
Tahniah Remaja ucapkan buat pelakon Puteri Aishah yang selamat melahirkan anakanda sulung pada tanggal 4 April, malam semalam.
Berita gembira itu dikongsikan oleh pengurusnya, iaitu Iman Tang menerusi entri Instagram.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby Bump’ Semakin Jelas, Puteri Aishah Tetap Aktif Bersenam Sambil Nantikan Kelahiran Putera Sulung

“Syukur Alhamdulillah. Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis 4 April 2024 pada jam 8.17 malam.
“Baby dan mommy sihat walafiat. Semoga si kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan membanggakan orang tuanya.
“Tahniah Puteri Aishah dan Firdaus Sulaiman,” coretnya di Instastory.

Terdahulu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu berkongsi berita kehamilannya pada Januari lalu, selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Aishah mendirikan rumah tangga bersama Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Avengers Assemble!” Marvel Studios Menyeru Semua Peminat Adiwira Kembali Ke Panggung Wayang

Pada hari Isnin yang lalu, Marvel Studios telah menyeru semua peminat adi wira mereka kembali ke panggung sebagai tanda sokongan kepada panggung wayang yang sekian lama terjejas akibat pandemik ini dan mereka juga ingin melakukan ‘comeback’ terhadap persaingan mereka dengan perkhidmatan penstriman langsung.

“Jumpa anda di panggung” merupakan babak terakhir dalam video trailer berdurasi 3 minit itu yang bertujuan untuk menaikkan lagi rasa teruja dalam diri peminat mereka tentang 10 filem Marvel yang bakal ditayangkan tidak lama lagi dan tidak dilupakan juga sekuel filem “Black Widow”, “Eternals” dan juga “Black Panther”.
Menurut sumber Reuters, bukan sahaja video trailer tersebut memaparkan tentang filem Marvel, tetapi juga turut disertakan dengan video rakaman keseronokan penonton didalam panggung ketika mereka bersorak sewaktu adegan petempuran terakhir filem Avengers: Endgame pada April 2019 yang lalu.
Dikatakan juga, masa depan panggung wayang masih lagi tidak menentu akibat pandemik Covid-19 ini. Pengusaha panggung bebas seperti AMC Entertainment, Cineworld Pic dan juga Cinemark Holdings Inc berharap agar filem-filem Marvel dan juga penerbit yang lain mampu menarik semula kunjungan penonton ke panggung wayang.
Disney dan juga beberapa syarikat media yang lain juga telah melaburkan berbilion-bilion dolar untuk bersaing dengan Netflix Inc, dengan menawarkan perkhidmatan penstriman kepada penonton di rumah. Tambahan lagi, Disney telah menawarkan filem Black Widow dengan caj AS$30 menerusi perkhidmatan penstriman Disney+ dan juga pada masa yang sama, ianya bakal ditayang di panggung pada Julai nanti.
Walaubagaimanapun, Marvel masih belum ada lagi perancangan bagi sembilan filem Marvel yang lainnya. Kesemua filem tersebut dirancang untuk menemui penonton sepanjang dua tahun ke hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis 15 Tahun Mengandung Gara-Gara ‘Phone $ex’, Jururawat Ini Dedah Ramai Remaja Hamil Luar Nikah

Bermula dari perbualan biasa, mengajak berkenalan akhirnya perbualan mula menjurus ke arah cerita-cerita dalam kelambu.
Diberikan imaginasi tentang intimasi, suara bunyian mengerang dan terakhir, mengajak pasangan bertemu. Dalam pertemuan pertama itulah, Ayu, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di ibu kota terjebak dalam hubungan kelamin sehingga kini disahkan mengandung enam bulan dengan hanya sekali berhubungan sahaja.
Pasangannya, seorang lelaki berusia 20-an dan mungkin sudah biasa menjerat gadis-gadis mentah untuk diratah tubuh badan mereka. Selepas mendapat apa dihajati, sama ada ditinggalkan atau hubungan diteruskan tetapi apa yang pasti, sebelum berlaku pertemuan, sekali lagi ‘talian jerat’ dilakukan semata-mata untuk merangsang pasangan.
Bunyi nampak seperti mengarut tetapi inilah jenayah keji yang mula menghantui kehidupan remaja yang mencari erti cinta. Bukan seorang dua terjebak dalam hubungan awal ini tetapi ramai.


Apa dimaksudkan dengan hubungan ini?
Dahulu perlakuan ini banyak dilakukan oleh pasangan yang sudah berkahwin namun terpaksa tinggal berjauhan atas pelbagai faktor. Demi membangkitkan rangsangan cinta yang mereka jarak bertemu, panggilan lucah adalah satu cara mudah bagi pasangan suami isteri.
Namun hari ini, panggilan intim ini sudah menjurus kepada aspek jenayah rogol yang mulai berleluasa. Lelaki-lelaki berhidung belang menjerat gadis-gadis di bawah umur. Bermula dari perbualan biasa. Kemudian perbualan lebih menjurus kepada bahagian intim. Bila melihat gadis remaja yang masih naif tercari-cari makna di sebalik hubungan ini, lelaki hidung belang mula mencucuk jarum. Biasa pada pertemuan pertama sahaja, sudah ada gadis naif ditipu!

Hal ini didedahkan oleh seorang jururawat sebuah hospital yang bertugas di bahagian Obstetrik & Ginekologi (O&G) yang memaklumkan semakin ramai remaja belasan tahun mengandung anak luar nikah datang ke hospital kerajaan untuk membuat pemeriksaan ibu mengandung.
Kata jururawat ini, jika sesuatu kes melibatkan gadis bawah umur, adalah menjadi polisi pihak hospital untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang kejadian.
“Dalam pengakuan mereka sewaktu check up mengandung dilakukan, laporan awal mengaku hanya kenal melalui telefon sebelum perbualan terjurus ke arah seksual.
“Kadangkala, hanya sekali hubungan seks dilakukan dan remaja sudah mengandung. Ada ketikanya remaja ini sendiri sudah ketagih melakukannya,” katanya ketika ditemui di ibu kota.

Sumbat Sebab Nak Ketat, Akhirnya Patah Dalam..
Bertugas di bahagian O&G, jururawat ini memaklumkan, ragam pesakit ada ketikanya tidak sekadar panggilan intim begini tetapi fantasi berkaitan seksual melampau turut dilaporkan malah pihaknya biasa berhadapan dengan perkara-perkara pelik tapi jelik.
“Ada sesetengah pesakit datang ke hospital dengan “barang” sudah patah di dalam alat kelamin mereka. Bila tidak dapat mengeluarkannya sendiri, mereka terpaksa meminta bantuan doktor biarpun perasaan malu itu ada.
“Pihak kami biasa menerima kes di mana kebanyakan wanita yang belum berkahwin dan masih muda tetapi aktif dalam hubungan seksual. Bila doktor berjaya mengeluarkan barang yang patah itu, kata mereka ia adalah sejenis herba yang digunakan untuk mengetakkan kembali alat kelamin yang sudah longgar.
“Mungkin kerana mahu kembali menjadi “anak dara” biar bukan lagi anak dara, masing-masing sanggup memasukkan bendasing dalam vagina masing-masing,” katanya memaklumkan “kegilaaan’ masyarakat ada kalanya tidak terfikir dek akal.
Bayangkan, timun, terung dan ada lebih gila, sup bunjut dan bola pingpong turut disumbat ke dalam kemaluan semata-mata fantasi gila.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Impian Akhirnya Terjawab, Miss Universe Malaysia Menangi Kostum Nasional Terbaik

Akhirnya!
Wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2019 telahpun memecahkan 'sumpahan' dengan memenangi dan membawa pulang salah satu kategori terbaik di acara pada pagi ini. Ia menerusi kategori Kostum Nasional Terbaik yang disarungkan oleh Shweta Sekhon!

Dua hari lalu Shweta dan pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) telahpun memuat naik video cerita di sebalik pembikinan kostum nasional ini. Dan menerusinya,, Shweta berkata dia mempunyai misi untuk melakukan impak pada edisi kali ini sekaligus menolak stereotaip wakil Malaysia ke Miss Universe akan selalu pulang dengan tangan kosong.
Impian itu akhirnya terjawab.

Walaupun Shweta tidak berjaya untuk melangkah ke peringkat separuh akhir dan menjadi sebahagian daripada 20 wakil terbaik, dia seharusnya berbangga apabila Malaysia berjaya memenangi kategori Kostum Nasional Terbaik hasil nukilan pereka, Carven Ong.
"Kostum ini adalah gabungan budaya di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina (di Malaysia). Kepak ini pula mewakili ekor ikan emas yang dipercayai oleh masyarakat Peranakan sebagai simbol kemakmuran (prosperity). Ia adalah gabungan 3 dalam 1, dan Steve, pakaian kita seakan sedondon," terang Shweta kepada Steve Harvey sebentar tadi sewaktu diumumkan sebagai pemenang.
Menurut Carven Ong, kostum ini juga mempunyai lima meja hidangan yang memperlihatkan seleksi makanan tradisi masyarakat Peranakan. Dress yang disarung diperbuat daripada songket dalam warna kegemaran Shweta iaitu hijau tua dan ia turut mempunyai aksesori kepala mirip bunga emas.

Kemenangan Shweta ini, bagaimanapun tidak terlepas daripada kontroversi.
Ini setelah pengacara, Steve Harvey tersalah menyebut nama Miss Philippines sedangkan Miss Malaysia yang memenanginya. Malah pada skrin juga, wajah Miss Philippines turut tertera memperagakan kostumnya yang berkisarkan burung helang.
Voted BEST National Costume… MALAYSIA! #MissUniverse2019 LIVE on @FOXtv. Airing in Spanish on @Telemundo. pic.twitter.com/uTKKtut2wh
— Miss Universe (@MissUniverse) December 9, 2019
Hhm, ada konflik kah di sini?
Apapun, Shweta pantas menyelamatkan keadaan apabila dia memperbetulkan Steve dan berkata dia adalah Miss Malaysia, bukannya Miss Philippines.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

