Ramai mengimpikan pekerjaan yang sepadan dengan kelulusan selepas menamatkan pengajian. Namun hakikatnya, perjalanan menuju kerjaya idaman tidak selalu mudah.
Begitulah kisah yang dilalui oleh Muhammad Danial Anis, 25, seorang graduan Ijazah Sains Bio Perubatan yang membuktikan bahawa kejayaan bukan hanya diukur melalui jawatan atau pekerjaan yang dimiliki, tetapi juga kesungguhan untuk terus berusaha meskipun berdepan pelbagai cabaran.
Pemuda berasal dari Hulu Terengganu itu bukan calang-calang individu. Selain memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia juga berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Bio Perubatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Namun begitu, rezeki pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusannya masih belum menyebelahinya.
Tidak Memilih Kerja Demi Menimba Pengalaman
Seperti kebanyakan graduan lain, Muhammad Danial turut mengimpikan kerjaya dalam bidang yang dipelajarinya. Namun dia sedar bahawa dalam keadaan pasaran pekerjaan yang kompetitif, seseorang tidak boleh terlalu memilih.
Menurutnya, dia pernah menghadiri beberapa sesi temu duga bagi jawatan Pegawai Sains, namun masih belum menerima sebarang tawaran pekerjaan.
“Ikutkan, saya pernah bekerja sambilan sebagai pembantu katering dan tutor subjek Kimia dengan Biologi selepas tamat persekolahan sementara nak tunggu keputusan SPM juga dapat tawaran belajar.
“Kemudian saya sambung belajar ke peringkat asasi dan ijazah…ikutkan nak sambung dalam bidang perubatan kerana mahu jadi doktor tapi tak ada rezeki jadi teruskan dalam pengajian Sains Bio Perubatan.
“Selepas tamat pengajian, saya cari peluang pekerjaan tapi tak ada rezeki dan cuba kerja sebagai kerani di klinik cuma skop kerja waktu itu lebih kepada tuntutan insurans kesihatan pesakit jadi macam tak kena dengan jiwa,” katanya.
Bagi mengisi pengalaman dan meneruskan kehidupan, Muhammad Danial memulakan kerjaya sebagai kerani di sebuah klinik swasta sebelum beralih menjadi pembantu jualan di sebuah farmasi, pekerjaan yang diceburinya sejak setahun lalu.
Ads
Berdepan Persepsi Masyarakat Dengan Tenang
Bekerja sebagai pembantu jualan farmasi memberikan kepuasan tersendiri buat Muhammad Danial kerana dia dapat berinteraksi secara langsung dengan pelanggan serta membantu mereka mendapatkan produk yang diperlukan.
“Saya nampak pekerjaan itu (pembantu jualan di farmasi) lebih sesuai kerana berjumpa terus dengan pelanggan dan bimbing mereka daripada awal sampai akhir.
“Kepuasannya bila pelanggan sama datang dan beri maklum balas positif cuma biasalah setiap hari kita akan berjumpa dengan bermacam jenis orang.
“Ada satu hari, seorang pelanggan datang mencari ubat sakit kepala dan persoalkan sama ada saya ada SPM bila nak membantunya.
“Pengalaman lain adalah waktu kemas kotak, ada seorang wanita berdiri di tepi saya kemudian nasihat anaknya supaya belajar elok-elok jika tak nak kerja macam saya…ramai juga yang tanya kenapa tak sambung belajar tapi saya hadap saja,” katanya.
Meskipun berdepan pandangan dan tanggapan tertentu daripada segelintir masyarakat, Muhammad Danial memilih untuk terus positif dan menjalankan tugasnya dengan penuh profesionalisme.
Ads
Menemui Minat Baharu Dalam Dunia Pendidikan
Anak sulung daripada tiga beradik itu kini sedang mengikuti Diploma Pendidikan di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS).
Pada masa sama, dia mengambil cuti tanpa gaji daripada pekerjaannya di farmasi bagi menjalani latihan industri sebagai guru di sebuah sekolah menengah.
Menurut Muhammad Danial, pengalaman mengajar membuka dimensi baharu dalam hidupnya walaupun pada awalnya berasa gementar untuk berdiri di hadapan pelajar.
“Syukur majikan beri kebenaran cuti walaupun berat hati nak lepaskan. Pengalaman mengajar sangat seronok cuma awalnya memang gementar sampai mengigil dan jadi gugup, tapi tak ada sampai gagap.
“Ikutkan saya nak mengajar Sains atau Biologi tapi ditugaskan ajar Bahasa Inggeris dan okay saja. Guru lain pun banyak membantu cuma selepas tamat latihan industri, saya rancang dan cari kerja bersesuaian dengan kelulusan.
Ads
“Andai kata tak ada rezeki, saya akan mohon jadi cikgu sebagai alternatif kerana ibu (Fauziah Abd Rahman, 50) dengan ayah (Anis Mohamed, 50) pun nak saya ada pekerjaan yang lebih menjamin masa depan,” katanya.
Perkongsian Muhammad Danial mengenai perjalanan hidupnya di TikTok baru-baru ini turut mendapat perhatian ramai netizen.
Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa tujuan utama video tersebut dimuat naik bukan untuk meraih simpati atau populariti, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang graduan yang masih mencari peluang terbaik.
“Tak ada niat pun kongsi untuk jadi terkenal atau tular malah tak sangka ramai menonton video itu hingga ramai komen beri kata semangat.
“Ada juga yang minta resume dan sebenarnya, saya juga ada cari pendapatan sampingan dengan jadi ejen ‘affiliate’ (trend pemasaran gabungan) kerana nampak peluang menjana pendapatan di media sosial.
“Buat masa ini, saya belum berputus asa dan harap satu hari nanti dapat kerja diinginkan, halal dan berkat bagi menyara diri sendiri juga keluarga,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mushrifah Ismail, anak kedua daripada empat adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, menjadi bukti bahawa keikhlasan belajar demi keluarga mampu membuahkan kejayaan yang luar biasa.
Dengan keputusan 4.00 PNGK penuh dalam STPM 2024, Mushrifah berjaya mengharumkan nama sekolahnya, SMK Jerantut (SMJ), yang sememangnya terkenal sebagai sekolah cemerlang dalam STPM.
“Saya sangat gembira dan terharu sebab berjaya mendapatkan keputusan yang memang saya idamkan sejak mula masuk STPM,” kongsinya kepada Remaja.
Anak kepada pasangan guru ini memulakan persekolahan menengahnya di SMKA Tun Ahmadshahdan menamatkan SPM dengan keputusan 7A 3B 1C bagi aliran Sains Tulen.
Meskipun menerima tawaran ke Matrikulasi Gambang dan Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer di UIA, Mushrifah nekad memilih laluan STPM dan berpindah ke SMJ kerana yakin dengan reputasi sekolah tersebut.
Tiada Jadual Belajar Tetap, Tapi Disiplin Jadi Kunci
Walaupun bukan pelajar yang terlalu terancang, Mushrifah tetap komited untuk menyelesaikan semua tugasan secepat mungkin tanpa bertangguh.
“Saya tiada waktu belajar yang spesifik… Tapi saya akan cari masa terluang walaupun sedikit untuk siapkan tugasan.
“Kalau bertangguh, tugasan makin bertambah dan membebankan fikiran,” katanya jujur.
Setiap hari selepas pulang sekolah sekitar jam 4.30 petang, dia akan terus menyiapkan tugasan sebelum ke kelas malam. Kalau tak sempat, Mushrifah tetap akan teruskan selepas kelas, yang penting, kerja siap!
Guru & Keluarga Jadi Tulang Belakang
Buat Mushrifah, kejayaannya bukan semata-mata usaha sendiri. Ia juga hasil doa dan dorongan orang di sekelilingnya.
“Guru-guru sangat baik dan prihatin, jadi tempat saya meluahkan perasaan. Kalau saya down, merekalah yang beri kata semangat.”
“Cikgu Din (GPK Tingkatan 6) selalu kata: ‘Saya yakin dengan awak ni, awak boleh.’ Kata-kata tu saya ingat sampai sekarang,” katanya.
Tak dilupakan, ibu bapa Mushrifah juga menjadi pendorong utama. Mereka tidak pernah memaksa, tetapi pengorbanan mereka membuatkan Mushrifah mahu belajar bersungguh-sungguh sebagai tanda penghargaan.
“Saya malu dengan mereka sebab mereka sentiasa penuhi keperluan dan kemahuan saya.
“Cara saya balas adalah dengan buat mereka bangga dan senyum tengok saya berjaya,” tambahnya lagi.
Pesan ibunya pula sentiasa diingati: “Utamakan Allah dalam segala urusan, sebab Allah yang Maha Memberi.”
Pernah Hampir Berputus Asa… Tapi Kembali Bangkit
Seperti pelajar lain, Mushrifah juga pernah merasa penat dan tertekan, terutamanya ketika semester kedua.
“Saya pernah rasa nak berhenti sebab terlalu penat dan tertekan.
“Tapi saya teruskan juga sebab saya cerita secara terbuka pada ibu saya supaya dia faham keadaan saya,” tuturnya.
Selain bergantung pada sokongan keluarga dan rakan-rakan, Mushrifah juga menjadikan amalan solat hajat sebagai kekuatan rohani untuk terus bertahan.
Impian Sambung TESL Di UKM & Capai PhD
Kini selepas tamat STPM, Mushrifah sudah menetapkan hala tuju: ingin menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan (TESL), dengan UKM sebagai universiti pilihan.
“Kalau diberi peluang, ruang, dan kesihatan oleh Allah, saya memang bercita-cita untuk sambung pengajian hingga ke peringkat PhD,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perlaksanaan solat sunat Aidilfitri pada pagi esok bakal dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Begitupun, setiap negeri didapati mempunyai sedikit perbezaan dalam cara perlaksanaannya mengikut arahan yang dikeluarkan olehh jabatan agama di setiap negeri pada minggu ini.
Jom lihat arahan di negeri korang.
Selangor
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sumber Foto : Info Masjid Kita
Terdahulu, kerajaan negeri Selangor menerusi Jabatan Agama Islam Selangor telahpun mengeluarkan jumlah jemaah yang dibenarkan menghadiri solat sunat Aidilfitri.
Bagaimanapun, setelah pengumuman rasmi Perdana Menteri mengenai perlaksanaan PKP di seluruh negara bermula hari ini, arahan tersebut telah diubah seiring dengan perkembangan baharu itu.
Bagi masjid dan surau yang mempunyai kapasiti biasa melebihi 1000 jemaah, hanya 50 orang jemaah dibenarkan. Bagi yang kapasiti biasanya kurang daripada 1000 jemaah, hanya 20 orang jemaah dibenarkan.
Selain itu, setiap jemaah perllu dipisahkan dengan penjarakan 1.5 meter. Dan setiap baris saf pula perlu diselang satu baris.
Pulau Pinang
Sistem penggiliran akan dilakukan mengikut arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Solat sunat Aidilfitri akan dilakukan dalam tiga sesi berbeza dan kehadiran jemaah ke masjid serta surau dibuat secara giliran.
Sesi pertama bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.15 pagi, sesi kedua; 9.45 pagi hingga 10.30 pagi dan akhir sekali sesi ketiga; 11 pagi hingga 11.45 pagi. Di samping itu, setiap sesi hendaklah diimamkan oleh individu berbeza.
Biarpun ada jarak 30 minit di antara setiap sesi, ia adalah untuk memudahkan proses sanitasi dan bukannya untuk digunakan jemaah bagi beramah mesra di luar kawasan masjid.
Jumlah maksimum jemaah yang dibenarkan adalah 50 orang di masjid dan surau yang berkapasiti 1000 di seluruh Perak. Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) juga menetapkan hanya warganegara lelaki dan berusia 12 tahun ke atas saja yang dibenarkan.
Menariknya, Perak juga membenarkan solat sunat Aidilfitri untuk dilakukan di kawasan lapang dan terbuka (bukan masjid atau surau) tidak melebihi 50 orang jemaah dengan penjarakan fizikal.
Solat sunat Aidilfitri dibenarkan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di seluruh negeri mengikut kapasiti masjid dan surau. Namun, rakyat diingatkan untuk tidak menambah ruang ekstra solat seperti meletakkan khemah. Selain itu, warga asing tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah esok.
Kerajaan negeri turut menetapkan jumlah maksimum 50 orang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri esok. Bagi surau pula, hanya seramai 20 orang jemaah dibenarkan.
Negeri Sembilan lebih tegas dari segi syarat had umur apabila hanya lelaki warganegara berusia 15 tahun ke atas dibenarkan menyertai dalam tempoh PKP sekarang.
Solat sunat Aidilfitri di seluruh negeri Perlis tidak akan dilakukan di masjid atau surau esok. Sebaliknya, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamullail bertitah agar solat sunat itu dilaksanakan di tanah lapang dengan pengawasan pihak masjid.
Sesi solat akan bermula dari jam 8 pagi. Bagaimanapun, titah Baginda, sekiranya cuaca tidak mengizinkan esok, solat sunat boleh dilakukan dalam masjid mengikut SOP yang ditetapkan.
Orang ramai digalakkan membawa uncang pembungkus kasut bagi menjaga kesucian kawasan selain membawa payung sendiri. Hanya penduduk tetap saja yang dibenarkan.
Sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara, ramai diantara kita yang tidak dapat melalukan aktiviti seperti biasa termasuklah pergi bekerja seperti biasa dan bagi pelajar terpaksa membiasakan diri dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Sumber Gambar : Photo by Ken Tomita from Pexels
Bekerja dari rumah atau istilah WFH (work from home) dilaksanakan bagi menyekat penularan virus ini daripada terus merebak.
Bila sudah berada di rumah sendiri, pastinya satu benda yang amat penting untuk berkerja selama 6- 8 jam ialah meja kerja untuk memberi keselesaan. Betul tak?
Baru-baru ini laman Twitter Kakideko ada beberapa jenis meja untuk kegunaan kerja dan belajar yang harganya tak sampai RM150 pun.
Mari ikuti bebenang ini.
Thread koleksi meja bawah RM150 dan aksesori-aksesori untuk menghias home office anda!
Kalau anda cari meja design yang simple, meja ini sesuai untuk anda! Harga tak sampai RM100 pun termasuk delivey. Ada 3 warna.
Kalau anda nak letak banyak barang di working space anda, boleh beli meja ini. Ia didatangkan dengan rak bertingkat. Campur kos penghantaran, harga masih dalam bajet bawah RM150 dan ada 3 pilihan warna serta saiz.
Kalau suka buat kerja di atas katil, recommended beli meja aluminium ini. Selain meterialnya lebih tahan lasak, ia juga mudah dibawa kemana-mana. Camping contohnya. Harga pun murah!
Jadi, harapnya perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang mendapatkan keselesaan ketika belajar mahupun berkerja dari rumah.
Untuk info, Menurut Public Health Malaysia, kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian, berbanding individu yang duduk kurang dari tiga jam.
Apa-apapun jangan duduk terlalu lama okay sebabnya ia mampu meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi popular, Ernie Zakri menegaskan jumlah lagu dalam sesebuah album bukanlah penentu utama kepada kualiti karya yang dihasilkan, sebaliknya setiap lagu perlu mempunyai nilai...