Pertama sekali REMAJA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Politeknik Malaysia dan pelajarnya yang telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa selepas menggondol sejumlah 14 pingat di 23rd FIRA RoboWorld Cup 2018!
Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan wanita Politeknik Malaysia dilaporkan telah selamat pulang ke tanah air semalam.
Kejayaan meraih sebanyak 9 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa turut mencuri perhatian Menteri Pendidikan, Maszlee Malik. Beliau telah memuat naik ucapan tahniah menerusi Twitter-nya.
“Politeknik Malaysa sekali lagi mengharumkan nama negara dengan merangkul 14 medal di 23rd FIRA RoboWorld Cup 2018 di University of Feng Chia, Taiwan. Kemahiran dan pengetahuan kalian dalam teknologi robot begitu membanggakan. Tahniah semua dan saya doakan kalian terus berjaya”.
Ini bukanlah kali pertama pasukan Politeknik Malaysia meraih kejayaan seumpama ini. Pada kejohanan edisi 2016 yang berlangsung di Beijing, China pasukan negara berjaya merangkul sebanyak 18 pingat dengan 6 pingat emas, 8 pingat perak dan empat pingat gangsa.
Ads
Wajah-wajah yang telah mengharumkan nama negara di WroldRobo Cup!
Manakala pencapaian pada tahun lalu yang berlangsung di Kaohsiung, Taiwan, skuad negara membawa pulang sebanyak 4 pingat emas.
Kejayaan meraih 9 pingat emas pada edisi kali ini membuktikan peningkatan yang cukup ketara telah berjaya dipamerkan oleh mereka. Mereka yang layak digelar Wira dan Wirawati negara di kejohanan bolasepak robot ini merrupakan inspirasi buat golongan remaja dan muda yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan robotik.
Antara pingat emas yang diraih oleh Politeknik Malaysia di kejohanan terulung ini ialah menerusi kategori Hurocup Triple Jump, Androsot Soccer dan Robosot Soccer.
Ads
Untuk pengetahuan kamu, Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) telah mula menganjurkan pertandingan bolasepak robot dan beberapa jenis sukan robot yang lain bermula dengan edisi pertamanya pada tahun 1996.
Matlamat utama FIRA ialah untuk menggalakkan kajian dalam bidang robotik, penbelajaran mesin, visi komputer dan kecerdasan buatan (A.I) dengan menggunakan robot sebagai platform utama. Manakala matalamat kedua mereka pula menggalakkan pelajar dalam bidang teknologi kejuruteraan mencabar kreatviti serta menyediakan mereka dengan pelbagai cabaran sebelum melangkah ke dunia kerjaya.
Kepulangan mereka semalam disambut dengan cukup meriah.
Sekali lagi, setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Politeknik Malaysia di atas kejayaan ini. Semoga kejayaan luar biasa ini menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar dan juga golongan remaja yang mempunyai aspirasi serta cita-cita dalam bidang robotik.
Foto: Politeknik Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah namanya trend, sudah tentu ia datang dan pergi. Begitu juga dengan trend dalam dekorasi dalaman rumah.
Baru-baru ini, perkongsian dari seorang lelaki, Muhd Shauqi di facebook menarik minat orang ramai apabila dia berkongsi suasana di dalam bilik tidurnya.
Memang ringkas dan tenang berada dalam bilik sebegini. Ditambah deko yang tidak terlalu sarat, sesuai dengan orang bujang, perkongsiannnya menarik minat untuk orang mengenalinya lebih lanjut kerana mahu mahu tahu tips bagaimana biliknya nampak kemas dan teratur.
Kalah bilik anak dara guys!
Tapi apa salahnya. Dengan berbuat demikian, rumah yang diduduki kita juga akan semakin cantik dan ia secara tidak langsung menambahkan lagi semangat kita untuk terus kekal positif apabila berada di dalam rumah.
Umpama berada dalam rimba yang penuh dengan elemen semulajadi
Menurut lelaki ini, beliau hanya mengunakan katil asrama sahaja dan transform kepada bunk bed. Jimat duit tapi ala ikea kan katil ni?
So korang, kalau nak bilik tampak kemas dan wow macam biliknya, apa paling penting ialah rajin dan kena ada kesungguhan. Bila kita ubah sikap, maka semuanya akan jadi.
Betul kan?
Sumber : Facebook Muhd Shauqi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang ingat lagi tak kisah tragis dan mendebarkan setahun lalu, apabila 12 remaja dan juga pemain bola sepak pasukan Wild Boars bersama jurulatih mereka terperangkap di dalam gua selama 18 hari akibat hujan lebat berterusan sehingga laluan gua dinaiki air.
Kini korang boleh menonton kisah benar ini kerana ia telah diabadikan dalam filem berjudul ‘The Cave’ dan akan ditayangkan buat julung kalinya di Festival Filem Antarabangsa Busan yang bermula hari ini iaitu 3 Oktober.
Tapi awas! Bagi korang yang ada masalah klaustrofobia, mungkin korang akan merasa terganggu ketika menonton filem ini nanti. Menurut pengarah filem The Cave, Tom Waller, filem ini akan memaparkan jalan cerita sebenar ketika operasi menyelamat mengeluarkan 12 anggota pasukan bola sepak Wild Boar dan jurulatih mereka dari gua yang terletak di utara Thailand pada 2018.
Dari laluan sempit gelap yang dipenuhi air dan diterangi hanya dengan lampu suluh kepala kepada suara meminta tolong yang bergema di dalam gua, itulah yang dijanjikan pengarah yang berketurunan Thai-Ireland itu.
Pengarah kelahiran Thailand yang mengambil masa beberapa minggu untuk menghasilkan filem pertama tentang penyelamatan gua dramatik pasukan bola sepak ‘Wild Boars’ berkata tumpuannya adalah pada keaslian jalan cerita dan wira “yang tidak didendang” dalam misi itu.
Waller berharap latar belakang Thailandnya juga akan memberikan kelebihan kepadanya berbanding pengarah-pengarah asing yang lebih besar. Filemnya juga dibuat lebih awal dan kenangan masih segar dalam fikiran orang-orang yang mengambil bahagian dalam misi penyelamatan itu.
Tetapi cabaran tetap ada ketika penggambaran filem itu dilaksanakan. Gua Tham Luang yang sebenar, di wilayah utara Chiang Rai, tidak boleh diakses. Jadi lokasi gua dalam air yang sempit perlu dicari semula di seluruh negara.
Pasti banyak adegan yang mendebarkan dalam filem ni kan…tak sabar pula penulis nak menonton filem yang diambil dari kisah benar ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, pastinya korang perasan cuaca di negara kita terasa sangat panas dan bahang. Ya kebiasaannya di awal tahun, Malaysia berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memuat naik kenyataan di Twitter, cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan 2021 adalah 36.2 darjah Celsius, manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Gambar hiasan
Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021. Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di utara Semenanjung.
Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.
Justeru itu, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. Korang juga dinasihati supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar dan minum air secukupnya.
Gambar hiasan
Waktu-waktu pandemik seperti ini, memang sebaiknya korang duduk sahaja di rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Lagi pun, dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, risau pula jika ada yang jatuh sakit. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya?