
Tahniah Remaja ucapkan buat pelakon Puteri Aishah yang selamat melahirkan anakanda sulung pada tanggal 4 April, malam semalam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh pengurusnya, iaitu Iman Tang menerusi entri Instagram.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby Bump’ Semakin Jelas, Puteri Aishah Tetap Aktif Bersenam Sambil Nantikan Kelahiran Putera Sulung

“Syukur Alhamdulillah. Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis 4 April 2024 pada jam 8.17 malam.
“Baby dan mommy sihat walafiat. Semoga si kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan membanggakan orang tuanya.
“Tahniah Puteri Aishah dan Firdaus Sulaiman,” coretnya di Instastory.

Terdahulu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu berkongsi berita kehamilannya pada Januari lalu, selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Aishah mendirikan rumah tangga bersama Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syafeek Ikhwan Reda Tersingkir Dari Big Stage Alpha, Luah Rasa Kecewa Kerana ‘Hampakan’ Peminat

Perjalanan penyanyi Syafeek Ikhwan dalam pertandingan Big Stage Alpha terhenti apabila dia tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Meskipun sedih, penyanyi berusia 37 tahun itu akur dan reda dengan keputusan yang diterima.
“Saya mulakan karier dalam pertandingan besar pada 2015. Lebih kurang 10 tahun tetapi masih tak naik-naik nama Syafeek Ikhwan ini.

“Kadang-kadang saya terfikir juga mungkin saya memang ditakdirkan untuk tidak terkenal ke?” katanya.
Namun begitu, Syafeek tidak mahu menjadikan kegagalan ini sebagai titik noktah buat dirinya.
“Tapi saya sejenis orang yang tidak mahu mengalah.
“Perasaan sedih itu ada tetapi bila difikirkan semula, apa yang saya dapat kalau saya berhenti menyanyi?” ujarnya lagi.
Terharu Dengan Sokongan Peminat

Syafeek turut berkongsi rasa terharunya terhadap usaha peminat yang terus memberikan sokongan dari awal, meskipun dirinya tidak berjaya mara ke pusingan ‘The Big 12’.
“Adat pertandingan memang akan ada yang menang dan kalah, cuma tak sangka perjalanan saya akan terhenti (penyingkiran) seawal ini.
“Apa lebih mengecewakan bila saya tengok peminat yang bersusah payah datang, siap tempah baju dan bawa sepanduk. Saya rasa kenapa saya perlu susahkan mereka sedangkan tak ada apa-apa hasil untuk saya berikan kepada peminat.
“Saya kecewa bukan kerana tersingkir tetapi lebih kepada sudah menghampakan sokongan diberikan peminat,” katanya dengan nada sebak.
Tak Akan Berputus Asa

Meskipun diuji dengan penyingkiran awal, Syafeek tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam industri muzik tempatan.
Katanya, latar belakang kehidupannya yang penuh cabaran sejak kecil telah membentuk semangat juangnya hari ini.
“Semangat ini mungkin datang kerana saya lahir dalam keluarga susah. Saya dah biasa hidup susah dari kecil, pernah disisihkan kawan-kawan kerana saya bukan anak orang kaya.
“Kesusahan itu membuatkan saya belajar untuk menjadi kuat dalam apa jua keadaan.
“Ibu saya pun selalu pesan kalau jatuh sekali, kita jangan bangun sekali sebaliknya kita bangun 10 kali. Itu yang saya pegang sampai hari ini,” ujarnya.

Selain Syafeek, lima lagi peserta turut tersingkir iaitu Suff Ahmed, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman.
Untuk minggu pertama, 18 peserta Big Stage Alpha dinilai oleh barisan juri tetap: Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini, bersama juri jemputan Krisdayanti.
Program yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Fakta Menarik Ini Akan Buat Fans Tak Sabar Nak Jumpa Ong Seong Wu Sabtu Ini!

Jika kamu peminat tegar Wanna One, pasti kamu tahu bahawa kumpulan yang lahir dari program realiti nyanyian itu telah berpecah sejurus selepas kontrak sementara mereka tamat pada awal tahun 2019 lalu. Grup lelaki yang terdiri daripada 12 orang ini, menjadi fenomena dalam industri kpop sebaris dengan EXO, Seventeen, BTS, yang mempunyai fandom yang luar biasa.
Salah seorang ahli Wanna One yang mempunyai perwatakan yang lucu Ong Seong Wu meraih perhatian Wannables (fandom Wanna One) saat pihak agensi mengumumkan bahawa Ong Seong Wu akan bergerak solo. Nak tahu juga, sifat Ong Seung Wu ni macam mana kan? Ini fakta menarik jejaka berwajah kacak yang bernama Ong Seong Wu.
01
Trainee di Fantagio selama 8 bulan
Seong Wu sebenarnya trainee di bawah agensi Fantagio selama 8 bulan sebelum menyertai pertandingan Producer 101 musim ke-2. Fantagio telah banyak melahirkan pelakon-pelakon bertaraf A di Korea Selatan, antaranya Goong Hyo Jin, Gong Yoo, Jung II Woo, Astro Cha Eun-woo dan ramai lagi.

02
Seorang yang kelakar
Hampir ke semua ahli Wanna One mempunyai bakat dalam berjenaka, namun Ong Seong Wu antara yang mendapat perhatian peminat-peminatnya. Lihat saja lagaknya ketika menghadiri program tv, pasti tak kering gusi. Sila kawal tawa kamu bila tonton video bawah ini. Hiks
03
Mempunyai nama keluarga yang unik!
Nama keluarga Ong menjadi tanda tanya kepada masyarakat Korea, kerana ia unik. Tak ada keluarga yang mempunyai nama Ong melainkan keluarga Seong Wu. Ini turut diakui oleh dirinya sendiri. Sebab itulah, setiap kali dia memperkenalkan diri, dia akan berjenaka mengenai namanya. Comel kan?
04
Pernah bekerja sebagai barista sebelum Wanna One
Sebelum jejaka kacak ini menjadi selebriti, dia pernah bekerja sebagai barista di kafe, dan model sambilan. Seong Wu yang berusia 24 tahun ini melalui hari-hari mencabar untuk bergelar anak seni.

05
Tempat ke-5 dalam program Produce 101
Pada musim ke 2 rancangan Produce 101, rancangan tersebut memilih pelatih lelaki daripada setiap agensi yang mengeluarkan Idol(grup kpop), mereka harus melalui sesi ujibakat terlebih dahulu untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Sejurus selepas Ong Seong Wu masuk ke dalam ruang ujibakat, juri sudah terpesona dengan kekacakkan Seong Wu dan hasil daripada nyanyian dan bakat yang ditonjolkan, Seong Wu dapat melayakkan diri ke final sekaligus memenangi tempat ke-5 dengan jumlah undian 984,756.

Ini yang buatkan REMAJA tak sabar nak pergi ke fan meeting pertama Ong Seong Wu yang akan diadakan di Axiata Arena Kuala Lumpur, Sabtu 23 Mac ini. Ini merupakan pertemuan julung kali dalam acara jelajah bertemu peminat yang dianjurkan Hatchery yang bermula di Bangkok, Malaysia dan diakhiri dengan Singapura.
Tiket telah pun mula dijual pada 16 Februari lalu dengan harga RM580, RM480, RM380 dan RM280.

Untuk tempahan tiket boleh layari https://airasiaredtix.com/ atau maklumat lanjut di Facebook @hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instragram @hatchery_th
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cikgu Luah Perasaan Isu “Yuran PIBG”. Paling Banyak Bayar Mak Ayah Miskin Berbanding…

Setiap tahun, bila masuk sekolah, yuran PIBG antara yang tersenarai perlu dibayar. Mungkin antara faham dan tidak, ada mak ayah yang menyangka ianya termasuk dalam senarai yuran yang wajib dibayar. Satu murid mewakili satu keluarga dan jika ada adik beradiknya bersekolah sama, hanya seorang perlu membayarnya.
Isunya, yuran PIBG ini ialah sumbangan ibu bapa untuk sekolah dan ketika itu, mulalah ada suara-suara “yuran mahal”, “cekik darah” sehingga tular di media sosial mengenai isu yuran ini.
Tapi sebelum mak ayah terus komplin pada anak-anak, mungkin boleh hadam apa yang Cikgu ini nak sampaikan. Nampak menusuk terus ke dalam akan kata-katanya. Mana yang baik kita jadikan sempadan, yang buruk jadikan tauladan.

10 FAKTA SEDIH mengenai PIBG
- Mesyuarat Agung PIBG tiada sambutan. Ramai guru dari ibu bapa yang hadir biasanya.
- Ahli yang tidak hadir mesyuarat paling banyak mempersoalkan keputusan PIBG yang ditetapkan pada hari mesyuarat. Ini paling menjengkelkan.
- Tidak ramai yang bayar sumbangan PIBG semata-mata kerana ianya tidak wajib. “Anak aku tak bayar pun, semua program sekolah dia boleh masuk.
Semua kemudahan yang PIBG sediakan seperti kipas, dewan, tiles, apa jua yang dibeli guna dana PIBG, anak aku tetap boleh guna seperti murid lain. Buat apa aku bayar?” Hal ini disebarkan pula supaya kawan-kawan dia dan ibu bapa lain turut serta tidak bayar sumbangan PIBG.
Berbahagialah kalian mengambil dan menggunakan hak orang lain. ?
4. Belum pernah seumur hidup aku dengar, mana-mana PIBG yang mana 100% ibu bapanya bayar. Ada sekolah hanya 30% sahaja ibu bapa yang bayar. Sedih kan? ?
5. Duit sumbangan RM100/murid 90%-100% ibu bapa datang ambil. Tiada alasan bekerja, sakit dan sebagainya. Tiba hari mesyuarat PIBG, berjuta alasan sampai. Sedih lagi. ??
6. Guru dan AJK PIBG difitnah makan duit PIBG. Duit PIBG kalau nak keluar waima RM1 mesti ada tanda tangan Bendahari dan YDP PIBG. Dan semua duit yang masuk dan keluar diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung PIBG.
Tak datang mesyuarat, kemudian buat fitnah dan sebarkan. Yahudi betul perangai itu.
7. AJK PIBG dan guru-guru bertungkus lumus kumpul dana untuk tabung PIBG. Turun naik syarikat dan kedai cari sponsor. Buat jualan dan sebagainya.
Bila ada dana dan baik pulih sekolah atau buat program untuk murid, yang tak bayar sumbangan itu paling banyak mempertikai. Itu tak kena ini tak kena. Sepatutnya begitu, sepatutnya begini.
Kalau kena kat kau, kau rasa macam mana?
8. Ibu bapa yang miskin lebih ramai yang bayar sumbangan PIBG. Yang hanya punya motor buruk, yang hanya kerja buruh. Yang kerja dalam aircond dan datang dengan kereta menjalar, itu yang paling liat nak bayar.
Ini realiti yang sangat menyedihkan. ???
9. PIBG yang disokong kuat oleh ibu bapa mampu berikan keselesaan pada infrastruktur sekolah dan kemudahan untuk murid.
Lihat sekolah cina, hampir semuanya ada dewan tertutup siap aircond dan dewan terbuka berbumbung untuk aktiviti outdoor. Semuanya dibuat guna dana PIBG. PJK masih boleh dijalankan walau hari hujan atau panas terik.
Tapi kebanyakan dana PIBG sekolah kebangsaan, nak tukar meja murid yang reput pun tak lepas.
10. Anda hanya perlu menyimpan 14 sen sehari untuk bayar duit sumbangan PIBG berjumlah RM50 setahun. Tapi itu pun ramai yang gagal buat. Dan sangat ramai yang merungut mahal.
Ini 10 FAKTA SEDIH tentang PIBG.
Kau baca dan hayatilah elok-elok. Kongsilah agar ramai yang tahu fakta sedih ini. Jangan biarkan 10 fakta ini terus bersedih selamanya.
Kita dah berada di abad ke 21, mentaliti zaman Firaun itu buanglah. Sokong PIBG untuk anak-anak kita juga. Usah berkira lagi untuk pendidikan anak-anak kita.
Ibu bapa cakna, anak-anak terbela. Begitulah.
SUMBER :- Mohd Fadli Salleh
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

