Jika sebelum ini ramai yang menunggu promosi dari syarikat penerbangan AirAsia untuk mendapatkan tiket murah. Tapi lain pula dimusim Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Mana tidaknya, Airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga 1 SEN SAHAJA untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa yang terhad. Harga yang ditawarkan pada waktu promosi ni boleh dikatakan tak masuk akal dan ‘gila’

Harga 1 Sen?! Promosi Makanan & Minuman AirAsia Food Ini Memang Gila

Tapi berita baik ini hanya buat korang yang berada di Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja.

Banyak lagi restoran menarik dan tawaran hidangan istimewa tersedia sepanjang promosi ini. Untuk menebus, pelanggan boleh klik pada ikon ‘Food’ di airasia super app atau layari airasia.com/food.

IKLAN

Promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia yang terus menyokong airasia food dan berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih di airasia food.

Malah, para pelanggan juga digalakkan untuk memuat turun airasia super app sekarang sebagai persediaan bagi memesan hidangan 1 sen ini di lokasi pilihan mereka.

Korang boleh mengunakan kod promo dibawah untuk mendapatkan makanan dan minuman bernilai 1 sen ini pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.

IKLAN

 

Harga 1 Sen?! Promosi Makanan & Minuman AirAsia Food Ini Memang Gila

IKLAN

Harga 1 Sen?! Promosi Makanan & Minuman AirAsia Food Ini Memang Gila

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dalam lingkungan jarak 15km dari restoran terlibat. Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.

Penebusan pertama untuk promosi hidangan 1 sen ini adalah dari Pisco dengan hidangan istimewanya iaitu Croquetas di Lembah Klang dan Nasi Ayam dari Loo Kee Chicken Rice untuk penebusan di Pulau Pinang pada 10 Jun.

Apa lagi guys, sambil buat kerja di rumah bolehlah makan sedap-sedap dengan harga yang murah. Hiks!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI