Syafeek turut berkongsi rasa terharunya terhadap usaha peminat yang terus memberikan sokongan dari awal, meskipun dirinya tidak berjaya mara ke pusingan ‘The Big 12’.
“Adat pertandingan memang akan ada yang menang dan kalah, cuma tak sangka perjalanan saya akan terhenti (penyingkiran) seawal ini.
“Apa lebih mengecewakan bila saya tengok peminat yang bersusah payah datang, siap tempah baju dan bawa sepanduk. Saya rasa kenapa saya perlu susahkan mereka sedangkan tak ada apa-apa hasil untuk saya berikan kepada peminat.
“Saya kecewa bukan kerana tersingkir tetapi lebih kepada sudah menghampakan sokongan diberikan peminat,” katanya dengan nada sebak.
Ads
Tak Akan Berputus Asa
Meskipun diuji dengan penyingkiran awal, Syafeek tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam industri muzik tempatan.
Katanya, latar belakang kehidupannya yang penuh cabaran sejak kecil telah membentuk semangat juangnya hari ini.
“Semangat ini mungkin datang kerana saya lahir dalam keluarga susah. Saya dah biasa hidup susah dari kecil, pernah disisihkan kawan-kawan kerana saya bukan anak orang kaya.
“Kesusahan itu membuatkan saya belajar untuk menjadi kuat dalam apa jua keadaan.
Ads
“Ibu saya pun selalu pesan kalau jatuh sekali, kita jangan bangun sekali sebaliknya kita bangun 10 kali. Itu yang saya pegang sampai hari ini,” ujarnya.
Selain Syafeek, lima lagi peserta turut tersingkir iaitu Suff Ahmed, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman.
Untuk minggu pertama, 18 peserta Big Stage Alpha dinilai oleh barisan juri tetap: Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini, bersama juri jemputan Krisdayanti.
Program yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan turut distrim melalui Astro GO serta sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hal ini kerana, kontrak kumpulan K-Pop terhangat tersebut dengan label mereka YG Entertainment telah berakhir pada bulan Ogos dan sehingga kini belum ada berita rasmi sama ada BLACKPINK akan kekal dengan agensi itu pada masa hadapan atau tidak.
Lebih-lebih lagi, sepanjang tujuh tahun ini, kumpulan K-Pop itu telah membuktikan nilai mereka sebagai salah satu kumpulan K-pop terkemuka di dunia dengan memecahkan pelbagai rekod dalam industri seni.
Di tengah-tengah perbincangan itu, satu laporan baru mendakwa bahawa Lisa BLACKPINK telah menolak bukan satu tetapi dua tawaran untuk kekal dengan label itu.
Lisa, atau nama sebenarnya Lalisa Manobal, adalah seorang penyanyi rap kelahiran Thailand yang memulakan kerjaya muziknya bersama tiga rakan kumpulannya pada 2016.
Sehingga kini, dia kekal sebagai salah satu selebriti Korea Selatan yang paling banyak diikuti di Instagram dan turut diminati oleh peminat di seluruh pelosok dunia.
Baru-baru ini Lisa acap kali lebih menumpukan perhatiannya pada kerjaya individu dengan bergelar duta global pelbagai jenama mewah, termasuk CELINE, Bulgari dan banyak lagi.
Menurut laporan Star News, wanita berusia 26 tahun itu sedang berunding dengan agensinya YG Entertainment untuk kekal dengan label itu.
Penyanyi terkenal ini turut menerima beberapa tawaran daripada label syarikat rakaman di seluruh dunia yang bernilai puluhan juta dolar dek kerana popularitinya. Tawaran ini juga datang dari negara asalnya Thailand.
“Terdapat khabar angin yang mendakwa Lisa telah menerima tawaran daripada label di luar negara, termasuk Thailand, bernilai puluhan juta dolar,” komen Star News.
Saluran media itu juga mendakwa bahawa Lisa telah menolak dua tawaran kontrak daripada YG Entertainment.
“Terdapat juga khabar angin yang menyatakan bahawa Lisa telah menolak tawaran pertama YG dan baru-baru ini menolak tawaran kedua. Saiz kontrak dikhabarkan bernilai ₩50.0 bilion KRW (kira-kira $37.7 juta USD),” tambah mereka lagi.
Wow! Bak kata omputeh, “She is a woman who knows her worth!”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Koreaboo, YG Entertainment
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, isu kesihatan mental sering diperkatakan kerana ramai individu terutamanya golongan muda yang berdepan dengan masalah ini.
Menurut Myhealth, erdapat beberapa faktor sosial, psikologikal dan biologikal yang menentukan tahap kesihatan mental seseorang pada satu-satu masa. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, pertukaran keadaan persekitaran/sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan penyakit fizikal.
Tidak seperti masalah kesihatan mental, mereka yang mempunyai penyakit mental pula mengalami satu keadaaan dimana tahap mental seseorang itu menyebabkan fungsi seharian individu itu terjejas sama ada dari segi sosial atau pun pekerjaan. Ia memerlukan rawatan.
Untuk memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat, terdapat beberapa filem yang mengupas tentang isu kesihatan mental. Jom kita lihat antara filem yang menarik untuk ditonton.
To The Bone
Mengisahkan tentang seorang perempuan yang mengalami anoreksia, iaitu gangguan mental di mana seseorang akan berhenti makan akibat takut gemuk sehingga satu tahap ia akan cuba untuk memuntahkan semula setiap makanan yang dimakan.
Keadaan Ellen semakin hari semakin merisaukan apabila badannya semakin kurus kehilangan selera makan membuatkan setiap makanannya tidak habis. Hampir setiap hari Ellen akan mengukur lilitan tangannya sendiri.
Silver Linings Playbook
Setelah menghabiskan masa di hospital kesihatan mental, Pat terpaksa berpindah dan tinggal bersama orang tuanya untuk sementara waktu. Gangguan bipolar telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan pekerjaannya. Dia bertekad untuk mendapatkan isterinya kembali dan bertemu dengan Tifanny yang juga seorang janda.
Word on Bathrooms Walls
Filem ini mengisahkan tentang Adam yang menderita skizofrenia. Adam tinggal bersama ibunya dan untuk kembali normal, dia terpaksa mengambil banyak ubat-ubatan. Selain mengambil ubat, Adam juga perlu kerap berunding dengan pakar psikiatri.
A Beautiful Mind
Kisah benar mengenai kehidupan John Forbes Nash, Jr. seorang ahli matematik yang menghidap skizofrenia. Filem ini menyingkap cabaran yang dihadapinya termasuklah paranoia dan khayalan yang akhirnya mengubah kerjaya dan kehidupannya.
The Skeleton Twins
Di permulaan cerita memaparkan dua watak utama, Milo dan Maggie yang cuba membunuh diri. Hal itu menyebabkan dia dibawa ke hospital dan akhirnya bertemu kembali dengan abang serta kakaknya setelah 10 tahun berpisah.
Isu kesihatan mental tidak seharusnya dipandang ringan oleh masyarakat. Sekiranya korang mengenali individu yang mengalami masalah seperti ini, bantulah mereka seadanya dan setidaknya cuba untuk memahami situasi mereka.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘The Return Of Superman’ antara program Parenting Korea Selatan yang popular di Malaysia. Berkisar tentang selebriti lelaki Korea yang berpangkat bapa menerima cabaran untuk menjaga anak tanpa si ibu selama dua hari.
Dah sudah tentu ramai yang mengenali kanak-kanak Korea Selatan kembar tiga, Daehan, Minguk dan Manse, yang pernah memikat hati ramai dengan telatah mereka suatu ketika dahulu melalui rancangan “The Return Of Superman”.
Wajah Terkini Bayi TRIPLETS ‘The Return Of Superman’ Selepas 10 Tahun Berlalu!
Bayi TRIPLETS ‘The Return Of Superman’Bayi TRIPLETS ‘The Return Of Superman’Bayi TRIPLETS ‘The Return Of Superman’
Ditonton ramai ketika masih bayi, kini mereka kembali di kaca televisyen dan seluruh peminat rancangan ini terkejut!
Wajah Terkini Bayi TRIPLETS ‘The Return Of Superman’ Selepas 10 Tahun Berlalu!
Hal ini kerana, bayi kembar tiga yang mereka tonton pada tahun 2014 ini sudah dewasa semuanya dan sama tinggi dengan bapa mereka! Begitu pantas masa berlalu.
Foto: Wajah terbaharu Daehan, Minguk, Manse, merupakan anak kepada pelakon Song Il Kook.
Menurut laman Koreaboo, ini bukan kali pertama anak-anak kepada pelakon terkenal Korea Selatan, Song Il Kook, kembali di kaca televisyen setelah menamatkan kontrak mereka bersama rancangan tersebut.
Mula dikenali di seluruh dunia pada 6 Julai 2014, ramai peminat mengikuti perkembangan dan tumbesaran mereka menerusi rancangan berkenaan yang menunjukkan seorang bapa yang menguruskan dan meluangkan masa bersama anak-anaknya. Walaupun mereka telah berhenti menyertai rancangan tersebut pada 7 Februari 2016, para peminat sentiasa ternanti-nanti perkembangan terbaru kembar tiga tersebut.
Wajah Terkini Bayi TRIPLETS ‘The Return Of Superman’ Selepas 10 Tahun Berlalu!
Baru-baru ini, mereka muncul sebagai tetamu jemputan bersama Song Il Kook dalam sebuah rancangan tvN, “You Quiz On The Block” dengan Yoo Jae Suk dan Jo Se Ho sebagai pengacara. Kemunculan ketiga-tiga kembar tersebut mendapat perhatian warganet kerana ketinggian mereka yang kelihatan seperti lelaki dewasa walaupun baru sahaja menginjak usia 12 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!