Sebagai manusia, umur panjang adalah perkara yang sering diidamkan ramai orang. Namun begitu, kesihatan pula harus dititik beratkan kerana ia adalah perkara asas yang perlu diutamakan bagi memastikan tubuh berfungsi dengan baik sekaligus memanjangkan usia individu.
Baru-baru ini, seorang wanita Afrika Selatan yang dipercayai merupakan manusia tertua di dunia menyambut ulang tahun kelahirannya minggu ini yang ke 128 tahun.
Foto via MalayMail
Mengikut kad identitinya, wanita dengan nama JOHANNA Mazibuko itu dilahirkan pada 1894. Menariknya, wanita ini turut berkongsi tip sihat dan umur panjang yang luar biasa ini. Rahsianya ialah kombinasi susu segar dan bayam liar menjadi rahsia panjang umur Johanna Mazibuko yang kini berusia lebih 100 tahun.
Johanna membesar dengan meminum susu segar bersama bayam liar dan tidak sesekali mencuba masakan moden. Pada usia 128 tahun, dia berdepan masalah pendengaran, namun masih mampu mengurus hidupnya sendiri.
Foto Via
Malah, komuniti di negara itu kini berusaha untuk membantu meletakkan nama Johanna di dalam Rekod Dunia Guinness (GWR).
Ads
Warga emas itu juga sempat merasai hidup pada zaman penjajahan British dan era aparteid, selain dua perang dunia. Johanna yang menetap di Jouberton, Klerksdorp memaklumkan wartawan dia membesar di sebuah ladang di bandar Ottosdal, dan merupakan anak sulung daripada 12 beradik.
“Kami hidup gembira di ladang berkenaan dan tidak menghadapi sebarang masalah,” katanya.
Wanita itu juga berkongsi pengalaman berdepan dengan serangan belalang sehingga keluarganya menemui cara baharu untuk mengawal serangga itu.
“Ada belalang yang boleh kami tangkap dan makan kerana rasanya seperti daging selepas digoreng,” katanya.
Ads
Dia akan menghabiskan masa mengenang kembali kehidupan masa lalu dengan ada antaranya yang sukar diingati.
“Saya berkahwin dengan seorang lelaki berusia selepas kematian isteri pertamanya. Dia seorang yang berdikari dan mempunyai kuda serta lembu.
“Saya boleh memerah susu lembu segar dan membuat mentega untuk dijual. Dia melayani saya dengan baik sehingga kisah silam kehidupan sebelum berkahwin dapat dilupakan,” katanya.
Wanita itu memiliki tujuh anak dengan dua masih lagi hidup disamping 50 cucu dan cicit kini dipantau penjaga sejak 2001.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Banjir apabila melanda tidak mengenal waktu dan tidak boleh dijangka.
Hujan lebat yang melanda ibu kota petang semalam mengakibatkan banyak tempat ditengelami air antaranya Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, Seri Kembangan juga terjejas dimasuki air setinggi paras pinggang.
Sumber Gambar : Facebook Nadira Azizan THR Gegar
Dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang, seramai 18 guru iaitu 13 wanita dan lima lelaki manakala murid seramai 14 orang yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan terperangkap dalam sekolah tersebut.
Laporan dari Bernama menyebut, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian terbabit pada 7.45 malam dan usaha menyelamat mangsa berkenaan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia.
Sumber Gambar : Nadira Azizan THR GegarKeadaan dalam dewan (Sumber Gambar : Nadira Azizan THR Gegar)
“Guru dan murid berada dalam keadaan selamat. Kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 2 itu kini telah berjaya dikeluarkan jam 9.35 malam menggunakan lori (dan pacuan empat roda) serta diserahkan kepada ibu bapa masing-masing manakala guru diselamatkan kurang setengah jam kemudian,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Beliau berkata, paras banjir di sekolah terbabit mulai surut dan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dari lokasi kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi.
Kecekapan pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang memberikan pertolongan selepas menerima aduan dapat menyelamatkan guru dan pelajar dalam kejadian ini. Memandangkan sekarang musim hujan lebat berserta ribut petir, berhati-hati ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pendermaan organ dan tisu selepas kematian hanya akan dijalankan setelah kebenaran diterima daripada waris atau keluarga terdekat. Jika korang mempunyai hasrat untuk menderma atau telah berikrar untuk menjadi penderma organ, adalah penting jika hasrat murni ini disampaikan kepada ahli keluarga.
Terbaharu, aplikasi MySejahtera dikatakan akan dicadangkan untuk ditambah nilai bagi tujuan pendermaan organ. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata situasi pendermaan organ di Malaysia semakin berkurangan. Ia menyebabkan rawatan pembedahan transplan organ khususnya bagi pesakit buat pinggang peringkat akhir (ESKD) sukar dilakukan.
“Jumlah mereka bersetuju menderma organ hari ini semakin berkurangan dan kita mungkin akan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk memudahkan rakyat Malaysia (menderma),” jelas Khairy.
Bilangan pesakit buah pinggang di seluruh negara dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang tahun 2040. Ketika ini terdapat 40,000 pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis. Kajian juga mendapati seramai 8,000 pesakit baharu disahkan pada tahun 2018.
Di negara-negara seperti Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Iran, Pakistan dan Singapura, umat islam dibenarkan berikrar serta mendermakan organ dan tisu mereka mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pendermaan organ akan dilakukan berdasarkan kriteria berikut:
i. Hanya organ dan tisu yang didermakan oleh keluarga.
ii. Organ dan tisu itu masih berfungsi dan boleh digunakan selepas kematian.
iii. Ada penerima sesuai yang menunggu.
Sebelum ini kesedaran tentang menderma organ ini tidak begitu diketahui umum dan mungkin selepas ia wujud di dalam aplikasi MySejahtera akan membuka mata lebih ramai masyarakat tentang pentingnya hal ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini heboh di media sosial apabila dikatakan kumpulan Kpop wanita popular, Blackpink bakal membuat kemunculan semula pada Jun 2020.
Kini, berita ini telah pun disahkan sendiri oleh YG Entertainment apabila mereka memuat naik poster yang tertera tarikh pelancaran single terbaru Blackpink pada 26 Jun 2020, jam 6 petang.
Namun begitu, tidak ada banyak perkara yang dikongsi mengenai single ini tetapi ia sudah pun menarik perhatian Blinks dan rata-rata daripada mereka sudah tidak sabar untuk menunggu single terbaru Blackpink.
Johan Ghazali tetap menyokong Kahf walaupun jenama itu dikecam susulan kontroversi “Hati-Hati Beda Level”, selepas Kahf mengakui kesilapan dan memohon maaf.