Selalunya, video berbentuk ‘house tour’ atau ‘room tour’ akan dilakukan untuk berkongsi bahagian tertentu di dalam kediaman atau di dalam kamar tidur seseorang atas permintaan followers di platfor atas talian.
Namun lain pula alasan di sebalik video ‘house tour’ yang terpaksa dilakukan oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersempena cuti Tahun Baru Cina ini.
Menerusi perkongsian di platform media sosialnya itu, beliau berkata tindakannya memuat naik video tersebut adalah gara-gara dakwaan daripada beberapa pihak kononnya beliau memiliki sebuah kediaman jenis banglo yang bernilai jutaan Ringgit.
Justeru atas nama ketelusan dan tidak gentar untuk membongkarkan aset tersebut, Ahli Parlimen Muar itu telah menjelaskan menerusi video tersebut bahawa kediaman itu telah disewanya sejak beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebagai menterinya lagi dan ia bukan milik sepenuhnya.
Ads
Sebaliknya, ia adalah bangunan sewa yang ditransformasikan menjadi ruang bekerjanya dan sebagai tempat perjumpaan serta bermesyuarat dengan ahli parti Muda yang lain. Ini kerana parti yang baru saja didaftarkan secara sah itu masih belum mempunyai pejabat rasmi.
Relaks sahaja beliau berkata, “Jom saya tunjuk rumah sewa saya,” sebelum menunjukkan satu-persatu ruang di dalamnya.
Ads
Bahagian ruang tamu telah dijadikan ruang bekerja dengan skrin monitor jelas dilekatkkan di atas meja kopi yang ada di tengah. Ruang tamu kedua juga dijadikan ruan bekerja lengkap dengan beberapa papan putih yang penuh dengan catatan perbincangan dalam kalangan ahli MUDA.
“Hanya satu bilik sahaja yang saya boleh guna (untuk kegunaan peribadi) kerana yang lain semua sudah dijadikan pejabat.
“Sebab itulah waktu saja jadi menteri dahulu, saya tolak tanah, saya tolak rumah banglo di Putrajaya. Saya sewa saja rumah dan pada masa yang sama, saya juga merupakan menteri pertama yang isytihar segala aset dan segala proses kontrak di Kementerian Belia & Sukan – tender terbuka! Tak ada kepada kroni-kroni,” jelasnya sambil berpendapat tiada apa yang harus ditakutkan olehya.
Ads
Hari ini saya tunjuk sendiri rumah sewa saya.
Saya telus, tak ada apa-apa nak sorok.
Tapi menteri-menteri UMNO/BN langsung tak disiasat. Hidup bukan main mewah.
Ini kerana beliau tidak mempunyai kenderaan mewah, rumah mewah, jam tangan mewah atau secara sinikalnya, saham berjuta-juta secara haram.
“Berani kerana benar. Nak siasat, siasatlah!”
Jujurnya, macam best pula kan ada pejabat di ruang rumah dan bukannya di bangunan komersil seperti kebiasaan. Relaks sedikit hendak bekerja, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesuai sangat nombor pendaftaran ini kita beli sebagai ingatan untuk orang disayangi. Apatah lagi perkataan SYG sangat sinonim dengan panggilan bagi setiap pasangan.
Memetik laporan Berita Harian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM3.4 juta bagi nombor pendaftaran SYG yang dikeluarkan JPJ Sabah iaitu yang tertinggi mengatasi bidaan bagi nombor pendaftaran ALL sebelum ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata jumlah bidaan itu RM100,254 melebihi kutipan nilai bidaaan untuk nombor pendaftaran ALL yang dibuka JPJ Perak pada September tahun lalu.
Beliau berkata, bidaan bagi siri nombor pendaftaran itu dibuka selama enam hari sehingga 15 Jun lalu melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid). "SYG 1 menjadi nombor paling mahal dibida melalui pelaksanaan JPJeBid dengan bidaan nilai tertinggi RM115,000 daripada 14 pembida.
"Bidaan kedua tertinggi adalah nombor pendaftaran SYG 9 bernilai RM70,000, diikuti SYG 9 yang bernilai RM52,000 dan SYG 10 dengan nilai bidaan sebanyak RM50,000," katanya dalam sidang media di ibu pejabat JPJ di sini hari ini.
Dalam pada itu, nombor lain yang turut menerima bidaan paling ramai adalah SYG 8055 dengan 25 pembida dan nombor berkenaan berjaya dibida dengan nilai RM19,000.
Nombor lain adalah SYG 4111 yang dibida oleh 22 pembida dan berjaya dibida dengan nilai RM5,500 serta SYG 174 yang dibida 19 pembida dan berjaya dibida dengan nilai RM7,500.
"Seramai 7,424 pembida daripada 190,225 pengguna yang berdaftar dengan JPJeBid membuat bidaan untuk siri nombor pendaftaran SYG.
"Sebanyak 3,173 siri nombor berkenaan dibida melalui JPJeBid dan selebihnya 6,826 lagi nombor yang tidak dibida akan dibuka kepada orang ramai untuk pembelian mulai 1 Julai depan," katanya.
Sumber : Berita Harian Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya kedai serbaneka 7-Eleven semakin rancak dalam menghasilkan penjualan aiskrim di stor mereka kerana satu lagi perisa baru telah diperkenalkan oleh mereka iaitu, 'A Breath of Fresh Air' Vanilla Mint.
Jika sebelum ini netizen kurang senang dengan perisa Salted Egg dan Roaring Lime Ice yang dikeluarkan oleh 7-Eleven, namun dengan pengumuman perisa baru Vanilla Mint ini nampaknya sedikit sebanyak menarik perhatian mereka untuk mencuba.
Ramai yang mengeluh kerana aiskrim ini tidak dijual di serata stor seluruh Malaysia.
Namun begitu, korang boleh check sendiri antara stor terpilih yang menjual aiskrim 'A Breath of Fresh Air' Vanilla Mint di link berikut, facebook.com/notes
Rasanya semua orang sedia maklum keenakan perisa pudina dan tambah pula bila ia digabungkan dengan rasa vanila. Kami pun dapat rasakan kesegaran dan kesedapan yang bakal dirasai apabila menikmati perisa terbaru aiskrim ini.
Nah, nak komen lebih pun tak boleh sebab belum rasa. Siapa yang dah rasa tu cuba korang komen sikit, amacam onz ke tidak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat individu yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19, syarikat penerbangan Malindo Air telah menawarkan enam penerbangan setiap hari ke Langkawi bermula 16 September ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri, lima daripada penerbangan itu adalah dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang Skypark) dan satu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Setakat ini, Malindo Air beroperasi secara dua penerbangan harian antara Langkawi dan Subang Skypark yang menjadi pilihan bagi perjalanan domestik.
Bukan itu sahaja, sempena pembukaan semula Langkawi dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September, syarikat penerbangan itu menawarkan 15 kilogram bagasi percuma. Ia akan diberikan kepada semua pemegang tiket ‘Super Saver’ yang melakukan penerbangan bersama Malindo Air.
Fuh, mesti ramai yang dah tak sabar kan?
Kesan daripada penutupan operasi sepanjang PKP lalu, ia bukan sahaja memberi impak yang besar buat industri pelancongan, malah syarikat penerbangan juga turut terkesan teruk. Dengan pembukaan semula ini, diharap agar ia dapat memberi nafas baharu buat semua pihak yang berkenaan.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, perjalanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini dijangka menjadi lebih sukar dimana penumpang masih perlu mematuhi SOP dengan sekatan tertentu.
Khabar berita ini mendapat reaksi ramai dan ada diantaranya bersyukur kerana dengan usaha ini, setidak-tidaknya ramai individu yang sudah lama tidak dapat bekerja boleh bekerja kembali.
Diharap masyarakat memberikan kerjasama yang baik dengan mengikuti setiap SOP yang disarankan. Ingat, kita masih belum menang. Teruskan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan COVID-19.
Hm, rasanya dah bolehlah kot cari semula luggage korang yang dah berhabuk tu. Hiks!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...