Kemenangan Ahmad Nadhir Bin Ahmad Nasar, 25 sebagai Hero Remaja 2020 pada tahun lalu telah membuktikan bahawa remaja lelaki juga mampu memiliki faktor triple threat dalam kriteria menjadi seorang public figure di Malaysia.
Dengan rupa paras unik untuk diserlahkan dalam industri seni, Nadhir juga membuktikan dirinya mempunyai bakat serta potensi besar untuk terus diasah, Anak kelahiran Selangor ini juga melengkapkan dirinya sebagai seorang juara dengan kecerdasan minda ketika petah berkata-kata.
Justeru, dengan kemunculan semula pencarian Hero Remaja bagi edisi 2021, tentunya ramai tidak sabar-sabar lagi menantikan siapakah barisan finalis yang akan terpilih pada kali ini bagi meneruskan kecemerlangan Nadhir Nasar.
*
Sejak peringkat uji bakat dianjurkan oleh Nu Ideaktiv menerusi Majalah Remaja bersama-sama penyiar rasmi Astro pada Disember 2020, ratusan remaja dari seluruh Malaysia telah mencuba nasib dan menyerlahkan diri untuk bergelar finalis Hero Remaja 2021.
Ada wajah-wajah baru yang kami lihat, ada juga beberapa wajah familiar yang hadir mencuba buat kali kedua, ketiga dan… ya ada juga yang sudah mencuba sejak tahun Hero Remaja 2017 lagi!
Masing-masing mempunyai misi tersendiri untuk memperkasakan golongan remaja di Malaysia; sama ada menerusi bidang seni mahupun bidang-bidang lain yang ingin mereka ceburi.
Akhirnya setelah hampir 7 bulan berlalu, tibalah masanya untuk episod pertama pencarian ini ditayangkan di kaca televisyen anda. Namun ada sesuatu yang berbeza pada kali ini.
Pencarian Hero Remaja 2021 akan dimulakan dengan program Prelude Hero Remaja 2021 di mana ia memberi peluang kepada para penonton untuk mengenali para finalis secara up close & personal.
Sepanjang 8 buah episod yang akan mula ditayangkan hujung minggu ini, Prelude Hero Remaja 2021 bakal menjadi medan pengenalan dan persiapan finalis sebelum menempuhi cabaran-cabaran utama dalam program Hero Remaja 2021.
Dari sini, penonton boleh mengikuti potensi yang ada pada setiap finalis yang terpilih dan mula memberikan mereka sokongan hinggalah ke peringkat akhir kelak.
Prelude Hero Remaja 2021 mula ditayangkan pada 3 Julai ini, setiap hari Sabtu jam 9.00 malam di saluran Astro Ria. Ia juga boleh distrim di Astro On Demand dan Astro Go.
Untuk sebarang perekmbangan terbaru, lebih banyak butiran serta content menarik mengenai para finalis dan program Prelude Hero Remaja 2021, korang bolehlah mengikuti update dari semasa ke semasa di laman web www.remaja.my/hero atau di media sosial Majalah Remaja dengan tanda pagar #HeroRemaja2021 dan #HeroRemaja.
So guys, are you ready for the first episode this Saturday?
Dengar cerita, banyak momen menarik semasa peringkat uji bakat Minggu Pertama yang akan kita saksikan hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau imbas kembali zaman permulaan beliau dalam industri seni sebagai finalis Pencarian Hero Remaja, tak sangka Hafidz Roshdi sudahpun bergelar bapa kepada dua orang cahayamata!
Pelakon dan juga finalis Hero Remaja 2011/2012, Hafidz Roshdi sebentar tadi ada memuat naik satu perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata keduanya selepas isterinya selamat bersalin bayi lelaki hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan Hafidz, 26, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
“Alhamdulillah sama tarikh, sama baju. Little beast is here.
“Sepasang lelaki dan perempuan. Allah merupakan sebaik-baik perancang,” tulisnya.
Menariknya, finalis Hero Remaja 2011/2012 ini menyarungkan baju yang sama ketika dirinya menyambut kelahiran anak pertamanya, Humairah pada 9 September 2017 iaitu 3 tahun yang lepas.
Dalam entri tersebut, Hafidz berkongsi gambar dirinya yang sedang mendukung bayi lelakinya.
Rata-rata rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan perkhabaran ini.
Wah bestnya dapat baby boy, tahniah kami ucapkan dari pihak Majalah Remaja untuk Hafidz dan keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah penggambaran drama televisyen perlu ditangguhkan seketika kerana musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak lama lagi korang dah boleh layan semula drama terbaru!
Antara drama terawal yang akan ditayangkan ialah Pink Smile yang semakin diperkatakan di media sosial.
Ini kerana drama adaptasi novel tulisan Luna Adresia ini menggandingkan beberapa nama besar seperti Fattah Amin, Sweet Qismina dan naib juara Hero Remaja 2017, Farhan Asri.
REMAJA sempat untuk bertanyakan kepada Farhan mengenai drama Pink Smile, idolanya Fattah Amin dan pendapat orang yang mengatakan dia ‘ketinggalan’ berbanding rakan Hero Remaja lain.
Farhan bersama gandingannya dalam drama Cik Reen Cik Ngok Ngek, Dini Schatzmann dan Iswan Ismail.
“Dalam drama arahan Ayie Mustafa ini, saya membawakan watak Epol, iaitu pekerja di kafe milik Kaz (Fattah Amin). Epol juga banyak dikaitkan dengan Melati (Afifah Nasir) yang merupakan pekerja baharu di situ.
“Ini merupakan drama pertama saya di slot Lestary di saluran TV3. Tentunya, saya teruja untuk ia menemui penonton tak lama lagi setelah terpaksa ditangguhkan kerana musim PKP.
“Kami baru menyambung penggambaran selama seminggu selepas PKP dan saya lepas rindu terhadap peluang untuk kembali ke set. Alhamdullilah, pengarah gembira dengan prestasi saya membawakan watak ini lalu membuatkan saya lebih bersemangat,” kongsi Farhan lagi sewaktu dipanggil oleh REMAJA.
Untuk pengetahuan, drama Pink Smile turut dibintangi oleh Sweet Qismina, Intan Najuwa dan Hero Remaja 1990/1991 Esma Daniel.
Pengalaman Berlakon Bersama ‘Hero’ Idola
Farhan yang pernah muncul menerusi drama Cik Reen Cik Ngok Ngek pernah bergandingan dengan beberapa pelakon berkaliber seperti Fickry Ibrahim. Namun ini adalah gandingan pertamanya dengan seorang juara pencarian Hero Remaja.
Farhan yang dilahirkan daripada pencarian yang sama pada musim 2017 berkata ini adalah peluang yang dinanti-nantikannya. Apatah lagi apabila Fattah Amin merupakan salah seorang idola yang dekat dengan dirinya dan antara sebab utama mengapa dia menyertai Hero Remaja.
“Awal-awal tu, saya segan juga kerana tidak sangka dapat bergandingan dengan ‘hero’ saya sendiri dalam dunia lakonan. Fattah Amin yang menegur saya terlebih dahulu kerana katanya, dia faham sifat pemalu yang saya ada sebagai pendatang baru. ‘Dulu aku pun macam ni – segan,’ katanya.
“Aura Fattah memang lain macam di set, berlainan dengan pelakon lain yang pernah saya temui. Cara dia profesional di set, selalu ikut timing. Saya memang hormatinya sebagai senior Hero Remaja saya dan sebagai seorang teman sekerja,” kata Farhan sambil menambah bahawa Fattah masih mengingati penglibatan sebagai tetamu istimewa pada malam finale Hero Remaja 2017.
Instagram
Farhan Asri ‘Lambat Panas’?
Pada zaman media sosial kini, semakin ramai pelakon (dan penyanyi) yang disunting oleh kerana jumlah pengikut ramai yang mereka miliki. Untuk seorang pelakon seperti Farhan yang masih baharu, dia sedar dia perlu lebih pantas mengejar peluang membina karier jika tidak mahu ketinggalan.
“Tahun pertama selepas saya dinobatkan sebagai naib juara Hero Remaja 2017, saya memilih untuk fokus pada pendidikan dan menghabiskan Diploma. Bagi saya pendidikan tetap diutamakan especially bila sudah belajar separuh jalan.
Farhan sering menyokong apa jua acara yang dianjurkan oleh Majalah Remaja bersama rakan Hero Remaja dan Dewi Remaja. (Dari kiri) : Nabil Aqil, Sharlina Gilbert, Harris Annuar, Nina Amin, Farhan, Adriana Ghaffar dan Alif Muhaimin.
“Mungkin kerana setahun ‘lesap’ dan tidak terus menyambar job, ramai melihat saya agak terkebelakang berbanding rakan finalis Hero Remaja yang lain seperti Alif Muhaimin, Harris Annuar, Adam Yusuf, Nabil Aqil, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.
“Mereka aktif muncul menerusi drama televisyen dan projek lain. Hanya pada tahun 2018, saya menerima tawaran berlakon. Saya mengaku saya ‘lambat panas’ berbanding mereka. Namun itu bukanlah alasan untuk saya tak berusaha untuk membina nama.
“Biarlah orang nak gelar naib juara kurang popular, saya percaya kepada usaha. Saya tetap beratur seperti talent lain di uji bakat, saya tetap mencuba nasib. Bagi saya, mengapa perlu saya malu kerana saya tahu kemampuan saya. Tak perlu nak dibanding-bandingkan.
“Alhamdulillah, tahun 2020 memberikan saya lebih banyak rezeki untuk muncul dengan drama baharu. Sekarang saya sedang perbaiki lagi skil sebagai seorang pelakon. Pada masa yang sama, saya juga sedang aktifkan diri di media sosial kerana di situlah connection saya sebagai Farhan Asri dengan pengikut saya.
Harris Annuar, Alif Muhaimin dan Farhan Asri.
“Hero Remaja 2017 sebenarnya banyak mengajar saya untuk membina nama dan kekal relevan. Saya bersyukur dengan peluang tersebut. Semua yang saya pelajari akan saya apply sekarang,” simpul Farhan.
Drama Pink Smile bakal menemui penonton di slot Lestary TV3 pada bulan Julai ini dengan 20 buah episod.