
“BIG BANG is back!”

Kegembiraan terserlah diwajah kedua-dua ahli BIGBANG sejuruh sahaja keluar dari pusat latihan. Sejurus sahaja keluar dari pintu pusat berkenaan, mereka telah disambut dengan meriah oleh jeritan-jeritan daripada peminat mereka.

Kemunculan selepas dua tahun
Taeyang dan Daesung bersama ahli kumpulan BIGBANG yang lain telah memasuki latihan ketenteraan pada 2017 tetapi pada bulan yang berbeza. Kembalinya mereka ke dalam industri hiburan Korea, telah diraikan dan menjadi satu fenomena dalam masa yag singkat

Latihan ketenteraan ini adalah wajib untuk dijalani oleh semua warganegara dan penduduk asal Korea.
Netizen Yakin BIGBANG akan kembali
Kelab peminat BIGBANG, V.I.P rata-rata membuat spekulasi bahawa kumpulan ini akan membuat ‘comeback’ selepas 2 ahlinya tamat latihan ketenteraan ini.

Kenyataan Taeyang
Taeyang speaking to VIPs. Video credit: TOP_JESSICA pic.twitter.com/HdN3tNzgmq
— ミルドレッド (@nakedae) November 9, 2019


Tak sabar rasanya menantikan lagu-lagu dan album dari kumpulan BIGBANG. Tahniah Taeyang dan Daesung! Selamat kembali BIGBANG.
Sumber: Taeyang, Soompi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vaksin COVID-19 Hampir Ditemui, Betul Ke?

COVID-19 kini membunuh hamper 5,000 mangsa di seluruh dunia dan setakat ini, tiada ubat yang dijumpai untuk mencegah atau mengubati virus ini.
Menerusi Harian Metro, ujian klinikal pertama ke atas manusia untuk mencari penawar COVID-19 dilancarkan dalam beberapa hari dan paling lewat Jun hadapan. Proses berkenaan dipercepat melalui konsep hack genetic dan berjaya melewati peringkat ujian haiwan serta diuji pada sukarelawan sihat.
Menurut Dailymail pula, saintis di Britain mengatakan vaksin berkenaan sudah siap dan boleh diuji pada manusia menjelang Jun selepas memperoleh keputusan menggalakkan pada tikus. Moderna yang berpangkalan di Massachusetts mencipta kaedah baru apabila menghubungkan RNA bagi merangsang sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan protein sama untuk membunuh virus yang dapat mencegahnya.

Walau bagaimanapun, AFP melaporkan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman bersaing mengeluarkan vaksin eksklusif melawan COVID-19 yang dibangunkan di sebuah makmal Jerman. Menurut laporan tersebut, Presiden Donald Trump didakwa berusaha ‘memancing’ saintis Jerman yang menghasilkan vaksin percubaan terbabit dan ia dilihat bertujuan untuk mendapatkan lesen eksklusif di AS.
Sumber rapat dengan kerajaan Jerman memberitahu Die Welt vaksin terbabit ‘hanya untuk AS’, walaupun Berlin dilaporkan membuat tawaran sendiri kepada firma bioteknologi, CureVac yang berpangkalan di Thuringia.

Firma berkenaan dipasarkan sebagai pakar dalam membangunkan rawatan terhadap kanser, terapi berasaskan antibody, rawatan penyakit jarang berlaku serta vaksin profilaktik. Ketika ini, makmal terbabit bekerjasama dengan Institut Paul-Ehrlich yang berkait dengan Kementerian Kesihatan Jerman dan berkepakaran dalam penyelidikan vaksin.
Diharap ada berita baik yang disampaikan nanti. Lebih baik jika ia boleh diguna pakai oleh seluruh rakyat dunia, dan bukannya hanya di AS mahu pun Jerman. Sama-samalah kita berdoa agar semuanya dipermudahkan dan semoga kita dilindungi daripada segala perkara yang tidak baik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas IKEA Tebrau, Kini BookXcess Cyberjaya Jadi Mangsa Minda Kelas Ketiga

Sejak hujung minggu lalu, ramai di kalangan rakan kami sendiri di REMAJA yang teruja untuk ‘melawat kawasan’ baru bagi penggemar bahan bacaan.
Pembukaan kedai buku 24 jam pertama di BookXcess Cyberjaya menjadi antara topik hangat kerana ia juga merupakan kedai buku terbesar dengan konsep seperti itu.
Malangnya, masih ramai juga di kalangan kita yang seakan mempunyai mentaliti di takuk kelas ketiga apabila tinjauan beberapa pengunjung ke BookXcess mendapati keadaan stor tersebut berada dalam keadaan bersepah!

Bahan bacaan yang telah diambil hanya sekadar ditinggalkan begitu je di atas meja seolah-olah ada pula tukang ambil dan susun yang sentiasa berada di setiap meja.
Selain itu, ada juga pengunjung yang meluahkan rasa kecewa apabila pembalut plastik buku dikoyakkan sesuka hati walaupun sudah tersedia sample kepada setiap buku di sana.
BACA: Sepah Di IKEA Tebrau Bukti Minda Kita Masih Di Kelas Ketiga
Ini bukanlah kali pertama kes seperti ini berlaku di kalangan masyarakat kita. Jika korang masih ingat dengan kes di IKEA Tebrau akhir November tahun lalu di mana keadaan bilik pamerannya bersepah walaupun baru dibuka tidak sampai sebulan.

BookXcess Cyberjaya ini pula baru dibuka beberapa hari – hhm – do your maths. Pertamanya, ini bukanlah perpustakaan peribadi korang sehingga boleh membuta-tuli membiarkan bahan bacaan bersepah seperti ini.
Dan yang lebih penting, mana rasa hormat korang terhadap pemilik kedai, kepada pelanggan lain yang belum berkesempatan untuk ke sana dan kepada bahan bacaan itu sendiri.
Guys please, janganlah sekadar melaungkan kita berada dalam era New Malaysia sekiranya mentaliti masih jauh ketinggalan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lantang Tolak Kekerasan Junta Myanmar, Bekas Peserta Ratu Cantik ‘Dihalau’ Dari Thailand Pula

Jika korang masih ingat pada April 2021, REMAJA pernah melaporkan mengenai keberanian wakil Myanmar di pentas ratu cantik Miss Grand International 2021.
ARTIKEL BERKAITAN : Han Lay, Ratu Cantik Myanmar Berani Bersuara Demi Kedamaian Negara – REMAJA
Han Lay yang ketika itu hanya berusia 22 tahun telah menggunakan peluang mara ke pusingan separuh akhir pada pertandingan itu untuk lantang menyuarakan mengenai ketidak adilan tentera junta di Myanmar terhadap masyarakat di sana.
Tidak cukup dengan itu, Han Lay yang juga merupakan seorang model telah merayu kepada masyarakat dunia untuk tampil menyelesaikan konflik di negara tercintanya.


Akibat tindakan beraninya ini, tentera junta telahpun mengeluarkan waran tangkap ke atas Han Lay. Maka, pemilik organisasi pertandingan tersebut, Nawat Itsaragrisil telahpun menawarkan tempoh penjagaan selama tiga bulan di bawah organisasinya di Thailand sehingga Han Lay dibenarkan pulang.

Begitupun, hampir setahun setengah selepas itu, Han Lay dilaporkan masih bergelar pelarian di Thailand dan ia telah menimbulkan isu selepas tentera junta dipercayai menarik semula pengesahan passport Han Lay untuk berada di Thailand; lapor jabatan imigresen di sana.

Pengurus Han Lay mengesahkan penerimaan notis Interpol mengatakan model itu telah dihalang daripada melepasi balai ketibaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok dari Vietnam.
Nawat dalam pada itu berkata Han Lay sudah berada di kawasan transit di lapangan terbang Bangkok sejak Rabu lalu selepas dia ditahan akibat notis Interpol itu.
“Dia tidak mahu ke mana-mana lagi. Dia ingin menetap di Thailand. Dia menunggu jalan penyelesaian bagaimana untuknya dapat terus tinggal di Thailand,” kata Nawat ketika dihubungi oleh Reuters.

Setelah kira-kira empat hari kes ini dirungkaikan, akhirnya pada minggu ini Han Lay telah sah diberikan status pelarian di negara Kanada. Dia telahpun dijadualkan menaiki pesawat Korean Air untuk meninggalkan Thailand pada malam ini, 28 September 2022 untuk berada di Toronto.
Difahamkan, selepas Han Lay ditahan oleh pihak berkuasa Thailand minggu lalu, dia terus memohon perlindungan suaka daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).
Kes ini telah menarik perhatian ramai pihak memandangkan pertandingan Miss Grand International 2022 dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober ini.
ARTIKEL BERKAITAN : “Ini Menginspirasi Aja..” Miss Grand Malaysia Elak Kontroversi Sebelum Bertanding Di Indonesia – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

