tidak memperlahankan langkahnya. Bahkan sejak berusia 97 tahun dia merupakan seorang model yang diwakili oleh agensi terkenal dunia, IMG Models.
Sedikit latar mengenai wanita ini. Dia dilahirkan pada 29 Ogos 1921, dia merupakan seorang usahawan dan pereka bentuk dalaman. Dek kerana selera fesyen dan gayanya yang unik dia turut diangkat sebagai fesyen ikon yang menjadi rujukan ramai. Buktinya The MET Gala pernah mengangkat koleksi perhiasan kemas dan kostum miliknya di pameran berprestij tersebut.
Jom kita intai 10 gaya ikonik, wanita yang sudah berusia 100 tahun ini.
Iris terkenal dengan aksesori gelang besar yang selalu digayakannya.
.
.
.
.
.
.
Selain terkenal dengan pilihan aksesori yang ekstravaganza serta pakaian yang menampilkan rekaan yang unik, wanita ini juga gemar menggayakan rekaan kacamata yang berbeza-beza dengan pelbagai bentuk bagi menyuntik gaya yang funky.
Pada tahun 2018, Mattel telah menghasilkan patung Barbie yang menyerupai Iris namun ia tidak boleh didapati secara komersil. Walaupun begitu terdapat dua patung barbie yang digayakan Iris mengikut stailnya yang dijual kepada umum.
Sumber gambar: Instagram Iris Apfel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!