Belia aset penting negara, harus diberi perhatian sewajarnya…
Golongan belia merupakan aset penting negara dan harus diberi perhatian sewajarnya. Oleh sebab itu Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan anugerah kepada tujuh belia cemerlang sempena Sambutan Gala Ulang Tahun Kelima Selangor Youth Community (SAY).
Pengurniaan anugerah itu juga adalah bersempena sambutan pencapaian lima tahun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu sejak penubuhannya pada 2017, bertemakan “Celebrating Achievements, Shaping Champions” (meraikan pencapaian, melahirkan juara).
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh turut hadir di majlis tersebut. Foto Via Astro
Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia Mohammad Syafiq Ridzwan Jamaluddin menerima Anugerah Belia Raja Muda Selangor yang julung kali diberikan manakala Adab Youth Garage memenangi Anugerah Organisasi Belia Terbaik atas usaha mereka menyediakan akses kepada pendidikan dan peluang kepada belia kurang berkemampuan di kawasan perumahan kos rendah.
Ads
Sementara itu, Anugerah Kepimpinan SAY diberikan kepada Dhiyaul M. Asyraf bagi kategori kesenian dan kreatif, Daphne Ng Chiew Yen (sukan dan kesejahteraan), Jason Fung (keusahawanan) dan Hairul Abdullah (khidmat masyarakat), manakala Izzah Ezureen Mohamed Yusoff muncul Peserta Pasukan Terbaik.
Turut hadir dalam majlis yang berlangsung malam tadi ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud dan Ketua Pegawai Eksekutif SAY Nurul Azwa Rodzi.
Tahniah kami ucapkan buat kesemua penerima anugerah ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata penantian seorang ibu yang menunggu panggilan telefon dari anaknya akan terus menjadi sedih berpanjangan apabila anak keduanya, Siti Nur Ies’mawida, menjadi korban dalam gempa bumi yang melanda Lombok semalam
Allahyarham Siti Nur Ies’mawida atau mesra disapa Angah dalam kalangan ahli keluarga meninggal dunia apabila rumah tumpangan yang didudukinya di Sembalun runtuh sebelum dihempap tembok selepas selesai misi menawan Gunung Rinjani yang terletak di Lombok Timur beberapa jam sebelum kejadian.
REMAJA berkesempatan menghubungi adik kepada arwah iaitu Siti Nur Irsalina Ismail, 23 tahun untuk berkongsi kenangan bersama arwah kakaknya yang kesemuanya perempuan (tiga beradik). Mesra disapa El, katanya buat masa ini kedua ibu bapanya termasuk mereka dua beradik masih sukar menerima berita yang sangat menyedihkan ini.
Siti Nur Irsalina berkata, ibunya tertunggu-tunggu panggilan dari arwah Angah. Gambar fb
Segalanya tinggal kenangan yang amat indah untuk dikenang. Gambar fb
3 beradik perempuan yang sangat rapat. Gambar fb
“Pagi ini kedua-dua abang ipar saya sudah sampai di Lombok. Mengikut perancangan jenazah akan dibawa balik ke sini apabila selesai semua urusan kerana saya difahamkan, penerbangan dari Lombok akan dibawa pula ke Jakarta. Kemudian barulah dibawa balik ke sini,” katanya urusan jenazah akan dilakukan di Masjid Ar-Rahimah, Desa Pandan.
Jelas El, apa yang lebih menyedihkan dua malam sebelum kejadian, mereka sekeluarga sempat berkomunikasi dengan arwah kakaknya yang begitu gembira kerana berjaya menawan puncak Gunung Rinjani. Macam-macam dia cerita, nampak gembira sangat. Angah beritahu perancangannya untuk pulang selepas selesai semua itu.
“Kami menggunakan aplikasi Whatsapp dan arwah Angah cuba buat video call tapi suasana sekeliling gunung yang gelap menyukarkan video call dilakukan. Angah ada berjanji akan telefon semula mak pagi esok selepas cuaca cerah,”katanya dalam nada kesedihan.
Gambar kenangan arwah bersama suaminya, Hafiz yang kini sudah pun ke Lombok untuk menguruskan jenazah isterinya.
Arwah Ieswanida aktif dalam sukan hiking dan mencapai puncak Gunung Rinjani adalah kemuncak minatnya
Jelas El, dia sama sekali tidak menyangka kejadian ini berlaku malah mengetahuinya pun sudah agak lewat.
“Pagi itu Mak pergi ke rumah Along. Dalam pada itu, mak cuba juga hubungi Angah bertanya di mana dia ketika itu. Mungkin naluri mak ada berkata sesuatu tetapi rupanya semasa emak bertanya di mana Angah, kejadian sudah pun menimpa dan difahamkan Angah sudah meninggal sekitar jam 8 pagi,” katanya memaklumkan gempa itu berlaku sekitar jam 5.45 minit pagi dan mencederakan enam pendaki yang lain.
Kongsi El lagi, dia merupakan ahli keluarga pertama mendapat tahu berita menyedihkan ini tetapi sekuat mana pun dia menahan tangisannya, air matanya tertumpah.
“Ketika itu saya seorang di rumah. Saya call akak beritahu kejadian ini dan minta agar akak tak beritahu mak lagi sebab takut mak terperanjat. Saya kemudian bergegas ke rumah akak dan dari situlah kami memaklumkan kepada kedua orang tua,” katanya memaklumkan emaknya, Mazinah Mahmood seakan sukar menerima kerana masih percaya yang anaknya itu akan menelefonnya.
“Mak terlalu sedih. Dia masih cuba whatsapp bertanya di mana Angah berada tetapi kejadian ini benar-benar terjadi,” katanya memaklumkan arwah kakaknya itu seorang yang baik hati, sangat rapat dengan keluarga, sangat memahami dengan semua orang, pandai berdikari dan dia sendiri rapat dengan arwah kakaknya itu.
Gempa yang menimpa Lombok berukuran di bawah 5 skala Ritcher
Tambah El lagi, arwah Angahnya mula berjinak-jinak dengan pendakian gunung dan sudah banyak kali menawan puncak gunung dan bukit di Malaysia termasuk di Perak dan sebagainya.
“Menawan puncak Rinjani ini adalah projeknya yang terbesar dan mungkin paling mencabar. Alhamdulillah, arwah Angah berjaya menawannya tetapi rezekinya sudah tertulis di situ dalam kejadian gempa ini,”katanya memaklumkan kakaknya itu sudah lima tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Hafiz Mohd Kassim, 30 dan belum dikurniakan anak lagi.
Dalam pada itu akhbar melaporkan seorang rakan pendaki, Haziq Wafiq, 26 berkata dia dan Allahyarham menyertai 16 warga Malaysia lain dalam program untuk mendaki gunung itu
“Semasa gempa itu berlaku, kami terdengar arwah ada meminta tolong dengan suara yang lemah. Lama kelamaan beransur senyap. Apabila berjaya dikeluarkan arwah sudah tidak sedarkan diri dari tempat kejadian. Dalam perjalanan ke Klinik Desa Lombok Timur, dia sedar semula dan masih ada reaksi.
“Masa sampai di klinik desa, doktor bagi dia rawatan tetapi dia meninggal dunia sekitar jam 8 pagi ini,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam tular di media sosial, seorang pelajar tingkatan 2, Muhammad Iman Danial meninggal dunia akibat minum air tuak bercampur air berkarbonat. Memandangkan berita ini heboh diperkatakan, bapa kepada arwah pelajar ini meminta masyarakat agar berhenti menyebarkan salah faham tentang punca kematian anaknya.
“Arwah meninggal bukan kerana minum air tuak seperti mana viral di media sosial. Kami mohon hentikan salah faham ini kerana ia bukan punca kepada kematian anak,” demikian pinta Ramzi Ibrahim, 53 yang meminta masyarakat berhenti menyebarkan berita tidak tepat ini.
Kes pelajar ini yang meninggak pada 1 petang Isnin lalu mula tular selepas dikatakan antara sebab dirinya meninggal adalah disebabkan meminum air tuak ketika berbuka puasa dan berita ini mula tersebar di laman sosial sejak semalam.
“Arwah meninggal bukan sebab air tuak. Kami sekeluarga mohon agar salah faham ini dihentikan. Kami tidak mahu memanjangkan lagi salah faham ini dan orang ramai tidak perlu lagi membuat tanggapan yang salah mengenai air tuak,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Banggol Pauh, di sini.
Menurut Ramzi, arwah anaknya itu ada mengadu sakit perut awal pagi Ahad lalu sebelum mengalami sesak nafas yang teruk.
Difahamkan, arwah Muhamad Iman menahan sakit perut dan sesak nafas hampir 12 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir, Isnin lalu.
“Selepas menjalani bedah siasat, doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung berfungsi dan saluran darah tersumbat.
“Jadi saya minta orang ramai tidak lagi membuat andaian (tentang kematian Muhamad Iman) dan tularkan cerita tidak betul ini,” katanya.
Menurut bapa kepada tiga orang cahaya mata itu lagi, jenazah Muhamad Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Pauh pada jam 1 pagi selepas selesai menjalani bedah siasat.
Dalam pada itu, berita kematian Muhamad Danial tular di laman sosial sejak semalam selepas dikatakan minum air tuak dan minuman berkarbonat.
Cameron Highland antara tempat percutian pilihan masyarakat Malaysia bila tiba musim cuti. Selain daripada cuacanya yang sangat menyenangkan, ada banyak tempat menarik yang wajib korang singgah kalau ke sana.
Selain terkenal dengan tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, kaktus dan banyak lagi lokasi menarik untuk diteroka di tempat udara dingin ini, tarikan baru yang wujud di Cameron Highlands ini pastinya membuat korang lebih teruja untuk pergi.
Terbaru, ada tarikan terbaru di Cameron Highlands iaitu Cameron Highlands Flora Park! Satu taman bunga yang dipenuhi pelbagai jenis bunga yang cukup cantik di mata!
Foto Via Rizal Hakimm ch flora park, Ben Ng, Goh Ah Poon Pov
Udara segar, pemandangan indah… dan yang paling penting, mestilah boleh ambil banyak gambar yang insta-worthy!
Selain itu, korang jugak boleh berpiknik dengan family atau kawan kawan dikelilingi bunga bunga yang memberi feel ala ala di Eropah. Rasa malas nak sediakan makanan piknik? Jangan risau pihak Flora Park ada menyediakan pencuci mulut seperti pelbagai variasi kek, scones, pizza, teh dan bermacam lagi.
Foto Via Rizal Hakimm ch flora park, Ben Ng, Goh Ah Poon Pov
Foto Via Rizal Hakimm ch flora park, Ben Ng, Goh Ah Poon PovFoto Via Rizal Hakimm ch flora park, Ben Ng, Goh Ah Poon Pov
Walaupun belum ada tarikh rasmi pembukaannya, pihak Cameron Highlands memberi beberapa ‘sneak peak’ keindahan Flora Park!
So guys, teruja tak nak bergambar? hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.