Dalam tempoh kurang dua hari selepas Malaysia memilih tampuk kepimpinan kerajaan baru, pelbagai andaian rakyat sama ada mengenai parti-parti yang telah bertanding telah berlegar dengan pantas – terutamanya di medium media sosial dan telekomunikasi seperti WhatsApp dan Telegram.
Salah satu daripada topik perbincangan hangat di alam maya beberapa hari sebelum hari pengundian Rabu lalu mempunyai kaitan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Semuanya gara-gara sebuah video yang memaparkan mesej beliau agar rakyat memilih “pemimpin yang betul”.
Bukan hanya video tersebut yang menjadi perbualan ramai. Malah, paparan imej beliau bersama Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain daripada parti tersebut di luar – ahem – pesawat AirAsia berimej biru dengan slogan Hebatkan Negaraku juga mengundang perhatian netizen.
Ramai yang pelik mengapa Tan Sri dan AirAsia mengambil keputusan untuk gimik sebegitu hanya selang beberapa hari SEBELUM tarikh pengundian?
Semua sedia maklum, saat terakhir sebelum tarikh pengundian adalah penting bagi netizen membuat keputusan. Maka, jelas gimik tersebut akan bertukar viral di media sosial.
Ads
* * * * *
Bagaimanapun, hari ini, pemimpin muda Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman memilih untuk menjelaskan keadaan sebenar dan mempertahankan Tan Sri serta syarikat penerbangan gergasi itu.
Melalui akaun Twitter dan Instagram, Syed Saddiq berkata, “Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sesuatu yang telah saya terpaksa pendam sebelum ini – atas sebab kemungkinan akan diugut sekiranya kenyataan saya bercangah dengan ideologi parti sebelum ini.
Ads
“Namun, saya harus kongsikannya sekarang kerana saya tidak lagi mahu hero negara, Tan Sri Tony Fernandes yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang salah.
“Beliau adalah antara orang pertama yang membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu Tan Sri dihukum kerana bercakap lantang.
“Beliau juga membantu rakyat untuk pulang mengundi dengan menawarkan penerbangan murah AirAsia serta menambah jumlah penerbangan dalam tempoh Pilihan Raya Umum yang lepas walaupun tindakan tersebut tidak disenangi oleh parti politik lain.
“Keadaan bertambah buruk selepas parti WARISAN kendalian Datuk Seri Shafie Apdal memuat naik poster untuk berterima kasih kepada AirAsia kerana tawaran penerbangan tersebut, lebih ramai rakyat Sabah yang boleh pulang mengundi.”
Ads
Sambungnya lagi, tindakan tersebut pastinya perlu ‘dibayar’ dengan setimpal. Tan Sri katanya perlu mengesahkan sokongan beliau terhadap Kerajaan dengan memuat naik video temuramah tersebut dan meminta petugas kabin untuk menukar uniform (kepada uniform berwarna biru).
“Seluruh gambaran gimik tersebut dilakukan diluar konteks sebenar. Malaysia, tolonglah jangan melabel beliau sebagai pengkhianat.
“Kisah ini adalah berdasarkan pengetahuan saya. Tan Sri Tony Fernandes telah banyak membantu kami dari mula namun tidak boleh menghebahkannya kepada umum. I leave it to the Malaysian people to judge.”
Syed Saddiq mengakhiri nota bertajuk ‘Unsung Hero’ tersebut dengan memberi jaminan bahawa selepas ini, sesiapa saja boleh mengkritik hasil kerja kerajaan baru. Malah, mana-mana pihak boleh membiayai mana-mana parti pembangkang tanpa gentar dengan ugutan.
“We are now living in a new Malaysia.”
I have been keeping this to myself for a while.
The real story behind TS Tony Fernandes’s so called move to endorse BN during GE-14.
Selalunya, jika penyanyi mencampakkan tuala kepada penonton, semua orang akan berebut kan?
Namun situasi tidak sama di konsert jelajah Bruno Mars di Jepun baru-baru ini apabila penyanyi itu dikatakan membaling tuala ke arah seorang penonton kerana bengang dia tidak habis-habis cuba berswafoto atau selfie di hadapan pentas.
Bengan dengan tindakan penonton itu, Bruno yang sempat dirakam oleh sebuah kamera mencampakkan tualanya dengan marah.
Penonton yang dimaksudkan itu pula bukan calang-calang orangnya, seorang pelakon dan model bernama Moeka Nozaki.
Sejak awal konsert tersebut, Bruno yang dikenali sebagai seorang entertainer mengharapkan agar penonton dapat berhibur dan menumpukan perhatian ke arah pentas. Namun, walaupun selepas Bruno memberi isyarat untuk berhenti mengambil gambar, Moeka dan rakannya masih enggan mengendahkan permintaannya.
Mereka bukan saja menggangu konsentrasi Bruno malah turut mengganggu keselesaan penonton di sekeliling kerana pod berswafoto yang terhuyung-hayang di hadapan mereka.
Akhirnya, Bruno membaling tuala ke arah penonton itu selepas ‘degil’ sangat.
Namun, mungkin disebabkan rasa teruja, Moeka pula beranggapan tuala itu adalah pemberian instimewa penyanyi 24k Magic itu lalu berkongsi kegembiraan tersebut di Instagram miliknya.
Err, terlebih confident kau ni.
Diharap peminat di Malaysia tidaklah berbuat sedemikian semasa Bruno berkunjung ke Kuala Lumpur pada 9 Mei ini. Nak ambil gambar dan video boleh, namun janganlah sampai mengendahkan persembahan penyanyi tersebut.
Mahal kot tiket yang korang beli tu, rugi je kalau tak betul-betul enjoy.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus. Kacang ini sering dijadikan makanan snek ringan atau kudapan tak kira waktu.
Di sebalik keenakan rasa kacang gajus, ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit. Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.
Jom ikuti lanjut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad
INI KHASIAT KACANG GAJUS
Antaranya khasiat kacang gajus ialah :
1. Kesihatan otot dan saraf
Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.
Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.
2. Mengurangkan risiko diabetes
Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.
3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi
Kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel.
4. Meningkatkan sistem imun
Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.
Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah
Walaupun bergelar pelajar berkeperluan khas, namun Nurosimah Jumat dan Brenda Ashley dari Kolej Vokasional Keningau, telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Hal ini selepas duo Sabahan ini memenangi hadiah pertama di Festival Seni Antarabangsa secara dalam talian (online) berpangkalan di Australia pada 20 Mac lalu dan membuktikan pelajar di Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan pelajar lain dari luar negara.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pertandingan anjuran Monolit Festival itu telah memberi pengiktirafan tersebut kepada video persembahan pasukan ini yang bertajuk “John & Ibu Sihir” dalam Kategori Dewasa – Penceritaan Berilustrasi.
Hanya Guna Kad Cerita Yang rawak
Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik berkata, Nurosimah dan Brenda masing-masing berusia 18 tahun merupakan pelajar jurusan pembuatan pakaian di kolej itu dan mereka berdua baru sahaja menduduki peperiksaan hujung tahun.
Menurutnya, mengenai karya yang dimenangi kedua-dua pelajar ini, mereka telah menggunakan kad cerita yang rawak sebagai asas penulisan karya asli mereka dengan menyerapkan unsur fantasi dan dongeng melalui watak ahli sihir.
Mereka telah berjaya menulis dan menyampaikan cerita tersebut dalam Bahasa Melayu yang disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris. Ianya menceritakan seorang lelaki bernama John yang terkejut melihat seorang ahli sihir bersama adiknya di rumah mereka apabila dia balik dari tempat kerjanya.
Tonton di Youtube
Christine turut memuji usaha pelajar-pelajarnya yang cekal mengasah bakat mereka dan wajar dijadikan amalan untuk membuka lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas.
Sementara itu, menurut Nurosimah ketika dihubungi, dia dan rakan baiknya Brenda sangat gembira kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.
“Kami tidak sangka mendapat tempat pertama, ini akan menjadikan kami lebih bersemangat untuk mengembangkan lagi bakat kami dan berjaya dalam bidang yang kami ceburi kelak,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!