Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 telah melabuhkan tirainya setelah bersiaran selama lapan episod di Astro Ria dengan menobatkan Aiman Ameer sebagai Hero Remaja 2023 dan Nurel sebagai Dewi Remaja 2023.
Naib Juara Hero Remaja 2023 pula jatuh kepada Fitri Farok manakala Naib Juara Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh Arabella Ellen yang berjaya mengekalkan prestasi konsisten sepanjang tempoh pertandingan. Mereka masing-masing menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan sebuah trofi.
Pemenang kategori Hero dan Dewi Inspirasi pada tahun ini telah dipilih secara eksklusif oleh penaja, Yaya Nadia Empire di mana penerima anugerah Hero dan Dewi masing-masing menerima kontrak kerjasama bernilai RM20,000 berserta sebuah trofi. Penerima anugerah Hero dan Dewi Inspirasi Yaya Empire ialah Aiman Ameer dan Adrina.
Ads
Selain itu, menerusi hasil undian peminat di laman web REMAJA (www.remaja.my), kategori Hero Favourite dan Dewi Favourite disandang oleh Razin Qidran dan Nurel.
Ads
Manakala, kategori Best Chesmistry Duo pula dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella Ellen. Kesemua pemenang kategori ini masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.
Pada malam kemuncak Hero Dewi Remaja 2023, para peserta telah dinilai secara keseluruhan oleh barisan juri yang cukup berpengalaman iaitu Scha Alyahya selaku juri tetap dan mentor rancangan ini bersama dua juri jemputan, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Datuk Yusry Abdul Halim.
Ads
Untuk info, Pencarian Dewi Remaja yang memasuki edisi ke-13 ini telah dianjurkan oleh Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro sebagai penyiar rasmi.
Tahniah Remaja Ucapkan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya pernah dua kali gagal dalam perkahwinan. Untuk berkahwin semula itu bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya.”
Begitulah kenyataan pelakon dan juara Hero Remaja sulung dari edisi 1990/1991, Esma Daniel setelah selamat menamatkan zaman dudanya pada 20 Mei 2023 (Sabtu) dengan wanita pilihan, Nur Atira Mazlan.
Bertempat di Kajang, Selangor; pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mazlan Abdul Malik. Esma juga menyerahkan sebentuk cincin emas berlian dan mas kahwin bernilai RM300 kepada Atira.
Terdahulu, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 14 Januari 2023 dan awalnya berhasrat untuk kekal sebagai pasangan bertunang untuk tempoh setahun.
Bagaimanapun, kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan memandangkan ahli keluarga telahpun merestui hubungan mereka.
“Alhamdulillah, saya sah bergelar suami dengan sekali lafaz.
“Walapun sudah ada pengalaman sebelum ini, tetap rasa gementar ketika hendak bernikah. Saya pernah dua kali gagal dalam perkahwinan dan untuk berkahwin semula itu bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya.
“Pastinya, kali ini saya berdoa hubungan kami berakhir hingga ke syurga. Dia pun memahami kerjaya saya sebagai pelakon. InsyaAllah doakan kami,” kata Esma.
Untuk pengetahuan, Esma dan Atira juga kini sedang melakukan persiapan untuk mengadakan majlis resepsi bagi belah lelaki sekitar bulan Ogos-September kelak; selepas majlis resepsi anak lelaki Esma sendiri.
Terdahulu, Esma pernah dikurniakan dua cahaya mata menerusi perkahwinan dengan pelakon, Sherie Merlis (1992 – 1997) dan enam lagi cahaya mata menerusi perkahwinan dengan Nitra Sari Omar (2002 – 2016).
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih mengekalkan tema Pesonakan Bintangmu, Sejak tahun 1985 Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal positif. Ia juga menjadi platform mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik; sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh finalis Dewi Remaja terdahulu.
Menampilkan Datuk Aznil Hj. Nawawi serta Anzalna dan Dynas sebagai juri jemputan casting Dewi Remaja 2019. Adakah seorang lagi bintang akan terlahir dari dewi remaja 2019 ini.
Tinggal kurang dari empat jam saja lagi sebelum acara finale Hero Remaja 2021 akan membuka tirai dengan menampilkan empat orang peserta akhirnya.
Afiq Hamidon, Aqil Taqee, Mierul Aiman dan Fazziq Muqris masing-masing sedang merebut gelaran Hero Remaja edisi kesebelas sejak ia mula dianjurkan pada tahun 1990/1991.
Persoalan utamanya, siapakah yang akan membawa pulang gelaran JUARA setelah mereka mengharungi pengalaman sekali seumur hidup ini selama lebih 11 bulan bersama? Penulis tanyakan kepada lapan lagi finalis lain mengenai peserta pilihan mereka bagi malam ini.
Farhan Nordin
“Pilihan saya ialah Mierul kerana kalau kita lihat daripada episod satu hingga tujuh, majoriti cabaran dimenangi olehnya. Kita pun dapat lihat semangat ‘leadership’ daripadanya. Mierul pun mempunyai kualiti yang boleh dijadikan contoh dan ikon oleh remaja di luar. Dari segi percakapan, pergaulan dengan orang saja, kita tahu dia ada ciri-ciri pemenang Hero Remaja.”
Amir Ahnaf
“Keempat-empat finalis mempunyai potensi masing-masing. Dari prelude sampailah sekarang, mereka semua telah improve dari segi bakat mereka baik pengacaraan, lakonan dan cara mereka hadapi cabaran. Cuma saya lihat Fazziq dan Mierul ini adalah saingan yang sengit bagi saya sebelum saya tersingkir. Nak lawan mereka agak susah kerana mereka bagus dalam pengacaraan dan lakonan; tambahan pula dengan pengalaman yang mereka ada. Kalau ingin pilih seorang yang dapat galas gelaran Hero Remaja dan punyai kualiti all-rounders, ialah Mierul kerana dia mempunyai karakter tersebut.”
Zaim Yazid
“Sejujurnya keempat-empat boleh menjadi juara. Tapi adat pertandingan hanya ada seorang saja juara dan saya percaya yang paling ke hadapan dari segi semua cabaran ialah Mierul. Masa saya masih bertanding pun, mindset saya adalah ‘apa yang aku boleh buat untuk kalahkan Mierul’. A big contender.
“Tapi saya percaya bukan senang untuk dia menang begitu saja kerana Fazziq pun seorang yang bagus dan dia tidak akan benarkan Mierul menang senang-senang saja.
Zaid Erakad
“Pada mulanya saya memilih Zaid Erakad tapi tak kesampaian kerana dia sampai episod kedua saja (ketawa). Bila saya tengok episod-episod seterusnya, saya dapat lihat prestasi Mierul Aiman seperti layak bergelar juara pada tahun ini. Tapi sampai episod tujuh, saya dapat lihat kelainan atau perubahan pada tiga lagi finalis lain iaitu Fazziq, Aqil dan Afiq, terutamanya.
“Mereka bertiga sudah buktikan yang mereka juga mampu belajar dengan cepat sampailah ke peringkat finale. Untuk Mierul pastikan mereka tidak dapat mengejarnya, dia perlu bekerja keras. Rezeki itu boleh ke arah mana-mana finalis kerana ini adalah pentas live.”
Syazani Zainal
“Keempat-empat ada kekuatan masing-masing. Pada awalnya, kami memang jangkakan kejuaran bakal jadi milik Mierul Aiman untuk edisi kali ini. TAPI, bila sampai episod suku akhir, saya dapat lihat mereka berempat sudah mula keluarkan taring. Firasat saya mengatakan Afiq Hamidon sebenarnya boleh menjadi juara kerana dia seorang yang ‘cepat tangkap’, dia kreatif dan matang walaupun dia paling muda. Kita lihat sama ada dia boleh mengejar atau tidak tiga lagi peserta.”
Alif Haiqal
“Pilihan saya pada peringkat awal ialah Mierul, tapi susah nak cakap juga. Saya pernah dengar juga orang bercakap yang Mierul mempunyai pakej yang seakan sama seperti Nadhir Nasar. Bagi saya, persepsi itu kurang menarik sedikit kerana kalau boleh kita ingin melahirkan hero yang mempunyai pakej pelbagai. Apabila diteliti semula, saya lebih tertarik untuk memilih Aqil sebagai juara. Walaupun dia diam-diam, tapi saya pasti ada benda lagi yang dia belum tunjuk.”
Ideen Azman
“Ideen sudah bekerja dengan mereka semua. Bila melihat prestasi mereka, Aqil sebenarnya Ideen rasa boleh pergi jauh. Ideen tidak menidakkan Mierul ada aura yang kreatif. Cuma Aqil bagi Ideen mempunyai kriteria sebagai seorang juara dan dia boleh membuat yang terbaik dalam kesemua cabaran yang diberikan malam ini.”
Aryan Naim
“Jika mengikut prestasi, Mierul dan Fazziq berpeluang menjadi juara. Bakat mereka berdua adalah semulajadi. Dari suara, Mierul mempunyai pakej yang mahal. TAPI kalau kita inginkan kelainan, saya mungkin memilih Afiq. Bagi saya, pasaran industri seni sekarang inginkan kelainan dalam kalangan pelakon muda. Dia mempunyai pakej yang dekat dengan filem-filem dan drama urban atas talian seperti yang menjadi kegilaan penonton remaja di Malaysia sekarang.”
*
Nantikan finale Hero Remaja 2021 pada jam 9 malam ini di saluran Astro Ria dan On Demand.
JYP Entertainment menyumbang 100 juta Korea Won bagi membantu kos rawatan rehabilitasi kanak-kanak dan remaja OKU menerusi program Every Dream Matters.