Jika sebelum ini kehadiran adik Syafiq Kyle ke sesi uji bakat Hero Remaja mencuri tumpuan ramai, selepas itu ia terus berpanjangan apabila ada individu yang mengecam Syazwan di twitter dengan kenyataan 'Macam Syafiq Kyle kena sengat tebuan'.
Tidak berpatah semangat dan ingin terus mengejar impiannya, Syazwan sekali lagi hadir mencuba nasib pada minggu kedua sesi uji bakat Hero Remaja.
Remaja berkesempatan menemu bual dan bertanya tentang komennya berkenaan dengan isu viral itu.
Ads
"First of all memang la saya rasa macam sebelum ni tak ada orang tahu saya siapa, tapi tiba-tiba ada orang up dekat twitter membahan saya. Saya ambil perkara itu sebagai pembakar semangat dan dalam masa yang sama tergelak juga bila tengok orang-orang macam tu,"
"Sebab saya tahu orang-orang macam tu mungkin mereka tak ada kerja. Hehe! Saya cuma nak cakap, sudah-sudah la nak kutuk orang. If you rasa diri you perfect enough, then you boleh kutuk orang. Sebab nobody perfect in this life," jelasnya lagi.
Ads
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang menyokong Syazwan untuk meneruskan minatnya dalam industri seni tanah air.
Ads
Diharap agar Syazwan tidak patah semangat dan abaikan segala komen-komen yang negatif. Ambil yang positif untuk kita lebih terus maju ke hadapan.
Hanya menjelang beberapa minggu ebelum perlantikan Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua, negara jiran kita itu sedang bergelut dengan demonstrasi mahasiswa di seluruh negara.
Para demonstrasi turun ke jalan tanpa membawa bendera parti atau persatuan tertentu sebagai tanda bergabung tenaga demi kebaikan negara mereka. Antara lokasi demonstrasi yang dilaporkan termasuklah di Jakarta, Bandung, Makassar, Riau, Bali, Yogyakarta dan Papua.
Protes besar-besaran mahasiswa ini adalah respon anak muda di Indonesia terhadap pengesahan beberapa rang undang-undang yang ingin digubal di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Rang Undang-Undang Gelandangan
Sesiapa yang tinggal di jalanan atau tempat awam dan mencemarinya boleh didenda hingga 1 juta Rupiah. Aktivis Hak Kemanusiaan Indonesia telah membantah pindaan ini yang bertentangan dengan Perlembagaan 1945 yang memerlukan kerajaan menjaga kanak-kanak miskin dan ditinggalkan.
Rang Undang-Undang Kebebasan Bersuara
Pindaan ini membawa rakyat kembali ke era kolonial Indonesia di mana sesiapa yang menayang dan mengagihkan artikel, gambar atau rakan suara yang boleh menjejaskan kredibiliti Presiden dan Timbalan Presiden akan berdepan hukupan penjaran maksimum 4 tahun setengah atau denda 2 bilion Rupiah.
Rang Undang-Undang Pembanterasan Rasuah
Lebih popular dengan akronim KPK di Indonesia, RUU baru ini akan mengurangkan kuasa yang ada pada Badan Pencegah Rasuah yang merupakan badan penting di negara itu.
Mahasiswa Indonesia tidak bersetuju apabila KPK wajib mendapatkan waran daripada badan pemerhati baru sebelum boleh memasang alat mendengar perbualan dengan suspek. Selain itu, undang-undang baru ini juga membenarkan KPK hak untuk menghentikan kes di tengah-tengah penyiasatan.
Kedua-dua pindaan ini diragui akan membebaskan suspek berprofil tinggi daripada menerima hukuman. Malah hukuman terhadap pengamal rasuah juga dikurangkan ke minimum 2 tahun penjara dan denda di antara 10 juta Rupiah – 2 bilion Rupiah. Denda minimum buat masa ini adalah 200 juta Rupiah.
Rang Undang Undang Kod Jenayah
Dalam laporan REMAJA sebelum ini bertajuk Ribuan Mahasiswa Indonesia Bantah Pengharaman Hubungan Luar Nikah, Di Luar Tabii & Sejenis, ia adalah sebahagian daripada kod kriminal baru yang kini sedang dibincangkan oleh parlimen. Kod tersebut juga menghalang pasangan yang belum bernikah daripada tinggal sebumbung atau boleh berdepan dengan hukuman penjara hingga 6 bulan.
Paling mencuri tumpuan adalah bantahan yang dilakukan di Bali, sebuah wilayah bermajoriti Hindu dan merupakan destinasi pelancongan penting di Indonesia. Ia terkenal di kalangan pelancongan Australia atas faktor bajet yang murah dan jarak dekat.
Apabila Artikel 417 membabitkan isu hubungan luar nikah dan hubungan sejenis ini dibangkitkan, ramai berpendapat pelancong dari Australia kemungkinan kelak akan berfikir dua kali sebelum memilih untuk bercuti di Bali.
*
Selain membabitkan isu hubungan luar nikah dan sejenis, pindaan rang undang-undang kod jenayah juga membabitkan pengecualian hak wanita, golongan agama (minoriti) dan kebebasan bersuara.
Hanya semalam setelah Presiden Jokowi dan pemimpin DPR bermesyuarat, mereka bersetuju untuk menangguh pindaan kontroversi ini sehinggalah ahli parlimen dilantik pada 1 Oktober kelak.
Sama-samalah kita lihat apakah keputusan pihak berkuasa Indonesia apabila berhadapan dengan protes daripada anak muda mereka.
*
HEY GIRLS. WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehari dua ini viral di media sosial perlakuan seorang penunggang motosikal yang telah menghentak cermin hadapan sebuah kereta selepas berang dibunyikan hon. Kes ini tular dan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
Ternyata perlakuan baran di jalan raya ini berbalas dengan menjalani hukuman di penjara apabila Danial Abdullah Tan, 31 di di penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas perbuatan khianatnya selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di mahkamah hari ini.
Laporan Harian Metro menyebut, tertuduh terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara selepas dijatuhi hukuman penjara minimum 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas kesalahan melakukan khianat.
Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Danial Abdullah Tan, 31, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, semalam.
Dia yang lebih dikenali sebagai ‘abang botak’ dalam kalangan netizen hanya menundukkan kepalanya sepanjang prosiding.
Malah, suaranya tersekat-sekat serta menangis ketika disoal Majistret Nurshahirah mengapa dia bertindak sedemikian.
“Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya. Saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” katanya dengan nada sebak dan meminta maaf atas perbuatannya itu.
Videonya menghentak cermin hadapan kereta menjadi viral di media sosialDanial Abdullah Tan berjaya ditangkap polis selepas kesnya tular
Turut kelihatan di tempat duduk galeri awam, kakak dan beberapa ahli keluarganya yang mengikuti prosiding pendakwaan itu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat dan mengetuk cermin hadapan kereta mangsa lelaki berusia 58 tahun itu menggunakan topi keledar sehingga rosak.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi Seksyen 12 Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, 5.30 petang pada 28 Mei.
Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.
Terdahulu, dia yang diwakili peguam peguam Nur Rafiuddin Mas Wari dalam hujahnya berkata, pengakuan salah anak guamnya itu menjimatkan masa dan kos mahkamah serta pertuduhan ini adalah yang pertama dihadapinya.
“Anak guam adalah pekerja stor dan mempunyai anak berusia tiga dan satu tahun.
“Kesalahan dilakukan bukanlah sesuatu yang dirancang,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman berat atas alasan kesalahan membabitkan pembuli jalanan kerap berlaku dan memandangkan usia tertuduh (31 tahun ) dia sepatutnya dalam fasa matang.
Portal berita Harian Metro semalam melaporkan seorang penunggang motosikal bertindak samseng dengan menghentak cermin sebuah kereta dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, jam 5.30 petang Selasa lalu.
Tindakan samseng penunggang motosikal itu dirakam pemandu kereta berkenaan menggunakan kamera dashcam dan rakaman video terbabit tular di Facebook sejak kelmarin.
Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat si kaki traveller, sebuah syarikat penerbangan tambang murah baharu yang dikenali sebagai MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dijangka akan dilancarkan di negara ini tidak lama lagi.
Penubuhan syarikat penerbangan ini khabarnya bakal mencetuskan persaingan harga yang agresif dan mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia Group Bhd.
Menurut The Edge, syarikat itu sebelum ini didaftarkan sebagai Z9 Elite Sdn Bhd telah diberikan kelulusan bersyarat untuk Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Lesen ini sah selama 12 bulan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.
ASL membolehkan pemegang lesen menjalanan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual seperti Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia.
Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah dijangka memulakan penerbangan lewat bulan ini menggunakan pesawat berenjin turboprop bagi laluan domestik jarak dekat seperti Subang ke Pulau Pangkor.
Menurut Free Malaysia Today, SKS Airways bakal memulakan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor bulan ini. Syarikat penerbangan ini dimiliki oleh Kumpulan SKS yang berpangkalan di Johor dan diasaskan oleh ahli perniagaan Alan Sim See Kiong.
Wah, selepas ini lebih banyaklah pilihan yang korang boleh buat untuk membeli tiket penerbangan tambang murah bagi menyenangkan lagi urusan percutian ke seluruh negara. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.